Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Thursday, February 27, 2014

Misi mencari bunga tiruan

Ok... lama tak update novel kan. Hari ni, sori eh... blom sempat lagi nak update n3 cerita. Sebab ada cerita lain nak habaq hehe... n sori ler kalau n3 yuri ni susah nak baca sebab hilang perenggannya. Tak taulah nape..ape jadik kat komputer ni ntah, dah taip molek2 pon, bila save and publish, gini ler rupanya. Nak citer ni, hari tu yuri dok menyerang Fah Lean Floral Trading kat Balakong. Cewah, serang tu hihi... actually nak cari bunga tiruan yang cantik and murah. Boleh aje beli kat Ayer Itam on the way balik kampung tapi emm... tu lah, takut tak sempat nak menyinggah. Tu je. Tapi sebelum ni pun ade jugak yuri dok survey bunga kat ayer itam masa beli barang hantaran lain. Kat Fah Lean Floral ni, boleh tahan cantik and murah. Ikot la.. yang mahal pun ada. So, kalau orang yang tak suka bunga ni kata bunga tu cantik, cantik la kot hahaha yang penting, still in my budget yang memang limited hehe masa yuri datang tu, kebetulan lak ada certain bunga yang dia wat promotion dekat level bawah. Tapi jap! Jom tengok level atas dulu. Jadinya, kenalah buka kasut and daki ler tangga besi naik ke tingkat 2. Fulamak! Tergamam sekejap tengok beratur bunga kat depan mata. Laju-laju yuri lalu setiap lorong nak pilih bunga yang dicari. Mau juling mata ni tengok. Yuri actually nak cari bunga yang kecil2, halus2..comel2, just sebagai pelengkap aje la tok main flower yang dah sedia ada. Bunga2 ni ade kat bahagian belakang... ada yang 4 tangkai RM10 (setangkai RM3)dan ada yang 3 tangkai RM10 (setangkai RM3.50). Bunganya sama aje rupa dia untuk 2 kumpulan bunga ni but dont be confused. Bunga 3 tangkai tu, bunga dia lagi lebat la dari yang 4 tangkai (lagi banyak daun). Pastu, nak dapatkan harga RM10 tu, kena make sure ambil bunga yang kod sama aje. Tak boleh campur dengan bunga kod yang lain yer. Walaupun bunga dia serupa, but make sure daun dia pun sama yer. Ada yang tak sama tau. Nak selamat, korang tengok ler kod dia. Nanti tak pasal-pasal jadi cam yuri, kena naik balik masa nak bayar tu cari pasangan bunga2 tu yang sama kod sebab ada yang rupa daun dia lain. Kaunter bayaran dah ler kat bawah, depan pintu masuk huhu T_T Berlari la yuri sebab kejar masa plak masa tu. Double huhu TT_TT Kat level atas tu ada jugak jual macam2 barang2 gubahan macam gabus, reben, kain net, dawai, etc. Gubahan antaran dah siap pun ada. Kat level bawah, ada jual beg goodies. Sori la, yuri xde snap apa2 gambar sebab pening kepala nak pilih bunga. Ambik yang ni, berkenan yang tu. Jap lagi, kenan kat yang sana tu plak. Pastu cantum2, imagine bunga yang dah memang kat kampung tu, kena ke tidak ek... emmm.... hai... cam nak bik semua je. Balik nanti baru main-main cantum boleh? Hehe... tapi tak leh, I told myself "bajet limited yuri!" Sudahnya, mmg yuri beli yang 4 tangkai RM10 aje... ada la berapa tangkai 12 tangkai kot. pastu terbekenan plak dengan bunga ros kat bawah, ada 30% plak hehe...rembat gak la untuk wat bunga tangan yuhuuu (padahal tak tau lagi baju color ape. Hampeh kau yuri!) Kat mana Fah Lean ni? Kat taman industri selesa jaya, balakong. Korang kalau ada gps, search aje nama fah lean floral, terus gps tunjuk jalan nak pergi sini. Dia buka setiap hari (kata staf dia ler).. 10 pagi sampai 7 petang. Ni kena minta komisyen kat diorang ni dah cam dok promo plak kat sini hihi OK...kalau nak compare dengan ayer itam, tak banyak beza. Ada yang sini lagi murah, ada yang ayer itam lagi murah, ada yang sama aje harganya. Tu aje... sekian (^^,)

Wednesday, February 19, 2014

Apa yang PERLU dan TAK PERLU untuk ke Korea: Tanya diri

Lagi-lagi Korea... dah berkurun rasanya yuri terbang ke Korea Selatan.. sempat la jugak merasa udara Incheon, Seoul dan tak lupa Jejudo.. Tapi tulah, sebab sekarang ni makin ramai plak kawan yuri nak ke sana lagi. Hai, rasa terpengaruh tu memang ade..tpp hmmm...bajet nak guna untuk perkara lebih penting. So, tujuan hari ni nak bercerita pasal Korea ni pasalnya..emm tau ramai orang yang akan excited semacam bila nak ke sana. tak tau la nape tapi yuri dulu pun gitu. Plan macam2 nak bawak tapi tak jugak bawak sebab rasa tak perlu. Dulu yuri pergi dalam awal Mac. Lebih kurang lepas winter. So pada sesiapa yang nak pergi bulan mac ni... kalau terasa terlambat baca entry ni (erk! yuri yang lambat citer kan hehe)..tak apa, maybe boleh jadik panduan pada sesape yang blom pegi lagi hehe. Dah tau bulan 3 ni baru aje lepas winter kan... so suhu dekat sana memang sejuk lagi. Nak tunggu spring lebih kurang april nanti. Masa yuri pergi dulu, serius sejuk sampai mulut keluar asap gitu haha. So, kalau rasa tak tahan sejuk, sila bawak winter coat yerk. Yuri tak suggestkan long john. Tau ape tu long john? Yuri pon tak brapa tau tapi biasanya orang sibuk nak beli long john kalau time sejuk. Kalau rasa tak mau pakai baju tebal2, belilah. Bagi yuri tak payah! Hehe. Sebab yuri memang suka pakai baju dua lapis... short sleeve blouse with inner...pastu pakai lagi singlet (ape org pompuan panggil? errkkk tak ingat :p)... kan dah cukup berlapis tu. So, tak payah nak tambah long john plak. kalau korang tak tahan sejuk, emmm silalah pakai. Yang penting, winter coat. Yuri survived aje ngan light sweater biasa yang yuri pakai kat Malaysia ni. Haha. Nak tau kenapa? Sebab yuri ade banyak pembekal haba cam lemak hahaha Actually yuri bergantung kat ape yang yuri pegang. Anggota pertama yang akan rasa sejuk dan terus buat kita rasa sejuk ialah tangan. Jadinya, yuri akan pakai sarung tangan. Biaq pi la kalau tengok orang Korea tak pakai sarung tangan. Yuri bukan orang Korea. I'm Malaysia, negara tropika. So, rasa diri tak tahan sejuk, pakai ajelah. Sarung tangan tak payah nak beli yang mahal2. As for me, nak pergi oversea negara sejuk ni mungkin sekali je seumur hidup. So, setakat beli dekat Daiso RM5 sepasang. habis citer. jadinya, sarung tangan memang perlu. Kalau jalan pagi and malam, memang diperlukanlah. Kalau tengah hari takpe. Boleh tahan lagi. Stokin pun yuri beli dekat daiso jugak. Yuri beli yang tebal dari biasa... yang jenis wool sebab masa tido pun nak pakai yang jenis ni. Kalau tak pakai stokin, kaki yuri akan sejuk and mudah nak kejang. Masa tu, yuri pakai pun kaki masuk angin jugak sampai terdingkut-dingkut yuri jalan sebab kejang-kejang. Sigh... nasib baik cik Khai sangat memahami hihi. Dalam poket sweater yuri selalu sediakan hot pad. Hot pad pun yuri beli siap2 kat daiso. Nak beli kat korea pun takde hal. Senang aje nak dapat kat mana2 kedai serbaneka. Harga ikot brapa lama hot pas ni tahan nak bagi haba kat kita. Hot ni plak ada yang jenis lekat terus kat badan (tapi yuri dok lekat kat inner. Takut panas sangat sampai gatal plak kang)...and ada jugak jenis yang letak aje dalam poket. bila kita rasa sejuk, seluk aje poket and ramas2 hot pad ni. Kalau perasan, ramai je Korean sendiri yang pakai mende ni. sebab tu diorang leh selamba pakai skirt pendek hehehe ade kena mengena tak? Hehe Pastu ade lak yang terfikir nak beli vacum bag. Haha! Okey...yuri pon sama! Yuri pun ada beli vacum beg dulu sebab kononnya nak masukkan winter coat dalam tu, so jimat space dalam beg. Tapi kan... winter coat pon xde, nak isi apa lak dalam tu kan. Haha. Kalau rasa nak bawak dua tiga winter coat, or korang malas nak pegang dekat tangan dalam flight...belilah vacum bag ni. Dia akan compresskan winter coat korang untuk simpan dalam beg. Jangan nanti dah sampai baru tercari-cari winter coat korang plak gggggrrrr! Vacum bag ni plak... dah nama pun VACUM bag, so kenalah guna vacum untuk sedut angin keluar dari beg ni. Kalau vacum tu sekali ngan beg tu xpelah jugak. Kalau x? Mana plak nak cari kan Oh ye... kasut. Ha, ada tak yang berangan dan teringin nak pakai boot kat Korea? Ni nak habaq skit... kalau rasa korang akan pakai lagi boot tu, silakan beli hehe tapi kalau setakat gi Korea semata, baik lupakan aje niat nak beli boot kat Malaysia. Orang sana pun tak ramai yang dok pakai boot macam selebriti tu. kebanyakannya lebih selesa dengan snickers or sport shoes aje. Asalkan kasut bertutup. Sesetengah masa boleh lagi pakai sandal atau selipar jepun dalam bulan mac ni haha lain la kalau time winter, memang digalakkan la pakai boot sebab takut licin. Dok fikir nak bawak tu nak bawak ni, jangan plak sampai pasport & tiket flight plak korang tertinggal. Ni kalau tertinggal nangeh kat airport je la. Sayoonara! Haha...bahsa jepang plak kluar hehe Macam yuri dulu, dah yuri memang suka gaya bagpack, takde ler bawak banyak baju. Bagi yuri nak ke sana sebab nak berjalan bukan sebab nak peraga baju, ya tak hehe jangan terasa ek. Lain orang lain pendapat. Kebanyakan guest house kat sana ada sediakan mesin basuh & dryer... boleh siap basuh & keringkan terus. So, baju boleh recycle banyak kali pun. Lagipun, pakai winter coat (as for me pakai sweater la kan) tak nampak sangat pon baju ape yang dipakai kat dlm hehe kalau rasa nak tukar winter coat tu, ha beli aje kat sana. Lagi cantik2, macam2 style ada... and orang cakap murah la jugak So, setakat tu ajelah nak berceloteh hari ni. Apa2 pun tanya diri, apa yang perlu apa yang tak, pastu tanya bajet, apa yang perlu dan apa yang tak perlu hehe

Tuesday, December 31, 2013

Buddyz vs cinta: bab 21

ok..macam yuri dah janji.. n3 terbaru cite ni..hehe x best jgn marah eh :p Emey Suhaila tenung muka Fakhri yang terkial-kial di depannya. Rogayah dan Azura sudah lama berlalu ke kafe. Sedangkan Emey Suhaila pula ditahan oleh Fakhri yang kononnya mahu berbincang sesuatu. Sudah lima minit Emey Suhaila menanti tapi Fakhri masih terus membisu. Kalau Fakhri tidak mahu bersuara, terpaksalah Emey Suhaila yang mulakan bicara. Kalau tidak, berjam-jam dia tersangkut di tepi kaki lima itu tapi satu apa pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Sia-sia saja. “Apa yang kau nak cakap tadi sebenarnya?” soal Emey Suhaila memulakan bicara yang sejak tadi bisu tanpa kata. “Emm... aku... sebenarnya... sebenarnya aku...” Fakhri tergagap-gagap mahu mengucap keluar kata-kata yang terkumpul dalam benaknya. Emey Suhaila cuba bersabar dan terus menanti walau dalam hati sebenarnya sudah mula terbakar melihat lagak Fakhri. Mahu saja Emey Suhaila memekik kepada Fakhri. ‘Ish, susah sangat ke nak cakap tu? Tekulat-kulat saja dari tadi. Aku hempuk kepala tu baru tahu. Nak kena sergah baru nak cakapkah? Buang masa aku betullah. Perut aku ni dah lapar tahu tak!’ Mahu saja Emey Suhaila marah begitu ke muka Fakhri. Kalau tiada orang ramai yang sibuk lalu-lalang di situ, mungkin Emey Suhaila juga tidak akan teragak-agak mahu bersuara sedemikian. Kalau Emey Suhaila herdik Fakhri sekalipun, budak mulut batu macam Fakhri tidak akan dedahkan hal itu kepada orang lain. Kalau dia bercerita sekalipun, tiada siapa yang mahu percaya cakapnya itu. Jadi, Emey Suhaila tidak perlu risau akan reputasinya sebagai bakal ratu kolej untuk sesi depan bakal tercalar. Imej Emey Suhaila sekarang sudah cukup baik untuk menundukkan Melissa untuk undian ratu kolej itu nanti. “Apa yang kau nak cakap? Aku tengah tunggu ni...” Emey Suhaila masih lembutkan suara. Namun penantian Emey Suhaila terus sia-sia. Fakhri tetap senyap. Matanya pula menekur ke lantai sambil tangannya pula tergaru-garu. Sekejap meraba belakang tengkuknya, sekejap menggaru tangan dan sekejap pula hinggap di kepala. Jika lihat riak mereka dari jauh, mungkin orang yang memandang akan salah faham. Nampak macam Fakhri sedang dimarahi oleh Emey Suhaila pula. Emey Suhaila hempas keluhan perlahan. Cukup perlahan supaya tidak didengari Fakhri. “Kalau kau tak mahu cakap, aku pergi dulu. Kawan-kawan aku pun mungkin dah lama tunggu.” “Eh, kejap!” Fakhri menahan di depan Emey Suhaila yang mula mahu membuka langkah. Lantas Emey Suhaila menarik semula kakinya. Fail yang tadi dipegang kemas dipeluk ke tubuh dengan kedua-dua belah tangan. “Okey. Sekarang aku beri kau peluang cakap. Kalau kau tak cakap juga, aku akan pergi.” Emey Suhaila terpaksa beri kata dua. Perutnya yang kian berkeroncong juga sudah tidak mampu lagi ditahan. Sudahlah pagi tadi Emey Suhaila tidak sempat menjamah sarapan pagi gara-gara sudah terlewat ke kuliah. Emey Suhaila tidak mahulah ponteng kelas lagi sebab sudah banyak kelas yang dia tinggalkan sebelum ini. Hari ini pula jadual kuliah Emey Suhaila padat dari pagi hingga ke petang. Mamat dekat depan Emey Suhaila ini sekarang pula melengah-lengahkan masa Emey Suhaila. Geram juga hati Emey Suhaila dibuatnya. Kalau ikutkan hati yang panas, memang sudah lama Emey Suhaila hempuk Fakhri dengan fail tebal Emey Suhaila di tangannya sekarang. “Aku sebenarnya suka dekat kau!” Fakhri terus-terang. Air muka Fakhri terus berubah merah padam setelah meluahkan perasaannya. Malu benar rasanya meluahkan perasaannya begitu. Sedangkan Emey Suhaila langsung tidak tunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar pengakuan Fakhri. Pengakuan Fakhri bukan yang pertama Emey Suhaila dengar dan Fakhri bukan lelaki pertama yang meluahkan perasaan kepada Emey Suhaila. Sebelum ini pun, sudah bermacam jenis lelaki yang meluahkan rasa hati dan mahu berpacaran dengan Emey Suhaila. Sebab itulah Emey Suhaila tidak mampu untuk tunjukkan rasa terkejut. Sudah lali. “Aku pun suka dekat kau...” Terus terbeliak mata Fakhri mendengar jawapan Emey Suhaila. Dia betul-betul tidak percaya. Telinganya digosok berkali-kali. Mungkinkah Fakhri tersilap dengar. “Aku suka cara kau jalankan tugas kau masa orientasi dulu. Aku rasa kau ni bertanggungjawab orangnya. Rasanya masa itu sajalah yang kita berkerja sama-sama kan...” Emey Suhaila menyambung katanya dan terus bikin jantung Fakhri berdegup kencang. “Aku memang suka berkawan dengan kau. Aku... suka kau jadi kawan aku.” Fakhri tercengang. “Kawan?” Emey Suhaila angguk perlahan serentak mengukir senyuman. “Maaflah, Fakhri. Aku harap kau dapat faham apa yang aku rasa. Aku memang suka kau tapi rasa aku pada kau tak lebih daripada seorang kawan. Aku harap kita masih boleh berkawan lepas ni...” Fakhri terdiam dan terus tergamam. Bukan Fakhri tersilap dengar tetapi Fakhri sebenarnya sudah tersalah faham akan maksud kata-kata suka yang Emey Suhaila ucapkan sebelum ini. “Eh, maaflah ya. Aku kena pergi sekarang...” kata Emey Suhaila sebaik terpandang kelibat Putri Qistina yang baru keluar dari tandas tidak jauh dari situ. Lantas Emey Suhaila cepat-cepat buka langkah setelah melambai kecil ke arah Fakhri. Emey Suhaila berlari-lari anak untuk mengejar Putri Qistina di depan. Sempat Emey Suhaila menoleh ke belakang untuk melihat reaksi Fakhri. Lelaki itu masih tercegat di situ. Terkejut barangkali. “Huh, ada hati nak pikat aku. Kalau baik pun tapi poket kering nak buat apa? Pergi kuliah pun asyik naik bas kolej aje. Tunggu kau kayalah baru datang cari aku,” omel Emey Suhaila sendiri dan membesarkan lagi langkahnya. Emey Suhaila jeling jam di tangan. ‘Aduh, rehat tinggal sejam saja lagi. Teruk betullah... mesti dah lama budak-budak tu tunggu aku. Entah macam-manalah mereka tu kalau duduk berdua. Entah-entah asyik bergaduh aje macam kucing dengan anjing. Ish, ni semua mamat kemut tu punya pasal!’ Emey Suhaila merungut dalam hati dan terus memerhatikan Putri Qistina dari jauh. Dilihatnya Putri Qistina juga seakan mahu menuju ke kafe. Hah, baguslah. Samalah arah tujuan kita. Sampai di kafe, Putri Qistina terus saja menjenguk deretan makanan yang terhidang. Sementara Emey Suhaila pandang keliling untuk mencari dua kawannya. Seketika, Emey Suhaila nampak Rogayah melambai-lambai. Segera Emey Suhaila melangkah ke arah kawannya sementara Putri Qistina sudah pasti sedang beratur menunggu giliran. “Kenapa lambat?” Azura menyoal sebaik Emey Suhaila ambil tempat di sebelahnya. “Yalah. Sampai kitorang dah habis makan pun kau tak muncul-muncul. Siapa budak lelaki tadi tu? Kawan kau ya? Dia cakap apa dengan kau tadi?” Rogayah pula menyampuk. Sudah mula hendak bergosiplah tu. “Yang kau sibuk nak tahu macam-macam ni kenapa?” Azura membalas bagi pihak Emey Suhaila. Azura memang tidak senang dengan sikap Rogayah yang banyak soal. Semua hal dia hendak tahu. Kalau sudah mula tanya sampai ke lubang cacing semua dia korek. Setengah jam bersama Rogayah tadi juga bikin hati Azura benar-benar sebal. Emey Suhaila hanya tersenyum. “Aku nak beli makanan dululah. Perut aku dah lapar sangat ni,” ujar Emey Suhaila lalu bangun semula meninggalkan Azura dengan Rogayah. Azura jeling Rogayah. Mulutnya herot mengomel sendiri. Geram sangat tengok muka Rogayah. “Eh, kau kenal tak kawan Ila tadi tu? Kalau kawan Ila mesti dia pun kawan kau juga kan?” soal Rogayah sungguh-sungguh walaupun Rogayah sedar riak Azura yang tidak senang akan soalannya. Lagipun, bukan Rogayah tidak tahu yang Azura memang tidak menyukainya. Rogayah tidak peduli pun semua itu kerana dia cuma mahukan jawapan bagi soalan yang bermain-main dalam benaknya. Terlalu banyak hal yang dia mahu tahu. Kalau Rogayah dicop sebagai kaki penyibuk sekalipun Rogayah tidak kesah. Bagi Rogayah gelaran itu boleh tahan sedap juga bunyinya. “Budak lelaki tu pun suka kat Ila juga ke?” terjah Rogayah lagi. Serta-merta mata Azura yang tadi liar memandang keliling beralih ke muka Rogayah. Kemudian Azura lekas mendengus. ‘Dah mulalah tu!’ getusnya dalam hati. Azura sengaja tidak mahu jawab soalan Rogayah. Sangkanya kalau Azura saja buat tak reti Rogayah tu pandailah katup mulutnya rapat-rapat. Tapi makin dibiar, makin bertimbun pula soalan yang muntah dari mulut mak nenek itu. “Hei, kau ni tak reti nak senyap ke? Dari tadi pot pet pot pet. Aku yang dengar soalan kau tu pun dah letih tahu tak? Boleh tak bagi telinga aku ni rasa lapang sikit. Jangan sibuk nak tanya aku macam-macam, boleh tak?” bentak Azura keras setelah sudah tidak tahan lagi mendengar suara Rogayah yang berpusu-pusu menerjah gegendang telinganya. Rogayah gumam bibir. Senyap seketika. Namun tidak lama Azura dapat hela nafas lega, Rogayah kembali mengganggu. Tangan Azura ditepuk berkali-kali. “Apa?!” Azura naik angin serentak menarik tangannya dengan kasar. “Tu... tu...” Rogayah muncung ke depan. Dengan bengkak hati Azura mengikut arah muncung Rogayah. Apa lagilah yang disibukkan minah seorang ni. Puas Azura melirik ke arah yang dipandang Rogayah hinggalah dia ternampak bayang Putri Qistina yang meliar pandang keliling. Tangannya pula membawa dulang berisi makanan dan segelas air. Mencari meja kosong barangkali sedangkan kafe itu memang selalunya sesak waktu-waktu makan tengah hari begini. Mana tidak sesak kalau pelajar kolej itu menjangkau hampir seribu orang sedangkan hanya kurang lima puluh meja yang disediakan di kafe itu. Bagi yang terlambat terpaksalah menunggu. “Itu Putri Qistina kan...” Soalan Rogayah itu tidak dijawab Azura. Mereka berdua terus memerhati gadis itu. Seketika Emey Suhaila muncul menghampiri Putri Qistina. Azura tumpukan perhatian pada Emey Suhaila dan Putri Qistina sementara Rogayah pula sibuk buat andaian macam-macam. “Cari tempat duduk ke?” Emey Suhaila menegur setelah melihat Putri Qistina ke sana sini mencari sesuatu. Emey Suhaila turut pandang keliling. Semua meja sudah penuh. “Kalau awak tak kesah, jomlah join saya dengan kawan-kawan saya dekat sana. Ada satu lagi tempat kosong.” Emey Suhaila mempelawa sambil menunjuk ke arah Rogayah dan Azura. Cepat-cepat Azura sorok muka dengan tangan sementara Rogayah pula sudah melambai-lambai. Namun Putri Qistina tidak mengendahkan pelawaan Emey Suhaila. Melihat ke arah telunjuk Emey Suhaila juga dia tidak sudi. “Jomlah,” ajak Emey Suhaila lagi. Putri Qistina tenung muka Emey Suhaila agak lama. Sebaik Emey Suhaila mempelawanya buat kali ketiga, Putri Qistina lemparkan jelingan dan terus berlalu bersama makanannya ke arah bertentangan. Sekaligus Emey Suhaila tergamam. Rogayah yang melihat dari jauh juga melopong. Matanya digosok dengan jari. Melihat kelakuan Rogayah, Azura lekas-lekas menoleh ke belakang semula. Kelihatan Emey Suhaila yang tercegat sambil kepalanya berpaling ke belakang. Tapi Putri Qistina sudah tiada di situ. “Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi?” Hati Azura menjolok ingin tahu apa yang telah berlaku tadi. Menyesal pula dia tidak terus perhatikan gerak-geri mereka. Tangan Rogayah ditampar lagi setelah soalannya tadi tidak berjawab. Seketika Emey Suhaila muncul dengan muka masam. Pinggan dan gelasnya dihentak ke meja. Kemudian Emey Suhaila henyak punggung di kerusi di sebelah Azura. Azura sekadar memerhati. Muka Emey Suhaila nampak betul-betul keruh. Tidak lama Emey Suhaila bersuara. “Kerek betullah minah tu! Ingat dia tu bagus sangatkah nak berlagak macam tu! Tak guna betul. Buat malu aku aje!” bentak Emey Suhaila marah. Hilang terus seleranya mahu terus menikmati nasi ayam yang dibelinya tadi. “Betul! Dia tu memang berlagak! Aku pun sakit hati tengok lagak dia tadi! Kalau aku jadi kau, aku picit-picit pipi dia sampai merah.” Rogayah menambah sambil menekan hujung jari telunjuk dengan ibu jarinya kuat-kuat. Azura yang mendengar sampukan Rogayah turut sakit hati. Bukan sakit hati pada tindakan Putri Qistina sebab dia tidak nampak apa yang berlaku. Tapi geram dengan butir kata Rogayah tadi yang seakan-akan mengapi-apikan lagi Emey Suhaila yang sememangnya tengah marah. Ringan saja kaki Azura menendang kaki Rogayah yang kebetulan duduk di depannya. “Aduh!” Serta-merta wajah Rogayah yang tadinya tegang sebab geram berubah riak menahan sakit. Tangannya spontan menggosok beting kaki yang terasa perit diasak kasut Azura yang keras macam besi. Rogayah angkat kaki kanan naik ke peha kiri. Kaki seluar diselak tinggi untuk membelek kakinya yang sakit. Mahu pastikan sama ada tulang betisnya itu tidak patah gara-gara penangan Azura yang digelarnya sotong kurita itu. Sudahlah penangannya perit, orangnya pun boleh tahan ganas. Memang kena sangatlah kalau Rogayah panggil Azura sotong kurita. Rogayah cepat-cepat turunkan kaki seluar dan letak kaki ke bawah semula bila menyedari ramai orang di sekelilingnya. Terlupa pula sekarang dia berada di kafe. Ingatkan dekat bilik kolej tadi. Enak saja Rogayah selak seluar hingga paras lutut. Agak-agak ada tak orang nampak. Kalau ada yang nampak mesti mereka mengata Rogayah. Yalah, harap kepala saja bertutup dengan tudung tapi selamba saja nak dedah-dedah kaki pula. Tapi Rogayah yang memang selamba, malunya sekejap saja. Gasaklah apa orang nak kata. Rogayah bukannya sengaja. Bak kata adiknya Aiman, Aiman tak kesah. Jadi Rogayah pun tak kesah. Rogayah betulkan duduk. Muncung panjang mula terbentuk di bibirnya dan dihalakan kepada Azura. “Kenapa kau sepak aku? Sakit tau!” Rogayah merungut dengan muncungnya yang makin panjang ke depan. Azura tenung muka Rogayah lama-lama kemudian geleng kepala beberapa kali. Mata Azura sesekali melirik ke arah Emey Suhaila dengan hujung mata. Azura sebenarnya mahu beri isyarat kepada Rogayah supaya diam. Rogayah tercengang tidak mengerti akan reaksi Azura. Lantas mulutnya cepat saja menyoal. “Kenapa?” soal Rogayah serentak menolak kepalanya ke depan muka Azura. Azura ketap gigi. Susah betul bercakap dengan minah yang tak reti bahasa ni. Beri isyarat senang macam ni pun dia tak faham. Azura tidak mahulah mengeruhkan lagi keadaan dengan pertengkaran dia dan Rogayah. Sebab dari riak Emey Suhaila, Azura tahu yang Emey Suhaila pasti tengah marah. Tengok sajalah pada nasi ayam hainan kegemaran Emey Suhaila yang langsung tidak dijamahnya. Selalunya laju saja Emey Suhaila habiskan. Azura mahu minta sikit pun Emey Suhaila tidak beri peluang. Tapi cik Rogayah ni pula tak faham bahasa isyarat. Terpaksalah Azura beri isyarat yang lebih mudah. Jadi, Azura letak jari telunjuk atas bibir. Kalau Rogayah tidak faham juga memang nak kena lepuk dengan Azura. “Apa?” Rogayah menyoal lagi. Jelas kelihatan garis kerutan di dahi Rogayah. Sekaligus bikin Azura hampir gila dibuatnya. Gila sebab marah. Kalau boleh diukur tahap kemarahan Azura macam penanda paras sungai, rasanya tahap marah Azura mesti sudah sampai ke garisan merah yang menandakan amaran berjaga-jaga. Tapi Azura tetap berusaha menahan amarahnya dari terus meletup seperti selalu. Azura pejam mata seketika seraya menarik nafas dalam-dalam. Kiranya bermeditasi sekejaplah ni sementara Rogayah kekal tidak mengerti. Sebaik Rogayah mengulang soalan yang sama, Azura curi-curi angkat penumbuk dengan tangan kiri. Sengaja mahu menggertak Rogayah tapi dia tidak mahu Emey Suhaila nampak tindakannya itu. Kalau Azura ada getah gelang, sudah lama Azura ikat mulut Rogayah. Biar mulut becok itu senyap tidak bersuara. Sibuk saja nak bercakap, tapi tak fikir dulu sebelum bersuara.