Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v
Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Sewa dulang hantaran


Dulang hantaran. Ada 12 pcs. Harga sewa RM8/pcs. 


Alas dulang hantaran pun ada... satin purple color: RM 0.50/pcs.. ada 12 pcs semuanya.


Alas dulang orange color: RM1/pcs. Ada 6 pcs aje 


Yang ni pula pasu bunga pahar. Ada 2 pcs aje. Untuk sewa, RM10/pcs

Sewaan tak lebih dari 3 hari. And adatlah, hopefully barang yang disewa tak rosak. Kalau rosak, faham-faham la eh hehe

Yuri ada gak veil untuk nikah yang labuhnya sampai pinggang... tak tahu nak buat apa lagi dengan veil tu. Jadinya rasa cam nak sewa jugaklah. Nanti yuri upload gambar bila-bila eh...

Friday, September 21, 2012

Sweet memory of d year :p

Huahhh... sweet memori ler time di final year tok master ni. Dapat lak bergambar dengan NC..hehe... emori juga bersama jerawat BESAR yuri hehe


Bila baca berita En. Raai (urusetia pertandingan) dalam blog lensa ukm, excited jangan cakaplah. Tengok nama penuh sendiri dah rasa macam... emmm bangga jap hehehe. Tengok tajuk... eheeemmm lagi kembang la kut punggung ni hahaha rasa macam student medic pulak. Yang sebenarnya science student.. cuma fakulti aje under fakulti perubatan. Tak gitu kak wina?

And happy juga, tak payah tunggu pameran...dah dapat tengok gambar2 pemenang-pemenang yang lain.. ^^, cantik-cantik semua. Terbaekkk laaa! tapi kalau ada juga pamerannya, memang nak pergi. Mesti ada gambar2 lain jugak kan. Syok juga tengok gambar2 orang ni... boleh berangan sekali hahaha (manalah tak banyak jerawat :p)

Nak tau gambar apa yang yuri hantar? Hehe ada 3... tapi nak tau yang mana yang memberi tuah tu, hah kenalah baca report En Raai kat blog lensaukm ^^, Kliklah..kliklah. Nak tau cerita di sebalik gambar ni... yuri ada shot banyak gambo untuk merdeka. Ni ler gambo yang yuri tersilap cuci..sebenarnya yuri pilih gambar lain tok cuci sama dengan 2 lagi gambar tu. Tapi..emm tak sangka ek... tulah rezeki namanya. Thanks to all termasuklah kat para juri yang telah memilih gambar yuri tu ^^,

Apasal la post ni yuri dok tulis italik and center ek... dah macam poem pula rupa dia haha

Thursday, September 20, 2012

Sambutan Hari Malaysia Peringkat UKM 2012

Gambaran sambutan Hari Malaysia di stadium UKM... walaupun tak penuh sangat tapi meriah and bingit. Yuri datang dengan Kak Linda and Kak Wina... terima kasih yer Kak Linda sebab pinjamkan kereta... and terima kasih juga kat Kak Wina sebab tolong drive kan ke mari..hehehe

Sampai sini aje dah dekat pukul sepuluh... tengok2 diorang tengah nyanyi and menari... perbarisan confirm ler dah habis. Yuri ni bukannya pandai sangat shot gambar waktu malam.. belum pass lagi ni :p

 Tu dia! Penari-penari UKM... yang masuk perbarisan pon tak lepaskan peluang tu tunjuk bakat menari sama kat belakang nun... ^^,


Habis aje nyanyi... acara yang ditunggu-tunggu.... 'penyampaian hadiah'!!! Yeeeeehaaaaa...

Dah menang, apa lagi... bergambar sakan ler dengan group memasing yerk... tahniah... tahniah... ABC memang bawa balik banyak hadiah malam semalam... fuuuhhhh hebat dek non

 Orang lain dok happening celebrate.. Kak Linda lak masih busy dengan handphonenya :p

Rasa macam dah lama tak join program kolej.. rindu pula kat zaman belajar kat kolej dulu hehe... jam-jam ni ler kiter terasa cam nak menyelit sama kat tengah lautan manusia tu. Cam best jer ^^
Habis penyampaian hadiah tu masing-masing dok celebrate ler... sambil tu nyanyi lagi lagu-lagu patriotik cam IM4U hehe.. fav tu. Yuri pun dok nyanyi la sama..hehe walau suara takde ler sedap mana. Memang tak sedap pun. Nasib baik tak mengundang hujan :p


 Lagi pemenang dengan trofi mereka... yang ni xtau ler tok pertandingan apa. Siap ada kerusi roda la.. tongkat la...


 Kak Wina and Kak Linda pon tak ketinggalan berposing hehe
(gambar-gambar Kak Linda terpaksalah diremovekan dari blog ni memandangkan Kak Linda sekarang dah manis bertudung ^^,)


Yuri pon dok berposing gak... tapi malu ler dengan jerawat batuku tu.. adeh... siap tumbuh baru lagi. Beranak pinak pulak dia T_T

Agenda malam ni bukan takat sambut Hari Malaysia jer... hehe tapi sebab nak gi ambil hadiah :p dah dijemput kan oleh urusetia.. takkan tak datang. Untung ler kak wina and kak linda nak teman ^^, masa mula-mula tu serius memang tak letak harapan langsung. Yuri dok hantar penyertaan pun last minute... shot gambar pun kira last minute jugaklah. Bila diumumkan nama pemenang sorang demi sorang...hmmmm lagilah rasa cam takde harapan bila nama sendiri tak disebut-sebut.

And bila dipanggil sebagai pemenang tempat pertama tu...peggghhh aduhhhh kaki tangan memang dah bertindak tapi otak ni memang blur habis. Syukur, happy, terkejut, tak percaya, semuanya bercampur-baur. Serius! Bila fotografer nak bik gambar tu... jangan cakaplah ketat bebenor muka ni. Tak boleh nak fikir apa-apa dah... cara nak senyum pun lupa hahaha bila ingat-ingat balik kelakar pun ada...

Alhamdulillah cubaan pertama yuri berhasil ^^, ni kena ucap terima kasih kat banyak pihak ni hehe... kat mak abah, tu dah mesti! kat family, kawan2, urusetia pun tak lupa tau ^^,v
Yang paling best... i love my baby! (kamera ler :p)

Wednesday, September 19, 2012

Cuti-cuti Malaysia: Menara Condong Teluk Intan


 
 Amboi! Siap melambai-lambai depa dari atas nun yoooo...

 Cewah... siap berposing dengan motor besar tu. entah motor saper ler tu...

 Like father like daughter...
ingatkan nak naik satu family atas motor tu tapi yang lain-lain segan ler pulak... kalo naik berenam tu confirm leper motor tu nanti huahuahua

 Ini ler rombongan ke Teluk Intan... pas pergi wedding, ke mari ler pula kita...

Yuri baru aje nak masuk dalam menara tapi dah diajak pergi ronda-ronda... T_T


Tak boleh jadi ni! Asyik tengok luar aje, mau jugak tengok dalamnya macam mana kan. Kebetulan lak budak-budak ajak naik lagi... apa lagi, jomlah jawapannya! hehe

Sebelum masuk kena isi buku pelawat dulu. Tulis nama aje... tak payah bayar pun. Masuk-masuk aje ada macam perigi yang dalam tu ada syiling emas...

Tangga dalam menara condong... perggg sempit. Kalau bertembung dua hala ni, pandai-pandai ler korang himpit ke tepi yer

 Bergambar dulu kat tangga hehe


 Ni pula... tak tau ler loceng ke apa


 Woahhh adik wat gaya apa tu? saja nak takutkan moksu dia ke apa? haha takutnya.. takutnya... :p
Lihatlah jerawat batuku yang dah berminggu2 tak surut2... kenangan tu kekeke



 Cewahhhhh! Ada style model tak? hehehe... mana tau ada agensi modelling yang nak ambik alang jadi model kanak-kanak plak kan hehehe tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa la yang tau kan :p




 Ni dia... original pic yang yuri try burn kat cd..terus jadi gini. entah macam mana la dia boleh jadi gini ntah...

Sedikit sejarah la pasal menara condong ni...^^

On the way balik pula, majoriti orang dah tidur. Yuri pulak dok melepak dengan Alang and sepupunya (tak tau eja nama la...hehe). Kitorang dok ler memekak kat belakang sedangkan orang lain lena benar melayan mimpi :p
Pastu datang pula konvoi motor lalu sebelah. Diorang pun melambai-lambai kat budak-budak ni bila nampak budak2 ni excited semacam aje bila nampak diorang tu. Hah, berbelit dah ayat yuri kat sini. Yuri pun join sekaki ler melayan and membalas lambaian diorang. Hahaha dah macam kanak-kanak ribena dah ni....

Rombongan ke Wedding Ustazah Akma

Fuiyooo... satu bas rombongan sampai ke Teluk Intan bagi meraikan majlis perkahwinan Ustazah Akma pada 16 September lepas... Hari Malaysia gitu...dari yang besar sampai ler yang cilik-cilik. Yuri pun dok menyibuk sama hehe tapi sori sesangat gambo pengantin yuri tak lampirkan sekali kan dalam ni yerk


2 budak yang macam belangkas dalam bas... :p
*taken by Along

 perrghhhh... ada orang tu siap bawa soklan math lagi. Kononnya nak buat dalam bas ler tu... tapi tak sampai 10 soalan dah letak tepi...ceh

 Beria ler sangat jawab soalan konon-kononnya... eksyen je lebih tu

 First time yuri pergi wedding ada lauk lala... dengar cerita ada 300kg lala hari tu. Fuhhhh, banyak betul! Kitorang pun apa lagi, menghadap lala aje la... tengok sampai sepinggan hah! Habis pinggan ni, tuan rumah bagi lagi sepinggan... errrggghhh perut dah penuh isi lala... dah nyanyi lagu lalalalala dah ni....

 p/s: kak mah mesti perasan apa yang lain dengan gambar ni hehe...
jom main cari benda yang hilang!!! (sabo ajelah, kata kak mah :p)

 Uda suka la tu yuri bik gambo dia... merajuk sakan kalau tak shot muka dia tu. Memang pantang ler nampak lensa agaknya ek kekeke

mai kita bagi shot banyak sikit


 Tengok tu.. dia berebut lala dengan orang... ish...ish.. ish...



Woah!!! Along shot gambar bas la pula. Lama tak naik bas macam ni. Dulu masa belajar kat Perak, selalu gak naik bas gini... dengan kawan-kawan dulu, suka duduk kerusi belakang sekali. Confirm ler terhentak-hentak... yang ringan pula melambung ler sekali haha... kitorang pun panggil ler bas tu roller coaster kekeke
Kalau kat KL, i prefer naik rapidKL la... cewah demand :p

Friday, September 7, 2012

A bear on a bamboo tree

Let pictures tell the story... (original idea by my nephew)




Let change the position of the bear... (original idea by me^^,)



Thursday, September 6, 2012

Open house Kak Mah

Hai... tengah lapar-lapar ni posting pasal makan, terasa makin lapar pula. Ni report (cewah :p) pasal menu open house Kak Mah pada malam Selasa yang lepas. Macam-macam ada... semua lone ranger punyer cef tu (tak de ler totally lone ranger kan). Menu ala-ala chinese food la kitorang makan malam tu...


Ada kek...


Ada pai tee...



Ada puding...


Main menu: steamboat....



and ada juga rojak buah... tak ambik lak gambarnya. hehe. Alang sampai luka-luka jari potong buah... nasib baik ler tak de yang tukar jadi raja bersiung :p

Semeriah menunya, meriah lagi tetamu yang datang memeriahkan majlis rumah terbuka ni. Sesak sampai tuan rumah pun tak dapat bergerak la kiranya hehehe So, mewakili keluarga diorang... thanks pada semua tetamu yang sudi datang malam tu ^^, (diorang dah confirm dah cakap terima kasih awal2... saja nak menyibuk kat sini lagi. Takpe kan...)