Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Friday, August 31, 2012

The Game

Korang tengok tak cerita  The Game semalam. Yuri pun tertengok secara tak sengaja.. keke dari awal sampai ler habis cerita tu. Menarik juga drama tanpa skrip ni.. apa ke nak dipanggilnya tu, di belakang tabir ler kot. Pelakon2 dia kata drama ni dilakonkan spontan tanpa skrip. Tapi mesti ler jalan cerita tu diorang tau. Payah gak apa nak berlakon spontan..kalau yuri, dah menangis aje ler kat situ. sebab cerita ni psiko... pergghhh dasat juga la ketensionan tengok jalan cerita dia semalam.

Drama ni bahasa cina, mandarin ke kantonis yuri tak pasti sebab yuri bukannya faham. yuri cuma baca subtitle dia aje hehe... yang buat tensionnya bukan cerita tu tak best tapi PSIKO tahap gaban ler kata orang. Kisah dia tentang 10 orang sahabat yang dah dianggap keluarga sebab diorang sama-sama dibesarkan dekay rumah anak yatim kat Bukit Larut. emmm...cantik tempat ni. Macam nak pergi aje tok ambik gambar hehe... ops, sambung cerita. Bila masing-masing dah besar, diorang ni buatlah reunion kat rumah anak yatim tempat diorang membesar tu. tapi reunion tu dah berubah jadi siri penyiasatan nak cari sape pembunuh kawan2 diorang yang tak datang sama. Camne nak datang kan, sebab dah kena bunuh. Cuma seorang ni (yuen) aje yang tau pasal kes-kes tu.

Tambah serabut, cara pembunuhan diorang ni sama macam lukisan yang diorang pernah ramai-ramai lukis masa kecik dulu. Katanya masa kecil dulu, diorang ni selalu kena buli. Jadinya diorang pun pakat ramai-ramai lukis cara nak bunuh orang jahat. Pastu pula, diorang ada angkat sumpah... akan sehidup semati. Fuiiiyo

Empat orang dah terbunuh, sama seperti lukisan yang dilukis diorang sendiri. Tinggal ler 6 orang dekat reunion tu, yang masing2 berbalah dan menuduh sesama sendiri. Masing-masing dok check beg masing-masing sebab nak cari bahan bukti kononnya. Sudahnya diorang jumpa pisau dalam beg abang. Argghhh tension. Apa lagi, bertekak lagi la. Malam tu juga, kawan diorang yang paling tua, yang diorang panggil abang ni pula yang dijumpai mati berbungkus. Makin kelam-kabut ler senario dalam rumah tu. Dah ler telefon tak leh pakai. Fufuh! Yang tinggal sekarang, akak (digelar sebagai akak), Mui, Yuen, May dan Lok. Ramai dah suspek Lok ni yang pembunuh... sebab Lok tak bagi orang check beg dia. Sebab tu aje? Yuen syak kat Mui sebab dia yang kena serang masa sebelum sampai rumah tu..seorang diri. Jadinya dia seorang yang tak tahu yang mana beg abang. Kononnya pembunuh tu sengaja nak letak senjata dalam beg orang lain tapi termasuk pula dalam beg orang yang akan mati seterusnya. Pening tak pening korang baca cerita yuri ni hehehe...

Dari awal cerita pun yuri tak rasa yang Lok tu pembunuh walaupun orang lain asyik tegaskan macamlah dia tu yang pembunuh. Cuma yang tak fahamnya... apasal ler dia bawa pepijat dalam beg dia? Dah macam ciri pembunuh pula ni. Mula2 yuri syak yuen tu pembunuh tapi tak ada siapa pula yang syak lelaki ni. Watak dia ni nampak pelik sikit.. sungguh mencurigakan. Pastu tiba-tiba rasa Mui pun ada kemungkinan jadi pembunuh sebab watak sedih dia tu. Emm... pembunuh macam ni mestilah psiko kan and Mui tu nampak macam stress aje. Emmm musykil...musykil.

Masalahnya, May tetap agak Lok tu pembunuh. Dia bagi cadangan kat semua orang yang tinggal supaya ikat orang yang diorang syak sebagai pembunuh. Sudahnya dia yang kena ikat sebab semua orang tuding jari kat dia. Lok pula nak tolong jaga May. Maybe dia syak antara Yuen dan Mui tu pembunuh kot. Adeh...lagi ler yuri rasa memang antara diorang tu ler pembunuh. Kalau Lok pembunuh, masakan dia nak teman May, lepas tu bunuh May kan. Terang-terang ler orang syak dia nanti!

Nak menambahkan serabut, memang May yang terbunuh lepas tu. Lok sedar-sedar aje tengok May dah terbunuh dengan banyak pisau yang masih terlekat dekat belakang dia. Pergghhhh! Confirm la dia juga yang jadi suspek. Pembunuhannya tak habis dekat situ... time diorang bersatu sekejap untuk mencari pembunuh sebenar, emm.. masa ni pembunuh tak muncul. hehe... fikir punya fikir, diorang masih tak dapat selesaikan masalah ni. Pastu tetiba aje Mui, Lok dan Yuen tertidur sebab makan megi yang dicampur ubat tidur. Tinggal akak sorang aje. Hah, masa nilah akak kena bunuh dekat bilik yang sama May dibunuh. Pastu, Lok pula kena ikat dekat bilik yang sama. Sedar-sedar aje dia tengok akak dah mati dalam satu peti. Tapi kenapa dia sorang aje? Mana Mui and Yuen? Hai.. makin tinggi syak wasangka yuri kat budak dua orang tu!

Yuri dah makin stres dah lepas Yuen selamatkan Lok, tiba-tiba abang muncul balik. Aik? Bukan abang dah mati ke? Macam mana... emm abang ke pembunuh? Rupanya abang dah berpakat dengan Mui untuk rancang kematian abang. Kononnya nak cari pembunuh. Sudahnya, Mui pun sama syak abang yang bunuh kawan-kawan lain sebab kenapa abang tak muncul san tolong diorang masa pembunuh tu datang? Mesti la sebab abang tu la pembunuhnya. Pastu diorang gaduh ler lagi... and sekali lagi, disuruh memilih orang yang diorang syak pembunuh. Masa diorang nak tuding aje tu, tiba-tiba pula lampu terpadam. Bila terang balik tengok abang pula yang dah kena tikam. Wahhh ni sape punya kerja ni?

Mui sekali lagi syak Lok pembunuh. Keadaan jadi makin tegang..sampaikan Lok tiba-tiba rebah ke lantai sebab terlampau tertekan agaknya. sedar-sedar aje dia dah ada kat hospital. eh? Histeria ler kawan ni bagitau pasal ada pembunuhan dekat Bukit Larut dan nak report polis. Tapi menurut polis tak ada mayat yang dijumpai. Nama mangsa yang disebut Lok pun dah mati 2 tahun lepas. Al kisahnya, rupa-rupanya Lok memang terlibat dalam pembunuhan bersiri dekat rumah anak yatim tu dua tahun lepas. Tapi dia amnesia iaitu hilang ingatan akibat gegaran otak. Bila ditunjuk artikel tentang pembunuhan tu pun, dia tak kenal mangsa-mangsa dalam gambar. Yang selamat dalam pembunuhan tu, cuma dia yang hilang ingatan dan Mui yang koma.

Hal yang berlaku semalam tu adalah rancangan saudara terdekat dan kawan mangsa untuk mencari pembunuh sebenar dan diorang memang syak Lok sebab dia selamat walaupun cedera parah masa pembunuhan tu. Tapi sebabkan dia hilang ingatan, polis pun tak dapat nak sabitkan kesalahan sebab tak cukup bukti.

Lastly, Lok kembali ke rumah anak yatim sekali lagi. Dia cuba ingat sikit demi sikit sampailah dia teringat lukisan diorang masa kecil dulu dekat dinding. Masa diorang angkat sumpah tu... sebelum tu diorang lukis gambar sendiri kat dinding. And diorang angkat sumpah depan gambar tu. Lepas dia koyakkan kertas yang tertampal atas dinding tu, huuuu terkejut. Gambar-gambar diorang tu dah dipangkah-pangkah... tanda, diorang dah selamat dibunuh. Cuma satu lukisan aje yang tak terpangkah. Teka siapa?

Yuen! Jeng jeng jeng. Rasanya Yuen ni dah memang psiko sejak kecil kot... ntah ler. 'Kan kita dah janji sehidup semati'. Tu la klu yang dia beri setiap kali dia membunuh. Agaknya dia ingat semua orang dah mati, jadi lepas tu dia pun bunuh diri kut. Itulah ceritanya... walaupun banyak persoalan yang masih tak terjawab, lakonan diorang ni memang berkesan ler. Stres yuri tengok :p

Cuma, tak ada siapa yang tahu Yuen tu yang pembunuhnya... T_T

Thursday, August 30, 2012

Cerita raya: Bersama si cilik

Gambar-gambar ni yuri ambik masa sebelum raya. Baru sampai kampung. Kakak yuri yang jemput dekat bus station and terus bawa pergi shopping. Anak-anak dia pula tinggal dekat pusat jaga kanak-kanak dekat mall tu. RM8 seorang tu setiap jam. Pastu kena pakai stokin. Kalau tak bawa stokin, boleh ler beli dekat situ dengan harga RM2 sepasang. Tapi kat sini cuma untuk budak bawah 12 tahun aje tau. Sebelum masuk lak, budak-budak kena cuci tangan dengan cecair antiseptik yang disediakan dulu.

Budak-budak tu pun tak heran kena tinggal. Ala, dah banyak mainan dekat dalam tu. Belum masuk pintu lagi dah bye2 dekat ibu dia kekeke Pastu yuri pun ikut la akak pergi shopping. Bukan shopping apa pun. Apa yang kitorang beli masa tu ek? Payung, pewangi kereta, emm.. apa lagi, alah benda remeh aje pun :p

Tak sampai sejam, kitorang dah balik ke playground tadi. Nak masuk, rugi la bayar sejam tapi masuk setakat sepuluh minit. So, tunggu aje dekat luar. Banyak kerusi meja kat luar tu boleh dipilih. Pilihlah yang mana berkenan. Kebetulan usung kamera sana sini, yuri pun ambik la gambar gelagat budak 2 orang ni.

Yang abang, seronok aje main. Semua mainan boleh kata dia cuba.

Tapi yang adiknya pula, jalan sana jalan sini. Entah apa yang dia cari..apa yang tak kena agaknya. Tak tahu nak main yang mana ke? Tak ada yang berkenan di hati.

Tengok la... dah macam terkurung dalam penjara mainan pula..ish ish ish..ciannya dia

Ha, tengok orang lagi. Puas ler orang suruh dia main. Dari awal kitorang sampai, yuri asyik nampak adik ni tengok orang aje..tengok abang dia la.


Sampai ler ada staff yang ajak budak-budak ni pergi main jauh sikit. Agaknya dari awal diorang ni asyik main kat depan ni aje kot. Hai, baik pula anak buahku ini keke Kat rumah tak payah diajak main, memang satu rumah tunggang langgang dia 'kemas' =)

Masa ni, nak pecah perut yuri gelak hehehe syok sangat main jongkat-jongkit tu sampai tergolek ke belakang. Tu la, sape suruh hayun kuat-kuat. Nasib baik kepala tu tak terhentak kat tiang. Hai... pastu dia punya malu sebab mak usu dia gelak, terus lari ke pintu. Nak balik kekekeke  Hep! Masa belum habis. Pergi main lagi! :p

Mak usu nak sambung gelak Huahuahuahua

Aku tak suka kau la: Bab 5

Wokeh!!! Kali ni nak share sambungan cerita aku tak nak kau la! Ingat lagi tak cerita ni? Tak ingat, bacalah balik ^^,

Bab 5


Nurul Syakira melopong. Berkali-kali dia menampar pipi sendiri, tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarnya tadi. ‘Ish, aku tengah mimpi ke ni? Mesti aku tengah mimpi. Ya, ni semua mesti mimpi! Takkanlah tiba-tiba aje jadi macam ni!’ Nurul Syakira cuba menenangkan diri. Dia mahu menganggap apa saja yang berlaku hari ini sebagai satu mimpi dan bila dia tersedar nanti, mungkin benar dia terlena selepas menderma darah. Nurul Syakira lebih rela begitu. Sekurang-kurangnya, dia juga masih berkesempatan melunaskan janjinya pada Fara Hana dan Dani Imran. Dia masih ada masa untuk bertemu mereka berdua. Tidaklah dia dicop sebagai seorang yang tidak pernah tepati masa. Tambah-tambah setelah apa yang lelaki di depannya ini mengarut mengajaknya kahwin. Ops! Tidak!!!

Namun apabila tangan Nurul Syakira terasa hangat digenggam lelaki itu, Nurul Syakira terdiam. Nurul Syakira sedar yang dia bukannya bermimpi.

“Sudah-sudahlah tampar pipi sendiri. Tak sakit ke? Nanti orang kata aku pula yang pukul bini!” tempelak Joe Redzuan dengan nada tegas. Matanya memandang terus ke mata Nurul Syakira.

Nurul Syakira menggeleng kepala laju-laju. Pantas tangannya ditarik dari genggaman Joe Redzuan. “Bini? Ini mamat mana pula yang nak buat lawak dengan aku ni?” rusuhnya perlahan.

“Siapa yang buat lawak? Hei, aku tak ada masa la nak buat lawak antarabangsa ke lawak tempatan. Semua ni kau punya pasal la!”

“Kenapa pula aku yang salah? Kau yang buat lawak cakap kat orang yang aku ni isteri kau, siapa suruh? Aku yang suruh ke?” Nurul Syakira membalas tidak puas hati apabila dirinya pula yang dipersalahkan. Gerutu hati Nurul Syakira. ‘Dasar lelaki pendek akal. Dia yang salah, nak tuding jari dekat orang lain pula!’ getusnya dalam hati.

“Siapa suruh kau pengsan dekat badan aku. Kalau nak pengsan pun, jatuh kat lantai dah la. Tak adalah semua ni jadi. ”

“Pengsan?” Nurul Syakira tergamam seketika.

Bila dingat-ingat, mungkin betullah Nurul Syakira pitam dalam tren semasa dalam perjalanan untuk bertemu Fara Hana dan Dani Imran tadi. Pasti sebab Nurul Syakira berkejar hendak cepat hingga tidak sempat menjamah apa-apa selepas menderma darah. Air kotak yang diterima selepas derma darah juga hanya terbiar dalam beg kerjanya.

Jadi, itulah yang berlaku. Nurul Syakira pengsan rupanya. Patutlah Nurul Syakira tidak dapat ingat apa-apa lagi selepas itu. Tapi, betulkah Nurul Syakira pengsan dekat Joe Redzuan? Alamak. Malunya. Eh, nanti sekejap. Seingat Nurul Syakira, petang tadi Nurul Syakira naik koc wanita.

Nurul Syakira tenung muka Joe Redzuan dekat-dekat. Merah padam muka Joe Redzuan tiba-tiba.

“Oh, jadinya kau nilah mamat yang tak reti baca sign dekat pintu koc tu eh?” Selamba soalan itu terpacul dari mulut Nurul Syakira. Bila dipandang betul-betul muka Joe Redzuan, macam biasa tengok saja muka mamat ni. Tapi di mana lagi ya?

Muka Joe Redzuan kian merah. ‘Yang tu pula yang minah ni ingat!’ rusuh hatinya. Melihat Nurul Syakira tersenyum sumbing, bikin hati Joe Redzuan pula yang terbakar. “Eh, aku tak sengaja masuk situlah. Baru aje aku nak bergerak ke koc sebelah, kau tu pula tiba-tiba aje rebah dekat aku. Semua orang pandang-pandang. Peminat aku pun nampak. Malu aku tahu tak?! Berjam-jam dia orang tunggu dekat luar wad tadi, susah-payah aku terkurung dalam bilik ni setengah hari dengan kau. Kau ingat aku suka sangat ke dengan semua ni?”

Nurul Syakira gumam bibir. Geram dia memandang Joe Redzuan yang sejak tadi selamba sahaja bersuara. Macam semua yang keluar dari mulutnya itu mudah saja. Dia ingat kahwin itu perkara main-main macam zaman budak-budak dulu agaknya. Masa kecik dulu selalu juga Nurul Syakira main kahwin-kahwin dengan kawan-kawan. Rasa kelakar pula bila ingat hal lama. Tambah-tambah bila Dani Imran yang jadi pengantin lelakinya. Fuh, nasib baik tidak sampai ke besar Nurul Syakira pasang hati pada Dani Imran. Lelaki di depan Nurul Syakira sekarang ini pun satu. Suka-suka saja mengajak Nurul Syakira berkahwin tiba-tiba sebab mahu tutup malu. Apa kes?

“Itu bukan masalah aku. Yang kau bijak pandai sangat cakap aku ni isteri kau tu buat apa?” Gumamnya geram.

“Dah peminat-peminat aku yang buat macam-macam andaian. Aku pun iakan ajelah...” jawab Joe Redzuan mudah seraya tayang muka toya.

Nurul Syakira ternganga. “Siapa kau kata tadi? Peminat? Kau ni siapa? Artis terkenal ke yang sampai peminat kau boleh buat cerita macam-macam?”

“Mestilah. Kalau tak, takkan kau pun jadi berita hangat sekarang ni.” Joe Redzuan bersuara bangga sambil membetul-betulkan jaket kulitnya.

Nurul Syakira mencebik hingga herot bibirnya. ‘Eleh, femes sangatlah tu. Apasal aku tak kenal dia pun.’ Nurul Syakira tenung Joe Redzuan dari atas ke bawah. Memang wajah lelaki itu seakan pernah dia lihat tapi mustahil la jika hendak dikatakan Nurul Syakira kenal jika lelaki itu benar-benar artis. Nurul Syakira bukannya layan sangat dunia hiburan. Kalau baca komik atau drama bersiri Nurul Syakira layan jugalah. Tapi kalau lelaki ni penyanyi, minta maaflah. Sah-sah Nurul Syakira tidak kenal.

Seketika kepala Nurul Syakira digelengkan beberapa kali. Nurul Syakira tidak pasti sejauh mana kebenaran tentang populariti lelaki yang berdiri di depannya sekarang. Di benaknya, Nurul Syakira hanya tahu alasan lelaki itu yang tiba-tiba mengaku Nurul Syakira adalah isterinya langsung tidak munasabah. Kalau pun Nurul Syakira pengsan di tubuhnya sekalipun, berlagak sajalah seperti menolong orang sakit. Buat apa pula sehingga hendak mengaku suami isteri pula. Tak masuk akal langsung. Takkan pernah dibuat orang.

“Apalah alasan tak masuk akal yang kau bagi aku ni, hah? Eh, siapa yang nak kahwin dengan lelaki pendek akal macam kau ni? Tak ingin aku!” Terus saja Nurul Syakira bersuara lantang. Tangannya sengaja dicekak kemas ke pinggang. Biar Joe Redzuan sedar yang Nurul Syakira memang tidak setuju.

“Habis tu, kau ingat aku ingin sangat nak kahwin dengan perempuan pendek dan gemuk macam kau ni? Aku boleh dapat brand lagi baiklah. Apatah lagi bila populariti kumpulan aku pun dah makin melonjak naik sekarang ni. Kalau aku tak femes pun, dengan muka aku yang sikit punya handsome ni pun rasanya dah cukup dapat awek cun!” Joe Redzuan terus tayang muka seposen sedangkan dia dapat melihat wajah Nurul Syakira yang sudah kemerahan sambil tubuhnya menggigil-gigil menahan marah.

Seronok juga Joe Redzuan rasa bila dapat bikin gadis itu marah. Joe Redzuan mahu menganggap semua ini hanya sebagai medan permainan. Sekurang-kurangnya hilang sekejap tekanan yang dirasai sekejap tadi sebab terlepas cakap di laman facebook.

“Ah, sudahlah. Sampai sini ajelah perbincangan kita hari ni. Berbalah banyak-banyak pun tak guna, buat sakit tekak aje. Benda dah jadi, teruskan ajelah. Nanti aku suruh Umi aku hantar rombongan meminang...” ujar Joe Redzuan lagi. Mudah. Begitu mudah dia berkata-kata lalu Joe Redzuan berpaling untuk beredar. Jarinya dijolok-jolok ke lubang telinga, sengaja menyumbat telinganya dari mendengar kata-kata Nurul Syakira seterusnya.

Sakit hati Nurul Syakira melihat lagak Joe Redzuan. Suka hatinya saja membuat keputusan ke atas hidup Nurul Syakira. Ingat Nurul Syakira akan menyerah begitu mudah? Nurul Syakira tidak akan akur. “Kalau dah senang sangat kau nak dapat awek cun, pergilah cari! Apasal kau nak paksa aku kahwin dengan kau pula?! Tak masuk akal punya laki!” Nurul Syakira memekik geram walaupun Joe Redzuan sudah keluar dari bilik itu. Geram hati Nurul Syakira. Hampir gila dia dibuat lelaki itu.

“Ish, jantan macam ni pun ada ke? Entah dari mana dia dapat idea bodoh ni. Kalau aku pengsan dekat dia pun, tak bolehkah anggap aku ni orang yang tak dikenali yang tiba-tiba jatuh pengsan? Memang aku tak kenal dia pun. Dia pula bodoh pergi cakap aku ni bini dia tu buat apa? Ish, dah macam cerita manga pula aku rasa hidup aku hari ni! Bodoh punya jantan! Bodoh! Bodoh! Bodoh!” Nurul Syakira memaki-maki sendirian.




“Ni apa kes ni bro? Sakit kepala aku nak menjawab soalan peminat yang rata-rata tu peminat fanatik kau. Penat-penat aku redakan keadaan tengah hari tadi, kau pula gatal-gatal bagi killer statement. Kau ingat senang ke nak kawal peminat kau yang obses sangat tanya itu dan ini, hah? Bila dia orang tanya, kau pula tak jawab apa-apa. Terus membisu aje lepas buat bala. Aku dengan member-member lain pula yang kena serang. Berbakul-bakul kita orang kena jawab, tahu tak? Nasib baiklah cuma laman facebook aje. Kalau sidang media, mahu masak kita orang depan wartawan! Yang kau ni kat mana, hah? Dah la latihan petang tadi tak datang. Lepas tu buat masalah pula!” Berduyun leteran Daniel menyergah telinga Joe Redzuan.

Menyesal pula Joe Redzuan menjawab panggilan itu. Memang sudah dia jangka. Namun, masuk kali ini sudah dua puluh kali Daniel menghubunginya. Berselang-seli pula dengan Zafryl dan Ebby. Kalau Joe Redzuan tidak jawab panggilan Daniel kali ini pun, esok lusa terpaksa juga dia menghadap muka kawan-kawannya itu. Sedikit sebanyak, mereka tetap bertanya macam-macam.

“Sorrylah bro. Aku dekat hospital lagi. Temankan bini aku tulah,” selamba Joe Redzuan menjawab.

“Bini?!”

Bergegar suara Daniel menerjah corong telefon. Spontan Joe Redzuan mengerut kening. Bingit menahan telinganya yang pedih dipanah jeritan ketua kumpulannya itu.

“Kau ni betul sikit Joe! Kau dah kahwin ke belum sebenarnya? Sekejap kata tak, sekejap kata ada bini pula. Ni yang mana aku nak percaya ni?”

“Alah, nak buat macam mana. Dah orang percaya dia tu bini aku, biarlah dia terus jadi bini aku betul lepas ni.”

Daniel tepuk dahi mendengar jawapan yang singgah ke telinga. Mudah sungguh temannya itu menuturkan kata. Sejak dari zaman sekolah, sikap Joe Redzuan tidak berubah-ubah. Asyik bikin masalah dalam band mereka. Sekarang, pandai-pandai pula Joe Redzuan bikin berita sensasi saat nama band mereka baru saja mendapat perhatian dari peminat laman sosial.

“Woi, mangkuk! Kalau aku panggil kau tu bengap, kau marah. Ni siapa punya ajaran yang ajar kau bercakap ikut sedap mulut aje ha? Kau ingat perempuan tu anak ayam ke yang kau suka-suka nak buat bini macam tu aje. Kalau pun kita ni bukannya memperjuangkan lagu etnik melayu, tapi ingat sikitlah kita masih orang Melayu.”

“Sebab aku tahu aku ni orang Melayulah, aku akan hantar rombongan minggu depan. Ha, esok aku nak balik kampung. Nak bincang dengan Umi dan ayah aku. Nak suruh dia orang siap sedia hantar rombongan. Kalau kau nak ikut rombongan aku sekali nanti, boleh juga. Biar kau tengok sendiri bini aku yang comel molek tu.”

Daniel terus melopong. ‘Balik kampung? Macam jauh sangat aje bunyinya rumah mak ayah dia tu. Baru seminggu tak balik rumah dah gelar rumah mak ayah dia yang cuma dekat Kota Damansara tu kampung? Masak... masak!’ Hilang modal Daniel mahu terus membebel. Tanpa Daniel mengetahui pokok pangkal cerita yang berlaku hari ini, Joe Redzuan sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan.

Cerita raya: episod 1

Kalau akak abang yuri sibuk melayan apam, seaweed chips la, rempeyek la..ha, jangan tak tau yuri pon nak serlahkan bakat juga hehe... walaupun tak ler besar mana pun bakatnya.. sikit-sikit tu boleh la. Selain menulis, yuri ada open order juga untuk biskut aising atau ada sesetengah orang panggil gula berhias.


Ni contoh biskut aising yang ditempah. Sebenarnya harga biskut bergantung kepada saiz dan kerumitan lukisan. Senang cerita, lukisan atau corak pada biskut tu direka mengikut budget. Lagi senang kira macam tu kan ^^, Korang pun boleh pilih perisa apa yang korang nak. Setakat ni ada perisa jagung, almond, oren, pandan dan pisang.

Ha, yang ni jangan terkejut! Ni biskut versi biskut yaya.. tapi biskut yaya comel kan. versi yang ni tak berapa nak comel hahaha ni projek yuri dengan anak-anak saudara masa raya hari tu..tengok ler rupanya tak sama langsung macam yang yuri bayangkan. high expectation ler tu kekeke budak-budak ni pun bukannya nak makan biskut sangat. Coklat tu aje yang dicungkil-cungkil and masuk mulut. Pastu gula aisingnya pun dijilat-jilat, dikorek-korek... sudahnya biskut diorang buang. hmm... biskut raya kat rumah tu pun, kalo ada yang coklat, yang sedap-sedap aje yang diorang ni makan. biskutnya diorang tak makan pon. semua budak memang macam tu ke ek?

Masa raya pun kitorang adik beradik ada borak-borak pasal bisnes..cewah. Nampaknya ada rancangan nak kembangkan untuk pasarkan bahulu pula. Fuiiyoooo! I love bahulu!!! Cerita punya cerita, yuri pun dok tanya mana nak cari acuan bahulu. Tapi tak mau yang aluminium or besi biasa punya. Nak yang tembikar! Abang-abang semua dah tercengang. Rupa-rupanya salah perkataan. otak nak cakap tembaga tapi mulut dengan confidentnya menegaskan pasal acuan tembikar. hahaha habis yuri kena gelak dek adik-beradik. adeh... mana datang lak acuan tembikar tu dik??? tebal muka jangan cakap la... tapi cepat-cepat cover line baik punya. Ikut gelak sekali la, apa lagi kekeke

So, projek bahulu akan muncul tak lama lagi!!! yeeeeehaaaaa

Wednesday, August 29, 2012

Cuti-cuti Malaysia: Tugu Negara

Cerita ni sambungan cerita dari KL Bird Park Hehe... caya tak caya yang ni rasanya kali pertama yuri sampai sini. Akhirnya sampai juga di depan tugu negara ni ha... yeahhhhh. Biar lambat asalkan sampai kan.. hehe dari taman burung, kitorang menapak lagi.. lintas jalan tu, lintas jalan ni, naik tangga, naik bukit sampai ler ke sini. fuh! 10,000 langkah lebih kot berjalan hari tu.


Macam mana nak jalan kaki ke sini? hehe..senang..senang. Korang ikut aje signboard ke tugu negara sampai korang sampai ke simpang empat jalan besar. Ha, menjajau ler cari jalan lepas tu sebab signboard dah tak tulis ke mana tugu negara lagi. Tapi yang sebenarnya, tengok kat seberang jalan 4-junction tu, korang boleh nampak nama tugu peringatan terpampang besar. Ikut ajelah jalan yang berbukit tu, naik sampai ler jumpa kedai. Dari kedai tu, korang nampak kan ada tangga naik atas? Ha, naik tangga tu sampai le jumpa tugu negara sebelah kiri. Kalau tak tau, tanya aje kakak kat kedai tu hehe


yang ni pula tugu peringatan perajurit/pahlawan... tak tau ler tugu ni yang senget ke badan yuri yang senget kekeke

tak sah la kalau tak suruh kak linda jadi model jap kan. kak linda kan pandai jadi model termenung-termenung ni hehehe

dekat area ni memang macam2 ler tarikannya. ada taman rama-rama, taman orkid, taman bunga raya,  tasik perdana yang kitorang pergi beberapa bulan lepas. pastu ada lak taman kancil, muzium tun razak, muzium kesenian islam, planetorium, apa lagi? hai, macam2 la...yang yuri sendiri pun tak pernah sampai lagi. kat tugu negara ni pun, dekat bawahnya ada kedai yang pelancong boleh cari macam2 dari cenderahati, pakaian, selipar, topi sampai ler ke payung. kak linda sekali lagi mengeluarkan wang sakunya untuk membeli selipar. adeh, ni dah kali kedua ni. len kali kena pesan kak linda siap2 bawa selipar aje dalam beg. tak pun pakai aje terus kan. mesti berlambak selipar kak linda kat rumah kan..kan.. hehehe jangan marah eh kak linda :p

makanan ringan, minuman, aiskrim, buah pun ada. tapi cari aiskrim malaysia takde pula. best juga jalan2 sambil nyonyot aiskrim malaysia tu... betul tak?


salah satu seni kreatif yang ada dekat area bawah tugu negara... dekat depan kedai tu. kawasan ni dari tepi jalan pun boleh nampak...

dari tugu negara pula, dah hujan renyai2...kitorang redah aje jalan. main belasah aje..kononnya kalau sesat pun dalam KL. bukan negara lain keke... dari sini boleh nampak bangunan tinggi2 kat pusat bandar. So, kitorang pun main jalan aje la berpandukan bangunan2 tu. Jalan punya jalan, sampai jugalah ke stesen masjid jamek.. kak linda plan nak ke KLCC. so, jom ke KLCC makan2 and rehat jap kat taman KLCC...

Jangan sesat tau! hehe tak ada maknanya la sesat kat sini... tapi masa kitorang pergi ni, banyak juga laluan yang ditutup untuk sambutan malam merdeka nanti kut. xde ler nak short-cut lagi...kena pusing nak masuk ke klcc balik dari sebelah kiri taman. kalau sebelah kanan, takde masalah.

 tengok apa  tu kak linda?

dah berkali-kali sampai KLCC, tapi ni ler pertama kali yuri ambik gambar klcc tu sendiri huuuu bangga jap keke... tapi masa tu langit memang sangat terik, bukan cerah lagi dah... terik dah rasanya. silau la mata tengok klcc ni. Ok.. cerita hari ni sampai sini aje. Lain kali jumpa lagi ^^

Tuesday, August 28, 2012

Cuti-cuti Malaysia: KL Bird Park


Demam demam pun merayap juga tu... saja nak menghabiskan cuti raya lepas kelas semalamnya hehe. Dari komuter KL, kitorang menapak ke taman burung. Fuh, berpeluh jugaklah. Korang boleh je ikut laluan bawah tanah kat depan lobi stesen KL ke seberang depan pejabat KTM. ataupun, dari stesen pasar seni, korang menapak le ke laluan bawah tanah Daya Bumi untuk ke Masjid Negara. Pastu menapak ler lagi ikut signboard Tasik Perdana tu... sampai la korang jumpa banner besar ke taman burung. Simple aje.. ok what exercise juga. (ah, tonggang langgang dah ayat :p)

Banyak oooo spesies burung kat sini. ada yang duk dalam sangkar, ada yang bebas. Tengok ajelah gambar2 kat bawah ni... banyak tak banyak? tapi tak ler semua yuri ambik gambar pon.









 anak ayam pun ada. anak itik pon ada tidur kat balang sebelah. hehe balang ke namanya? apa ke namanya rumah kaca ini? :p




 Ni apa keje pula burung dua ekor ni. asyik gaduh aje, berebut nak masuk rumah dia tu...


Ha, yang ni awet pun ada!

Tapi payah nak dekat burung2 ni.. asal kita dekat aje dia lari. Nak shot gambar pun berpeluh... jalan perlahan-lahan macam pencuri kat sebelah burung2 ni. keke tapi kalo diberi makan, dia mai la... merasa la juga bagi makan kat parrot and burung unta. fuh, menakjubkan! haha ganas oooo burung unta tu pagut sayur dari tangan kita... dasat...dasat. Kak Linda sampai takut nak try feed kan burung2 yang kelaparan tu kekeke




masa ni pon sibuk nak ambil gambar juga hehe banyak pula burung yang datang. sampai ke bahu ler dia hinggap. pastu dok menyanyi dan menari pula atas bahuku. adeh... nasib baik tak buat cop kat baju fuh


ha, yang ni barisan burung2 ni tengah menyanyi ler ni... nyanyi lagu burung dalam bahasa burung :p


eleh.. burung kecik macam ayam ni kak linda kejar sampai mencicit burung2 tu melarikan diri. bagi makan burung, kak linda pula yang lari hehe

Seronok benar kak linda sebab berjaya juga bergambar dengan burung2 kesayangan :p

Kak linda ambil kesempatan kat playground. dah lama tak jadi budak2 katanya hehe ubah ayat sikit. macamlah boleh jadi budak balik ek :p yuri pon apa lagi, join sekaki ler.. tapi takut jugak..takut buaian tu tak dapat nak menampung berat badanku yang makin naik ni hahaha

*sori, gambar Kak Linda terpaksa remove kat sini T_T


Lihatlah wajah riang ria Kak Linda hehehe sukanya dia. Ni sebenarnya nak buang masa sementara nak tunggu bird show... show tu memang best tapi pendek sangat. Tak puas la nak tengok gelagat burung2 tu.. nape tak dibuat servis naik burung unta aje sekali??? mesti kak linda cabut lari kekeke

Sedikit info tentang burung yang sempat diambil tahu hehe



Oh ya, to AEON card holder, you all boleh sertakan kad AEON korang bersama Mykad masa nak beli tiket. Jadi korang akan dapat harga RM15 for adult. Kalau guna Mykad aje, tiket berharga RM25 for adult. Jimat 10 ringgit tu...

Bisnes keluarga

WOAH! Rupa-rupanya kakak abang yuri dah sibuk berniaga sekarang. Ada yang berniaga bazar ramadhan dan ada yang  buat bisnes biskut dan rempeyek. tak bagitau pun. tapi alhamdulillah.. mudah-mudahan bisnes diorang bertambah maju la kelak. tugas yuri pula nak share kat korang.. sapa2 yang rajin baca blog yuri ni. sambil2 tu boleh juga tolong promote bisnes kakak abang ni kan hehe

kalau korang nak order, memang sangat2lah dialu-alukan.... kalau tak banyak pun, cuba try2 dulu ke kan ^^, jom kita jenguk menu apa yang kakak abang yuri ni jual ek

1. apam polkadot (atas) / apam pelangi (bawah)



apam ni korang boleh pilih sama ada nak inti atau tak. kalau xde inti, confirmlah harga rendah sikit kan. yang intinya pula, setakat ni ada inti coklat dan peanut butter. inti lain pun ada... harga untuk apam berinti ialah 30sen sebiji untuk tempahan 100biji ke bawah.

2. seaweed chips

ha, bagi peminat seaweed korang mesti kena try ni hehe setakat ni ada 2 perisa aje dulu iaitu original dan spicy. Perisa2 lain masih dalam R&D. Sekali hadap, tak hingat sampai habis satu bekas woo... itu feedback yang kakak dapat. Kena try dulu, baru tau la.  ^_^
harga: RM15 bagi 500g (satu bekas macam dalam gambar)

3. Rempeyek

Setakat ni rempeyek dipasarkan hanya di daerah Kluang. Apam dan seaweed chips pula di kawasan lembah kelang. Lebih spesifik lagi di Taman Medan, Petaling Jaya.

Tempahan dibuka sepanjang tahun. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Normah (0166780030) atau email kepada yuri ok. Mai la cuba! ^^,

Cuti raya dah habisss!!!

Alahai.. berakhir sudah cuti raya huhu... tahun ni balik awal sikit dari tahun2 sebelumnya, balik awal ke KL bukan ke kampung. Sebab ada kelas. Kalau tak kerana kelas, confirm ahad baru kembali ke rumah sewa hehee... tapi yang bestnya, balik awal ni, leh tumpang kereta kak mah n family. fuh, jimat duit kekeke pastu siap hantar sampai depan lif rumah, fuiyooo lagilah jimat duit poket yuri....gelak lagi..gelak lagi

Ni... cuti dah habis, nak menghadap kelas bahasa Jepun lak. Demam raya tak habis lagi, tambah pula demam betul2 hahaha menggigil campur menggeletar ler dalam kelas. Caya tak caya dah 3 tahun lebih yuri dok belajar bahasa Jepun tapi tak pandai2 cakap haha sebelum ni belajar sendiri jer dekat online. La ni baru berkesempatan nak mai kelas. Mula2 memang rasa eh, banyak lak benda yang dah tahu kan. ceh, bangga pula. tapi sebenarnya tak rugi juga pergi kelas sebab banyak juga yang tak tahu! Sah ler belajar sendiri dulu tak berapa nak betul ;p

Yuri masuk kelas beginner level 1. baru nak belajar hiragana tapi yuri dah hafal sampai katakana la sebelum ni. cuma asyik lupa aje. mana taknya, tulisan yang selalu kita guna kan huruf rumi ni ha, mana la sama dengan kana tu.

Ni ha! Berlambak buku yang yuri dok rujuk semata2 nak belajar sangat bahasa ni. makin dibaca makin susah pulak. tu yang dok kumpul buku macam2. Ada yang beli, ada yang download aje kat mana2 website. bosan baca yang tu, baca yang ni. macam2 ada! buku teks yang sekolah sediakan satu je. ops, beginer lom belajar kanji tau. ni saja menggatal nak dok menghafal juga. susah bangat ni! poning kepala nak ingat semua... takpe.. takpe... bak kata pepatah yuri 'saigo made gambarimasu!' hehehe kpd sesape yang nak belaja bahasa asing tu, perlahan2 la eh..slow and steady. kalo x, poning!

kalo korang rasa nak blaja bahasa jepun, website nhk ada sediakan lebih 20 lessons termasuk audio yang korang boleh download. dalam lesson nhk, dia lebih kepada formal conversation. sesetengah website lain akan gunakan casual conversation. kalo rasa pening dengan jenis2 conversation ni, elok korang mula dengan minna no nihongo yang dah berpuluh tahun orang guna ni. ada satu blog yang share semua copy minna no nihongo ni tapi tak ingat la. cuba ler google aje la eh ^^,

Tuesday, August 14, 2012

Ketupat o ketupat

Wah semangat raya makin menjadi-jadi sampaikan mood dah balik kampung dulu sebelum tuan badannya haha... nak meredakan hati yang menjolok-jolok tak sabar nak balik ni, layan kan aje dengan buat ketupat kertas. selalu orang buat ketupat dengan daun kelapa or riben kan... tapi semua tu tak ada depan mata. Kertas aje yang ada..bole la daripada tak ada, tak jadi la ketupatnya nanti ahaks macam takde kerja pulak :p

Jeng jeng jeng! Dah tergantung pun ketupatku yang comel sejak beberapa hari lepas (hujung minggu lepas la tu haha)... comel tak comel tak? hehe tak salah kan puji diri sendiri, takat nak bagi semangat jerk. tengok2 kat ketupat ni, makin menjadi2 pula rasa tak sabar nak balik kampung hahaha tak membantu langsung!


Ha, yang ni lak apa cerita? Beratur nak beli ketupat kertas ke? keke... yang sebenarnya dah lama nak post gambar ni tapi rasa tersangat la malas sampai lupa. Inilah peminat2 kpop yang membanjiri fahrenheit 88 masa minggu pertama puasa hari tu. Tau siapa? Tekalah... yang khabarnya nak datang KL ni buat konsert bulan 10 nanti... dapat teka  tak?


Ala... meh sini Yuri bagitau la... yang ramai2 ni beratur dok beli tiket konsert Big Bang! Bukan ketupat kertas tau hehe... ramai tak ramai. sesak sampai beratur depan pintu masuk fahrenheit oooo...dasat betul kalau raja-raja kpop ni nak mai KL.

Yuri pernah sekali pergi konsert kpop...tu la pertama kali pun datang konsert. Itu pun sebab menang tiket hehe... tak sampai separuh konsert, telinga rasa kebas dan sampai nak balik pon rasa macam orang pekak. tapi tu la salah satu pengalaman hidup namanya ^_^

Monday, August 13, 2012

4 hari lagi...

Kurang seminggu aje lagi nak raya..sana sini dah berkumandang lagu raya. Aduh..syahdu la pula. Kalau cuti awal and balik kampung, menghabiskan sisa2 puasa dengan family kan best. Bestnya kak nonie dah balik.. tak bagitau pun cuti awal sebab cuti semester. ceh. hari tu, saja kelentong kat dia kata tiket bas dah habis. ops! bukan saja kelentong. cuma tak jawab aje soalan dia 'dah beli tiket ke?'. pastu dia sendiri yang kata 'dengar cerita tiket dah habis' and pastu 'tiket betul dah habis ke?' lepas adik dia ni tak jawab-jawab. adik dia ni yang tiba2 rasa nak jadi nakal jap pun iakan ajelah.

Risau benar kak nonie bila adik tak ada tiket. rupa2nya ada rancangan nak ambik adik kat kl..hai, kalau tau tak mau bagitau yang adik dah beli tiket. kalau tak, dapat naik kereta. tak payah usung beg naik bas...fufuh, tak dapat nak dibayangkan letih and kelam-kabutnya nanti. dah diriku ini memang kelam-kabut kalau barang banyak haha

So, yang 4 hari lagi tu maknanya... 4 hari lagi ler nak balik raya. tahun ni turn rumah kitorang. Semua adik beradik patutnya balik raya sama2. mesti meriah kan.. kan... kan... dan tak lupa juga.... penat keke mana taknya. bila turn raya rumah kitorang, kakak abang sibuk plan nak beraya rumah sedara mara. Jalan raya tu memang dah jadi sahabat akrab la kiranya... siang malam drive ooo mahunya tak penat. kalau nak suruh adik ni ganti drive hehehe boleeee aje..tapi berani ke orang nak bagi... dah 3 tahun tak pegang stereng ni kekeke... jangan kata bawa, baru pegang pulas kunci orang lain pula dah turun dari kereta agaknya :p

Ok la... sebelum terlupa or tak terjenguk dekat sini sebelum raya nanti... awal2 la saya ucapkan selamat hari raya kat semua yang singgah di sini yer. semoga lebaran kali ini dan akan datang akan sentiasa dinikmati dengan rasa syukur, gembira dan tak lupa juga berwaspada..tak kira ler kat jalan raya masa korang memandu ke, jalan kaki ke atau pun hati2 dengan mercun yang entah2 terbang sana sini tu...Ops!

Aku tak suka kau la: Bab 4

Minta maaf la yer... susah orang yang banyak sangat hobi ni. kejap ambil gambar, kejap buat biskut, kejap menulis yer hehe... layan aje la eh kalau sudi kekeke

Bab 4

Joe Redzuan membetulkan cermin mata hitamnya. Harap-harap dengan cermin mata ini, tiada siapa yang dapat mengecamnya di sini. Takut juga jika ada yang mengenalinya. Lebih-lebih lagi setelah single pertama kumpulannya mulai terkenal di laman youtube.

Joe Redzuan sedar akan beberapa mata yang mula memerhati. ‘Alamak! Dah ada orang yang perasan aku kat sini ke?’ Hati Joe Redzuan berdetik.

Semakin banyak mata yang memandang. Ada pula yang mula berbisik-bisik. Joe Redzuan sudah mula tidak keruan. Manik peluh sudah menitik keluar dari liang roma walaupun keadaan di dalam tren itu tidak sedikit pun terasa bahang. Perlahan-lahan Joe Redzuan menyeka peluhnya. Dari balik cermin mata gelapnya, Joe Redzuan mengintai keliling. Matanya terus membulat sebaik terlihat tanda di cermin tren. Kini baru Joe Redzuan perasan dalam koc itu semuanya wanita. Tiada seorang pun yang sama kaum dengannya.

Alamak! Sah aku tersalah masuk koc wanita! Ish, macam mana boleh tak perasan tadi. Patutlah orang ramai asyik pandang aje. Ceh, buat malu aje! Mesti orang duk kutuk-kutuk aku tak reti baca sign ke apa.

Joe Redzuan kalut dalam diam. Pantas kakinya dihayun untuk bergerak ke koc sebelah. Namun baru selangkah Joe Redzuan melangkah, tiba-tiba saja gadis yang berdiri di sebelahnya tadi jatuh menimpa tubuhnya. Joe Redzuan gelabah. ‘Alamak! Ni apahal pula minah ni tiba-tiba nak terlentok kat badan aku ni?’ Cermin matanya lekas ditanggalkan lalu menepuk-nepuk bahu gadis itu. Tapi gadis itu tidak langsung memberikan respon.

“Eh, tu Joe kan? Vokalis New Band tu kan!” Tiba-tiba kedengaran satu suara menjerit. Kemudian diikuti oleh beberapa suara lain yang menyambut.

“Eh, siapa perempuan dalam pelukan dia tu?”

“Entah! Isteri dia ke? Takkan girlfriend nak peluk-peluk macam tu pula dekat sini. Tak senonoh betul! Tak Malu ke orang nampak?”

Joe Redzuan gelabah dalam hati setelah mendengar perbualan beberapa remaja perempuan dalam tren itu. Seketika, Joe Redzuan ketap gigi. ‘Ish, budak-budak ni. Pandai-pandai aje nak bergosip. Suka hati dia aje nak buat cerita. Tahu tak yang perempuan ni yang tiba-tiba aje datang melekap kat aku. Aku tak kenal pun dia! Ish, tak boleh jadi ni. Yang aku pergi tanggalkan cermin mata tadi buat apa?’

Remaja-remaja tadi makin rancak berbisik macam-macam. Joe Redzuan masih cuba mengejut gadis dalam pangkuannya sambil menjeling memandang orang lain. Hendak dibiarkan saja perempuan itu, nanti jatuhlah imejnya. Tak pasal-pasal budak-budak remaja itu nanti sebarkan cerita yang dia tinggalkan perempuan pengsan macam itu saja. Melihat beberapa dari mereka yang sudah mengeluarkan telefon bimbit dan bangun dari tempat duduk, Joe Redzuan makin buntu.

‘Ish, apa aku nak buat ni?’

“Sayang... sayang. Kenapa ni?” Joe Redzuan bersuara perlahan sambil menampar-nampar pipi gadis dalam dakapannya. Spontan kata-kata itu yang keluar dari mulutnya dalam orang lain sibuk berbisik mempersoalkan status gadis itu. Joe Redzuan juga terlanjur seakan mengiyakan telahan mereka.

Semakin banyak mata yang memandang. Ada juga beberapa suara yang bertanya. Joe Redzuan hanya mampu terdiam dengan muka panik. ‘Ish, perempuan ni pun cepatlah bangun. Ni apahal ni? Ingat aku ni bantal dia ke?’

Sebaik tren berhenti di satu stesen, Joe Redzuan lekas meneruskan lakonannya. “Bertahan ya sayang. Abang hantar sayang ke hospital!” Joe Redzuan mencempung tubuh gadis itu lalu segera keluar dari tren. ‘Fuh, semangat. Boleh tahan berat minah ni!’ Joe Redzuan pasang tekad. Keluar saja dari stesen nanti, bolehlah dia tinggalkan saja gadis itu di bangku luar stesen. Bila dia sedar nanti, pandai-pandai dialah hendak balik rumah.

Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Joe Redzuan segera menahan teksi sebaik menyedari beberapa remaja perempuan yang sibuk membuat gosip dalam tren tadi mengekorinya di belakang.

Ish, budak-budak ni pula apasal ikut aku ni? Tak reti-reti nak balik rumah terus ke lepas sekolah? Getusnya tidak senang.

“Pergi hospital sekarang, bang!” ujar Joe Redzuan kepada pemandu teksi sebaik masuk ke dalam perut teksi. Lekas teksi itu meluncur pergi. Mata Joe Redzuan mengintai tindakan gadis-gadis remaja tadi yang juga sibuk berebut teksi. Lantas Joe Redzuan hempas keluhan. Melihat gadis yang dibawanya bersama tadi juga bikin hati Joe Redzuan kian merusuh. ‘Ish, tak pasal-pasal aku kena bawa minah ni pergi hospital betul-betul. Apalah yang aku nak buat kejap nanti!’ Joe Redzuan terus mengeluh.



Joe Redzuan menekan-nekan kepala. Sudah dua jam keadaan di luar wad itu masih riuh. Sehingga dia pula yang terkurung dalam wad itu bersama gadis yang dia sendiri tidak kenali.

“Ish, budak-budak tu tak reti nak balik ke? Aku nak keluar pun payah. Kalau aku buka pintu tu nanti, mesti dia orang serbu punya. Ni semua minah ni punya pasal!” Joe Redzuan berpaling ke katil. Gadis yang dibawanya ke hospital tadi masih tidak sedarkan diri. “Lama pula dia tak sedar. Nyenyak benar tidurnya! Ish, lain kali kalau tak sihat tak payahlah keluar rumah. Duduk rumah diam-diam. Sekarang, menyusahkan aku pula!”

Joe Redzuan mengomel sendiri. Ke depan ke belakang dia mundar-mandir. Skrin iphone dijeling sekali-sekala. Makin dia baca status pada laman facebook milik kumpulannya, makin serabut fikirannya. Semakin banyak pula cerita yang muncul. Joe Redzuan sudah beristeri dan beranak dua? Sejak bila pula Joe Redzuan mempunyai anak? Ada pula yang pandai-pandai mengaku kononnya teman rapat Joe Redzuan mereka-reka cerita yang Joe Redzuan sudah bercerai.

“Hah?!” Terbelalak terus mata Joe Redzuan membaca seungkap ayat itu. Mahu saja dia menghebahkan hal yang sebenarnya. Tapi jarinya pula gatal menaip, mengaku yang gadis yang bersamanya itu ialah isterinya.

“Alamak! Apa aku buat ni? Masak aku!” Joe Redzuan kian menggelabah. “Ish, apa dah jadi dengan aku ni? Dah kena sumpah dengan minah tu ke apa? Sejak aku dengan dia, lain aku nak buat tapi lain yang jadi!”

Semakin rancak laman facebooknya dikunjungi komen peminat yang terkejut akan pengakuan yang baru sesaat tadi dibuatnya. Ah, sudah. Macam mana pula Joe Redzuan mahu membetulkan keadaan lagi selepas dia sendiri mengaku tentang perkara yang sepatutnya dibidasnya. Waktu itu juga Joe Redzuan menerima panggilan daripada Daniel, member bandnya yang sejak dua jam lalu puas menjawab pelbagai telahan daripada peminat. Mesti Daniel juga terkejut akan komen Joe Redzuan tadi dan mesti lelaki itu yang juga merupakan ketua kumpulan itu akan bising sekejap lagi. Joe Redzuan merenung skrin telefonnya lama-lama. Nama Daniel terus terpapar di skrin.



Perlahan-lahan Nurul Syakira menarik kelopak mata. Hanya siling putih yang dapat dilihatnya. Namun samar-samar. Aduh, kepala Nurul Syakira masih terasa berat. Lantas tangannya menekan-nekan dahi yang tegang semacam.

‘Eh, apa ni? Tangan aku kena cucuk lagi ke? Eh, aku tertidur masa derma darah ke?’ Nurul Syakira bingung melihat tangannya dicucuk dengan tiub panjang bersambung dengannya. Seingat Nurul Syakira dia sudah selesai menderma darah. Dia masih ingat lagi bagaimana dia memujuk Liana yang sedih kerana tidak dapat menderma darah. Dia juga ingat saat dia sibuk membalas mesej yang bertalu-talu Fara Hana dan Dani Imran kirimkan. Masakan semua itu hanya mimpi? Takkanlah Nurul Syakira terlena ketika darahnya mengalir dalam beg darah dan mengalami mimpi yang begitu panjang?

Nurul Syakira bingkas bangun dari baringan walaupun kepalanya masih lagi terasa berdenyut-denyut bak diketuk seratus kali dek penukul besi. Nurul Syakira memandang keliling.

“Aku dekat mana ni? Ni bukan tempat derma darah tadi. Bilik aku pun bukan...” Nurul Syakira terus melirik setiap sudut dalam bilik itu. Dia kenal tempat itu walaupun baru pertama kali dia datang ke mari. “Hah, ni wad! Kenapa aku tidur dalam wad pula?”

Nurul Syakira cuba mengingati apa yang berlaku sebelum ini. Bayangan mengenai dia melalui perjalanan hidupnya sepanjang hari ini masih jelas dalam kotak fikiran. Bermula dari dia terpaksa menemani Liana mengunpul sampel, menggantikan Zaid pagi tadi, dipaksa pula menderma darah oleh Liana yang kemudiannya teresak-esak menangis sehingga memaksa Nurul Syakira memujuknya pula. Nurul Syakira juga masih ingat bagaimana dia tergesa-gesa untuk bertemu Fara Hana dan Dani Imran seperti yang dijanjikan.

“Hah?! Alamak! Aku lambat lagi ke?” Janjinya untuk bersuka-ria bersama kawan-kawannya di Sunway Pyramid masih Nurul Syakira ingat. Nurul Syakira menggelabah mencari telefon bimbitnya. Tapi bila diseluknya kocek seluar, telefonnya tiada.

Lantas Nurul Syakira segera turun dari katil. Tiub dan jarum yang dicucuk ke tangannya direntap kuat, membiarkan cecair dari tiub itu menitik ke lantai. Nurul Syakira menjengah di bawah katil kemudian menjenguk pula di kedua-dua sisi katil. Gelisah dia mencari beg yang disandangnya dalam tren tadi. Mungkin telefon bimbitnya ada di dalam beg itu. Di mana dia simpan telefon itu, Nurul Syakira tidak berapa ingat pula.

“Ish, mana pula beg aku ni? Takkanlah orang yang hantar aku kat sini dah curi beg aku kut?” Nurul Syakira menebak sebarang sambil mencekak pinggang. Sesaat, dia meluku kepalanya sendiri. “Apalah aku ni. Kalau dia curi beg aku, buat apa dia hantar aku ke hospital. Mestilah dia dah cabut lari dan biarkan aje aku terbaring kat mana-mana. Eh, tapi macam mana aku boleh ada dekat sini? Aku accident ke tadi?” Nurul Syakira berfikir sejenak. Dibeleknya kedua belah tangan dan beralih ke tubuh. Tiada rasa sakit di mana-mana melainkan kepalanya saja yang asyik berdenyut.

Setelah beberapa minit cuba dikerahnya otak mengingati hal yang berlaku selepas dia tergesa-gesa untuk berjumpa kawan-kawannya, namun segalanya hampa. Hingga situ sajalah yang Nurul Syakira dapat ingat.

“Oh ya! Aku ingat pasal mamat tak reti bahasa yang masuk koc perempuan tu!” pekik Nurul Syakira tiba-tiba sambil memetik jari. “Ah! Sekarang bukan masa nak teringatkan mamat tu pula! Sekarang ni, masanya...” Nurul Syakira terpempan. Melihat langit di luar tingkap itu sudah pun gelap, bikin jantung Nurul Syakira seakan mahu berhenti. Lantas Nurul Syakira berlari ke arah tingkap.

‘Eh, betulkah dah gelap? Ke tingkap ni aje yang gelap?’ Nurul Syakira meraba-raba tingkap itu. Daun jendela dikuak ke luar lalu tangannya dilayang-layangkan ke luar tingkap. “Alamak! Memang dah malam!”

Tangan Nurul Syakira menekan kepala. Serta-merta matanya terbayang wajah Dani Imran dan Fara Hana yang tidak puas hati. Terbayang juga syarahan percuma daripada Dani Imran yang bakal menjadi pemula kata saat Nurul Syakira muncul di depannya nanti. ‘Alamak! Mesti dia orang dah lama tunggu aku. Apa aku nak buat ni?’

Seketika pintu bilik dikuak dari luar. Serta-merta Nurul Syakira menoleh. Dia dapat melihat seorang lelaki tergesa-gesa menjengulkan mukanya dari pintu.

“Kau tak apa-apa ke?” soal lelaki itu dengan wajah panik.

Friday, August 10, 2012

Aku tak suka kau la: Bab 3

Bab 3


“Ya... ya, aku tahu. Kejap lagi aku sampai. Aku minta maaflah kalau sebab aku, plan kau orang tiba-tiba berubah pula.” Bersungguh-sungguh Nurul Syakira memohon maaf. Telefon bimbit yang dipegang ke telinga digenggam lebih erat. Rasa bersalah makin menebal dalam dada sedang Fara Hana sudah berleter panjang di hujung talian. Marah sungguh kawannya itu. Menggantikan tempat Dani Imran untuk meleteri Nurul Syakira agaknya.

Sepatutnya hari inilah hari yang dijanjikan mereka untuk sama-sama ke taman tema Genting Highland. Tapi rancangan itu terpaksa diubah disebabkan Nurul Syakira. Bukan Nurul Syakira sengaja memungkiri janji. Tapi tiba-tiba pula dia terpaksa menemani Liana ke klinik untuk pengumpulan sampel kajian. Selalunya Liana akan pergi mengambil sampel bersama Zaid tapi hendak dijadikan cerita, tiba-tiba pula Zaid sakit perut. Cirit-birit katanya. Tersalah makanlah agaknya.

Ingatkan lepas habis kumpul sampel pagi itu, bolehlah Nurul Syakira balik untuk bersiap-siap jumpa kawan-kawannya pada petangnya. Liana pula gatal-gatal mengajak Nurul Syakira menderma darah sempena kempen derma darah yang kebetulan dijalankan di lobi hospital. Nurul Syakira memang tidak pandai menolak. Diikutkan saja ajakan Liana itu walhal Nurul Syakira memang takut benar pada jarum. Rasa macam hendak pengsan melihat jarum panjang itu dicucuk masuk ke dalam salur darahnya. Ngilu. Tapi Liana yang beria-ia benar mahu menderma darah tadi pula tidak layak untuk merdema darahnya atas sebab paras hemoglobin darahnya yang tidak melepasi syarat menderma.

Teresak-esak Liana menangis selepas itu macam orang hilang anak. Kononnya memang sejak dulu setiap kali dia mahu menderma darah, Liana tidak pernah melepasi ujian saringan. Hai, terpaksalah Nurul Syakira terima tugas baru untuk memujuk dan menenangkan hati Liana yang kecewa benar itu. Tidak termasuk dalam skop tugas Nurul Syakira langsung. Derma darah itu pun tidak termasuk dalam senarai tugasnya hari ini. Ini semua Liana punya pasal. Tidak apalah. Sesekali buat amal jariah, Nurul Syakira berterima kasih banyak-banyak pada Liana sebab sudah melambatkan masanya. Peti masuk mesej telefon bimbit Nurul Syakira sekarang juga sudah penuh dengan mesej daripada Fara Hana. Sekarang, Nurul Syakira terpaksa mendengar suara Fara Hana yang bergema di talian setelah kesemua mesej yang dikirimnya tidak dibalas Nurul Syakira.

“Ha, tahu pun salah kau! Sebab kaulah, plan kita orang nak pergi Genting tu tak jadi. Tiba-tiba pula kau kata kena kerja. Ish! Im tu pun sampai sanggup batalkan rancangan tu semata-mata sebab kau tak dapat join. Yalah, kau tu kan adik kesayangan dia. Hai, aku ni macam dah jatuh nombor dua pula...” Fara Hana mengeluh hampa.

Nurul Syakira mendengar dengan jelas keluhan Fara Hana. Belum sempat dia menyampuk, suara Fara Hana sekali lagi bergetar ke gegendang telinganya.

“Dahlah plan tak jadi. Lepas tu aku pula yang kena tadah telinga dengar abang kau tu membebel. Berkali-kali dia pesan dekat aku, suruh ingatkan kau jangan lambat pula petang ni. Jangan nak buat-buat lupa pula plan B dia tu. Abang kesayangan kau tu kan kuat berleter. Ha, sekarang ni biar aku sampaikan semua amanat-amanat dia yang panjang lebar tu!”

Spontan Nurul Syakira mengulum senyum. Hendak tergelak pun ya setelah mendengar kata-kata Fara Hana. Bunyinya seakan pasrah tapi bernada sindiran. Entah apalah yang Fara Hana rasa sekarang sebenarnya. Dani Imran. Lelaki itu memang tidak ubah berlagak macam abang Nurul Syakira. Kuat berleter, selalu beri nasihat itu dan ini, beri perangsang dan tidak lupa juga Dani Imran jugalah yang selalu melindungi Nurul Syakira secara tidak langsung sewaktu Nurul Syakira masih kecil dulu. Mungkin Dani Imran terbiasa akan tabiatnya meleteri dan menasihati Nurul Syakira dari dulu hingga sekarang. Tidak berubah-ubah perwatakan bak abang tiri itu terhadap Nurul Syakira. Tapi Nurul Syakira tidak kesah. Sekurang-kurangnya dapat juga dia merasakan dirinya benar-benar punya seorang abang dan membiarkan Dani Imran juga punya rasa memiliki seorang adik. Rasanya baik juga untuk mereka berdua. Kakak abang Dani Imran pun semua jauh berbeza umur mereka. Kakaknya yang paling dekat juga dekat sepuluh tahun bezanya. Sebab itulah agaknya mereka kurang rapat.

“Yalah... aku tak kesah kalau kau pun nak berleter puas-puas dekat aku. Telinga aku ni dah biasa, dah lali kena bebel. Apa lagi yang abang aku tu pesan?” seloroh Nurul Syakira membalas kata-kata Fara Hana tadi.

“Tak ada dah. Tu aje.”

“Tu aje? Aik, tadi kata macam banyak yang dia pesan.”

Fara Hana menghempas keluhan lalu menjawab lagi. “Itulah. Mukadimah dia aje yang panjang meleret. Daripada syarahan dia yang berjelar-jelar macam keretapi dari sini ke India tu, point dia cuma suruh kau jangan lambat. Tu aje. Alah, bak kata kau tadi... kau kan dah biasa. Tahu-tahu ajelah ceramah dia tu macam mana!” Fara Hana menghempas keluhan halus sekali lagi. Gerutu hatinya setiap kali mengingatkan kembali riak Dani Imran yang beria-ia berceloteh. Lagak lelaki itu bercakap kadang-kadang macam lagak motivator yang tengah ditemuramah pihak media. Menjengkelkan pula Fara Hana tengok. Macamlah Fara Hana sedang menemuramah Dani Imran. Bercakap dengan teman wanita sendiri pun formal semacam. Tak romantik langsung.

Nurul Syakira gelak dalam hati. Tanpa disedari, kepalanya digelengkan beberapa kali. Dani Imran... Dani Imran. Kasihan Nurul Syakira pada Fara Hana. Mesti kawannya itu juga pening kepala dengan perangai Dani Imran. Tapi Nurul Syakira menghormati Fara Hana kerana mampu bersabar dengan peragai Dani Imran. Agaknya, orang yang dilamun cinta memang semuanya begitu. Buruk baiknya pasangan mereka sudah tidak diendahkan lagi. Semuanya ditelan mentah-mentah kerana rasa sayang terhadap pasangan sudah pun merasuk sanubari. Silap-silap, perangai mereka juga sudah jadi macam dua kali lima. Tengoklah Fara Hana yang dikenalinya dulu sebagai seorang yang ceria itu pun sudah kuat berleter pula sekarang.

“Hah, kau jangan lambat tau! Aku ingatkan lagi sekali ni. Nanti bising lagi abang kau tu!”

Mati tawa Nurul Syakira sebaik disergah suara Fara Hana. Fuh, semangat. Baru saja otaknya mahu menerawang jauh sedikit, sudah disergah bakal kakak ipar. Nasib baik Nurul Syakira tidak melatah kali ini.

“Ya... ya. Aku dalam perjalananlah ni.”




Tergesa-gesa Nurul Syakira berlari setelah turun dari teksi. Sempat dia menghela nafas lega kerana tidak perlu beratur panjang membeli tiket. Kad touch n gonya kan ada. Sampai saja di platform, Nurul Syakira mulai termengah-mengah. Pasti ada mata yang memerhati lagak Nurul Syakira itu yang seperti baru lepas marathon lima kilometer. Namun Nurul Syakira cuba buat tidak endah.

Nurul Syakira menjeling jam di pergelangan tangan. Masih ada satu jam setengah sebelum temujanji dengan dua kawan baiknya. Itupun nasib baik Liana menghantarnya pulang tadi. Sekurang-kurangnya, dapat Nurul Syakira menukar pakaian. Kalau mengharapkan Nurul Syakira pulang menaiki bas atau berjalan kaki tadi, alamatnya Nurul Syakira terus saja menemui Dani Imran dan Fara Hana dengan baju kurung yang dipakainya pagi tadi. Mesti melopong dua kawannya itu nanti. Meluncur ais dengan baju kurung, mencabar juga.

“Yes! Tren dah sampai!” Seperti biasa, Nurul Syakira sedia berebut untuk masuk ke koc tengah. Spontan Nurul Syakira hempas nafas lega setelah kakinya memijak lantai tren.

Fuh, nasib baik tak payah tunggu lama. Tak adalah terlewat lagi kali ini. Kalau tidak, dah tentu aku kena sumbat telinga mendengar suara mamat mak nenek tu! Desis Nurul Syakira dalam hati. Matanya dikerling ke arah papan laluan tren yang bakal dilalui. Banyak juga stesen yang perlu dilepasinya sebelum sampai ke Subang Jaya. Dani Imran dan Fara Hana akan menunggunya di stesen itu nanti sebelum ke destinasi seterusnya.

Nurul Syakira menjenguk tempat duduk. Lantas Nurul Syakira hempas keluhan halus lalu bersandar ke badan tren. Nampaknya terpaksalah Nurul Syakira berdiri saja. Mungkin selepas stesen KL Sentral nanti, banyak tempat duduk yang kosong harap-harapnya.

Ops!

Nurul Syakira menjeling jam. Tiba-tiba dia teringat hendak memastikan yang jam tangannya itu tidak mati lagi seperti kelmarin. Fuh! Nurul Syakira menarik nafas lega sebaik melihat jarum jam itu berganjak. Lega hati Nurul Syakira. Seketika, tren berhenti di salah satu stesen. Spontan mata Nurul Syakira dilirikkan ke arah pintu. Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk sebaik pintu terbuka.

“Ish, mamat ni tak reti baca ke tanda yang ni koc wanita. Selamba badak aje masuk sini. Lepas tu, berdiri pula dekat-dekat dengan aku...” Nurul Syakira berleter perlahan. Dikerlingnya ke arah lelaki itu atas dan bawah. Kononnya mahu tayang muka bengang Nurul Syakira. Tapi lelaki itu pula boleh buat selamba saja. Tengok muka Nurul Syakira pun tidak. Apa, ingat Nurul Syakira tengok dia sebab syok dekat dia ke? Jangan nak perasan!

Mahu saja Nurul Syakira menegur dan suruh saja lelaki itu beralih ke koc sebelah. Tapi mulut Nurul Syakira pula tiba-tiba rasa berat semacam. Hai, takkanlah sebab mamat itu pakai cermin mata hitam dengan jaket kulit sudah buat Nurul Syakira cair kut. Nurul Syakira menggeleng laju. Apalah yang otak Nurul Syakira melayang jauh ni. Nurul Syakira pula yang nampak macam beria-ia tengok mamat itu sedangkan mamat yang dilihatnya buat tidak tahu saja.

Tiba-tiba Nurul Syakira merasakan tren itu bergegar. Nurul Syakira pandang keliling. Tren itu benar-benar bergoyang tapi dilihatnya penumpang lain tetap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Kemudian pandangan Nurul Syakira sekejap-sekejap kabur bagai skrin televisyen yang terganggu siarannya. Makin lama ia kian pudar.




“Apa cerita ni, Joe? Dekat facebook dah kecoh peminat bersoal-jawab sendiri pasal status perkahwinan kau!”

Joe Redzuan terperanjat besar mendengar kenyataan itu dari Daniel. Biar betul. Cepat sungguh berita tentang insiden yang berlaku kurang sejam lalu sudah menjadi topik hangat di laman facebook kumpulannya. Baru sekarang Joe Redzuan sedar betapa dia sudah mula dikenali ramai sekarang. ‘Fuh, famous juga aku ni!’ Sempat joe Redzuan memuji diri.

“Apa dah jadi, bro? Apasal kitorang member band kau sendiri pun tak tahu yang kau dah kahwin?”

“Alah, relakslah bro. Yang kau kalut semacam ni kenapa? Biasalah tu peminat nak sebar gosip. Okeylah, aku busy sikit ni. Ada hal yang aku nak kena bereskan. Pandai-pandai kaulah nak back-up aku menjawab gosip-gosip dia orang tu eh...” Joe Redzuan lekas memutuskan talian. Satu nafas berat dihempas perlahan. Matanya dikerling ke pintu. Dari dalam bilik wad ini, Joe Redzuan dapat mendengar riuh di luar. Sejak awal tadi ramai juga peminat yang mengekorinya hingga ke sini. Terpaksa Joe Redzuan mengunci pintu itu dari dalam untuk mengelakkan peminat-peminatnya menyerbu masuk.

Beberapa ketika Joe Redzuan berpaling ke arah seorang gadis yang terlantar atas katil. Spontan satu lagi keluhan halus dilepaskan.

Aku tak suka kau la: Bab 2

Bab 2


Nurul Syakira membelek rambutnya di depan cermin. Spontan satu keluhan dihempas kuat. Menyesal Nurul Syakira pergi kedai potong rambut petang tadi. Tidak pasal-pasal dia terpaksa menghadap fesyen rambutnya yang kolot semacam. Nurul Syakira sendiri tidak sanggup mahu tengok.

Teringat peristiwa petang tadi di kedai salun rambut. Alah, setakat kedai biasa saja. Bukan salun ternama macam Thomas & Guys. Mahu komen lebih-lebih pun tiada guna juga. Jadi gaduh adalah. Letih juga Nurul Syakira bertekak dengan tauke kedai yang sudah sedia gunting di tangannya.

“Mahu potong macam mana?” soal wanita cina lebih kurang pertengahan 40-an itu.

“Potong pendek.” Ringkas jawapan Nurul Syakira sambil memandang wanita itu dari cermin besar di depannya. Wajah wanita itu yang berkerut-kerut juga dapat dilihatnya jelas selepas itu.

“Pendek macam mana mahu?” soal wanita itu lagi.

“Pendeklah.”

“Pendek macam mana?” ulangnya lagi.

Kali ini Nurul Syakira pula yang berkerut. Berkira-kira dia mahu menjawab. Nurul Syakira cuma tahu cakap potong sikit, potong pendek atau buat layer saja. Dia bukannya tahu fesyen-fesyen rambut ni. Kalau fesyen rambut Puteri Diana, Nurul Syakira tahulah. Tapi, fesyen itu sudah ketinggalan zamanlah. Tak mahulah Nurul Syakira. Ingatkan hendaklah fesyen rambut yang ringkas dan terkini.

“Fesyen terbarulah...” jawab Nurul Syakira lambat. Tapi wanita cina itu menyoal lagi.

“Fesyen siapa lu mahu?”

Kali ini Nurul Syakira betul-betul mati kutu. Banyak pula soalan tauke itu kepadanya. Nurul Syakira sudah tergaru-garu kepala. Tidak tahu mahu menjawab. Beberapa ketika wanita cina tadi mengeluh keras sambil menggelengkan kepalanya. Mulutnya juga bemceceh entah apa dalam bahasa Mandarin. Sekettika kemudian wanita cina itu mengambil beberapa buah majalah dan diletakkan atas peha Nurul Syakira.

“Lu tengok dulu fesyen mana lu mahu,” ujarnya lagi lalu beralih kepada pelanggannya yang lain.

Tercengang Nurul Syakira seketika. Majalah atas pehanya dibelek juga sehelai demi sehelai. “Mak aih... banyaknya.” Nurul Syakira merungut sendiri. Juling rasanya mata Nurul Syakira mahu memilih fesyen rambut yang ditunjukkan model-model dalam majalah itu. Sesekali Nurul Syakira membandingkan muka model-model itu dengan mukanya. Model yang cantik, comel-molek itu buat fesyen apa pun cantik. Tak adakah model yang kepala besar dan muka bulat macam Nurul Syakira ni? Senang sikit Nurul Syakira mahu buat perbandingan.

Setelah dekat setengah jam Nurul Syakira membelek majalah itu berkali-kali, Nurul Syakira masih tidak dapat buat keputusan. Apabila wanita cina tadi datang ke arahnya semula dan bertanya, spontan Nurul Syakira menunjuk. Entah fesyen apalah yang dia tunjuk, dia sendiri tidak pasti.

Berdebar-debar Nurul Syakira melihat rambutnya sedikit demi sedikit gugur ke bawah. Rasa sayanglah pula. Sudah bertahun-tahun Nurul Syakira bela rambutnya hingga melepasi bahu. Kerana tidak tahan kulit kepalanya yang terasa gatal akhir-akhir ini kerana cuaca terik, Nurul Syakira bertekad mahu potong pendek rambutnya. Sekurang-kurangnya boleh juga dia tukar fesyen rambut.

Tapi fesyen rambut baru Nurul Syakira ini bikin Nurul Syakira hampir mati lemas. Sesak nafas sebab tidak sanggup tengok rambut sendiri. Tidak sangka pula wanita cina itu memotong rambut Nurul Syakira hingga pendek macam lelaki. Alahai, fesyen inikah yang Nurul Syakira tunjuk pada wanita cina itu? Memang menyesal tidak sudah Nurul Syakira dibuatnya. Nurul Syakira berjanji pada dirinya tidak mahu potong rambut lagi selepas ini.

Fara Hana pula boleh pula tersengih-sengih sejak balik tadi. Macamlah Nurul Syakira tidak tahu yang Fara Hana mahu gelakkan Nurul Syakira. Alah, buat apalah hendak tahan-tahan pula. Pura-pura hendak jaga hati kawan pula. Kalau sudah tersengih-sengih itu, gelak sajalah sampai gamat satu rumah ini. Biar satu deret rumah pangsa itu tahu perihal kepala Nurul Syakira yang macam baru kena sondol dek mesin pemotong rumput.

Nurul Syakira menjerit dalam hati kuat-kuat. Tidak terkeluar pula suaranya mahu memekik sekuat hati. Snowcap dari dalam laci pantas diselongkar dan dipakai ke kepala. Nasib baik ada snowcap pemberian Dani Imran semasa mereka bertiga berjalan-jalan di rumah salji I-City beberapa bulan lepas. Terlindung jugalah fesyen rambut Nurul Syakira yang menyakitkan mata lagi menyakitkan hatinya itu.

Fara Hana akhirnya tergelak juga apabila melihat Nurul Syakira keluar dari bilik dengan snowcap di kepala.

“Ni, minah mat saleh mana pula yang sesat dekat sini ni? Sejak bila pula Malaysia ni ada musim sejuk yang sampai kau nak pakai snowcap dalam rumah ni?” Fara Hana menegur sambil menggeleng-gelengkan kepala. Cuaca terik petang tadi masih terasa bahangnya hingga ke malam. Dia sendiri sudah berpeluh walau kipas ligat berpusing di siling. Melihat Nurul Syakira mengenakan topi musim sejuk itu bikin dia geli hati.

“Ah, kau diamlah. Macamlah kau tak tahu sebabnya. Karang, aku pakai anak tudung kau kata aku ni alim sangatlah pula. Duduk rumah berdua dengan kau pun nak pakai tudung!” Nurul Syakira menjeling. Alat kawalan televisyen disambar lalu Nurul Syakira terus henyak punggung depan televisyen. Menghadap drama bersiri di kaca televisyen lagi seronok daripada melayan kerenah Fara Hana yang tidak sudah-sudah tersengih diselang-seli dengan tawa kecilnya. Nurul Syakira tetap tayang muka toya. Lantaklah Fara Hana mahu gelak sampai guling-guling pun, dia sudah tidak peduli.

Namun dalam hati, Nurul Syakira tetap merusuh. Terbayang-bayang pula rupa rambutnya di ruang mata. Ish, tak boleh jadi ni. Nurul Syakira mohon dalam hati, semoga rambutnya cepatlah panjang hendaknya. Cepat-cepat seksaan ini berlalu.

“Oh ya, Kira. Im ajak kita pergi Genting minggu depan. Saja nak release tension lepas penat belajar kononnya. Tapi rasanya dia nak suruh kita celebrate untuk dialah tu!”

Serta-merta Nurul Syakira menoleh ke arah Fara Hana serentak menunjuk riak teruja. “Hah, bila? Bila?” soalnya tidak sabar.

“Rabu depan.”

Nurul Syakira monyok. Tubuhnya yang tadi tegak terus melengkung. “Alah, kenapa tak pergi hujung minggu?”

“Weekend ramai oranglah. Lagipun Rabu depan kan birthday aku. So, dapatlah tiket free. Alah, kau mintalah cuti dua hari.”

“Hah?! Dua hari?” Nurul Syakira melopong. “Kenapa dua hari pula?”

“Im ajak bermalam dekat sana. Kawan baik kau yang kedekut tu dah nak belanja kan, ikut ajelah. Bukannya selalu kau cuti pun...”

Nurul Syakira mencebik. Kawan baik Nurul Syakira yang kedekut? Yang kedekut itu pun teman lelaki Fara Hana juga. Sesedap rasa saja minah ni mengutuk teman lelaki sendiri.

“Hah, kau jangan tak minta cuti pula. Esok pagi-pagi pergi kerja terus mohon cuti. Jangan nak tangguh-tangguh. Nanti kau lupa. Kau tu kan pelupa tahap mak nenek!” tempelak Fara Hana lagi.

Nurul Syakira tidak membalas walaupun geram juga dengan ayat terakhir Fara Hana tadi. Macam membalas dendam pula sebab Nurul Syakira panggil Dani Imran macam mak nenek kelmarin. Hari ini, Nurul Syakira pula yang dicop dengan gelaran itu. Sabar sajalah.

Wednesday, August 8, 2012

Aku Tak Suka Kau La - Bab 1

Hehe lama tak update blog ni. But no new picture to upload here...so what i'm going to share? Emm.. macam mana kalau saya share cerita pula? Dah lama tak menulis...lebih kurang 4 tahun. Harap korang enjoy baca cerita saya...

Bab 1




Bedebuk!

Nurul Syakira kalut memungut fail dan nota-notanya yang bertaburan setelah dia terjatuh dari tangga. Bagai nangka busuk dia terjatuh di depan platform komuter. Itulah padahnya berangan masa berjalan. Tidak pasal-pasal menjadi perhatian orang yang memenuhi platform menunggu tren. Ada pula yang percuma saja mentertawakan Nurul Syakira. Ai, takkan gelak aje kut. Paling tidak pun, tolonglah pungutkan nota yang dah terabur atas lantai basah ni. Desis Nurul Syakira.

Baru saja hati Nurul Syakira berdetik, seorang lelaki remaja beruniform sekolah menghulurkan bantuan. Hai, macam tahu-tahu saja apa yang bermain di fikiran Nurul Syakira. Nota-nota Nurul Syakira dihulurkan kepada Nurul Syakira bersama senyuman yang disimpul rapi. Budiman sungguh tertib remaja lelaki itu. Anak siapalah agaknya dia. Nasib baik budak sekolah. Kalau dewasa sikit, mesti hati Nurul Syakira sudah berdetak dengan melodi cinta.

Sekilas Nurul Syakira memandang belakang. Rasanya bukan sebab Nurul Syakira berangan saja yang menyebabkan dia tergolek bak nangka busuk tadi. Nurul Syakira yakin seseorang yang telah menghentam bahunya dari belakang macam buldozer tadi hingga menyebabkan Nurul Syakira tidak dapat mengimbangi tubuh. Gelabah sangatlah tu hendak naik tren kerana sudah nampak bayang tren yang bakal tiba. Cewah, macam ahli nujum pula.

Namun hampa Nurul Syakira tidak berjaya mengesan manusia yang dipercayai melanggarnya tadi. Mungkin kerana terlalu ramai orang yang menuruni tangga itu bersamanya tadi. Nurul Syakira lupakan saja hal itu. Tren yang dinanti juga tidak perlu ditunggu lama, sudah muncul depan mata. Kelam-kabut Nurul Syakira turut bersesak bersama penumpang-penumpang lain yang berebut untuk masuk ke dalam perut tren. Kalau terlepas kali ini, berpeluh juga mahu menunggu tren berikutnya.

Nurul Syakira perlu cepat ke Majlis Konvokesyen Dani Imran. Kalau dia terlewat nanti, pasti mulut pak cik yang kuat berleter itu menceceh tidak henti apabila tidak nampak kelibat Nurul Syakira. Kononnya lupa kawanlah, tidak sudi meraikan kejayaan kawanlah, macam-macamlah leteran Mat Bebel itu. Leternya mengalahkan mak nenek. Rimas! Nurul Syakira geleng kepala laju-laju tatkala terbayangkan leteran yang bakal meluncur laju dari mulut Dani Imran dengan air liurnya yang pasti tersembur-sembur. Ah, tidak!

Tanpa menoleh kiri kanan, Nurul Syakira menolak orang di kiri, kanan dan depannya. Asalkan dia dapat masuk dalam tren tersebut, itu lebih penting. Minta maaf sajalah pada mereka yang ditolaknya tadi. Lain kali sajalah Nurul Syakira beri peluang. Nurul Syakira hempas nafas lega setelah kakinya berdiri di dalam tren dan seketika kemudian penggera pintu berbunyi sebelum pintu itu tertutup rapat. Dalam kesesakan itu, sempat Nurul Syakira menjeling jam.

“Alamak!” Mata Nurul Syakira terbeliak. Jarum jam tangannya tidak bergerak rupa-rupanya. Terkial-kial Nurul Syakira menyeluk saku jeansnya lalu telefon bimbitnya dicapai keluar. Habis orang di sebelah disikunya. Digit waktu di dada telefon ditenung dengan riak terkejut. Sah Nurul Syakira sudah terlewat ke majlis Dani Imran. Pasti lelaki itu sudah keluar dari dewan untuk sesi bergambar setelah menerima segulung lagi ijazahnya. Seketika, telefon bimbitnya berdering nyaring dengan lagu Promise, lagu OST drama Korea You are Beautiful yang terkenal beberapa tahun lepas.

“Oh mak kau meletup!” latah Nurul Syakira akibat terkejut. Lantas tangannya pantas menjawab panggilan itu apabila sudah banyak mata yang menjeling. Agaknya sudah lama mereka memerhatikan gelagatnya. Mesti perempuan-perempuan dalam gerabak itu meluat melihat aksi kalutnya sejak tadi. Ah, lantaklah. Nurul Syakira tak ada masa nak ambil kesah semua itu.

Nurul Syakira spontan menarik telefon bimbit itu jauh dari telinga sebaik diletakkan di cuping telinga tadi. Baru saja mahu menjawab, sudah ada suara yang melulu berleter di corong talian. Nurul Syakira menggumam bibir. Ini tiada lain kalau bukan Mat Bebel itu. Memang sesuai benar dengan gelaran yang diberi Fara Hana, teman wanita Dani Imran sendiri.

“Kau ni kat mana, hah? Asal ada majlis kawan aje mesti tak nampak batang hidung kau. Kau ni dah lupakan kawankah? Anak dah berderet eh dekat rumah. Sampai nak datang majlis konvo aku ni kejap pun tak boleh. Aku ni bukannya konvo hari-hari. Bertahun tau aku tunggu nak dapat sijil sekeping ni aje pun. Tapi kawan baik aku sendiri pun tak datang nak raikan. Ini ke namanya kawan baik? Dahlah aku ni tak ada siapa-siapa lagi dekat dunia ni. Mak ayah tak ada... adik-beradik pula semua dah sibuk dengan keluarga masing-masing. Saudara-mara? Huh, jangan mimpilah. Aku konvo pun dia orang tak tahu!”

Nurul Syakira hempas keluhan halus. Alahai, mamat ni! Dahlah cakap tak berhenti. Nak masuk bab sedihlah pula..., getusnya dalam hati sambil terangguk-angguk saja mendengar leteran Dani Imran di talian.

“Nasib baiklah aku ada buah hati tersayang dekat sini. Kalau Fara tak ada, aku seorang aje dekat sini. Cemburu tau tengok orang lain bergambar bagai nak rak dengan kawan-kawan. Aku ni? Tak kesian ke?” Dani Imran menyambung lagi bebelannya. Panas terik yang membakar kulitnya tidak langsung dipedulikan saat dia leka bersyarah di telefon. Sedangkan Fara Hana sudah berkali-kali menyeka peluh dan mengipas batang tengkuknya dengan kad undangan masuk ke dewan di mana majlis penyerahan watikah ijazah dijalankan.

“Sabarlah. Kau pergilah posing puas-puas dengan Fara dulu. Nak harapkan kawan-kawan, kau kan konvo sorang-sorang aje tahun ni.” Sempat Nurul Syakira lepaskan tawa kecil. “Aku dalam tren lagi. Sesak ni, penuh dengan orang. Nak ke majlis konvo kau tulah agaknya!” Semput Nurul Syakira mahu menjawab. Semput dengan keadaan sesak dalam tren itu. Semput juga mendengar bebelan Dani Imran yang lebih panjang dari tren yang dinaikinya sekarang.

“Banyaklah kau punya alasan. Dari tadi kau buat apa? Tak ada benda lainlah tu, berangan depan cermin lama-lama!” Dani Imran menebak sebarang.

Selamba sungguh Dani Imran menebak Nurul Syakira berangan depan cermin. Pantang sungguh Nurul Syakira mendengarnya. Macamlah Nurul Syakira ini macam Fara Hana, buah hati Dani Imran yang kuat bersolek itu. Cair sikit solekannya, sudah sibuk selak cermin dan touch-up wajahnya. Ini Nurul Syakiralah. Tak mainlah solek berjam-jam atau berangan depan cermin macam Mat Jenin. Mulalah nafas Nurul Syakira tambah sesak sebab geram.

Belum sempat Nurul Syakira membalas, pintu tren pula tiba-tiba terbuka apabila tren itu berhenti di salah sebuah stesen. Nurul Syakira keluar dari tren. Kononnya mahu memberi ruang kepada penumpang yang bakal keluar dari tren yang masih sesak macam sardin itu. Tapi entah macam mana, Nurul Syakira yang tercegat betul-betul di luar tren itu tetap dihentam tubuhnya oleh salah seorang penumpang yang berasak keluar. Tercampak fail-failnya sekali lagi ke lantai. Nasib baik telefon di tangannya digenggam kemas. Sepantas kilat Nurul Syakira menoleh ke arah lelaki yang baru saja menghentamnya tadi.

“Eh, dahlah masuk koc wanita. Lepas tu suka hati langgar orang, sikit pun tak minta maaf!” omelnya laju. Nurul Syakira lekas-lekas memungut barang-barangnya yang jatuh ke lantai namun belum sempat dia masuk semula ke dalam perut tren, pintu tren itu terlebih dulu tertutup. “Eh, nantilah! Aku belum masuk lagi! Aku belum masuk!” Nurul Syakira terlompat-lompat sambil memekik apabila tren itu terus laju berlalu. Geram hati Nurul Syakira. Ini semua lelaki tadi punya pasal. Sebab dialah Nurul Syakira terlepas tren pula kali ini. Entah-entah Dani Imran terdengar apa yang berlaku pada Nurul Syakira. Ah, kalau Dani Imran dengar lagi bagus. Tidak adalah lelaki itu kecoh sangat mahu berleter.

Nurul Syakira menjeling papan tanda untuk melihat ketibaan tren berikutnya. Terbeliak lagi mata Nurul Syakira apabila tren berikutnya hanya akan dijangka tiba dua puluh empat minit lagi. Itu kalau tepat jangkaannya. Kalau tidak, aduh berasaplah telinga Nurul Syakira nanti.

Nurul Syakira terhentak-hentak berjalan dan meniti anak tangga. Dia mesti mencari lelaki yang menyebabkan dia ketinggalan tren. Masa untuk tren berikutnya tiba juga lama lagi. Alang-alang, Nurul Syakira mahu menuntut bela.

Nasib baik Nurul Syakira meggunakan kad touch and go. Senang dia mahu keluar masuk stesen walaupun bukan stesen destinasinya. Mata Nurul Syakira terus liar memandang setiap orang yang berada di luar stesen. Lantas pandangannya terhenti pada seorang lelaki memakai jaket hitam.

Tidak syak lagi, Nurul Syakira yakin itulah lelakinya yang menyebabkan dia terkandas di sini. Tanpa membuang masa, Nurul Syakira terhentak-hentak berjalan ke arah lelaki itu. Tapi belum sempat Nurul Syakira menerpa, lelaki itu sudah masuk ke dalam perut teksi dan teksi itu berlalu pergi di depan Nurul Syakira. Malang sungguh nasib Nurul Syakira hari ini. Dia hanya mampu melihat lelaki itu berlalu tanpa rasa bersalah pada dirinya. Sakitnya hati Nurul Syakira. Akan Nurul Syakira ingat wajah itu sampai bila-bila.

“Sengal punya lelaki! Tak reti baca ke?! Dah menyusahkan aku yang tersangkut dekat sini, dia boleh blah macam tu aje! Memang seribu kali sengal!” Marah sungguh Nurul Syakira sambil menghentak-hentak tangan dengan failnya.







Dani Imran sudah tayang muncung panjang di depan Nurul Syakira. Puas Nurul Syakira menjelaskan hal yang berlaku pada dirinya hari ini dalam perjalanannya ke majlis konvokesyen Dani Imran. Bukan Nurul Syakira sengaja lewat.

“Lima jam kau lewat tau, Kira! Majlis aku mula pukul dua tapi dekat pukul tujuh baru kau muncul. Orang lain semua dah balik. Aku juga yang setia tunggu kau dekat sini dengan buah hati aku ni...” Dani Imran bersuara meluahkan rajuknya lalu menuding ke arah Fara Hana yang turut muncung di sebelah.

Nurul Syakira hanya mampu terkulat-kulat tersengih memohon maaf. Sumpah Nurul Syakira tidak sengaja. “Kan aku dah kata banyak kali tadi. Aku tak sedar pun yang jam aku tu mati. Patutlah tak habis-habis aku tengok jam pukul sebelas setengah. Sedar-sedar aje dah pukul empat lebih rupanya. Tak lama aku sedar tu, kau pun telefon sergah aku macam mak nenek!” Nurul Syakira menjawab selamba.

“Mak nenek kau cakap aku. Eh, mana aku tak bising. Dulu kau juga yang janji macam-macam. Nak datang awal la, nak jadi tetamu kad jemputan aku tulah, yelah... aku kan tak ada sesiapa dekat sini. Setakat kau dengan Fara aje yang aku ada. Lepas tu, kau juga yang janji nak bagi hadiah besar untuk aku la. Hah, mana semua tu? Janji tinggal janji aje.”

Nurul Syakira melopong. Hadiah? Alamak, itu pun Nurul Syakira terlupa. Apa lagi agaknya alasan yang Nurul Syakira mahu berikan kepada Dani Imran yang sudah semakin panjang muncungnya. Fara Hana pula mengangguk-angguk setuju dengan teman lelakinya itu.

“Alah, sorrylah Im. Aku terlupalah. Aku betul-betul terlupa! Sorry... sorry. Kau nak suruh aku nyanyi lagu Super Junior, Sorry Sorry tu ke?” Berkali-kali Nurul Syakira memohon maaf. “Alah, kau ni kan lelaki. Apalah kesah sangat dengan semua tu kan. Lagipun, kau pun dah dapat master sekarang. Tak payah tunggu hadiah besar daripada aku yang bergaji ciput nilah. Nanti bila kau kahwin, hah, masa tu aku betul-betul akan belikan hadiah besar! Special untuk korang berdua, kawan baik aku dunia akhirat ni...” Nurul Syakira mengangkat keningnya berkali-kali. Sengaja dia tayang muka nakal. Dani Imran sekadar mencebik melihat riaknya itu.







“Apa cerita cik abang kau tu? Dah habis dah rajuk dia?” Nurul Syakira menyoal sebaik melihat Fara Hana masuk ke rumah. Fara Hana terus henyak punggung di kerusi tidak jauh dari Nurul Syakira. Lalu Fara Hana mencebikkan bibir.

“Kau bukan tak tahu perangai Im tu. Aku rasa kau lagi kenal perangai dia dari aku. Kan dia tu rapat dengan kau sejak dari kecil lagi. Dia tu bukan apa, cuma nak perhatian lebih-lebih daripada kawan yang macam adik dia ni aje.”

Nurul Syakira mengangguk. Dia dan Dani Imran sememangnya membesar bersama. Membesar dalam keadaan berbeza daripada kanak-kanak sebaya mereka. Tanpa ayah dan ibu, mereka membesar bersama teman-teman senasib. Kekadang mereka tertanya, entah apalah perasaannya membesar dalam keluarga dan belaian ibu bapa. Di rumah anak yatim itu, mereka berkenalan sejak Nurul Syakira baru berusia lima tahun dan Dani Imran ketika itu sudah di bangku sekolah rendah.

“Salah kaulah!” Tiba-tiba Fara Hana menyambung. Terkejut Nurul Syakira dibuatnya. Baru saja mahu mengelamun, mengimbas memori lalu sudah dikejutkan dengan getaran suara Fara Hana yang bikin Nurul Syakira sepantas kilat menoleh ke arah gadis itu. “Yang kau pergi tabur janji macam-macam dekat dia dulu siapa suruh. Padan muka kau kena bambu cukup-cukup dengan pak cik yang kuat berleter tu. Tahan-tahankan ajelah telinga tu eh. Almaklumlah, cik abang aku tu kan bakal jadi kaunselor. Tu dia tengah praktislah tu...” ujar Fara Hana lagi sambil matanya terkelip-kelip bangga. Bangga sangat tentang cik abang dia yang bakal bergelar pakar kaunselinglah tu.

Nurul Syakira mengherotkan bibirnya. Kalau nak disuruhnya Nurul Syakira menahan telinga, memang sudah lebih sepuluh tahun telinga Nurul Syakira kebas dengan mulut Dani Imran yang kuat menceceh. Sampai sudah lali Nurul Syakira dibuatnya. Setiap kali Dani Imran buka mulut, rasa macam lelaki itu menyanyi-nyanyi pula untuk Nurul Syakira. Rasanya Fara Hana yang baru dua tahun menyulam cinta dengan Dani Imran yang kena biasakan diri.

“Hai, seronoklah orang tu ek. Cik abang dia dah ada master... offer kerja pun dah dapat. Entah-entah lepas ni dapat pula offer sambung PhD dekat oversea. Fuh, kau yang dah memang macam belangkas dengan dia tu mesti nak melekap juga ke mana dia pergi. Lepas tu, kau orang kahwin dekat sana. Beranak dekat sana... anak pun rupa mat saleh. Hai, tinggallah aku seorang aje dekat sini...” Nurul Syakira merebahkan tubuh ke sofa. Otaknya sudah menerawang membayangkan kisah hidup Dani Imran dan Fara Hana selepas dua tiga tahun akan datang.

Fara Hana hampir tergelak melihat riak muka Nurul Syakira yang tersenyum-senyum melayan bayangannya. Pantas Fara Hana angkat punggung dan menerpa Nurul Syakira. “Oii, sudah... sudah. Jangan kau pula yang berangan lebih-lebih pasal aku dengan Im tu!” tempelak Fara Hana sambil menepuk-nepuk pipi Nurul Syakira. Serta-merta angan-angan Nurul Syakira berderai bersama saki-baki tawa Fara Hana yang sudah henyak punggung di sebelah Nurul Syakira.

Nurul Syakira tersengih. Kalaulah watak utama dalam bayangannya tadi ialah dirinya kan bagus juga. Tapi bukanlah bersama Dani Imran. Ish, kalau Dani Imran calonnya tak mahulah Nurul Syakira. Mat Bebel! Hai, putera idaman Nurul Syakira ini pun, kenapalah tidak muncul-muncul. Tiba-tiba peristiwa petang tadi pula yang melintas di fikiran Nurul Syakira. Serta-merta mood Nurul Syakira berubah. Sakit hati Nurul Syakira mengingatkan wajah lelaki itu yang langsung tidak nampak bersalah. Boleh pula dia pergi begitu saja tanpa walau sepatah kata maaf. Walau sakit hati, Nurul Syakira akan semat wajahnya itu baik-baik dalam kotak ingatannya. Lain kali jika Nurul Syakira bertemu lelaki itu lagi, siaplah dia.


p/s: actually cerita ni ada hantar kat novelmelayukreatif milik Kaki Novel. Episod satu ada dekat link ni. Nama pena di sana Ayu Munawer, bukan Yuri Iqmal tau...
Bab 2 di sini dan bab 3 di sini... happy reading everyone ^^,