Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Riyadh Iskandar

Jumaat malam yang lepas, bersamaan 14 Disember 2012 berlangsungnya majlis aqiqah dan cukur jambul anak buah baru yuri, iaitu Arai atau nama penuhnya Riyadh Iskandar pasa usia 9 hari. Perggghh nama macam nama panglima pula ek. hehe. Yuri sampai kampung malam sebelumnya. Hari jumaat tu memang dah tunggang langgang juga la rumah. Banyaknya barang sana sini... bilik yuri pon dah confirm jadi setor. Kerusi meja pun sumbat sama dalam bilik sebab nak clearkan ruang tamu kan. haha.

Alhamdulillah majlis malam tu berjalan dengan lancar dan ramai tetamu sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan majlis. Memang penuh ler rumah kitorang malam tu. Rezeki baby agaknya. Insya-allah. Arai pun macam tau jer, baik je dia tidur masa cukur jambul tu. Yuri lak macam biasalah diberi tugas merakam video masa majlis tu. walaupun sakit perut yang amat, ku gagahi juga. cewah! Yang paling bestnya.. ni first time ler, yuri pon dok cukurkan jambul baby hehe. sebelum ni, anak sedara yang lain tak berani den.

Juadah malam tu pun boleh tahan banyak... dengan kambingnya, lembunya, sayur ler... parents papa Arai pun ada sediakan ikan keli. Lepas tu ada pula tambahan ulam dan macam-macam lagilah. Tu tak masuk kuih-muih yang ditempah dan disedekah...memang rambang mata ler nak makan. Alhamdulillah....

Bila dah habis majlis, tetamu pun sikit-sikit surutnya... apa lagi kalau bukan mengemas. Pejam celik pejam celik dah dekat tengah malam rupanya. Kitorang ramai2 satu family ler yang kerja mengemasnya. Cuma kakak sulung yuri aje yang tak dapat balik. So family dia aje ler yang tak ada T_T
Kemas punya kemas, lebih kurang pukul 1 pagi kot baru siap... sambil2 tengok maharaja lawak mega kekeke... episod best pulak last week kan, musical theme. Emmm... my favorite theme tu. Lawak habis ler... yuri paling suka performance shiro malam tu.. hehe first performance kan, sebelum majlis aqiqahnya mula. Go orang Kluang, keep the good work! hehe

sempat lagi tu...

esoknya pula, pagi-pagi yuri dah kena bangun. Nak naik bas lik KL kol 7.30pagi... pergghh. Mau tak letih. Dalam bas bantai tidur jer la! Ikutkan memang tak mau balik terus.. letih ma, penat semalam tak habis lagi. Jangan kata semalam nyer penat, penat berkejaran khamis lepas pon tak surut mana. Tapi sebabkan yuri ada kelas sabtu tu, sayang pula nak ponteng kelas. So, korbanlah sikit kan. Kelas actually mula jam 2. So, yuri memang plan nak pergi cari photo paper sebelum gi kelas tu. Lepak makan-makan sambil study balik last topic yang dah hampir nak lupa hehe... and paling tak bestnya, rasa cam berjanggut aje nunggu bas nak lik ke cheras. perggghh lebih kurang 2 jam tu tunggu. sampai rumah memang tengah azan maghrib ler. sedih dan kecewa betul. ni semua bukan komplen tau.. takat ngadu jerk haha.

Hai... tulah lumrah hidup. Asalkan selamat sampai.. alhamdulillah ^_^

Malam tu pula, sibuklah yuri dok print gambar Arai... edit video itu dan ini... emmm arai..arai... giliran kamu pula yang ambik masa moksu yer....

Wednesday, December 12, 2012

My 10th nephew

Copy dari fb... my 10th nephew. Tangkal 6 Disember 2012, jam 10.10 malam, Riyadh Iskandar... itulah nama anak sedara yuri yang baru dilahirkan minggu lepas. Esok, genaplah seminggu hehe.. and jumaat malam ni insya-Allah, rancangnya akan dijalankan aqiqah ke atasnya... semoga berjalan lancar semua perancangan.

Hepi memang ler hepi... dah lebih tiga tahun kut! Akhirnya Iqwan yang turun dari takhta cucu bongsu abah haha... raya tahun depan dah confirm ler ada ahli keluarga yang bertambah dalam picture kitorang kan. Hari tu balik jap, tengok baby..nak bagi adiah besar almaklum ler moksunya naik bas besor...dengan rombongan dekat 30 orang. takut tak muat pulak adih beso2 tu kan hahaha alasan. Tapi moksu tetap tak balik tangan kosong okey..keke

Arai, nama timangannya. Emm.. cam lebih kurang aje bunyinya macam nama character dalam novel yang baru yuri nak tulis, Azrai nama dia. Lebih tepat lagi, bak kata abang sam, Arai macam nama topi kekee... alahai..topi pon topi lah..janji glamor. tak gitu mama nonie? Walau baru seminggu, dah nampak potensi akan menonjang tinggi bila besar nanti. Kita tunggu n lihat jelah yerk... dan disebabkan dia lahir waktu malam, agaknya dia ingat malam tu siang, siang tulah malam. Dah tidurnya siang, malamnya berjaga. Suara nyaring of course ler kejutkan satu rumah..alahai Arai... sampai dah serak-serak suara tu....

Iqwan pula, entah sape ajar bercakap... nak pula baby perempuan dari moksu. Hai... ibu Idah ler yang ajar ni! Sabar ajelah.... yuri pula, emmm no comment. Alasan biasa yang diberi walaupun cuma dalam hati hehehe

Thursday, September 6, 2012

Open house Kak Mah

Hai... tengah lapar-lapar ni posting pasal makan, terasa makin lapar pula. Ni report (cewah :p) pasal menu open house Kak Mah pada malam Selasa yang lepas. Macam-macam ada... semua lone ranger punyer cef tu (tak de ler totally lone ranger kan). Menu ala-ala chinese food la kitorang makan malam tu...


Ada kek...


Ada pai tee...



Ada puding...


Main menu: steamboat....



and ada juga rojak buah... tak ambik lak gambarnya. hehe. Alang sampai luka-luka jari potong buah... nasib baik ler tak de yang tukar jadi raja bersiung :p

Semeriah menunya, meriah lagi tetamu yang datang memeriahkan majlis rumah terbuka ni. Sesak sampai tuan rumah pun tak dapat bergerak la kiranya hehehe So, mewakili keluarga diorang... thanks pada semua tetamu yang sudi datang malam tu ^^, (diorang dah confirm dah cakap terima kasih awal2... saja nak menyibuk kat sini lagi. Takpe kan...)

Wednesday, September 5, 2012

Mini Rabbit Park

Ni cerita tentang hari Ahad lepas. Kak Mah bawa pergi Giant Shah Alam sebab Kak Mah nak beli bahan-bahan untuk open house. Agaknya Kak Mah pilih sini sebab yuri ajak pergi Mid Valley kut..sebabnya yuri nak pergi tengok pet kat Pets World. Rindu nak gi sana... macam-macam pet yang kita boleh tengok kan.

Kat Giant Shah Alam pun ada mini taman arnab. Kena bayar tau.. sekepala RM2. Tapi tak berapa nak kenan dengan orang yang jaga tu..cam kerek aje. Ingat yuri syok kat dia ke? kekeke ni sape yang perasan ni? cam yuri aje yang tengah perah santan dek nonnnnn...

Rabbit punya pasal... nasib baik rabbit kat sini comel. Teringat kat Adam... rabbit Kak Nonie yang dah tua tu... Dulu masa mula-mula bela, bulu lebat and panjang sampai tutup mata. Rasa macam nak tolong potong aje. Macam mak selalu potong rambut depan kitorang masa kecil dulu, sebabnya tak mau bagi tutup mata. Bila dah tua pula, takde dah bulu tutup mata Adam. Bulu2 dia pun dah mula gugur agaknya haha


Comel tak... comel tak? Rabbit yang ni kecik aje... boleh ambil gambar dengan rabbit tapi yang boleh pegang cuma yang kecik-kecik ni aje. Yang besar takleh keluar kut

 Amboi... syok rabbit tu dibelai alang

 Adik takut benar nak pegang rabbit. Padahal rabbit tu lagi kecik dari dia :p

 Yang Uda pula, dengan semua jenis and warna rabbit dekat situ dia nak bergambar. Hai, Uda ni memang suka posing depan kamera kut ek

 Orang suruh peluk rabbit tu, dia pi letak atas bahu. Sudahnya kena cakar... kekekekekekeke ops, moksu memang suka gelakkan korang hahahahahahaha

Memang tak serik...

Yuri pun nak bergambar dengan rabbit juga. Dapat pula rabbit yang paling baik... diam aje bila kita pegang. Yang hitam kat atas ni ler... walaupun hitam, hatinya baik... cewah! Uda beria-ia nak ambikkan gambar yuri. Berkali-kali yuri kata... belum..belum tiap kali dia klik. Rupanya dah berlambar gambarku dengan mulut melopong dalam kamera tu. Hehe... silap dengar pula. Bunyi fokus and klik tu cam serupa pula :p

Dari taman arnab, main kat playground depan giant pula. Tak boleh jadi ni... tempat duduk penuh. Nak gelongsor sama malu pula ramai orang tengok. Ha, ada game ketuk-ketuk. Seluk-seluk kocek..alamak, takde lima kupang pulak! Hehe dengan muka tak malunya yuri minta kak mah 50 sen nak main ketuk-ketuk... alaaaa, yang main ketuk tikus dalam bebola tu. Tapi yang ni bukan tikus tapi kambing biri-biri lak. Hampeh juga game ni... sebab tukul dia dah lembik. Punyalah beria-ia ketuk, kena tiap bola tu tapi tak ada mata langsung! Apa cer? Alang main pun sama... siap pukul 2x kali untuk setiap bola. Tapi at least alang dapatlah 1 mata... daripada yuri yang langsung tak dapat point. Tak faham langsung! Apapun seronok ler sebab tu ler 1st time yuri main mende tu hehehe

Pastu, kitorang pergi breakfast merangkap lunch kat chicken rice shop. Itupun yuri yang pilih hehehehe diberi kuasa sepenuhnya oleh kak mah sendiri untuk membuat pilihan fuiiiyooo menu pun yuri yang tolong order...lagi dua kali fuiiyoooo itulah tugas yang biasanya yuri elak tapi lagi sekali fuiiiyooooo yuri berjaya buat order tanpa segan silu kekekeke

So, makan time!!!
 Flurrrppp....nyummm..nyummmm


 Tauge tu menu utama Kak Mah... sebab yang lain semua tak makan tauge hehe
dah jadi vegitarian lak Kak Mah

 Fuhhhh licinnnnn!!! Nampak sangat masing-masing lapar :p


Kat Giant pula ada promosi Chipsmore... banyak ler diorang bagi chipsmore kat bebudak sorang sekeping. Yang tua-tua ni jangan harap ler nak dapat... Tak de nyer diorang nak hulur. Nak minta segan keke gurau jer... Diorang siap buat persembahan puppet lagi. Kebetulan pula masa kitorang ada kat situ, lagi sepuluh minit aje show nak start. Kak Mah sibuk cari barang... yuri pula sibuk dok lengahkan masa sebab nak bagi budak2 tu tengok puppet show. Yuri pon nak juga try tengok. Tak pernah tengok puppet show hahaha kantoi ler yuri dok citer kat sini.

Banyak pula mende yang yuri tak pernah buat and dah lama tak buat, dibuat pula dalam beberapa hari ni. Berbaloi... memang berbaloi. Seronok...memang seronok. Happy... memang happy. Life is extremely wonderful... its just different from your own of view.

Tuesday, September 4, 2012

Bubble time!!!


Fuuuhhhh lama tak main bubble. Teringat pula masa kecik-kecik dulu hehe tu yang suruh alang pergi tolong belikan air sabun...apa ke nama nak panggil, air sabun la kan keke Perggghhhh susah jugak nak shot gambar bubbles ni. Tambah-tambah dengan angin yang agak kuat..fuh, letih! Ingatkan dapatlah tengok bubble tu berterbangan sana sini. Tapi baru sesaat dah dibawa angin..pergi sehala. Penat alang and uda dok tiup untuk moksu dia shot gambar haha



Muka tension alang... agaknya dalam fikiran dia..
'eh moksu ni berapa kali nak suruh orang tiup daaa...buih ni pun, dok ler diam-diam' kekeke
betul tak...?


Bila tengok buih ni, mesti budak-budak kecik suka kan... kalo tak caya, cuba la try buat dekat playground macam kitorang ni... Mesti korang dikerumuni kanak-kanak ^_^ (keke macamlah orang lain tak pernah buat. Pergghh bunyi cam bangga semacam je).

Kalau Iqmal and Iqwan ada main sama mesti diorang yang beria-ia lari kejar buih-buih tu... emmm ok set! Raya tahun depan moksu bawa air sabun. Tapi ni bukan janji tau... maklumlah. Umur makin tua... saraf otak dah makin kurang berhubung. So penyakit lupa tu makin menjadi-jadi ler... cewah. Macam iklan susu pula. Alah senang aje... kalau tak bawa, ambik aje sabun kat bilik air rumah nenek :p

'Main' time!!!

Yeeehaaa... plan nak sambut merdeka and tengok filem jepun dekat FINAS tak jadi sebab demam. So, rancangan diubah dengan main aje dekat playground bawah rumah haha dah janji dengan anak sedara konon nak minta dia teman tengok filem. Tapi tak jadi, kenalah tukar plan. Tak habis-habis diorang tanya, bila nak pergi mak usu.. bila nak pergi mak usu? Mak usu dia lak buat derk aje sambil jawab nanti la, panas tu kekeke

Bila dah turun lak, Uda tanya nak naik bas ke? Bas? Nak naik bas ke mana pula ni? Kita tak naik bas la.. kita naik kaki aje. Sebelum terus ke playground, kitorang singgah kedai dulu... beli AISKRIM! haha demam2 pun nak makan aiskrim. Ubat demam and sakit tekak :p

Mula-mula yuri pilih aiskrim choc vanila biasa yang RM1.20 tu aje.. Pastu tengok anak2 sedara semua pilih aiskrim drumstick, wah tak boleh jadi ni. Mana aci aiskrim moksu lagi murah! hahaha Jadinya, yuri pon tukar la biar sama taraf kekeke

Mine is almond flavor... fuuu mesti air liur korang dah meleleh kan. Paling kurang pun mesti dah terliur ler... pastu mesti dah terfikir-fikir and pasang niat nak beli aiskrim lepas ni kan... kan
Saja yuri shot gambar pas nyonyot-nyonyot aiskrim tu sikit keke sebab rasanya macam ni lagi rasa.. nyummmm terasa nak makan aiskrim laaaaa. Ni kalau yuri dok makan aiskrim 1.20 tu mesti lagi terliur tengok aiskrim kon budak2 ni :p

Adik pun khusyuk and syok habis melayan aiskrim dia. Tengok, kamera pun tak mau pandang. Merajuk kut lepas moksu tak bagi dia rasa aiskrim moksu hehe... acah aje

Uda pula pantang yuri angkat kamera and hala kat dia. Mesti control depan kamera... control handsome and posing kekeke Orang yang paling lambat makan aiskrim Uda la... adik pun lagi cepat. Sebabnya dia pilih aiskrim kitkat.. pastu dia sendiri susah nak makan kitkatnya tu. Kit kat tu kan keras sedangkan aiskrimnya dah mencair... kelam kabut ler jadinya sampai comot keliling mulut hahaha sudahnya habis makan kitkat dia, Uda bagi yuri baki kon suruh habiskan sebab tengok adik abang dia dah mula main. Dia tak sabar nak join sekaki la tu. Ceh, dah tinggal kon, baru nak bagi? Mula-mula kata nak bagi kitkatnya sekali hihi... kon pun konlah.. kenyang perut yuri makan aiskrim

Alang pula yang paling awal habiskan aiskrim

 Ok... main time!!!


Budak yang suka memanjat. Mana-mana pun boleh jadi tempat dia panjat... tak kira tempat... tak kira emmm... dia tau sendiri la. Bagi aje kerja apa-apa yang memerlukan panjat-memanjat, memang sesuai sangat kalau tugas tu diserahkan aje kat uda. Selesai!

Tengok ler... siap boleh bagi peace lagi. Orang tengah marah ni, dia boleh posing depan kamera pula... sedangkan moksu dia suruh turun. Tak leh blaaaaaa :p

 Sempat lagi tu pandang kamera.. tak suruh pun hehe moksu saja nak buat bukti tunjuk kat ibu tau

Alang pun nak cuba. Ha, tengok alang guna kemudahan dengan betul. Dia tak main gayut suka hati je tau. Tapi kan... kaki kamu dah jejak lantai le alang. Jap lagi, takleh nak gayut dah lagi... Gi buat senaman tekan tubi la pulak

Tengok apa tu alang??? Tengok awex ehhh hehe

Cerita raya: episod 4

Wah!!! Episod raya dah nak habis! Episod kali ni nak cerita tentang BBQ pula! Program yang bakal jadi program tahunan kitorang tiap kali raya. Kira macam penutup raya kat kampung ler ni sebabnya macam masa ni la time terakhir masa raya yang kitorang dapat berkumpul semua adik-beradik sebelum masing-masing balik rumah masing-masing.

Tahun ni pula, Kak Mah ada buat menu tambahan iaitu STEAMBOAT!!! Fuh, i like enoki!!!

P/S: Malam ni, DSLR tak keluar. Dia dah tidur :P

Tu dia... cef dah mai, dok ajar cef junior cara-cara membuat sup steamboat. Mau perisa apa, pilih... pilih. Tomyam? Ayam? Kimchi? Ergghhh tapi kita buat perisa tomyam aje dulu malam ni yerk ;p

 Fuh penuh satu periuk.. ni kalau dapat makan semua kembung perut sampai ke depan ni. Sabar.. sabar perut.. sabar, mendidih sekali lagi nanti baru boleh makan

 Cef dah letak jawatan... along pula yang ambil alih. Lagak aje tu... bukannya kena buat apa-apa lagi. Supnya dah siap dah... hehehe

 Dua orang tengok gambar kat kamera... yang along tu tenung apa tu? Dah TERmasuk perisa tambahan ke? :P

 Di bahagian BBQ pula... Hero-hero ler yang tolong kelolakan... eh, along ni kejap jaga steamboat kejap jaga bbq.. yang mana syif dia malam ni sebenarnya? Saje nak 'interframe' ler tue kekeke


abang wan pula nak macam jadi guard pulak kat belakang abang ipin hahaha

Gitu ajelah episod kali ni. Serius cerita raya dah habis dekat sini.. kalau ada lagi, nanti cerita lagi ^_^

Monday, September 3, 2012

Cerita raya: episod 3

Habis plan beraya rumah sedara-mare, raya ke-3 kitorang pergi mandi-manda lak.. macam bese ler. Hutan Lipur Gunung Lumut ni dah macam jadi destinasi yang hampir tiap2 tahun kitorang singgah. haha pelawat tetap ni. Tapi tahun lepas rasanya kitorang tak mai sini pun..sampai tahun ni, terpinga2 bila sampai. Sunyi aje, tak macam selalu kitorang datang MESTI ramai orang punya.

Rupa-rupanya dah tak ada siapa yang dok jaga tempat ni. Sampai ke tandas pon tak ada air... pastu siap mangga lagi! Perggh... parah nak salin baju ni!

Kitorang pun tanpa fikir banyak terjun aje dalam air... dah sampai berbatu-batu jauhnya takkan nak patah balik kut hehe


 Iqwan pun ikut style along saiful baring dalam air...



Baru aje badan nak sejuk, tiba-tiba muncul dua tiga ekor kera, beruk, babun dan spesies2nya yang yuri pun tak tau apa sebab rupa macam sama tapi lain.. alah, setakat 2-3 ekor... kitorang relaks aje. Terus main air macam biasa. Family lain yang datang sama pun buat derk aje... huh, kitorang pun makin confident la. Tapi... lepas dah sekumpulan besar yang datang siap dengan baby dia lagi, pastu bunyi nyaring lak tu.. mulalah kitorang panik. Kak Mah dah mula panggil anak2 dia yang main dekat dengan hutan seberang tu and suruh diorang naik. Tak berani dah nak mandi manda.. ceh, kacau daun aje... ke kitorang yang kacau tempat dia ek hehe

Dulu masa Perhutanan jaga tempat ni, tak ada kera2 ni... sekarang ni, bebas melata pulak diorang. Pas kera2 ni ambil alih sungai tu, kitorang cuma dapat perhati dari atas aje la. Tengok mana diorang ni nak pergi. Sempat lagi cari kutu tu!


Ingatkan diorang tak seberang sungai. Kalau diorang nak seberang, memang bole aje. Batu kan banyak. Tak lama pastu tiba-tiba datang sekor beruk ke apa tak tau la dari tak jauh dari tempat kitorang duduk and terus aje bongkar tempat buang sampah. Besar ooo. Ketua diorang la kut. Datang aje ketua ni, beruk and kera2 lain pun beramai-ramai melompat atas batu tok seberang sungai.

Huaaa apa lagi. Paniknya jangan cakaplah bila dah makin banyak spesies tu dekat sekitar situ. Dekat pula tu dengan kitorang. Dari plan nak mandi manda, dah jadi macam ekspedisi menghalau kumpulan kera dan beruk lak... hero-hero keluarga Kak Mah kan ramai hehe... Abang Ipin pula dah jadi ketua untuk menghalau ketua spesies beruk diikuti oleh 3 orang hero junior dia... gedang gedung ketuk tong sampah dengan kayu. Nasib baik tak kena kejar balik dek spesies tu fufuuh.

Pas habis kera and beruk2 tu cabut lari, kitorang main air ler balik. Lebih kurang setengah jam lepas tu kot, diorang datang balik. Haishhh... tak habis lagi rupanya. Habis makanan orang dia curi... seb baik kitorang punya selamat. Nak dijadikan cerita lagi, kitorang dah jadi macam penjaga pulak kat situ. Memekik kat orang suruh jaga makanan diorang, beri amaran bagi pengunjung2 yang tak sedar akan kehadiran pencuri makanan tu... pastu tak habis2 menghalau. Letih.. tapi tu semua kerja hero-hero la... kitorang yang perempuan and budak2 ni, duduk and makan aje kekekeke bila nampak kera, cepat-cepat sorok makanan dalam beg

Bila nak jalan ke kereta tu, Iqwan pula tunjuk berani bila nampak kera-kera tengah tunggu kat atas. Hep..hepp..hep dengan mengitaikan tangan dia haha berani sangat la budak kecik ni.

Kalau yuri tau tandas bermangga, sah-sah yuri tak mau main air sama. Lagi rela pegang kamera aje and jaga makanan yang kitorang bawa. Masa mula-mula cuma tau tak ada air aje, sebab ada notis depan laluan ke tandas... tak perasan la pula pintu tandas tu memang dah bermangga. Sedar tu pun masa nak salin baju.. bila dah menapak sampai pintu toilet tu, confirm ler nampak mangga besar tu huuaaaahhh mana nak salin baju ni??? Budak2 senang ler. Yang besar-besar ni, terpaksalah jadikan surau sebagai tempat persalinan walaupun terpampang notis 'jangan salin baju di dalam surau' dekat depan pintu. Nak buat camne? Takkan nak balik basah2 kut. Surau dia pun dah macam tak terjaga dah... memang tak ada orang lagi kut.

On d way balik, kitirang singgah makan kat Marrybrown. Budak2 pula memang tak lepaskan peluang main dekat Playland. Tak penat ke apa... serius gelap tempat ni. Mak usu pun join sekaki main baling-baling bola. Nak main gelongsor dah tak layak lagi kan... entah-entah nak masuk lubang tu pun tak muat :p



Along Saiful pun jadi sasaran dek serangan budak-budak ni. semua baling bola kat dia.. yang Iqwan pula, diri paling dekat dengan Along. Tapi bola yang Iqwan baling tak satu pun kena kekeke

Oh, habis dah episod kali ni... letih lak jari ni menaip. Kalau ambil test menaip, entah-entah fail ni. Lambat tapi laju sikit dari siput la :p