Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Thursday, February 28, 2013

dia si jantung hati: bab 30

Hampir dua jam mereka duduk menghadap hadiah-hadiah yang diterima. Waktu juga sudah lama melewati tengah malam. Tapi kediaman Encik Rahim dan Puan Damia terus riuh dengan baki saudara yang masih berjaga. Mak Long sekeluarga sejak setengah jam lalu sudah terlebih dulu minta diri untuk melelapkan mata. Anak-anak buah juga ada dua tiga orang yang sudah terlena atas pangkuan ibu masing-masing. Cuma tinggal Zairel dan abangnya, Airel saja yang masih gagah menunggu.
Selepas semua beredar ke tempat tidur masing-masing, Zairel dan Airel pula berebut mahu tidur bersama Mak Usu. Memang sudah jadi kebiasaan Zairel untuk tidur di bilik Sasha Amira bila mereka balik ke rumah ini. Sebab Zairel suka tidur bersama chicken little milik Sasha Amira. Bukannya dengan mak usu dia.
Cepat-cepat Kak Ainur memujuk supaya jangan dikacau pengantin baru. Alahai. Pengantin baru? Geli geleman anak tekak Sasha Amira mendengarnya. Semua ahli keluarga sudah masuk tidur. Sasha Amira juga yang tercicir di anak tangga bersama hadiah yang disuruh mama simpan di bilik. Beratnya kaki hendak meniti anak tangga. Berat lagi kaki hendak melangkah masuk ke bilik yang kini terpaksa dikongsi bersama seorang lelaki.
Dup! Dap! Dup! Dap! Berdebarnya!
Saif Azrai sudah terlebih dulu masuk ke kamar peraduan. Tak gentleman langsung, tinggalkan bini dekat belakang. Kutuknya dalam hati. Ikutkan hati memang dia tidak mahu mengikut masuk ke kamar yang sama. Tapi nampaknya macam Puan Damia asyik memerhati dari jauh. Bilik Sasha Amira dan Puan Damia pun bukannya jauh sangat. Bertentang saja. Perlahan-lahan Sasha Amira menghayun langkah. Puan Damia mengucap selamat malam dari depan biliknya. Lembut ucapan mama bersama senyum lebarnya. Seronoklah agaknya bila rancangan mama kali ini membuahkan hasil. Tapi ucapan selamat mama Sasha Amira balas pula dengan senyum kelat. Masakan dia mampu senyum lebar seperti mama, sedangkan hati, jiwa raganya memang tidak rela.
Bila diselak daun pintu, kepalanya terlebih dulu menjengah ke dalam. Emm... senyap sunyi. Dia tak ada kut! Tekanya sebarang. Lantas cepat-cepat dia melangkah masuk dan mengunci pintu. Hadiah yang dibawa bersama diletak saja atas meja kecil sebelah katil kecuali hadiah pemberian Zaimah. Hadiah yang kononnya istimewa daripada Zaimah itu perlu disembunyikan di tempat rahsia. Jangan biar sesiapa pun jumpa walaupun kewujudannya sudah sememangnya sedia maklum oleh semua orang. Paling penting, perlu jauhkan dari padangan Saif Azrai.
Sasha Amira memandang keliling sambil berfikir tempat rahsia yang paling sesuai. Baru dia sedar yang kamarnya kini sudah banyak berubah. Bilik yang dulu sarat dengan bermacam aksesori yang berwarna-warni kini nampak lapang dengan hiasan merah dan putih. Teddy bear dan chicken littlenya juga sudah tiada.
Eh, mana pula mama sembunyikan bantal busuk aku? Sasha Amira tercari-cari. Dalam dia tercari-cari itu, tiba-tiba pintu bilik mandinya terbuka dan Saif Azrai muncul. Sasha Amira tergamam.
Ada rupanya. Senyap aje duduk dalam bilik air. Getusnya.
Saif Azrai dilihat sudah bersalin pakaian dengan memakai T shirt pagoda dengan kain pelekat.
“Awak nak tukar baju tidur?” Lelaki itu menegur.
Sasha Amira membulatkan mata mengikut lirikan mata Saif Azrai. Terlupa pula tangannya memegang kotak hadiah yang diberi Zaimah. Ish, mamat ni. Pandai aje nak kenakan orang. Malu seinci rasa muka ni. Kalut dia menyorokkan bungkusan itu di belakang tubuh. Dia jalan mengundur ke arah almari. Diintainya dalam almari lalu beberapa helai baju dan seluar panjang dicapai. Kakinya dihayunkan ke kanan, berjalan seperti ketam ke arah bilik mandi. Seboleh-bolehnya mahu disorok baju tidur seksi yang dipegang dari pandangan Saif Azrai.
Masuk ke bilik mandi juga, mengundur. Kelakar. Tersembur tawa kecil Saif Azrai sebaik pintu bilik mandi tertutup rapat. Sementara Sasha Amira sibuk di dalam bilik kecil itu, Saif Azrai membentang tikar sejadah. Solat sunat tahajud disempurnakan dengan begitu khusyuk.
Selang beberapa minit, Sasha Amira menyelak pintu bilik mandi. Terjengah-jengah lagi sebelum melangkah keluar. Melihat dulu apa yang dibuat Saif Azrai. Saif Azrai yang baru selesai mengamin doa bangun. Tikar sejadah disidai bersebelahan pakaian solat milik Sasha Amira. Songkoknya pula disangkut di sebelah tepi penyidai. Lambat-lambat Sasha Amira melangkah dengan tuala berbungkus di kepala. Hendak ke mana ya... dia tidak pasti. Janggal rasanya duduk sebilik dengan lelaki.
Saif Azrai yang terlihatnya tidak keruan menggumam bibir. Akhirnya tawa yang cuba ditahan meletup jua walaupun perlahan.
“Awak sejukkah?” Lucu benar dia melihat gelagat Sasha Amira hari ini. Sedangkan dia yang hanya berbaju nipis boleh terasa bahang. Sasha Amira pula entah berapa lapis baju yang dipakainya. Di dalamnya nampak seperti T-shirt dan di luarnya pula baju panas yang tebal. “Kalau awak sejuk, saya boleh tolong panaskan,” ujar Saif Azrai berjenaka bersama senyum penuh makna.
Sasha Amira menjeling. Lelaki itu bukan tahu yang Sasha Amira sorokkan baju tidur seksi dalam baju panas yang dipakainya sekarang. Balutan tuala di kepala dibuka. Pura-pura dia mengeringkan rambut yang basah.
“Mana baju tidur awak? Takkan sorok dalam baju kut!”
Sasha Amira terbeliak mata. Kaku tangannya tidak bergerak. Terbongkok macam nenek kebayan. Alamak. Macam mana dia boleh tahu.
“Emm... kalau dah pakai, tak payahlah nak sorok-sorok. Saya bukannya orang lain lagi...” Saif Azrai menggeleng-geleng ketawa. Kejang rasa rahangnya menahan tawa yang asyik mahu meletup keluar. Sikat di atas meja solek dicapai lalu disisir rambut ke belakang.
“Jangan nak mengadalah. Awak jangan harap saya nak pakai depan awak!” Tukas Sasha Amira keras lalu terus duduk atas katil. Muncungnya panjang ke depan. Bantalnya ditepuk-tepuk. Matanya semakin lemah mahu dibuka luas. Kalau dapat baring, memang selesa. Apatah lagi badannya sekarang memang sudah letih. Tapi Saif Azrai masih di situ. Malulah hendak baring di depannya.
Saif Azrai terus tersenyum. Walaupun jawapan Sasha Amira tadi agak kasar tapi sekurang-kurangnya tidak lagi ber-aku kau. Emm... ada perkembangan. Setelah lama terpacak, dia juga henyak punggung di atas tilam empuk. Baru sebelah badannya jejak atas tilam, Sasha Amira sudah menarik selimut membaluti seluruh badannya. Mata Sasha Amira bulat memandang Saif Azrai.
Tidak jadi Saif Azrai mahu henyak tubuh di sebelah. Senyumannya dibuat-buat. Lantas bantal miliknya dicapai dan beralih ke tepi katil. Dia duduk bersila di atas lantai.
“Sekurang-kurangnya boleh tak awak bagi saya selimut buat alas? Sejuk...” Saif Azrai tayang muka kasihan.
Tapi Sasha Amira sekadar menjuir bibir. Kemudian kepalanya juga disorokkan dalam selimut sebelum surut sebaris tilam. Saif Azrai mendopang kepala atas tilam. Susuk tubuh Sasha Amira diperhati walaupun kurang jelas. Lama.
“Sebenarnya, saya ada sesuatu nak beritahu awak sebelum majlis pernikahan kita tadi.” Senyap. Tubuhnya turut direbahkan. Memandang ukiran siling putih yang ringkas tapi menarik. Selepas menarik nafas panjang beberapa detik, dia menyambung.
“Saya nak awak tahu yang saya ikhlas pada awak. Sejak awak tarik saya jadi boyfriend awak dulu, saya dah mula suka pada awak. Itulah kali pertama saya jatuh cinta. Walaupun terlalu cepat, tapi saya jujur dengan cinta saya. Saya tak akan sentuh awak tanpa kerelaan awak. Saya akan sabar menunggu sampai awak buka hati awak untuk saya. Saya tak kesah nak tunggu walaupun berapa ribu tahun sekalipun yang awak perlu.” Perlahan kata-kata yang terucap keluar dari bibir Saif Azrai. Dia tidak pasti sama ada Sasha Amira mendengarnya atau gadis itu sudah pun dibuai mimpi. Sedang dia melayan perasaan sendiri. Sumpah dia tidak menipu atas kata-kata yang diucapkannya. Sumpah dia jujur. Sumpah dia akan setia menanti. Kalau tidak, masakan dia sanggup ketepikan kerjaya dan keluarga.

Tuesday, February 26, 2013

di si jantung hati: bab 29

Friday, February 22, 2013

dia si jantung hati: bab 28

Huhhh.
Sasha Amiar menarik nafas panjang sambil bermenung di laman rumah. Duduk di depan pintu rumah sambil memerhatikan anak-anak saudaranya bermain di luar. Anak-anak along dan anak-anak abang, lima orang semuanya. Bila sudah berkumpul, riuhlah jadinya rumah Encik Rahim dan Puan Damia. Tapi bukan selalu meriahnya. Bila ada perayaan atau cuti sekolah saja muncul. Itupun kalau mereka tidak merancang pergi bercuti ke tempat lain. Tidak penat agaknya mereka bermain sejak petang tadi. Orang sibuk dengan majlis akad nikahnya, budak-budak itu pula asyik bermain.
Akad nikah? Emm... dah sejam mereka saudara-mara siap mengemas selepas selasai kenduri akad nikah. Sasha Amira sudah sah menjadi isteri orang. Dia sudah halal untuk Saif Azrai. Aduhai, sedihnya dalam hati. Banjir rasanya dalam hati ini kerana dia benar-benar tidak sanggup. Bila melihat tergambar rasa gembira di wajah semua orang, terutama papa dan mama, makin sedih jadinya. Kenapalah Sasha Amira perlu berdepan semua ini? Seronok agaknya jadi kanak-kanak seperti anak-anak buahnya. Seronok saja bermain sepanjang masa.
“Hai, pengantin baru. Kenapa termenung depan pintu ni? Nanti tak laku tau.”
Sasha Amira mendongak ke belakang sebaik ditegur satu suara. Lantas dia tersenyum kelat melihat Suhana Azreen sudah turut menghantar punggung di sebelahnya.
“Patutlah orang dapur cari tak jumpa-jumpa. Duduk seorang dekat sini rupanya. Ingatkan dah tak sabar nak duduk bilik.” Omel Suhana Azreen lalu tertawa kecil. Namun adiknya tidak langsung berikan respon. Diam membatu. Matanya leka semula melihat anak-anak buahnya bermain tapi fikirannya entah-entah sudah melayang jauh. “Kenapa dengan adik along ni? Monyok aje muka. Orang lepas kahwin gembira, bukan termenung buat muka tempoyak basi macam ni.” Suhana Azreen cuba berseloroh.
Keluhan halus kemudian dihempas perlahan apabila Sasha Amira masih terus diam. Tangan adiknya disambar lalu diletak atas pangkuannya. Dibelek-belek inai yang masih merah di tangan Sasha Amira lalu diurut tangan itu perlahan.
“Kita ni orang perempuan, lepas kahwin terus jadi tanggungjawab suami. Kena ikut kata suami, kena jaga hati suami. Sebenarnya banyak juga tanggungjawab kita pada suami, dik. Adik kena ingat, lepas kita kahwin, syurga kita letaknya pada tapak kaki suami. Suka tak suka, baik buruknya dia kenalah kita terima kalau dah memang dia jodoh kita.” Tangan Suhana Azreen beralih pula ke bahu Sasha Amira. Digosok lembut sebelum ditarik dalam dakapannya.
“Takkanlah mama nak jodohkan adik dengan orang yang tak baik. Along tengok pun Azrai tu baik budaknya. Walaupun baru sekejap tapi along macam boleh rasa. Hormat orang tua, pandai layan budak-budak. Handsome pula tu!” Suhana Azreen tertawa kecil lagi. Dapat dilihatnya ada secebis senyuman di bibir Sasha Amira walaupun sekejap. Ikhlas atau tidak senyuman itu, atau sekadar sindiran atas jenakanya tadi, Sasha Amira lebih tahu.
Suhana Azreen terus memujuk dengan membelai bahu adiknya. Matanya juga sekali sekala memerhati anak-anak buah yang masih sibuk bermain. Terkenang-kenang saudara mara di dapur yang sedang menjamu makan lewat petang. Saudara-mara lelaki pula, kali terkakhir Suhana Azreen lihat beberapa minit lepas masih sibuk mengemas periuk kuali di belakang rumah. Esok pagi, Pak Cik Man, tukang masak yang diupah sempena kenduri tadi akan datang mengambil barang-barangnya itu.
“Macam along cakap sebelum ni, perkahwinan tu indah sangat dik. Terlalu indah hingga tiada satu perkataan pun yang mampu mengungkap betapa indahnya nilai sebuah perkahwinan. Tapi berat juga tanggungjawab kita yang memikul.” Suhana Azrren menangkap kepala Sasha Amira. Dipalingkannya menghadapnya. Ditatapnya wajah itu dengan rasa syukur yang teramat sangat. “Adik along ni sebenarnya bertuah sangat. Mama pilih calon untuk adik elok dalam dan luarnya. Usah dipandang asal usulnya mahupun pangkatnya, tapi pandanglah dalam hatinya yang mana boleh menjaga kamu dan anak-anak kamu nanti. Along pasti lelaki yang dipilih mama yang akan berikan kebahagian pada kamu. Insya-allah.” Habis saja meluahkan rasa hati, Suhana Azreen menghadiahkan satu kucupan di dahi Sasha Amira.
Terpejam mata Sasha Amira saat itu. Sudah lama dia tidak merasai ciuman Along. Rindu rasanya. Suhana Azreen berdehem lalu melepaskan tangannya. Matanya terlihat sesusuk tubuh yang sudah berdiri beberapa langkah daripada tempat mereka dua beradik duduk bersembang. Sasha Amira ikut melihat. Tidak tahan dipanah renungan dan senyuman Saif Azrai, dia menundukkan kepala semula.
“Emm... jangan duduk sini lama-lama. Nanti mak cik pak cik dekat dalam tunggu lama pula. Diorang dah tak sabar nak tengok kamu berdua buka hadiah!” Suhana Azreen menambah cerita lalu perlahan-lahan dia mengundur diri masuk ke dalam rumah.
Saif Azrai mendekati. Dalam beberapa saat, lelaki itu sudah duduk di sebelah Sasha Amira. Sungguh dekat dan rapat jarak antara mereka. Sasha Amira terpaku. Gelisah seakan Saif Azrai dapat mendengar detak jantungnya yang begitu kencang. Kencang sebab suka atau benci? Sasha Amira tidak tahu. Tapi di depan saudara-mara yang masing-masing datang dari jauh, Sasha Amira tidak mahu bertekak.
Saif Azrai diam saja sejak duduk tadi. Sepatah pun dia tidak bercakap. Dalam diam, Sasha Amira mengintai lelaki itu dari pinggir mata. Hatinya mengucap panjang melihat tangan lelaki itu datang dekat. Bagai hendak lari seribu batu dia ketika itu. Namun, tangan itu tidak sempat mendarat apabila Hairul, anak Kak Ngah yang paling kecil berlari ke arah mereka untuk mendapatkan bola yang ditendang abangnya singgah ke situ.
Saif Azrai mencapai bola plastik berbelang hitam kuning itu dari lantai. Digolekkan sekejap bola itu keliling tapak tangan. Kemudian dia memutar bola itu di hujung jari telunjuk. Hairul terpaku melihat. Hampir setengah minit bola itu berputar tidak jatuh, Hairul menepuk tapak tangan gembira. Sekelip mata saja anak-anak buah Sasha Amira yang lain sudah datang berkerumun dan bersorak riang.
Hebatlah Pak Usu. Pandainya Pak Usu main. Macam-macam pujian yang mereka berikan. Tiba-tiba Sasha Amira tidak sedap hati. Dia menelan liur. Anak-anak saudaranya juga memanggil Saif Azrai Pak Usu. Heuw, gelinya dengar! Bila melihat wajah bangga dan ceria Saif Azrai bila dipuji budak-budak itu, lagilah dia rasa semacam hendak muntah. Menyampah.
Penat agaknya menayang aksi, Saif Azrai memeluk bola itu ke perut. Wajah anak-anak buah di depan direnung seorang demi seorang dengan senyum lebar. Kecil-kecil lagi semuanya. Paling besar mungkin baru darjah dua jika dilihat dari saiz badannya. Semuanya lelaki. Patutlah riuh benar rumah ini walaupun cuma lima orang anak buah Sasha Amira. Budak lelaki, kalau main bersama memang riuh sekampung. Bagi gempak seluruh desa.
“Mak Usu nak buka hadiah. Siapa nak tengok?” soalnya tiba-tiba kepada budak-budak itu. Apa lagi, riuhlah jadinya bila masing-masing sibuk mengangkat tangan tanda mahu ikut serta.
Terkejutnya Sasha Amira bila dirinya pula digelar Mak Usu. Kemudian dia pula yang diserbu bala tentera apabila Saif Azrai pandai-pandai menunjuk ke arahnya. Tangan Sasha Amira ditarik-tarik, tubuhnya digoncang-goncang semata-mata hendak mengajak masuk membuka hadiah. Simpang siur rasanya Sasha Amira berjalan dengan lima orang anak buahnya mengelilinginya. Mengemut aje rasa!
Saif Azrai pula tertinggal di belakang. Hampir pecah perutnya menahan gelak melihat gelagat Sasha Amira bersama anak-anak buahnya.

Letihnya hendak buka semua bungkusa hadiah. Tapi letih lagi asyik terpaksa ukir senyum di depan makcik pakcik. Apatah lagi bila diusik oleh Mak Teh yang memang kuat menyakat. Disambung pula oleh Suhaila Azlina, Kak Ngahnya yang pro menyambung jenaka. Satu-satunya kakak iparnya, isteri abang Zafuan, Kak Ainur namanya. Boleh tahan juga mulut Kak Ainur mengusik. Kalau Mak Teh kering idea, Kak Ainur pula tidak segan silu melontar usikannya. Tebalnya muka Sasha Amira usah cakaplah. Hatinya lebih menebal rasa geli kerana diusik dengan lelaki yang duduk di sebelah.
Saif Azrai mengambil lagi sebuah hadiah dari longgokan hadiah yang mereka terima dari tetamu dan kenalan rapat. Wah, memang banyak betul hadiah pernikahan mereka. Belum lagi dibuat majlis makan damai yang akan dijadualkan minggu depan. Anak-anak buahnya pula sudah sibuk berebut hadiah. Berebut hendak Sasha Amira bukakan hadiah yang mereka pilih dulu bolehlah. Tapi kalau hendak isinya, minta maaf sajalah.
Saif Azrai mengalah. Kali ini Sasha Amira memilih hadiah yang dipilih Zairel, anak abang Zafuan yang paling kecil. Memang kecil. Baru tiga tahun empat bulan kalau tidak silap. Bukan main gembira lagi Zairel bila hadiah di tangannya yang disambut Sasha Amira. Tap kemudian dia beria pula mahu Saif Azrai yang buka hadiah tersebut.
Pula dah! Sasha Amira tayang muncung. Namun di depan saudara mara dia terpaksa berlakon mesra. Apa guna dia jadi pelakon teater kalau depan keluarga sendiri pun tidak pandai pura-pura. Hadiah itu dihulur kepada Saif Azrai dengan senyum nipis.
Saif Azrai membelek-belek hadiah yang berbalut kertas berwarna merah hati itu. Digoncangnya seketika sambil cuba menduga isinya. Ringan. Sanak-saudara juga tidak lepas peluang meneka. Puan Damia dan Encik Rahim turut tersenyum gembira.
Kad yang tertampal atas hadiah itu dibaca. Ucapan dari Zaimah. Oh, daripada Zaimah rupanya. Setelah didesak ahli keluarga yang tidak sabar menunggu, Saif Azrai mengoyakkan pembalut hadiah itu dengan rakus. Sasha Amira hanya merenung. Huh, ganas betul. Kalau Sasha Amira yang buka, cantik lagi sampul pembalut itu nanti.
Baru separuh kertas pembalut itu koyak di depan, Saif Azrai sudah menayang senyum. Semua ahli keluarga mula tertanya-tanya. Lambat-lambat hadiah itu berpindah tangan kepada Sasha Amira. Terpinga-pinga Sasha Amira sekejap. Saif Azrai tidak bercakap apa, cuma tersenyum. Sempat dia kenyit mata diam-diam pada Sasha Amira. Mulalah hati Sasha Amira rasa tidak sedap.
Subhanallah. Sasha Amira sendiri terkejut melihat isi hadiah pemberian Zaimah. Kurang asam punya kawan. Adakah patut diberinya hadiah baju tidur yang begitu seksi buat Sasha Amira. Patutlah ucapannya khas buat Sasha Amira seorang. Tak senonoh betul kawannya yang seorang ni.
Kak Ngah sudah datang dekat. Tidak sabar bila Sasha Amira dan Saif Azrai asyik diam saja sejak membuka hadiah yang dipilih Zairel tadi. Buat orang lain tertanya-tanya saja. Lantas dengan selamba Kak Ngah intai dari depan Sasha Amira. Kemudian Kak Ngah menjerit suka. Hadiah baju tidur ditayang Kak Ngah kepada semua ahli keluarga yang berkumpul. Gegak gempita seketika ruang tamu kediaman Encik Rahim dengan suara usikan dan hilai tawa mereka sekeluarga.
Ya ampun. Malunya Sasha Amira ketika itu. Entah mana dia mahu sorok muka. Dalam kotak hadiah, muat tak agaknya? Saif Azrai di sebelah pula sudah simpul senyum penuh makna. Amboi, otak dah melencong jauhlah tu.

Tuesday, February 19, 2013

dia si jantung hati: bab 27

Sudah semakin tidak keruan Sasha Amira duduk di dalam bilik. Panas rasa punggungnya. Jantungnya berdetak kian kencang. Di bawah semakin riuh dengan suara tetamu-tetamu yang datang termasuklah saudara mara terdekat. Pak Ngah dan Mak Ngah pun ada bersama. Baru setengah jam lepas, Mak Ngah masuk menjenguk Sasha Amira.
“Kamu ni Sasha, kalau ya pun berdebar menunggu bakal suami usalah gelabah sangat macam ni!” Kak Saleha, mak andam yang diupah Puan Damia untuk majlis pernikahan Sasha Amira malam ini menegur. Lama dia memerhati saja gelagat Sasha Amira. Mundar-mandir dari tadi. Jelas terpancar gelisah di wajah gadis itu.
Sasha Amira terpaku dek teguran Kak Saleha. Berdebar tunggu suami? Huish! Merepek! Jangan harap Sasha Amira hendak berdebar-debar kerana lelaki itu. Debaran Sasha Amira sekarang ini pun sebab memikirkan bagaimana dia hendak mengelak dari pernikahan yang dirancang Puan Damia. Dia henyak punggung di kerusi menghadap cermin. Wajahnya yang telah disolek Kak Saleha dibelek dari jauh. Macam baby doll! Comel pula rasanya dirinya. Tapi bila pandangannya beralih sedikit ke bawah, melihat tubuhnya yang dibaluti baju kurung putih yang polos, dengan inai di jari. Macam tidak percaya dia jadi pengantin hari ini. Sekejap lagi, akan bergelar puan. Kursus pra-perkahwinan pun tergesa-gesa dia hadiri dengan bakal suami. Hai la nasib. Tak seronok langsung hendak kahwin, tidak seperti pengantin-pengantin lain. Perlahan dihempas keluhan halus.
“Ish, apa pengantin mengeluh pula ni?” Cepat saja Kak Saleha menegur lagi. Nipis juga telinga Kak Saleha. Dengar saja dia walaupun halus bunyinya. Sasha Amira menjeling reaksi Kak Saleha dari balik cermin. Kak Saleha datang mendekati.
Kak Saleha membelek-belek lagi solekan di muka Sasha Amira. Ada saja yang kurang, dicoletkan berus lembut ke muka Sasha Amira. Aduh. Sesak nafas Sasha Amira rasanya. Mukanya sudah terasa tebal dua inci. Entah apa lagi yang tidak kena pada pandangan Kak Saleha. Teringat juga bagaimana Kak Saleha memaksa Sasha Amira memakai inai di tangan. Seksa. Tidak boleh menggaru walaupun gatal menggila-gila. Sumpah Sasha Amira tidak ingin pakai inai buat kali kedua.
Dijelingnya juga wajah Zaimah dan Intan Nazira yang sama-sama menemaninya di kamar ini. Beberapa hari Sasha Amira dikurung Puan Damia, tidak boleh keluar rumah. Takut benar dia akan melarikan diri. Tapi hari ini, Sasha Amira tidak akan putus asa. Zaimah yang duduk di pinggir katil asyik tersenyum gembira. Intan Nazira pula nampak kurang gembira nampaknya. Hanya tersenyum sekejap-sekejap bila Sasha Amira memandang.
“Hah! Kau kata nak tolong aku kan hari tu?” Lekas-lekas Sasha Amira pergi mendapatkan Intan Nazira. Baru teringat akan janji Intan Nazira kelmarin. Terduduk dia di depan Intan Nazira. Tangan Intan Nazira digoncang berkali-kali sambil mengulang soalannya tadi berulang kali.
“Hei, tolong apa ni?” Laju tangan Zaimah menampar bahu Intan Nazira yang duduk di sebelah. Sakit hatinya melihat Sasha Amira yang bagai merayu-rayu minta pertolongan. “Kau jangan nak buat kerja gila. Tetamu dah makin ramai kat bawah tu!”
Intan Nazira tunduk. Wajah sayu Sasha Amira ditatap seketika. Sementara telinga asyik dipanah teguran keras Zaimah. Garang pula kawannya itu hari ini. Dia mati akal. Kalau tidak ditolong Sasha Amira sekarang, dia juga yang akan gigit jari nanti. Relakah dia melepas Saif Azrai begitu saja?
Intan Nazira tiba-tiba bingkas bangun dari duduk. Tangan Sasha Amira ditarik sama. Sudah tiada jalan lain. Dia menyelongkar almari baju Sasha Amira. Mencari tuala, kain cadar atau apa saja yang boleh diikat bersama. Sasha Amira juga berkerja keras mencari dan memberikan pada Intan Nazira. Otaknya sendiri sudah serabut. Buntu kerana terlalu ingin membatalkan majlis malam ini.
Kak Saleha dan Zaimah yang memandang sudah tergamam. Wajah masing-masing jelas terkejut sambil masih cuba menganalisa tindakan gadis dua orang itu. Sesekali terdengar suara Sasha Amira kalut mengerah Intan Nazira supaya bertindak lebih cepat.
Tiba-tiba pintu diketuk. Tidak lama pintu itu diselak dari luar. Mereka berdua terpempan. Lekas-lekas Sasha Amira menarik tali yang diikat dari pelbagai jenis kain itu ke belakang tubuh. Ditendangnya sedikit sedikit ke belakang. Mata semua orang dalam bilik itu tertumpu di pintu. Kak Suhana Azreen sudah masuk sambil tersenyum lebar ke arah semua orang. Saja dia hendak menjenguk adiknya sebelum majlis penuh bermakna bermula sekejap lagi.
Tanpa buang masa Suhana Azreen mendekati Sasha Amira. Intan Nazira juga kembali berdiri di sebelah Sasha Amira. Kakinya cuba kais kain yang tersangkut di kaki ke belakang. Beranjak ke depan sedikit lagi untuk melindung kain-kain tadi.
Suhana Azreen menilik wajah dan tubuh Sasha Amira di depan mata. Melihat wajah bahagia kakaknya, Sasha Amira melempar senyuman terpaksa. Tangannya dicapai Suhana Azreen. Lembut kakaknya mengelus tangannya.
“Cantik adik along malam ni. Macam puteri dari kayangan!” Puji Suhana Azreen melangit. Namun Sasha Amira hanya tersenyum hambar. Ketat rasanya muka hendak terus mengulum senyum paksa. “Diam-diam dah berpunya rupanya dia. Sikit pun tak beritahu along ya.”
Suhana Azreen membelek-belek pula tubuh Sasha Amira hingga ke belakang di intainya. Cantik busana yang dipilih Puan Damia. Walaupun polos tetap menonjolkan seri si pengantin. Senyumnya tidak lekang. Cerianya hati Tuhan saja yang tahu. Akhirnya adik bongsunya ini mahu juga mendirikan rumah tangga setelah bertahun-tahun Puan Damia mencarikan jodoh.
“Kain-kain ni nak buat apa, Kak Saleha?” soal Suhana Azreen tiba-tiba seraya menoleh ke arah Kak Saleha. Tangan Suhana Azreen menunjuk ke arah kain-kain di belakang Intan Nazira. Kak Saleha terpaku di depan meja solek. Suhana Azreen sudah memegang kain-kain yang dimaksudkan. Diperhatikan ikatan pada kain-kain itu yang saling menyambung sekaligus wajah Suhana Azreen berubah rona. Dilirik terus ke wajah Sasha Amira.
“Apa ni dik?” Wajah Sasha Amira diamati. “Jangan kata pada along yang kamu...” Pandangannya berpaling kepada Intan Nazira. Intan Nazira sudah kalut melarikan pandangannya.
“Tetamu dah penuh dekat bawah. Saudara mara pun ramai yang datang. Semuanya tak sabar nak tunggu majlis akad nikah sekejap lagi. Apa pula yang kamu rancang ni, dik? Nak malukan kita sekulargakah?” Suara Suhana Azreen sudah bergetar. Sedih, kecewa dan mungkin sedikit rasa marah berbaur menjadi satu. Sukar digambarkan perasaannya ketika ini.
Muka Sasha Amira sudah mencemik. Dia menganjak mendapatkan Suhana Azreen. “Along, Sasha tak mahu kahwin. Along tolonglah Sasha. Mama yang paksa Sasha kahwin...”
Suhana Azreen tergamam.
“Along... tolonglah. Sasha tak mahu kahwin lagi...”
“Sampai bila, dik? Sampai bila kamu nak membujang? Bila kamu nak buka hati kamu tu? Kat luar tu, tetamu dah melimpah ruah sampai ke luar. Tok imam pun dah sampai. Jangan buat perangai lagi, dik. Kalau mama tahu, mesti mama naik angin.” Suhana Azreen cuba memujuk.
“Tak mahu. Sasha tak boleh teruskan.” Sasha Amira terus menggeleng sungguh-sungguh. Betapa dia tidak sanggup meneruskan majlis yang meriah di luar.
Suhana Azreen tidak tahan melihat keadaan adiknya. Pilu pula rasa hati. Hendak dibiarkan, kasihan. Hendak ditolong, kasihan lagi pada mama dan papa. Memanglah salah fikirnya akan tindakan Puan Damia yang memaksa. Tapi kalau sudah sampai ke hari langsung, tiada apa lagi yang boleh mereka lakukan. Mana hendak sorok muka depan tetamu yang datang? Lantas Suhana Azreen menggeleng.
“Tak boleh, dik. Tak boleh...” sela Suhana Azreen sambil terus menggeleng. Kain yang dipegangnya digulung dalam pelukan lalu disumbat masuk ke dalam almari. Kemudian tangan Sasha Amira yang menarik-narik tubuhnya disambar. “Adik tak boleh buat macam ni. Mengucap banyak-banyak. Ingat Tuhan, dik. Malu mama dan papa nanti.”
Pipi Sasha Amira yang dibasahi air mata dikesat dengan jari. “Jangan menangis lagi, dik. Mama bukan suruh kamu bunuh diri. Perkahwinan itu bukan sesuatu yang perlu kamu takutkan, gerunkan mahupun bencikan. Perkahwinan adalah satu episod kehidupan yang paling manis, paling bahagia dan yang akan menyempurnakan hidup kita. Ia bukan beban tetapi nikmat Allah yang berikan pada kita.” Lembut Suhana Azreen memujuk. Kemudian Suhana Azreen meminta Kak Saleha memperkemaskan solekan Sasha Amira.
Terkedek-kedek Kak Saleha berlari ke arah Sasha Amira dengan alat solek yang memang sentiasa sedia di tangan. Comot sedikit wajah Sasha Amira berbanding awal tadi. Wajah Sasha Amira disolek semula seperti diminta.
Di luar kamar, tiba-tiba saja riuh dengan suara. Suhana Azreen lekas bergerak ke pintu. Tidak sempat dijengahnya ke luar, pintu sudah dikuak dari luar. Seketika, Puan Damia muncul dari balik daun pintu. Ceria muka Puan Damia mendapatkan Sasha Amira. Di belakang Puan Damia, Encik Rahim juga ada sama diikuti seorang lelaki separuh abad dengan jubah putih dan berkopiah.
“Sasha, ni tok imam nak tanya sikit,” beritahu Puan Damia kepada Sasha Amira yang terpaku. Tidak lekang senyuman di wajah Puan Damia. Tangan Sasha Amira disambut lalu diajak anak gadisnya itu duduk menyimpuh di lantai.
Dalam keterpaksaan, Sasha Amira akur. Matanya melirik ke arah Suhana Azreen berkali-kali sepanjang soal jawab dari Tok Imam. Dia cuba mendapatkan kekuatan untuk menempuh sangat-sangat sukar ini. 

Friday, February 8, 2013

Today update 20130208

Konnichiwa!!!!

Hehehe... dah lama tak update kat sini. And pada korang yang menanti-nanti sambungan cerita 'Dia si jantung hati', teruskan menunggu yer hehe... maaflah sebab lambat sikit dapat sambung cerita dekat sini sebab yuri@ayu munawer tengah sibuk siapkan tesis sekarang... gomen ne T_T 

Kat korang yang berkunjung ke blog yuri ni, yang baca cerita2 yuri, yang setia menunggu dan komen, thanks bebanyak. Insya-Allah, akan disambungkan cerita2 tu nanti... ok ^^,

Jaa... bye2...selamat bercuti to everyone