Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Tuesday, December 24, 2013

Risau...aku risau...JLPT oh JLPT

Lepas hampir sebulan ambil JLPT, tetiba hari ni rasa teramat risau. Takut benar ler nak tau resultnya...khabarnya awal Februari depan akan dapat result. Uwaahhhhhh! Kowai yo! Mahunya tak.. hari duduk tok exam tu, yuri demam la plak hehe saja juga demam tu sebagai alasan eh. ner la tau K.O resultnya nanti leh gak sedapkan ati sendiri hehe Udahlah kena hafal kanji yang memang tak pernah belajar sehuruf pon kat sekolah... nasib ler kena cari alternatif sendiri.. belajar dan hafal sendiri. mujur ler ada nota dari minna no nihongo yang yuri penah download online dulu... dan nota kani paling berkesan, emm.. apa ek.. kalau tak silap kanji list from JLPT website & tanos yang banyak yuri rujuk. Menganga nak menghafal benda alah yang bergaris-garis tu!Kalau tulis rumi aje kan senang (baik tak payah belajar nihongo kan..hehe)... cabaran-cabaran. Fuh, kalau ditanya lagi sekali, takdenya ingat semua yang yuri dok hafal sebulan dua lepas. Daripada 80 kanji, entah2 separuh aje ler yang ingat. Ecewah, hebat tu leh ingat separuh lagi. Tak sure sebenarnya berapa banyak kanji yang patut dihafal untuk N5 (ok.. yuri baru dok ambik N5 aje..very beginner tp tu pon dah rasa cam nak gugur rambut satu kepala huhu). Ada yang kata 80 je... ada yang kata 100+... kalo tengok website or blog yang share kanji list pon cam lain2 je diorang ckp. Ikut suka la... kalo keluar kanji yang tak pernah tgk..memang padan muka. Haha..yuri memang dah terkena. Ada 2 kanji dalam exam lepas yang yuri memang tak pernah jumpa langsung dalam nota yang yuri rujuk. Harap ler main tembak hehehe Plus, ujian listening hujung sekali... dah dekat tengahari, suhu badan eden dah makin meninggi, telinga pun cam makin lama makin tersumbat aje rasa, konsentrasi pun dah makin berkurang... ada la lima enam soalan tak langsung dapat tangkap apa tape tu cakap. Selamat menembak! huahuahua Pengajaran yang yuri dapat masa exam ni...emm.. ok..JANGAN DEMAM masa exam! Tak ada maknanya cam drama2 korea tu, demam2 pon dia bleh plak jawab exam dgn mantopnya. Wah! Brutal hebat benor ler dia tu. Tak tau la kalo ade orang lain memang leh wat camtu. Tapi kalau rasa diri tu tak berapa nak kuat..fizikal & mental, tak payah ler menggatal main ujan (ops! yuri demam bukan sebab main ujan tau. Ujan tu yang tetiba je timpa kepala ni). Dah tu, dah tau demam ke nak demam ke cepat2 jumpa doktor. Tak pun, dah tau nak exam, makanlah vitamin sebagai protection tambahan. Preparation masa exam plak, jangan harap buku teks korang semata2.. yang sekolah bagi tu bukan selalu lengkap. Rajin2 ler buat rujukan and kalau rajin lagi, hafal la sebanyak mana vocabulary & kanji yang korang mampu. Korang akan terperanjat macam yuri & kawan2 bila terjumpa vocab yang korang langsung tak pernah jumpa dalam buku teks sekolah mahupun belajar kat kelas tetiba keluar dalam paper. Walaupun sepatutnya soklan tu senang aje macam kacang, korang gerenti bole jawab kalo faham vocab tu..tapi disebabkan korang tak tau maksud vocabnyer, alamatnya seluruh soklan lah korang tak faham. Haih...walhal yuri pernah belajar itu vocab la dalam buku lain..aiseh, camne leh lupa jugak. Kurang makan kismis kot! Ececeh..ade aje alasannya Jangan lupa buat latihan atau praktis cakap dengan kenkawan. Even memang xde speaking test pon masa jlpt ni, tp x salah pon nak praktis. lg senang nak ingat kot. Mana la tau kawan tu rajin sebut vocab yang baru, ha menganga korang kat situ. At least dapat ilmu free hehe Carilah buku yang sesuai selaras dgn format jlpt...kebanyakan buku latihan kat luar sana tu byk yang tak ikot format jlpt. Kadang2 depa ni lg susah & renyah... terlampau teliti untuk satu2 bahagian sampai korang akan rasa tension dan susahnya benda ni! kadang2 latihannya rasa macam dah level advance pulak. Caya tak caya... jlpt n5 xde la susah sangat. huh! kalau yuri x dapat skor memang ler. senang konon huhu Oh.. hari ni tak dapat update cerita lagi. Fail takde dalam komputer ni... next time ok. Caucincau

No comments:

Post a Comment