Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Friday, June 22, 2012

Flowers 2

Hari ni nak cerita pasal bunga yang biasa jumpa dan dijadikan bunga hiasan

Yo! Bunga kebangsaan! Memang banyak dijadikan perhiasan dekat taman-taman, sekolah, etc. Memang senang nak jumpa la

 Oh, yang ni bukan bunga hiasan tapi bunga liar. Bunga semalu ni tumbuh meliar dekat pokok bunga lain. Tinggi pokok yang ni dah sama tinggi dengan anak buah saya keke

 Ha, yang ni my favorite! Suka sangat sebab rupa dia yang unik tu hehe... tak pernah jumpa bunga bakung warna lain selain putih. Ada ke warna lain?

Siantan atau ada orang panggilnya bunga jejarum. Kalau ditarik bahagian tengahnya tu memang ada rupa jarum...ada cerita di sebalik bunga ni. Masa sekolah rendah dulu... masa tu darjah satu lagi, ada la pula kawan ni kata makan madu baik untuk kesihatan. Memanglah betul madu tu baik tapi masalahnya diajaknya kitorang makan madu dari bunga. Sebabnya kata dia lebah pun hisap madu dari bunga juga. Dan bunga yang paling senang kitorang nak dapat madu ialah..bunga nilah! Nampak aje bunga siantan, kitorang pun tariklah jejarum dia. Pastu dok jilat air dekat jarum dia tu. Uek...tak ada rasa pun. Hai, budak-budak punya cerita... kalau mak tahu, mesti kena marah hahaha

Bunga yang ni, tak tahulah pula apa namanya. Kena selak buku bungalah...tapi memang selalu juga nampak bunga ni. Biasanya dekat taman or lake garden. Pernah juga saya jumpa orang tanam dekat rumah...yang menjulur dekat tengah-tengah bunga tu apa ya?

Thursday, June 21, 2012

My cookies




Akhirnya resepi baru menjadi!!! Oh ya, yang bawah sekali ni perisa coklat. Sebab tu gelap sikit...



Wednesday, June 20, 2012

Sepetang di Institut Haiwan, Ayer Hitam

Masa ni tengah tengok kuda. Tengok ajelah..nak naik takut hehe

Yang ni pula tengah tengok lembu. Nampak macam kurus sikit lembu-lembu ni...

Ha, adik jangan tanya banyak eh. Nama haiwan tu lembu..panjang ha tanduk dia, macam selembu pula. Kalau nak tahu selembu tu kacukan lembu dengan seladang...



Lepas tu, pergi taman permainan dekat Tasik Puteri. Emm... sayang tasik ni macam terbiar. Semak-samun dah mula penuh sana sini. Restoran-restoran tak lagi beroperasi macam dulu. Jeti yang dulunya tempat santai-santai pun ada yang tak boleh digunakan lagi. Siap palang dengan kayu. Tapi budak-budak kalau tak diawasi, bahaya juga. Boleh lepas tu

Taman permainan kanak-kanak pun agak bersemak di tepinya.. dekat pula dengan tasik. Memang kena awasi anak betul-betul.


Tuesday, June 19, 2012

My heart

Picture taken by my 2MP handphone camera ^^

Lama tak melukis. Kali ni saya melukis atas biskut pula. Oh, saya memang tak pernah share lukisan saya dekat blog ni kan hehe Saja nak memulakan bisnes biskut gula aising. Kenapa saya pilih biskut ni? Sebab saya suka melukis. Biskut ni boleh buat saya fikir yang saya tengah melukis ^^

Dah bagi dah kawan-kawan rasa biskut yang dah lama saya tak buat ni. Komen korang memang saya hargai sangat-sangat sebab komen-komen yang membina boleh merangsang hasil kerja saya jadi lagi 'terbaik' punya. Thanks all!!!

Hasilnya, lepas berkali-kali cuba resepi berbeza akhirnya menjadi juga kan. Next time saya share rupa biskut yang rangup and rapuh tu. Cau cin cau...

Monday, June 18, 2012

Flowers

Bunga-bunga di rumah saya..ops, rumah mak & abah saya

Yang ni, mesti ramai dah tahu kan. apa lagi kalau bukan bunga kertas, atau bahasa lebih bestnya orang panggil dia bougainvillaea. Bagi saya ni bunga paling senang nak dijaga. Tak payah baja pun sepanjang tahun dia berbunga.

 Yang ni tak tau nama dia..tapi saya panggil aje bunga kaktus sebab batang dia macam kaktus.
 Orkid...

Yang ni pun tak tahu bunga apa. Daunnya warna merah...

Saturday, June 16, 2012

Slow shutter trial


Its really difficult to get slow shutter shot indeed. Without tripod, I'd to hold my breath for about 10-15 seconds to avoid vibration...(tapi tetap gegar jugak!!!). Maybe it could be better with tripod

Wednesday, June 13, 2012

Singgah sekejap: Danga Bay

Alang-alang ke JB untuk ke majlis perkahwinan sepupu, singgah kejap la ke Danga Bay masa perjalanan balik tu. Sampai rumah pengantin masa tu pun dah agak lewat. Dah tak ramai orang sangat pun kat majlis. Singgah ke Danga Bay pun sebab kakak dah janji dengan anak dia nak naik keretapi haha
  Apa nak panggil ni? Kapal layar ke bot ek... tak pastilah persendirian punya ke apa. Sebab pintu ke jeti bawah tu pun berkunci

 Lovely couple kekeke

Eleh...garang sangatlah tu

Masa datang tu, macam tak banyak aktiviti dekat dataran Danga Bay... sunyi sepi je rasa. Pastu tak masuk pula tengok-tengok taman tema dengan rumah 'mini johor'..malas haha letih kut seharian atas jalan aje. Setakat tengok ikan aje and tengok anak buah yang seronok benar naik keretapi tu...

Sekitar majlis perkahwinan Diba & Zaimi

meja pengantin untuk makan damai

Tak banyak pun gambar yang sempat saya ambil. Datang pun tak lama..

seri pengantin di hari bahagia








Tahniah kepada Diba & husband... semoga ikatan perkahwinan kekal ke akhir hayat dan semoga tabah serta sabar mengharungi lumrah hidup rumahtangga (^^,)
My interest was... kids ^^,



Thursday, June 7, 2012

Blog update

Macam lama tak update blog... dekat sebulan ada kut. Tapi hari ni nak post gambar yang dah sedia dalam komputer... sebab belum transfer gambar dari kamera. tak berapa nak sempat hehe




Ops! Tshirt Arashian designed by Yuki-chan... hehe