Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Thursday, December 6, 2012

Congratulation Dik Yah

Fuhfuh... balik dari Zoo Late Adventure Sabtu lepas dah tersangatlah lewat. Ahadnya pula rombongan ke Banting untuk menghadiri wedding housemate kitorang. Of course ler terlajak bangun masing2 yang join program malam semalam. nak ke Banting tu pun tak ada siapa yang tau jalan. Kononnya. Hehe... tapi alhamdulillah tak sesat sebab co-pilot kitorang tau jalan sikit2. Cuma yang peliknya, at last kat lorong terakhir tu pulak dia terlajak. Silap baca pelan :p

So pada Dik Yah, selamat pengantin baru. moga kekal bahagia hingga ke ahkir hayat. Sabar dan tabah ler yer nak menempuh alam baru ni... makin berseri-seri muka dia ek sekarang hehe

Nak cerita banyak fasal wedding... emm macam biasalah. Kitorang pun tak tunggu lama. Gambar2..makan2...balik. On the way balik tu, cuci mata dekat wetland. Tengok boyer (buaya), hyppo, posing-posing... ikut hati memang nak share gambo kat sini tapi sebab dah sampai limit, terkubur jer la niat tu. Jap..nak sambung citer. Lastly kat wetland tu kitorang naik menara tinjau. Ha! Cerita fasal menara tinjau ada cerita kelakar nak kongsi. Kelakar ler pada kitorang tapi tak tau ler korang rasa kelakar ke idak. 

Kawan A beria benar nak naik menara tinjau. Yolah, dia yang bawa kereta kan. ikut ajelah. (ops, jangan marah kawan A). Kawan B pula tak nak naik. Beria tak nak naik. katanya tinggi, tak larat maaa. Tapi A kata nak naik juga. Alang-alang dah datang sini. Yuri n kawan C senyap. Tak cakap apa pun. Naik boleh...tak naik pun ok je. Tapi tak taulah C kata apa dalam hati hehe... kawan D and E pula follow aje dari belakang. Bila dah naik... baru sampai level 2, yang A tadi dah gigil. Dia pula yang gayat yang amat. B relaks aje yuri tengok. D dan E pun maintain jer dek! Jap! C... mana C. Rupanya dah gigil juga nak naik sampai atas. Agaknya dalam kereta lagi dia dah baca macam-macam doa. janganlah kitorang jadi nak naik menara tu kan. Cuma muka dia aje yang cuba buat relaks.

Paling teruk, kawan yang A ler. Lagi dasat dari C sampai dah dipimpin tangannya kekeke padahal dia yang beria awal-awal tadi. Ceh. Niat di hati nak naik sampai atas.. betul2 sampai atas. tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab tiang menara dah terasa bergegar wooo. Ada pula orang yang terkejar-kejar kat atas rupanya. Ingat tau korang... menara ni boleh menampung 10 orang maksimum aje pada satu-satu masa. So, kitorang pun turun nak bagi chance kat orang lain naik and merasa tengok sekitar wetland ni dari atas menara tinjau ni.

A, nanti yuri bawa pergi bangunan 15 tingkat! Tak jauh, belakang tempat kerja awak aje hehe practice make perfect! ^^,

Wednesday, December 5, 2012

Run for your heart

Hehe..lambat benar update fasal program ni. Actually ni cerita tentang program larian 5km "Run for your heart" pada 4 November lepas hehe sebulan dah. Program ni dianjurkan oleh IJN dan dilangsungkan di Tasik Titiwangsa. So, back to Titiwangsa kawan-kawan... macam biasalah, bila dah program larian ni, kenalah bangun awal pagi kan huuuhuuu ngantuknya. Nasib baik tak tidur masa lari kekeke yuri join bukan ler sebab terer sangat lari ni..sempot dek! hahaha rajin sangat exercise kan :p

Selain larian, program ni turut disertakan macam2 program lain termasuk game, pemeriksaan jantung percuma (yang ni cuma untuk umur 35 ke 40 tahun ke atas yer... tak berapa nak ingat hehe), ada booth2 pameran dan tak lupa, cabutan bertuah. Tapi we all tak tunggu pun sampai cabutan bertuah tu... maleh ar, tak penah bertuah kut! keke

Ada lak orang cakap kitorang ni geng kumpul tshirt n medal...emmm its not right ok kekeke bukan tak nak ngaku tapi..well, ada masa terluang nak lepak ngan kawan2, lebih baik kita join terus program macam ni kan. Bukan selalu keluarkan peluh sakan. nak harap buat sendiri, harap maklum je la hehe

Habis lari, huhu memang dah macam dead fish ler muka ni... kitorang jejalan kat sekitar tasik titiwangsa. Nak mengimbau memori lama cewah! Isi perut dengan roti and ambik2 gambar..posing sana sini dengan uniform marathon tu kan... mana gambar2 nyer? alahai... sori ler tak dapat nak kongsi dekat sini sebab blog ni dah sampai limit for pics T_T

Tuesday, December 4, 2012

1 night thousand hopes

Ok... ni cerita fasal program malam Sabtu lepas, "1 night thousand hopes" yang dianjurkan oleh Awana Citra, dianggotai oleh 14 orang pelajar tahun akhir MBA dekat UiTM, Puncak Alam. Program ni diadakan di ZOO NEGARA! Kalau korang perasan, banyak dah iklan yang dipromosikan fasal program ni sejak bulan lepas. Sekarang kalau nak join, sori eh sebab dah lepas kekeke

Bercerita fasal program ni, Yuri dok join ler jugak dengan member2 serumah. Program dijadualkan bermula jam 7.45 malam. Itu cuma atas kertas. Biasalah kan. Overall program ni memang menarik sebab lawat zoo waktu malam. Siap ada instructor lagi. Kira macam education program juga la. Menarik. Menarik. Peserta diberi sehelai T-shirt, 2 glow in the dark bangle, pink ribbon, hand band (kain baju kurung yang dipotong ok hihi) untuk menentukan kumpulan masing2, makan malam (nasi goreng bertelur dengan air mineral), apa lagi ek... bukan tu aje. Lepas habis program, redeem pula goodies bag n makan lewat malam. Program ni untuk mengumpul dana buat MAKNA, kira macam charity jugalah tapi dengan yuran hanya RM50, peserta dapat semua barang di atas termasuk ler free zoology short course hehe..cewah siap bagi nama lak untuk jalan-jalan tengok haiwan tu.

Tada! Kitorang dah siap berbaju hujan....

Malam tu, kitorang tengok kebanyakan haiwan2 yang aktif pada waktu malam dengan pakai baju hujan yang diberi bersama Tshirt sebab hari hujan. tapi yang tak aktif waktu malam pun kitorang singgah juga. Antaranya tapir, harimau, harimau bintang, kluang, ular sawa, seladang, zirafah dan gajah. Aishh, nak tulis semua dekat sini tak muat ler. Kitorang juga diberi peluang menggunakan monocular night vision and beri makan pada badak air. Badak air ni antara kumpulan haiwan yang hampir pupus ya. Teringat-ingat rasanya bunyi ubi kayu tu jatuh dalam mulut badak masa kitorang bagi diorang makan. Cara nak bagi diorang makan? Ha, panggil nama dia, tunjuk ler makanan kat tangan korang dekat dia. Nanti dia buka mulut besar-besar, ha campak ler dalam mulut dia tu. Tapi jangan pula korang pergi zoo and bagi apa-apa aje ok...

Tiap2 haiwan dalam zoo tu, of course ler ada nama. Uish..nak ingat semua takdelah. Nama pelik2 kot. Yang ingat cuma Jessy, si tapir yang budak2 satu group dengan yuri ni asyik panggil KFC..hehe. Ingat eh.. tapir cuma boleh beranak sekali aje seumur hidup. Asalnya, tapir ni makan tumbuhan. Tapi kan selalu kita dengar dia makan anai-anai kan.. kan.. emm apa lagi ek yang yuri ingat pasal haiwan. Ha, zirafah! Zirafah ni kan tinggi, ada kaki panjang. Dia boleh lari tapi rupanya dia tak boleh melangkah, emm maksudnya dia tak leh lompat. Sebab dia tak ada lutut. So, walaupun korang tengok pagar dekat kandang zirafah ni rendah tapi sebenarnya zirafah tu takkan terlepas pun. Melainkan korang pecahkan pagar tu hehe Macam mana nak beza jantan betina? Ha, yang ada something terkeluar dekat bahagian bawah badan dia tulah betina. Zirafah akan lahirkan anak dengan berdiri dan anaknya akan jatuh lebih kurang 20 meter kalau tak silap. Dan tinggi anak zirafah yang baru lahir lebih kurang 2 meter. 

Ok..nak cerita fasal seladang pula. Seladang ni adalah spesies lembu yang paling besar, eh betul ke hehe... tapi yang pasti, spesies yang ada dekat zoo ni jenis yang ada stoking. dia nampak macam pakai stoking dekat kaki sebab hujung kaki dia putih dan badannya hitam. Haiwan ni tak ganas sebenarnya tapi boleh jadi sangat ganas kalau dia rasa terancam. Tengok tanduk dia dah cukup gerun. Tengok mata dia yang besar macam nak makan orang tu pun boleh buat orang cabut lari ler hehe masa tengok seladanng tu, kitorang tak dibenarkan pergi dekat dan lampu suluh instuctor pun tak boleh on. 

Cerita pasal ayah Jidan pulak...hehe harimau ler. Harimau terbesar adalah Armour tiger. Bukan Armour Hero ok.. armour tiger atau orang biasa panggil sebagai Siberian tiger. Nama sebenarnya adalah armour tiger. Semua jenis kucing besar ni suka hidup sendirian. Biasanya kalau nampak dia berdua ekor tu, dia adalah anak dan ibu. Biasanya diletak bersama sehingga anak berusia 2 tahun. Lepas tu, dah boleh duduk sendiri. Ini termasuklah harimau kumbang ke bintang ke. Cuma singa aje yang hidup berkumpulan. Ha, bercakap pasal jenis2 harimau... masa ni la baru yuri tau bezakan harimau bintang dengan harimau kumbang. Bezanya ada pada bintik atau tompok pada badannya. Tengok sekali memang macam sama. Tapi kumbang macam tompok bulat sikit and bintang macam berbunga sikit. Cheetah pula bertompok-tompok. Hahahaha kalau korang google imej diorang ni confirm korang pening. Apa beza ek kekeke datanglah zoo : )

Buaya pun kitorang tengok juga tapi buaya-buaya dekat zoo dah berendam dalam air. Tak mau keluar. kalau siang, yuri pernah tengok mulut buaya ternganga aje. Bila pergi ke kandang gajah, pergghhh baunya jangan cakap. Busuk yang amat. kalau korang rasa nak jadi sukarelawan zoo pun, nak basuh kandang-kandang ni boleh ler isi borang yang ada dekat website zoo ^_^

Dah macam promote zoo pula. Ok..tak apa..tak apa. Sambung cerita balik. Sambil belajar, program ni ada main2 game sikit. Tapi kan.. sorry to say la organizer, game2nya agak keanak-anakan gitu. Yang besar panjang memang tak berapa nak ambil port ler hehe tapi geng2 yuri pun lebih kurang sama, join sekaki. Pastu, sebelum program mula tu, kitorang kena duduk bersila kat panggung, tengok cerita ICE ACE sementara nak tunggu perasmian. Sesak! Yang bawa anak kecil, pak cik mak cik agak kesian juga lah. Itu aje komen. Yang lain ok.

Habis menjelajah zoo, ada cabutan bertuah! Huhu... program betul2 habis lebih kurang..emm lewat malam. Dekat jam 12 tengah malam. Lebih kurang lah. Balik-balik memang dah tak nampak muka la. Letih yang amat. Sakit kaki, sakit pinggang..nampak sangat dah lama tak exercise hahaha