Pages
Hi pembaca semua!!!
Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.
Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.
Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm
Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.
P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.
Terima kasih (^^,)v
Tuesday, December 31, 2013
Buddyz vs cinta: bab 21
ok..macam yuri dah janji.. n3 terbaru cite ni..hehe x best jgn marah eh :p
Emey Suhaila tenung muka Fakhri yang terkial-kial di depannya. Rogayah dan Azura sudah lama berlalu ke kafe. Sedangkan Emey Suhaila pula ditahan oleh Fakhri yang kononnya mahu berbincang sesuatu. Sudah lima minit Emey Suhaila menanti tapi Fakhri masih terus membisu. Kalau Fakhri tidak mahu bersuara, terpaksalah Emey Suhaila yang mulakan bicara. Kalau tidak, berjam-jam dia tersangkut di tepi kaki lima itu tapi satu apa pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Sia-sia saja.
“Apa yang kau nak cakap tadi sebenarnya?” soal Emey Suhaila memulakan bicara yang sejak tadi bisu tanpa kata.
“Emm... aku... sebenarnya... sebenarnya aku...” Fakhri tergagap-gagap mahu mengucap keluar kata-kata yang terkumpul dalam benaknya. Emey Suhaila cuba bersabar dan terus menanti walau dalam hati sebenarnya sudah mula terbakar melihat lagak Fakhri. Mahu saja Emey Suhaila memekik kepada Fakhri.
‘Ish, susah sangat ke nak cakap tu? Tekulat-kulat saja dari tadi. Aku hempuk kepala tu baru tahu. Nak kena sergah baru nak cakapkah? Buang masa aku betullah. Perut aku ni dah lapar tahu tak!’ Mahu saja Emey Suhaila marah begitu ke muka Fakhri.
Kalau tiada orang ramai yang sibuk lalu-lalang di situ, mungkin Emey Suhaila juga tidak akan teragak-agak mahu bersuara sedemikian. Kalau Emey Suhaila herdik Fakhri sekalipun, budak mulut batu macam Fakhri tidak akan dedahkan hal itu kepada orang lain. Kalau dia bercerita sekalipun, tiada siapa yang mahu percaya cakapnya itu. Jadi, Emey Suhaila tidak perlu risau akan reputasinya sebagai bakal ratu kolej untuk sesi depan bakal tercalar. Imej Emey Suhaila sekarang sudah cukup baik untuk menundukkan Melissa untuk undian ratu kolej itu nanti.
“Apa yang kau nak cakap? Aku tengah tunggu ni...” Emey Suhaila masih lembutkan suara. Namun penantian Emey Suhaila terus sia-sia. Fakhri tetap senyap. Matanya pula menekur ke lantai sambil tangannya pula tergaru-garu. Sekejap meraba belakang tengkuknya, sekejap menggaru tangan dan sekejap pula hinggap di kepala. Jika lihat riak mereka dari jauh, mungkin orang yang memandang akan salah faham. Nampak macam Fakhri sedang dimarahi oleh Emey Suhaila pula.
Emey Suhaila hempas keluhan perlahan. Cukup perlahan supaya tidak didengari Fakhri. “Kalau kau tak mahu cakap, aku pergi dulu. Kawan-kawan aku pun mungkin dah lama tunggu.”
“Eh, kejap!” Fakhri menahan di depan Emey Suhaila yang mula mahu membuka langkah.
Lantas Emey Suhaila menarik semula kakinya. Fail yang tadi dipegang kemas dipeluk ke tubuh dengan kedua-dua belah tangan.
“Okey. Sekarang aku beri kau peluang cakap. Kalau kau tak cakap juga, aku akan pergi.” Emey Suhaila terpaksa beri kata dua. Perutnya yang kian berkeroncong juga sudah tidak mampu lagi ditahan.
Sudahlah pagi tadi Emey Suhaila tidak sempat menjamah sarapan pagi gara-gara sudah terlewat ke kuliah. Emey Suhaila tidak mahulah ponteng kelas lagi sebab sudah banyak kelas yang dia tinggalkan sebelum ini. Hari ini pula jadual kuliah Emey Suhaila padat dari pagi hingga ke petang. Mamat dekat depan Emey Suhaila ini sekarang pula melengah-lengahkan masa Emey Suhaila. Geram juga hati Emey Suhaila dibuatnya. Kalau ikutkan hati yang panas, memang sudah lama Emey Suhaila hempuk Fakhri dengan fail tebal Emey Suhaila di tangannya sekarang.
“Aku sebenarnya suka dekat kau!” Fakhri terus-terang. Air muka Fakhri terus berubah merah padam setelah meluahkan perasaannya. Malu benar rasanya meluahkan perasaannya begitu.
Sedangkan Emey Suhaila langsung tidak tunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar pengakuan Fakhri. Pengakuan Fakhri bukan yang pertama Emey Suhaila dengar dan Fakhri bukan lelaki pertama yang meluahkan perasaan kepada Emey Suhaila. Sebelum ini pun, sudah bermacam jenis lelaki yang meluahkan rasa hati dan mahu berpacaran dengan Emey Suhaila. Sebab itulah Emey Suhaila tidak mampu untuk tunjukkan rasa terkejut. Sudah lali.
“Aku pun suka dekat kau...”
Terus terbeliak mata Fakhri mendengar jawapan Emey Suhaila. Dia betul-betul tidak percaya. Telinganya digosok berkali-kali. Mungkinkah Fakhri tersilap dengar.
“Aku suka cara kau jalankan tugas kau masa orientasi dulu. Aku rasa kau ni bertanggungjawab orangnya. Rasanya masa itu sajalah yang kita berkerja sama-sama kan...” Emey Suhaila menyambung katanya dan terus bikin jantung Fakhri berdegup kencang. “Aku memang suka berkawan dengan kau. Aku... suka kau jadi kawan aku.”
Fakhri tercengang. “Kawan?”
Emey Suhaila angguk perlahan serentak mengukir senyuman. “Maaflah, Fakhri. Aku harap kau dapat faham apa yang aku rasa. Aku memang suka kau tapi rasa aku pada kau tak lebih daripada seorang kawan. Aku harap kita masih boleh berkawan lepas ni...”
Fakhri terdiam dan terus tergamam. Bukan Fakhri tersilap dengar tetapi Fakhri sebenarnya sudah tersalah faham akan maksud kata-kata suka yang Emey Suhaila ucapkan sebelum ini.
“Eh, maaflah ya. Aku kena pergi sekarang...” kata Emey Suhaila sebaik terpandang kelibat Putri Qistina yang baru keluar dari tandas tidak jauh dari situ. Lantas Emey Suhaila cepat-cepat buka langkah setelah melambai kecil ke arah Fakhri.
Emey Suhaila berlari-lari anak untuk mengejar Putri Qistina di depan. Sempat Emey Suhaila menoleh ke belakang untuk melihat reaksi Fakhri. Lelaki itu masih tercegat di situ. Terkejut barangkali.
“Huh, ada hati nak pikat aku. Kalau baik pun tapi poket kering nak buat apa? Pergi kuliah pun asyik naik bas kolej aje. Tunggu kau kayalah baru datang cari aku,” omel Emey Suhaila sendiri dan membesarkan lagi langkahnya.
Emey Suhaila jeling jam di tangan. ‘Aduh, rehat tinggal sejam saja lagi. Teruk betullah... mesti dah lama budak-budak tu tunggu aku. Entah macam-manalah mereka tu kalau duduk berdua. Entah-entah asyik bergaduh aje macam kucing dengan anjing. Ish, ni semua mamat kemut tu punya pasal!’ Emey Suhaila merungut dalam hati dan terus memerhatikan Putri Qistina dari jauh. Dilihatnya Putri Qistina juga seakan mahu menuju ke kafe. Hah, baguslah. Samalah arah tujuan kita.
Sampai di kafe, Putri Qistina terus saja menjenguk deretan makanan yang terhidang. Sementara Emey Suhaila pandang keliling untuk mencari dua kawannya. Seketika, Emey Suhaila nampak Rogayah melambai-lambai. Segera Emey Suhaila melangkah ke arah kawannya sementara Putri Qistina sudah pasti sedang beratur menunggu giliran.
“Kenapa lambat?” Azura menyoal sebaik Emey Suhaila ambil tempat di sebelahnya.
“Yalah. Sampai kitorang dah habis makan pun kau tak muncul-muncul. Siapa budak lelaki tadi tu? Kawan kau ya? Dia cakap apa dengan kau tadi?” Rogayah pula menyampuk. Sudah mula hendak bergosiplah tu.
“Yang kau sibuk nak tahu macam-macam ni kenapa?” Azura membalas bagi pihak Emey Suhaila. Azura memang tidak senang dengan sikap Rogayah yang banyak soal. Semua hal dia hendak tahu. Kalau sudah mula tanya sampai ke lubang cacing semua dia korek. Setengah jam bersama Rogayah tadi juga bikin hati Azura benar-benar sebal.
Emey Suhaila hanya tersenyum. “Aku nak beli makanan dululah. Perut aku dah lapar sangat ni,” ujar Emey Suhaila lalu bangun semula meninggalkan Azura dengan Rogayah.
Azura jeling Rogayah. Mulutnya herot mengomel sendiri. Geram sangat tengok muka Rogayah.
“Eh, kau kenal tak kawan Ila tadi tu? Kalau kawan Ila mesti dia pun kawan kau juga kan?” soal Rogayah sungguh-sungguh walaupun Rogayah sedar riak Azura yang tidak senang akan soalannya. Lagipun, bukan Rogayah tidak tahu yang Azura memang tidak menyukainya. Rogayah tidak peduli pun semua itu kerana dia cuma mahukan jawapan bagi soalan yang bermain-main dalam benaknya. Terlalu banyak hal yang dia mahu tahu. Kalau Rogayah dicop sebagai kaki penyibuk sekalipun Rogayah tidak kesah. Bagi Rogayah gelaran itu boleh tahan sedap juga bunyinya.
“Budak lelaki tu pun suka kat Ila juga ke?” terjah Rogayah lagi.
Serta-merta mata Azura yang tadi liar memandang keliling beralih ke muka Rogayah. Kemudian Azura lekas mendengus.
‘Dah mulalah tu!’ getusnya dalam hati. Azura sengaja tidak mahu jawab soalan Rogayah. Sangkanya kalau Azura saja buat tak reti Rogayah tu pandailah katup mulutnya rapat-rapat. Tapi makin dibiar, makin bertimbun pula soalan yang muntah dari mulut mak nenek itu.
“Hei, kau ni tak reti nak senyap ke? Dari tadi pot pet pot pet. Aku yang dengar soalan kau tu pun dah letih tahu tak? Boleh tak bagi telinga aku ni rasa lapang sikit. Jangan sibuk nak tanya aku macam-macam, boleh tak?” bentak Azura keras setelah sudah tidak tahan lagi mendengar suara Rogayah yang berpusu-pusu menerjah gegendang telinganya.
Rogayah gumam bibir. Senyap seketika. Namun tidak lama Azura dapat hela nafas lega, Rogayah kembali mengganggu. Tangan Azura ditepuk berkali-kali.
“Apa?!” Azura naik angin serentak menarik tangannya dengan kasar.
“Tu... tu...” Rogayah muncung ke depan.
Dengan bengkak hati Azura mengikut arah muncung Rogayah. Apa lagilah yang disibukkan minah seorang ni. Puas Azura melirik ke arah yang dipandang Rogayah hinggalah dia ternampak bayang Putri Qistina yang meliar pandang keliling. Tangannya pula membawa dulang berisi makanan dan segelas air. Mencari meja kosong barangkali sedangkan kafe itu memang selalunya sesak waktu-waktu makan tengah hari begini. Mana tidak sesak kalau pelajar kolej itu menjangkau hampir seribu orang sedangkan hanya kurang lima puluh meja yang disediakan di kafe itu. Bagi yang terlambat terpaksalah menunggu.
“Itu Putri Qistina kan...”
Soalan Rogayah itu tidak dijawab Azura. Mereka berdua terus memerhati gadis itu. Seketika Emey Suhaila muncul menghampiri Putri Qistina. Azura tumpukan perhatian pada Emey Suhaila dan Putri Qistina sementara Rogayah pula sibuk buat andaian macam-macam.
“Cari tempat duduk ke?” Emey Suhaila menegur setelah melihat Putri Qistina ke sana sini mencari sesuatu. Emey Suhaila turut pandang keliling. Semua meja sudah penuh. “Kalau awak tak kesah, jomlah join saya dengan kawan-kawan saya dekat sana. Ada satu lagi tempat kosong.” Emey Suhaila mempelawa sambil menunjuk ke arah Rogayah dan Azura.
Cepat-cepat Azura sorok muka dengan tangan sementara Rogayah pula sudah melambai-lambai. Namun Putri Qistina tidak mengendahkan pelawaan Emey Suhaila. Melihat ke arah telunjuk Emey Suhaila juga dia tidak sudi.
“Jomlah,” ajak Emey Suhaila lagi.
Putri Qistina tenung muka Emey Suhaila agak lama. Sebaik Emey Suhaila mempelawanya buat kali ketiga, Putri Qistina lemparkan jelingan dan terus berlalu bersama makanannya ke arah bertentangan. Sekaligus Emey Suhaila tergamam.
Rogayah yang melihat dari jauh juga melopong. Matanya digosok dengan jari.
Melihat kelakuan Rogayah, Azura lekas-lekas menoleh ke belakang semula. Kelihatan Emey Suhaila yang tercegat sambil kepalanya berpaling ke belakang. Tapi Putri Qistina sudah tiada di situ.
“Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi?” Hati Azura menjolok ingin tahu apa yang telah berlaku tadi. Menyesal pula dia tidak terus perhatikan gerak-geri mereka. Tangan Rogayah ditampar lagi setelah soalannya tadi tidak berjawab.
Seketika Emey Suhaila muncul dengan muka masam. Pinggan dan gelasnya dihentak ke meja. Kemudian Emey Suhaila henyak punggung di kerusi di sebelah Azura. Azura sekadar memerhati. Muka Emey Suhaila nampak betul-betul keruh. Tidak lama Emey Suhaila bersuara.
“Kerek betullah minah tu! Ingat dia tu bagus sangatkah nak berlagak macam tu! Tak guna betul. Buat malu aku aje!” bentak Emey Suhaila marah. Hilang terus seleranya mahu terus menikmati nasi ayam yang dibelinya tadi.
“Betul! Dia tu memang berlagak! Aku pun sakit hati tengok lagak dia tadi! Kalau aku jadi kau, aku picit-picit pipi dia sampai merah.” Rogayah menambah sambil menekan hujung jari telunjuk dengan ibu jarinya kuat-kuat.
Azura yang mendengar sampukan Rogayah turut sakit hati. Bukan sakit hati pada tindakan Putri Qistina sebab dia tidak nampak apa yang berlaku. Tapi geram dengan butir kata Rogayah tadi yang seakan-akan mengapi-apikan lagi Emey Suhaila yang sememangnya tengah marah. Ringan saja kaki Azura menendang kaki Rogayah yang kebetulan duduk di depannya.
“Aduh!” Serta-merta wajah Rogayah yang tadinya tegang sebab geram berubah riak menahan sakit. Tangannya spontan menggosok beting kaki yang terasa perit diasak kasut Azura yang keras macam besi. Rogayah angkat kaki kanan naik ke peha kiri. Kaki seluar diselak tinggi untuk membelek kakinya yang sakit. Mahu pastikan sama ada tulang betisnya itu tidak patah gara-gara penangan Azura yang digelarnya sotong kurita itu. Sudahlah penangannya perit, orangnya pun boleh tahan ganas. Memang kena sangatlah kalau Rogayah panggil Azura sotong kurita.
Rogayah cepat-cepat turunkan kaki seluar dan letak kaki ke bawah semula bila menyedari ramai orang di sekelilingnya. Terlupa pula sekarang dia berada di kafe. Ingatkan dekat bilik kolej tadi. Enak saja Rogayah selak seluar hingga paras lutut. Agak-agak ada tak orang nampak. Kalau ada yang nampak mesti mereka mengata Rogayah. Yalah, harap kepala saja bertutup dengan tudung tapi selamba saja nak dedah-dedah kaki pula. Tapi Rogayah yang memang selamba, malunya sekejap saja. Gasaklah apa orang nak kata. Rogayah bukannya sengaja. Bak kata adiknya Aiman, Aiman tak kesah. Jadi Rogayah pun tak kesah.
Rogayah betulkan duduk. Muncung panjang mula terbentuk di bibirnya dan dihalakan kepada Azura. “Kenapa kau sepak aku? Sakit tau!” Rogayah merungut dengan muncungnya yang makin panjang ke depan.
Azura tenung muka Rogayah lama-lama kemudian geleng kepala beberapa kali. Mata Azura sesekali melirik ke arah Emey Suhaila dengan hujung mata. Azura sebenarnya mahu beri isyarat kepada Rogayah supaya diam.
Rogayah tercengang tidak mengerti akan reaksi Azura. Lantas mulutnya cepat saja menyoal. “Kenapa?” soal Rogayah serentak menolak kepalanya ke depan muka Azura.
Azura ketap gigi. Susah betul bercakap dengan minah yang tak reti bahasa ni. Beri isyarat senang macam ni pun dia tak faham. Azura tidak mahulah mengeruhkan lagi keadaan dengan pertengkaran dia dan Rogayah. Sebab dari riak Emey Suhaila, Azura tahu yang Emey Suhaila pasti tengah marah. Tengok sajalah pada nasi ayam hainan kegemaran Emey Suhaila yang langsung tidak dijamahnya. Selalunya laju saja Emey Suhaila habiskan. Azura mahu minta sikit pun Emey Suhaila tidak beri peluang. Tapi cik Rogayah ni pula tak faham bahasa isyarat. Terpaksalah Azura beri isyarat yang lebih mudah.
Jadi, Azura letak jari telunjuk atas bibir. Kalau Rogayah tidak faham juga memang nak kena lepuk dengan Azura.
“Apa?” Rogayah menyoal lagi. Jelas kelihatan garis kerutan di dahi Rogayah. Sekaligus bikin Azura hampir gila dibuatnya. Gila sebab marah. Kalau boleh diukur tahap kemarahan Azura macam penanda paras sungai, rasanya tahap marah Azura mesti sudah sampai ke garisan merah yang menandakan amaran berjaga-jaga. Tapi Azura tetap berusaha menahan amarahnya dari terus meletup seperti selalu. Azura pejam mata seketika seraya menarik nafas dalam-dalam. Kiranya bermeditasi sekejaplah ni sementara Rogayah kekal tidak mengerti.
Sebaik Rogayah mengulang soalan yang sama, Azura curi-curi angkat penumbuk dengan tangan kiri. Sengaja mahu menggertak Rogayah tapi dia tidak mahu Emey Suhaila nampak tindakannya itu. Kalau Azura ada getah gelang, sudah lama Azura ikat mulut Rogayah. Biar mulut becok itu senyap tidak bersuara. Sibuk saja nak bercakap, tapi tak fikir dulu sebelum bersuara.
Kat mana nak beli barang gubahan dengan harga murah?
Hoho... dasat tajuk yuri kali ni hehehe cam dasat sangat je kan. Sorry la readers, lambat sangat nak update e-novel kan...ok..ok..jap lg yuri update n3 buddyz vs cinta tu ek. Sekarang ni nak versuskan soal lain plak
Bese time2 tunang and nak kahwin ni ler orang sibuk nak cari barang gubahan. Sama la kita. Kebetulan pulak yuri ni dok dekat ngan Ayer Itam... orang cakap syurga bunga ecewah! tapi bagi yuri tetap x murah gak la.. macam la ada murah yang murah kan. Kalau nak cantik memang selalunya mahal.. ye tak.
kat ayer itam, yuri ada singgah kat A Son.. lupa lak camne eja nama kedai tu. kalo dari tol ayer itam tu, kenalah ke kiri..tak jauh, nampak terpampang besar tulisan kedai dia dari jauh. betol2 kat sebelah jalan belah kiri. Kedai ni punyalah besar..n kira yang paling murahlah kat area situ. macam2 ade..dari sekecil2 pasu, cawan, barang2 untuk goodies, beg kertas, beg plastik, beg kain..reben..bunga...ehehe cam nak promot lak kan. Oho... bukan untung pon dok promot kat sini. tak dapat komisyen pon hehe staff dia pon bukan semua friendly. ada yang nak jual barang macam nak makan orang. kat sini, boleh kata semua barang yang korang nak guna untuk gubahan atau nak wat bunga telur de jual. Tapi jangan harap nak mintak diskaun la. yuri dah dua tiga kali try, kat pekerja yang berbeza... sebab dah dua tiga kali gak la datang. sebelum ni kakak yuri yang selalu datang beli. Aiyaa... pelanggan tetap pon susah dapat diskaun ke? kali terakhir, yuri try lagi n lagi... sampai staff tu bosan, dapatlah tolak 30 sen kehkehkeh... harga barang makin naik, makin susah mau mintak potong harga la :p
kat kl plak... sblom g serang kedai2, yuri survey dalam internet dulu. Ok.. rata2 blogger cite pasal Semua House. Ada 3 kedai yang selalu meniti di bibir orang..ewah, bermadah pulak kan. Level B1, kedai Siyin (dulu Yuri ingat namanya Simin..yolah, tulisan cantik sangat sampai tak reti nak baca hehe)... satu lagi kedai Yen Riben, kat sebelah dia je. Kedai Siyin ni besarlah jugak... and kat sini ada barang yang lagi murah dari A Son kat ayer itam tu tau. Contohnya alas dulang satin biasa. Harga tak ingat. Tapi siyin lagi murah. Yen Riben pon lebih kurang aje harga dia dengan kedai siyin. Yen Riben ni kecik and sesak habis.
Yang tak besntnya, susahnya nak cari crepe paper. Asyik abis stok aje. So, terpaksalah yuri beli crepe yang jenis keras dan berkedut2 untuk buat bunga. Emm..not bad la hasilnya. Cuma tak delah nampak cam ombak2 cam soft crepe paper kan. Harga untuk crepe paper jenis keras ni kat siyin RM2.50/roll. Kat Yen Riben plak RM5, beli satu percuma satu. Hahaha. Pandai lak ko nak main perkataan 'free' tu kan.. padahal sama je harganya. Harga soft crepe paper, x banyak beza.. dia jual sebungkus..bundle habis stok. Dua kali pergi, dua kali xde stok. Dekat tingkat U5 pon ade satu...Sayang You. Keluar aje lif, terus nampak pintu gerbang comel Sayang You. Wow! Tapi jangan korang tekan level 5 plak..macam yuri hari tu. Haha menganga bila keluar lif... kat mana ni? kat mana ni? tempat apa ni? Yang korang akan jumpa hanya lif untuk ke tingkat atas tapi tak tau ke mana hehe
Yuri suka cari reben dekat sayang you. Banyak pilihan. kedai ni lagi besar dari siyin. Kalo nak main lari2, atau hide & seek pon boleh. Tapi creepe paper tetap xde...hmmm sedih. keluarlah dengan hati yang kecewa. Kat luar Semua House ada satu lagi kedai gubahan. Kat sebelah bangunan Semua House, Bunga Reben namanya. Alaa... mesti ramai orang dah kenal kedai ni. Dah ramai sangat citer pasal depa ni semua. Kat kedai ni pulak harga dia letak mahal sikit. Tapi sebenarnya kan..bila korang nak bayar, dia bagi diskaun tau. Yuri penah masuk..sebab crepe paper kat sini pon xde stok masa tu, so akhirnya g kaunter bayaran cuma bawak segulung reben. Harga riben tu RM6.80 tapi dia bagi RM6. Barang kat sini pon ada macam2... tapi Bunga Riben agak sesak jugaklah. Better korang tanya aje staff dia..tak payah susah2 cari.
Merata yuri jalan, banyak kedai yuri masuk tapi sampai ke sudah..tak dapat jugak soft crepe paper yang dicari huahuahua misiku masih belom selesai
Tuesday, December 24, 2013
Risau...aku risau...JLPT oh JLPT
Lepas hampir sebulan ambil JLPT, tetiba hari ni rasa teramat risau. Takut benar ler nak tau resultnya...khabarnya awal Februari depan akan dapat result. Uwaahhhhhh! Kowai yo! Mahunya tak.. hari duduk tok exam tu, yuri demam la plak hehe saja juga demam tu sebagai alasan eh. ner la tau K.O resultnya nanti leh gak sedapkan ati sendiri hehe Udahlah kena hafal kanji yang memang tak pernah belajar sehuruf pon kat sekolah... nasib ler kena cari alternatif sendiri.. belajar dan hafal sendiri. mujur ler ada nota dari minna no nihongo yang yuri penah download online dulu... dan nota kani paling berkesan, emm.. apa ek.. kalau tak silap kanji list from JLPT website & tanos yang banyak yuri rujuk. Menganga nak menghafal benda alah yang bergaris-garis tu!Kalau tulis rumi aje kan senang (baik tak payah belajar nihongo kan..hehe)... cabaran-cabaran.
Fuh, kalau ditanya lagi sekali, takdenya ingat semua yang yuri dok hafal sebulan dua lepas. Daripada 80 kanji, entah2 separuh aje ler yang ingat. Ecewah, hebat tu leh ingat separuh lagi. Tak sure sebenarnya berapa banyak kanji yang patut dihafal untuk N5 (ok.. yuri baru dok ambik N5 aje..very beginner tp tu pon dah rasa cam nak gugur rambut satu kepala huhu). Ada yang kata 80 je... ada yang kata 100+... kalo tengok website or blog yang share kanji list pon cam lain2 je diorang ckp. Ikut suka la... kalo keluar kanji yang tak pernah tgk..memang padan muka. Haha..yuri memang dah terkena. Ada 2 kanji dalam exam lepas yang yuri memang tak pernah jumpa langsung dalam nota yang yuri rujuk. Harap ler main tembak hehehe
Plus, ujian listening hujung sekali... dah dekat tengahari, suhu badan eden dah makin meninggi, telinga pun cam makin lama makin tersumbat aje rasa, konsentrasi pun dah makin berkurang... ada la lima enam soalan tak langsung dapat tangkap apa tape tu cakap. Selamat menembak! huahuahua
Pengajaran yang yuri dapat masa exam ni...emm.. ok..JANGAN DEMAM masa exam! Tak ada maknanya cam drama2 korea tu, demam2 pon dia bleh plak jawab exam dgn mantopnya. Wah! Brutal hebat benor ler dia tu. Tak tau la kalo ade orang lain memang leh wat camtu. Tapi kalau rasa diri tu tak berapa nak kuat..fizikal & mental, tak payah ler menggatal main ujan (ops! yuri demam bukan sebab main ujan tau. Ujan tu yang tetiba je timpa kepala ni). Dah tu, dah tau demam ke nak demam ke cepat2 jumpa doktor. Tak pun, dah tau nak exam, makanlah vitamin sebagai protection tambahan.
Preparation masa exam plak, jangan harap buku teks korang semata2.. yang sekolah bagi tu bukan selalu lengkap. Rajin2 ler buat rujukan and kalau rajin lagi, hafal la sebanyak mana vocabulary & kanji yang korang mampu. Korang akan terperanjat macam yuri & kawan2 bila terjumpa vocab yang korang langsung tak pernah jumpa dalam buku teks sekolah mahupun belajar kat kelas tetiba keluar dalam paper. Walaupun sepatutnya soklan tu senang aje macam kacang, korang gerenti bole jawab kalo faham vocab tu..tapi disebabkan korang tak tau maksud vocabnyer, alamatnya seluruh soklan lah korang tak faham. Haih...walhal yuri pernah belajar itu vocab la dalam buku lain..aiseh, camne leh lupa jugak. Kurang makan kismis kot! Ececeh..ade aje alasannya
Jangan lupa buat latihan atau praktis cakap dengan kenkawan. Even memang xde speaking test pon masa jlpt ni, tp x salah pon nak praktis. lg senang nak ingat kot. Mana la tau kawan tu rajin sebut vocab yang baru, ha menganga korang kat situ. At least dapat ilmu free hehe Carilah buku yang sesuai selaras dgn format jlpt...kebanyakan buku latihan kat luar sana tu byk yang tak ikot format jlpt. Kadang2 depa ni lg susah & renyah... terlampau teliti untuk satu2 bahagian sampai korang akan rasa tension dan susahnya benda ni! kadang2 latihannya rasa macam dah level advance pulak. Caya tak caya... jlpt n5 xde la susah sangat. huh! kalau yuri x dapat skor memang ler. senang konon huhu
Oh.. hari ni tak dapat update cerita lagi. Fail takde dalam komputer ni... next time ok. Caucincau
Sunday, December 22, 2013
update
Lama rasanya x update blog. To all followers n sesape yg rajin singgah..sori ek lama x update cite hehe ada problem nak sign ke account sendiri.. ni baru solved. Hari ni sebab x menghadap komputer. ..x dapek la jugak nak mengupload cerita. Lar ni nak kongsi plak personal story hehe kpd sape2 yg plan nak tuang ke kawen ke kan..cuti skola mmg dah nak abis tp alaa musim kenduri ni sepnjg masa rasanya hehe ni nak bagitau..jemput2 la page baru yuri pasal hal sewa-menyewa masa pertunangan n perkahwinan. Yuri sekarang terasa nsk berbisnes plak kehkehkeh yo la..dari barang2 tu terperuk je dlm rumah kan..bg la merasa dok singgah rmh orng lain. Tu yg open untuk sewa tu.. jemput la dinggah, cuci mata n bacs n3 yuri. Kalo ada yang berkenan di hati..jemput2 la contact yuri ok (^^,)♡
Saturday, August 31, 2013
Buddyz vs cinta: bab 20
“Aduh, panas betul hari ni!” keluh Azura sebaik masuk ke
dalam bilik sambil mengipas batang lehernya dengan fail nipis yang dibawa
bersama. Azura letak beg galasnya atas meja belajar lalu terus henyak punggung
atas katil. Mengengsot ke belakang dan bersandar ke dinding. Azura terus
mengibas bajunya supaya berangin sedikit. Namun, angin kipas yang ligat
berpusing atas siling juga seakan tidak terasa dinginnya.
“Kalau dapat ais cendol waktu-waktu macam ni mesti best...” Azura bersuara lagi serentak
melontar pandang ke arah Emey Suhaila. Keningnya diangkat berkali-kali, cuba
mengajak Emey Suhaila pergi ke warung cendol Pak Leman yang mereka selalu pergi
sebelum ini.
Sudah terbayang keenakan cendol Pak Leman yang bikin
orang gila bayang. Nikmatnya bila ais yang mencair dalam mulut dengan rasa
lemak manis. Tambah-tambah lagi dalam cuaca yang bahang ini. Fuh, memang syok
tak ingat. Naik meleleh air liur Azura dibuatnya.
Tapi air muka Emey Suhaila nampak kosong. Langsung tidak
menunjukkan sebarang respon. Azura kerut dahi. Dia mula tertanya-tanya sama ada
Emey Suhaila memandang ke arahnya atau pun pandangan kawannya itu sudah lama
tembus ke dinding.
“Ni apahal pula monyok macam tempoyak aje ni? Dari tadi
aku perasan kau senyap aje. Selalunya kau mesti bela si Aya tu bila aku
bertekak dengan dia.”
Senyap. Sedang mata Emey Suhaila masih tidak berkerdip.
Serta-merta Azura buang pandangannya ke bawah seraya merengus geram. Azura yang
panas baran ini memang mudah sangat mahu naik angin. Mulalah hatinya panas bila
cakapnya tidak diendahkan. Bertambah-tambah bahang pula rasanya bilik yang boleh
dikatakan besar itu tapi sekarang sudah terasa macam duduk dalam kotak mancis.
Sempit lagi panas.
‘Ceh, melayang rupanya otak dia. Buat penat aje aku cakap
berbuih-buih tadi!’ getus Azura lantas tangannya pantas mencapai bantal di
sebelah lalu dicampak ke arah Emey Suhaila yang asyik termenung. Memang itulah
habuan yang Azura akan beri jika buat dia sakit hati. Tidak kira apa yang mampu
dicapainya pasti Azura akan baling ke arah orang itu. Kalau kena tu nasiblah.
Siapa suruh buat Azura marah.
Azura capai satu lagi bantal setelah Emey Suhaila masih
tidak tunjukkan respon walaupun bantal yang dibaling Azura sebelum ini jatuh ke
riba Emey Suhaila. Malangnya, bantal kedua yang dilontar Azura pula sekadar
jatuh ke lantai.
‘Cis! Tak kena pula!’ Azura makin panas hati. Cepat-cepat
tangannya genggam apa saja yang ada di sebelahnya. Tapi kali ini terasa ringan.
“Alamak! Tinggal selimut aje?” Azura merungut. Namun dia
tidak putus asa. Selimut pun jadilah untuk menjadi senjatanya dan kali ini
mesti mengena. Azura angkat tubuh dan berdiri atas lututnya. Selimut yang
dipegang diperkemaskan. Sasaran dikunci lalu selimut itu dilontar sepenuh
tenaga dan ia mengena tepat ke kepala Emey Suhaila.
“Yes! Yes!”
Azura gembira sakan apabila melihat Emey Suhaila tersentak sebaik selimut itu
jatuh ke kepalanya.
Kemudian, Emey Suhaila terbatuk-batuk sambil kalut menepis
selimut yang melekat di mukanya. Bau hapak mula menyerbu ke ruang hidung Emey
Suhaila.
‘Ambik kau! Mesti wangi selimut aku yang dah
berbulan-bulan tak basuh tu!’ Azura gelak dalam hati melihat gelagat Emey
Suhaila yang terus kelam kabut membuang selimut Azura dari kepalanya. Makin
ditarik, makin terburai pula lipatan selimut itu membuatkan muka Emey Suhaila
lama tertutup dek selimut hapak itu.
“Apa kau buat ni? Busuklah. Buek!” omel Emey Suhaila
geram setelah membuang selimut itu jauh dari tubuhnya. Renungan yang tajam
dilemparkan ke arah Azura di depan. Kalau pandangan Emey Suhaila itu macam anak
panah, sudah lama ia tembus ke dahi Azura. Padan muka Azura yang sesedap rasa
saja menghadiahkan selimut busuknya kepada Emey Suhaila. Kalau wangi semerbak
bau mawar pun, Emey Suhaila tak sudilah.
“Kau tu yang berangan sana... berangan sini sampai aku
cakap pun kau buat tak tahu. Aku cakap dengan kau, bukan dengan dinding!”
bentak Azura semula. Hatinya yang berguling-guling ketawa melihat gelagat kalut
Emey Suhaila kini panas kembali.
“Mana ada aku berangan!” betah Emey Suhaila tidak setuju.
Rambutnya yang kusut disisir dengan jari.
“Kalau tak berangan, ke mana otak kau dah melayang?
Telinga kau tu pula dah lama tak korek ke dah hilang kat tempat lain? Berbuih
aku cakap dekat sini, kau boleh buat tak tahu aje. Macamlah aku cakap dengan
patung. Dahlah tunjuk muka toya macam tempoyak basi tu. Tak selera aku nak
tengok tahu.”
Emey Suhaila mengherotkan bibirnya. Sakit hati Emey
Suhaila mendengar cakap Azura yang sesedap mulut saja bila bercakap. Kalau ada
cili dekat bilik ini, sudah lama Emey Suhaila cili mulut Azura itu cukup-cukup.
“Ini semua kau punya pasal la!” Emey Suhaila menyilangkan
tangan dan terus lontar pandang tepat ke muka Azura. Kali ini renungannya lebih
tajam. Azura dapat merasakan aura tidak baik muncul dari pandangan Emey Suhaila
itu.
“Kenapa aku pula yang kau salahkan? Apa kena-mengena aku
dengan muka tempoyak basi kau tu?” balas Azura selamba. Jangan harap Emey
Suhaila boleh takutkan Azura dengan pandangan matanya yang setajam mata pisau
itu. Sedikit pun Azura tidak takut.
Walau mata Emey Suhaila keluar api membara sekalipun,
Azura tidak hairan. Azura bukan budak kecil lagi dan ini bukan cerita komik
yang mata Emey Suhaila betul-betul boleh panah api atau laser ke arah Azura.
Setakat renungan Emey Suhaila yang bermata agak sepet, tiada apa yang perlu
dirisaukan Azura. Azura boleh beri pandangan lebih dahsyat lagi dengan mata
bundarnya itu.
‘Tempoyak basi... tempoyak basi. tak habis-habis dia kata
muka aku tempoyak basi. Berilah gelaran lain pula, Macam kek coklat ke, kek
cawan yang comel ke. Sedap sikit nak jamah!’ Rungutnya lalu tayang muka
bengang.
“Adik kesayangan kau tulah. Menyakitkan hati betul!.”
“Adik aku? Bila mak aku lahirkan adik?” Azura
terpinga-pinga. Jarinya diketuk ke bibir sambil memandang ke atas. Seingat Azura
dialah adik paling bongsu dalam keluarga. Tidak pernah pula Azura dapat tahu
yang dia punya adik. Adik mana pula ni?
“Jangan buat tak tahulah! Adik Putri Qistina kau yang
baik hati sangat tulah!”
Terjahan Emey Suhaila itu telah menjawab soalan yang
berlegar di benak Azura. Tapi Azura masih keliru.
“Bila pula si Putri Qistina tu jadi adik aku? Dia
bukannya keluar dari perut mak aku. Mak dia dengan mak aku lainlah.” Bersahaja
balasan diberikan Azura. Kemudian dia tersenyum nakal.
Emey Suhaila menjeling. Sebal di hati mengenang sikap Putri
Qistina tadi semakin tebal ditambah lagak Azura yang sekejap melenting tidak
memasal, sekejap berloyar buruk yang entah apa-apa.
“Apa kena dengan dia? Kau dah tegur diakah? Bila kau
jumpa dia? Tadi ke? Apa reaksi dia lepas tu?” soal Azura bertalu-talu sambil
melompat ke katil Emey Suhaila dan terkebil-kebil di depan muka Emey Suhaila.
“Kau dah berkawan dengan diakah?” tanya Azura lagi, teruja.
Emey Suhaila hela nafas panjang perlahan. ‘Ish, cepat
betul sikap budak ni berubah. Ni yang terkelip-kelip depan muka aku ni buat apa
pula?’
Emey Suhaila menolak muka Azura yang merapatinya.
Kemudian Emey Suhaila alih posisi duduk, menjauhi Azura yang tiba-tiba saja
teruja memacu soalan yang bertubi-tubi kepadanya. Panaslah duduk dekat-dekat
ni. Rimas.
“Hei, cakaplah. Kau dah tegur dengan dia kan. Mengaku
ajelah. Takkan dengan aku pun kau nak berahsia. Dia tu bukannya lelaki yang kau
nak berahsia sangat. Lagipun, kan aku yang kenalkan dia pada kau. Takkan dengan
aku pun kau nak menyorok.”
“Hah! Sebab tulah semua ni salah kau! Sibuk sangat nak
aku berkawan dengan budak pekak tu! Ish, jangan cakap pasal dialah. Sakit hati
aku ni tahu!” Sakit betul hati Emey Suhaila mengenang sikap Putri Qistina.
Kalau ikutkan marah, mahu saja dia tarik baju Putri
Qistina tadi. Lepas tu sembur budak sombong itu cukup-cukup. Tapi disebabkan
mereka di perpustakaan, tambahan lagi dua orang pelajar yang memandang baik
pada Emey Suhaila juga ada di tempat itu, Emey Suhaila pendam saja rasa marah.
Azura pula tidak sudah-sudah menyoal. Jari Azura pula
asyik mencucuk tubuh Emey Suhaila. Sudah rupa Rogayah pula Azura ini sekarang.
Itulah, pantang jumpa Rogayah mesti hendak bertekak. Padanlah perangai mereka
pun sudah jadi dua kali lima. Tidak tahan Emey Suhaila dibuatnya. Serabut
betul.
“Eh, tadi kau juga yang mula cerita dulu. Kosngsilah
sikit cerita...”
Pada mulanya Emey Suhaila memang malas mahu buka cerita.
Lagi dikenangkan sikap Putri Qistina, lagi Emey Suhaila sakit hati. Tapi
disebabkan sudah rimas dengan tindakan Azura yang asyik tonyoh tubuh Emey
Suhaila, terpaksalah Emey Suhaila mengaku. Mungkin kalau Emey Suhaila bercerita
dapat melegakan panas dihatinya.
“Adik kau tu sombong yang amat tahu tak? Geram aku tengok
perangai dia. Ada ke patut aku tegur dia, dia boleh buat pekak telinga aje.
Bukan sekali dua tapi banyak kali pula tu. Sakit hati aku ni tahu. Muka ni dah
rasa tebal semacam, dah macam muka tembok aje aku rasa.” Emey Suhaila luahkan
geram sambil jari telunjuk Emey Suhaila menunjuk ke pipi.
Mata Azura terbelalak. Tidak percaya. “Kau biar betul?
Tak percayalah aku.” Azura menepis kata-kata Emey Suhaila tadi ke udara.
“Kan aku dah kata budak tu sombong... korang tak
percaya.”
Emey Suhaila dan Azura menoleh serentak. Tiba-tiba saja
muka Rogayah terpacul di tepi katil Emey Suhaila. Siap sudah duduk bersila
lagi.
“Bila kau ada kat sini? Macam mana kau masuk?” terjah
Azura keras. Jarinya menunjuk ke arah Rogayah dengan muka bengang.
Rogayah tayang muka seposen. Macam tidak kuasa mahu
menjawab soalan Azura itu. “Pintu kau terbuka luas, aku pun masuklah...”
jawabnya mudah.
Azura gigit gigi. Tangan Azura cepat menarik bantal yang
bertimbun atas katil Emey Suhaila lalu dihempuk ke badan Rogayah. “Selambanya
kau jawab soalan aku ya...”
Rogayah lekas-lekas mengelak sebaik melihat Azura sudah
naik tangan sekali lagi. Masakan dia mahu membiarkan penangan tangan sotong
kurita itu hinggap ke tubuhnya buat kali kedua. Sekali itu pun sudah cukup
perit.
Azura sakit hati bila pukulannya tadi tidak mengena.
Tambah sebal bila melihat Rogayah yang tersengih setelah berjaya mengelak
serangannya. Azura juga tidak mahu beri peluang. Walaupun tangan Azura pendek,
tapi Azura masih boleh kejar Rogayah walau ke mana pun dia mengelak. Jangan
harap dapat lari dari penangan Azura. Azura tetap akan kejar sampai dapat.
Suhaila pula yang pening kepala melihat Azura mengejar
Rogayah satu bilik. Lari sana lari sini dari satu hujung ke satu hujung yang
lain dalam bilik itu. Sudah macam main kejar-kejar pula Emey Suhaila tengok. Bergegar
satu bangunan ini dengan tapak kaki mereka. Suara Azura yang nyaring
terpekik-terlolong kerana marah serta tawa Rogayah yang terkekek-kekek bikin
kepala Emey Suhaila makin pusing.
Emey Suhaila capai bantal kepalanya yang paling berat
lantas Emey Suhaila hayun tinggi-tinggi dan dihempuk ke bahu Azura yang
kebetulan berlari di depannya. Rogayah yang dikejar juga tidak ketinggalan,
juga menerima habuan yang sama. Terjelupuk kedua-duanya ke lantai sambil mengaduh
sakit.
‘Ambik kau! Macam budak kecil!’ getus Emey Suhaila dalam
hati.
Azura angkat muka dan memandang tepat ke muka Emey
Suhaila yang melutut atas katil. Di tangan Emey Suhaila masih menggenggam
bantal yang digunakan untuk menghempuk Azura dan Rogayah.
“Apa kena dengan kau ni? Tiba-tiba aje nak pukul aku
dengan bantal kau yang berat macam karung guni lima kilo tu, kenapa?” bentak
Azura marah. Bahu yang terasa sengal diramas dengan jari. Sebenarnya hati Azura
marah sangat sebab hajat mahu memukul Rogayah tidak kesampaian. Sudahnya, Azura
pula yang terima penangan.
Emey Suhaila cekak pinggang. “Patutnya aku yang tanya kau
apa yang tak kena dengan kau ni. Berkejaran dalam bilik ni macam budak kecil
buat apa? Pening aku tengok perangai kamu berdua ni. Pantang jumpa, mesti nak
bergaduh. Macam anjing dengan kucing.” Emey Suhaila geleng kepala, pening
memikirkan sikap dua temannya itu. “Nanti kalau Kak Aini dengan Kak Mas tu
dengar, sibuk dia orang pun masuk bilik ni juga tau. Kau nak dengar ke bebelan
dia tu?”
“Eh, kitorang kan orang... bukannya kucing atau anjing.
Kenapa kau samakan kitorang dengan haiwan-haiwan tu?”
“Itu perumpaan ajelah!” betah Azura cepat lalu tangannya
juga sepantas kilat menampar betis Rogayah. Akhirnya dapat juga Azura hadiahkan
habuannya. “Kau ni belajar ke tak masa sekolah dulu? Budak sekolah rendah pun
tahu perumpamaan tulah.”
Spontan Rogayah menarik betisnya yang terasa perit. Suara
Azura yang kuat itu tidak lagi kedengaran di telinga Rogayah kerana otaknya
hanya tertumpu kepada rasa sakit yang mencucuk-cucuk kulit betisnya. Tamparan
Azura memang perit walau tangan gadis itu kecil macam adiknya yang berusia dua
belas tahun. Tapi kekuatannya, fuh macam pemain bola tampar profesional. Sah
berpetalah jawabnya betis Rogayah dengan tanda merah.
“Sudahlah tu, Zura. Kau ni pun... janganlah asyik marah
Aya aje. Kau buat dia macam dia budak-budak pula,” tegur Emey Suhaila yang
sudah tidak larat melihat keletah kawan-kawannya yang menyakitkan kepala.
Hati Emey Suhaila hari ini sudah cukup sakit kerana Putri
Qistina. Silap hari bulan, Emey Suhaila pula yang mengamuk di situ. Kalau Emey
Suhaila sudah mula mengamuk nanti, Azura pun kalah. Macam Goku, hero super Saya
dalam anime Dragon Ball yang nampak bulan penuh pula nanti jadinya. Tidak
terkawal amarahnya nanti.
“Ah, kau tu asyik nak bela dia aje. Dia ni memang
menyakitkan hati. Mana aku tak naik angin. Tengok muka dia saja dah buat aku
meluat.”
“Alah, kau ni. Janganlah berkira sangat. Dia pun kawan
kau juga. Apa kata kau berbaik-baik dengan Aya ni kalau kau tak mahu aku
sebelahkan dia lagi.”
Azura mencebik lantas bangkit dan ambil tempat di atas
katil. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Sempat Azura melontar jelingan yang
memanah tepat ke mata Rogayah yang terangguk-angguk setuju akan kata-kata Emey
Suhaila. Sukalah tu bila Emey Suhaila asyik sebelahkan dia. Sakit hati Azura
tengok tingkah Rogayah. Sejak Rogayah ada, Azura macam sudah jatuh tempat kedua
pula.
Eh, yang Azura cemburu sangat ni kenapa? Yalah, dulu Emey
Suhaila kan cuma rapat dengan Azura saja. Ke mana Emey Suhaila pergi di situlah
Azura ada. Lagipun, Azura ni kan pelindung Emey Suhaila daripada gangguan
lelaki-lelaki yang tak reti bahasa. Tapi sekarang, Rogayah pula yang asyik
hendak berkepit dengan Emey Suhaila. Mestilah Azura cemburu. Sebab itulah,
Azura hendak sangat Emey Suhaila berkawan rapat dengan Putri Qistina. Jadi,
tidaklah sakit mata dan hati Azura melihat Emey Suhaila berdamping dengan
Rogayah saja. Lagipun, Putri Qistina itu kan anak orang berada. Memang citarasa
Emey Suhaila.
“Dia kawan kau! Bukan aku!” balas Azura lambat. “Sejak
kau berkawan dengan budak ni, perangai kau pun pelik semacam.”
“Pelik macam mana pula?” Dahi Emey Suhaila berkerut tidak
mengerti. Sementara Rogayah sudah duduk menikus di tepi katil Emey Suhaila
sambil melayan muncungnya. Kecil hati agaknya menerima kata-kata Azura yang
tidak pernah menyukainya itu.
“Aku tak percayalah yang budak Putri Qistina tu sombong. Tak
ada pun dalam senarai yang kawan-kawan aku bagi pasal perangai sombong dia tu.
Entah-entah kau pun dah jadi macam si Rogayah ni. Soal budak tu yang
bukan-bukan.” Azura jeling Rogayah lagi. Kalau ikutkan, memang Azura mahu
lontarkan semua kesalahan ke bahu Rogayah.
“Kau ni nak salahkan aku ke nak salahkan Aya tu? Dah berbulan
kau kenal dia takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia sebagai kawan
lagi? Bukannya nak suruh kau pilih menantu...” Emey Suhaila geleng kepala.
Azura tidak menjawab. Pun begitu, dalam benaknya tetap
mencari alasan. Azura sendiri pun tidak pasti kenapa dia tidak suka benar akan
Rogayah. Bukan Azura tidak cuba untuk terima Rogayah tapi memang tidak bisa.
Macam Emey Suhaila tidak boleh menerima Razali, macam itulah Azura tidak boleh
menyukai Rogayah. Mungkin sebab Rogayah rapat dengan Emey Suhaila. Memang sah
kes Azura cemburu ni.
“Aku cuma tanya satu soalan aje dekat dia. Biasalah nak
mulakan perbualan, aku buat-buatlah macam tak pernah nampak dia. Aku
pura-puralah tanya sama ada dia budak baru dekat kolej ni. Mula-mula tu aku
ingat dia tak dengar. Sebab tu dia tak jawab soalan aku tu. Jadi, aku pun tak
adalah kesah sangat. Tapi berulang-ulang kali aku tanya pun dia boleh buat tak
tahu aje. Puas hati?”
Azura terus diam mendengar pengakuan Emey Suhaila.
Rogayah yang tadi monyok juga angkat muka dan terus duduk bersila.
“Dahlah dia boleh buat pekak telinga tiap kali aku tegur.
Tebal muka aku ni jangan cakaplah. Malu macam tak ada hidung tahu. Bila aku tanya
lagi lepas tu dan cuba untuk berborak dengan dia, dia tetap buat tak endah. Aku
tanya nama dia, dia tak jawab. Aku tanya dia tahun berapa pun dia tak jawab. Aku
tanya dia fakulti apa pun dia senyap juga. Soalan-soalan aku tu mengarut ke?
Jangan kata nak jawab soalan aku, muka aku ni sikit pun dia tak pandang. Kerek
betul minah tu!” Emey Suhaila tokok tambah, sengaja dia tidak mahu panjangkan
cerita. Kalau dia cerita perkara yang sebenar, nanti banyak pula komen Azura.
Jadi, biar Emey Suhaila buat cerita yang menonjolkan kedinginan Putri Qistina.
Biar Azura percaya kata-katanya. Cepat sikit habis cerita.
“Entah-entah dia ada sound
trouble kut!” sampuk Rogayah, cuba buat hipotesis. Namun tekaan Rogayah itu
pantas dibantah oleh Azura.
“Ish! Mengarutlah. Kawan-kawan aku tak ada cakap pun yang
budak tu pekak. Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan lagi.”
“Aku agak aje...” Rogayah muncung semula.
Azura menyinga melihat muka Rogayah. Pandai-pandai saja
reka cerita. Mata-mata Azura yang bersusah payah kumpul maklumat tentang Putri
Qistina pun tiada info sebegitu. Rogayah pula yang sesedap mulut saja buat
andaian sendiri.
“Biar betul Ila?” Azura mengalih perhatian semula kepada Emey
Suhaila. Dia masih tidak percaya akan cerita Emey Suhaila tadi. Bukan tidak
percaya akan kedinginan Putri Qistina tapi tidak percaya yang Emey Suhaila akan
ditolak. Gadis paling famous dekat
kolej tak diendahkan? Sukar untuk dipercayai.
‘Eh, apa nak hairan? Putri Qistina tu pun bukannya lelaki
yang nak jatuh hati pandang pertama dekat Ila. Apa yang aku fikir ni?’ Azura
ketuk kepala. Melencong pula fikiran Azura seketika.
“Kau tanya aku, aku dah jawab betul-betul. Kalau kau tak
percaya, terpulanglah.” Mudah Emey Suhaila beri kata putus. Dia memang malas
mahu cerita tentang hal itu panjang lebar. Buat sakit hati bila teringatkan
lagak dingin Putri Qistina.
“Habis tu?”
“Habis tu apa... three!
Malaslah aku nak kejar dia lagi. Kalau dia tu lelaki, naklah juga aku goda.”
“Tak payah kawan dengan dia Ila. Aku sokong! Buat apa nak
kawan dengan orang yang jual mahal macam tu kan...”
“Eh, kau senyaplah!” Cepat betul Azura melenting sebaik
mendengar suara Rogayah sampai ke telinganya. Cadangan Rogayah pula memang
menyakitkan hati Azura, tambahlah marah Azura pada Rogayah.
“Kau memang suka kan kalau Ila tak berkawan dengan Putri
Qistina tu. Bolehlah kau pula yang dekat-dekat dengan budak tu. Lepas tu, kau
kebas pula abang dia. Memang itu yang kau rancang kan.”
“Eh, tak! Tak!” Rogayah gelabah menafikan telahan Azura
tentang dirinya. “Bukan macam tu. Aku tak ada niat pun-”
“Ah! Sudahlah!” Belum sempat Rogayah mahu membela diri,
Azura sudah terlebih dulu memintas. Tidak kuasa dia mahu mendengar alasan
daripada gadis itu. Pokoknya, Azura memang tidak suka Rogayah menyebabkan Azura
selalu berprasangka buruk terhadap gadis itu. Azura kembali memandang Emey
Suhaila. Tidak lalu mahu terus menghadap muka Rogayah. Nanti marahnya pula
makin menjadi-jadi.
“Kau ni... berapa kali kau nak marah Aya? Tak penatkah?” Emey
Suhaila menegur. Letih rasanya lidah dan bibir Emey Suhaila mahu menasihatkan
Azura tapi Azura ni memang tak makan saman. Kalau Azura sudah tidak suka,
harulah hidup Rogayah. Entah sampai bila Emey Suhaila terpaksa melihat dua
kawannya itu bertelagah dan bercakaran tidak habis-habis. Bukan dapat hadiah
pun kalau menang pertengkaran dan yang pastinya akan tewas sudah tentulah
Rogayah.
“Hei, sudah-sudalah kau nak bela dia ni. Sekarang ni
bukan masa nak cerita pasal aku dengan dia ni. Ni, nak cerita pasal kau dengan
budak baru tu. Habis, kau nak lepaskan Putri Qistinakah? Kau nak mengalah macam
tu aje?”
Emey Suhaila jungkit bahu. Malas mahu menjawab dengan
kata-kata. Faham-faham sajalah maknanya itu dan jawapan Emey Suhaila itu
mengundang keluhan Azura bertalu-talu. Bukan tidak sudi, tapi kalau orang itu
yang tidak sudi berkawan dengan kita, buat apa Emey Suhaila pula yang
terhegeh-hegeh.
dah ke� U!h n � � “Apalah yang kau nak
takut? Budak Qistina tu bukannya karnibal yang makan orang. Dia orang biasa
macam kita juga. Ataupun... kau risau maklumat aku salah? Hei, come on lah. Dah berapa kali aku nak
puji diri sendiri. Pelik sungguh bila kau tak percaya lagi cakap aku ni.”
Kertas muka depan yang siap dicetak dibelek-belek lagi
dengan tangan. Lega bila tulisannya nampak cantik tanpa garis-garis pudar.
“Kali ni memanglah budak baru yang aku nak kenalkan tu
perempuan. Tapi aku yakin, berita yang aku dapat ni sahih lagi benar. Si
Qistina tu memang ada abang, cukup semua ciri-ciri yang kau idam-idamkan selama
ni.” Azura menyambung lagi kemudian kembali menghadap kerjanya semula. Muka
depan tadi dikepilkan bersama manuskrip kertas kerjanya yang asal.
Emey Suhaila pula terus monyok. Lantas dia bangun dari
kerusi dan campak tubuh ke katil. Mata Emey Suhaila terus memerhati Azura yang
sibuk mengepilkan muka depan yang baru saja dicetaknya tadi bersama dengan
kertas kerja petang tadi. Sedang otak Emey Suhaila kini masih sibuk
berkira-kira memikirkan soal Qistina.
“Aku bukan apa. Dari cakap Aya nampaknya budak tu tak
berapa nak mesralah. Aku tak mahulah air muka aku jatuh kalau aku tegur dia
nanti dia pula boleh buat tak tahu aje. Rosaklah imej aku...” Emey Suhaila
menuturkan setelah beberapa minit bertimbang tolak akan hal itu.
“Alah, kau tak payahlah percaya sangat cakap kawan kau
yang nama Aya tu. Salah dia juga. Kalau baru jumpa, tak ada pembuka tiba-tiba
dah tanya macam-macam memanglah orang marah. Tu kira nasib baik budak Qistina
tu tak mahu layan. Kalau aku, memang dah kena dah budak Aya tu!” balas Azura
bersahaja sambil tangannya sibuk menggerakkan pad tetikus untuk menutup semua
dokumen yang dibuka lalu komputer riba itu dimatikan. Butang tutup pada badan
pencetak turut sama ditekan. Setelah semua suis ditutup, Azura bangun dari
kerusi. Nota kuliah di celah fail sempat disambar.
“Kau tak cuba berdepan dengan budak tu lagi, mana kau
tahu budak tu sombong? Cubalah dulu. Bukan luak apa pun.” Azura bersuara lagi
sebaik henyak punggung di atas katil dan bersandar ke dinding.
“Eh, kau lupakah yang kau tu kan bakal ratu kolej!
Perempuan yang baik hati dan bersuara emas yang sekali dengar terus jatuh
cinta. Mana ada satu manusia pun yang tak mahu layan cakap kau. Cuba beritahu
aku, pernahkah sebelum ni ada orang yang buat tak layan aje cakap kau?”
‘Betul juga tu!’ Seketika Emey Suhaila setuju akan
kenyataan Azura. Namun tidak lama. ‘Tapi... kalau apa yang Rogayah kata petang
tadi tu betul, macam mana pula?’ Emey Suhaila geleng kepala lalu menekup
mukanya dengan bantal.
“Hah! Tak adakan? Jadi, tak payah nak susah hati sangat
fikir cakap Rogayah petang tadi. Kau cuma perlu tegur Qistina macam kau buat
selalu.”
Emey Suhaila tarik semula bantal yang menutupi mukanya
tadi. Dia menjeling muka Azura dengan hujung anak mata. Tanpa disedari satu
keluhan halus pula dihela perlahan.
“Kau cakap senang aje kan. Kalau kau nak sangat, kau ajelah
yang berkawan dengan dia...” rungutnya perlahan.
Azura alih pandangan ke arah Emey Suhaila. “Aku nak
berkawan dengan dia tu memanglah boleh. Tapi kalau abang dia tu, aku tak
kuasalah. Buat apa... aku kan dah ada abang aku sendiri. Nanti abang Razif aku
tu nak sumbat dekat mana pula...” balas Azura selamba kemudian perhatiannya
kembali kepada nota di tangan.
Emey Suhaila mencebik. Lirikannya serta-merta di alih ke
atas siling. Merenung siling yang putih ditemani tompok sawang hitam di sana
sini. Bantal yang masih dipegang ditekup semula ke muka. Ikutkan hati malas Emey
Suhaila mahu fikir hal remeh itu tetapi entah kenapa hal itu gagal ditepis jauh
dan terus bermain dalam kotak fikirannya.
Thursday, August 29, 2013
Buddyz vs cinta: bab 19
Emey Suhaila memerhati Putri Qistina dari jauh. Sudah
agak lama juga Emey Suhaila menghendap gadis itu. Sebaik habis kuliah jam
sepuluh pagi tadi, senyap-senyap Emey Suhaila menyelinap keluar dari dewan
kuliah. Azura dan Rogayah juga tidak sedar akan tindakannya itu. Pasti mereka
berdua tertanya-tanya akan ketiadaan Emey Suhaila sehingga tidak nampak batang
hidung sampai ke petang.
Pandai-padailah Azura hendak melayan Rogayah yang pasti
banyak soalan dan tercari-cari bayang Emey Suhaila. Rajin sangat mengasak
telinga Emey Suhaila tentang Putri Qistina kan. Nah, rajin-rajinlah berkhidmat
untuk Emey Suhaila pula untuk melayan Rogayah. Kalau dia tidak tahan nanti,
ditinggalkan saja Rogayah.
Kali ini sebab apa lagi Emey Suhaila menghilangkan diri
tiba-tiba jika bukan kerana Putri Qistina yang namanya sering keluar dari mulut
Azura hingga Emey Suhaila jadi rimas. Azura juga yang beri cadangan semalam. Nah,
sekarang Emey Suhaila akan lunaskan permintaan Azura yang beria-ia sangat mahu Emey
Suhaila mendekati gadis itu. Kerana takut dimalukan oleh gadis yang kononnya
sombong itu, terpaksalah Emey Suhaila buka langkah memerhatikan dulu
tindak-tanduk gadis bernama Putri Qistina itu. Petang ini juga tiada kuliah
lagi. Bagus. Dia masih ada banyak masa untuk memerhati. Letih juga dia mencari
kelibat Putri Qistina pagi tadi. Kononnya kolej ini tidaklah besar mana tapi
berpeluh jugalah dia mencari.
Satu kolej Emey Suhaila pusing untuk mencari Putri
Qistina. Susah benar mahu mencari bayang gadis itu. Bila sudah dapat, paling
muka saja sudah hilang kelibatnya. Sekilas saja sudah lenyap. Macam pelesit!
Letih Emey Suhaila mencari kelibat Putri Qistina semula. Kali ini Emey Suhaila
tidak akan lepaskan bayangnya sekalipun menghilang. Emey Suhaila akan pastikan
setiap gerak-geri tidak lekang dari pandangannya. Bila Putri Qistina dilihat
pergi ke kafe, Emey Suhaila juga akan ada di situ dan tatkala gadis itu pergi
bilik air, Emey Suhaila tetap ikut sama dengan berpura-pura membelek wajah di
cermin. Ke mana saja Putri Qistina pergi, di situ jugalah Emey Suhaila berada.
Setengah jam lalu, Putri Qistina masuk ke Bilik Komputer
dan Emey Suhaila juga terpaksa menggunakan komputer tidak jauh dari Putri
Qistina. Tangan kanan Emey Suhaila sesekali menggerakkan tetikus ke kanan dan
ke kiri tapi hanya anak panah saja yang berkeliaran di skrin komputer. Tiada
dokumen mahupun laman sesawang yang dibuka Emey Suhaila. Sedang mata Emey
Suhaila terus menjeling tingkah Putri Qistina yang kelihatan ligat menekan
butang huruf di dada papan kekunci. Yalah, Emey Suhaila bukannya berniat mahu
melayari internet mahupun membuat kerja di komputer. Tugasnya sekarang adalah
untuk mengintip kelakuan Putri Qistina, sebelum dia bersedia mahu menegur gadis
itu.
Selesai menaip, Putri Qistina mencabut keluar pendrivenya keluar dari penghubung USB.
Kemudian, dia bangun dan beredar keluar dari bilik komputer itu. Emey Suhaila
memerhatikan saja terlebih dulu. Lambat dia bangun dan mengikut rentak Putri
Qistina yang terlebih dulu beredar.
Keluar saja dari bilik komputer, Emey Suhaila kalut
melihat bayang Putri Qistina sudah lesap.
‘Aik, kejapnya hilang!’ rusuhnya dalam gelabah. Emey
Suhaila lihat keliling tapi masih tidak nampak bayang Putri Qistina. Lantas Emey
Suhaila berlari melalui laluan di sepanjang aras itu sambil matanya melilau
melihat kiri dan kanan. Emey Suhaila berpatah semula apabila sudah sampai ke
jalan mati.
Sebaik nampak Putri Qistina yang baru keluar dari tandas
perempuan di sebelah bilik komputer tadi, Emey Suhaila hempas nafas lega.
Lariannya dihentikan serta-merta dan melangkah perlahan jauh di belakang Putri
Qistina.
‘Eh, apa aku buat ni? Aku ni dah macam stalker pula!’ Terdetik andaian itu di
fikiran Emey Suhaila tiba-tiba. Sekaligus langkah kakinya terhenti di situ
sambil berfikir sendiri. Patutkah Emey Suhaila teruskan tindakannya itu? Putri
Qistina itu pun, masakan tidak menyedari tingkah Emey Suhaila yang asyik
memerhatikan gerak-gerinya sejak beberapa jam lalu. Di mana saja Putri Qistina pergi
pasti terserempak dengan Emey Suhaila. Masakan gadis itu tidak musykil.
Entah-entah gadis itu sengaja pura-pura tidak kesah kerana tidak berminat
terhadap Emey Suhaila.
Jatuhlah air muka Emey Suhaila kalau Putri Qistina buat
tidak endah akan kehadiran Emey Suhaila. Tidak pernah ada sesiapa pun yang
berani ketepikan Emey Suhaila atau buat buta mata saja bila nampak Emey Suhaila
sebelum ini. Kalau Emey Suhaila lalu mesti semua mata menoleh. Cuma seorang
saja yang berani perlekehkan Emey Suhaila di kolej itu. Dialah Melissa, budak
perempuan yang kerek semacam di depan Emey Suhaila. Alah, si Melissa tu mesti
cemburu terhadap Emey Suhaila. Lelaki yang dia suka pun tersangkut dekat Emey
Suhaila. Itu yang Melissa benci Emey Suhaila separuh mati.
Tapi, kalau Putri Qistina pun sama spesies macam Melissa
macam mana? Kalau betullah Putri Qistina juga sombong macam Melissa, mesti
sakit hati Emey Suhaila nanti. Paling kurang pun, Emey Suhaila mesti rasa
menyampah sampai hendak muntah dan Azuralah orang yang akan menjadi mangsa
menerima habuannya nanti. Sebab Azura juga yang sibuk sangat bercerita pasal Putri
Qistina tidak habis-habis seakan tidak sabar-sabar mahu melihat Emey Suhaila
berkawan rapat dengan Putri Qistina. Kalau Emey Suhaila betul-betul rapat
dengan Putri Qistina nanti, Azura juga yang cemburu buta. Dituduhnya pula Emey
Suhaila lupa kawan nanti.
Emey Suhaila mula teragak-agak. ‘Habis tu... nak terus
ikut budak Putri Qistina tu ke? Aku buat macam ni tak macam stalker ke? Nanti kalau dia sedar
perbuatan aku ni, dia tuduh aku macam-macam pula. Kalau aku ni lelaki dah tentu
dia tuduh aku nak buat gangguan seksual. Ish, selisih!’ Emey Suhaila terus
berkira-kira. Otaknya yang tadinya kosong dan hanya tertulis yang dia perlu
perhatikan Putri Qistina hari ini walau apapun jadi, tidak boleh tidak
tiba-tiba jadi bercelaru.
“Ah, lantaklah! Aku bukannya menghendap dia pun. Aku cuma
tengok-tengokkan dia aje!” Emey Suhaila tepis semua andaian yang menerpa sekuat
hati. Biar semua andaian-andaian itu pergi jauh dari ruang fikirannya. Emey
Suhaila bertekad mahu teruskan niatnya sebelum ini. Tapi semangat yang tadinya
membakar terpadam semula setelah bayang Putri Qistina di depan sudah lesap.
Mata Emey Suhaila liar melirik ke setiap sudut tapi tidak jumpa.
“Aduh budak ni... macam chipsmore betullah! Kejap aje dah
lesap...” Emey Suhaila tepuk dahi lalu hempas keluhan panjang. “Sia-sia aje aku
ikut dia dari tadi. Tapi satu habuk pun aku tak dapat. Apalah yang aku buat
sebenarnya hari ni entah. Nak ikut dia pun, dia pula asyik menghilang. Letih
aku dibuatnya. Kalau macam nilah gayanya, malaslah aku terhendap-hendap dia
lagi macam pembunuh bersiri. Baik aku terjah aje!”
Emey Suhaila lepak di perpustakaan setelah usahanya untuk
memerhatikan Putri Qistina dari jauh gagal di separuh jalan. Macam aksi spy pula lagak Emey Suhaila
terhendap-hendap ke mana saja Putri Qistina pergi. Tapi sudahnya, buat lencun
baju dengan peluh yang berjurai-jurai mencari Putri Qistina ke sana sini.
Tegurnya tidak juga. Nasib baik Emey Suhaila sudah sembur Rexona active pagi tadi. Jadi mestilah ketiak Emey Suhaila tidak
berbau hangit walau bergerak aktif sekalipun.
Emey Suhaila buka buku-buku yang diambilnya dari rak
tadi. Namun helaian itu tidak dibacanya. Malahan langsung tidak dihadap dan
dibiarkan saja buku-buku itu terbuka. Lagipun, Emey Suhaila sekadar mencapai
apa saja buku dari rak semasa pusing satu aras perpustakaan tadi. Padahal dia
sendiri pun tidak pasti buku apa yang diambil.
Jika dilihat pada judul, macam-macam subjek yang Emey
Suhaila cekup. Tamadun Malaysia, asas komputer, fisiologi haiwan, Fundamentals of Analytical Biochemistry,
Physics, Molecular Biology pun ada. Buku yang mana satu sebenarnya Emey
Suhaila mahu baca? Walhal, semua tajuk-tajuk itu tidak berkaitan sangat pun
dengan jurusan perniagaan yang diambilnya di kolej.
Alah, Emey Suhaila bukan nak baca sangat pun. Setakat
berlagak macam rajin sangat membaca dengan buku yang bertimbun sudahlah. Emey
Suhaila lepak dekat perpustkaan ni pun sebab sudah letih berjalan berjam-jam.
Sekarang Emey Suhaila mahu berehat sambil menikmati udara dingin di
perpustakaan.
Buku-buku itu terus dibiarkan melata terbuka di depan Emey
Suhaila. Biarkan sajalah buku-buku itu begitu, memang itu cadangan Emey Suhaila.
Sebaliknya, Emey Suhaila hempas tubuh ke belakang kerusi. Tangannya menggenggam
telefon bimbit. Butang pada dada telefon ditekan beberapa kali.
Selepas beberapa minit, Emey Suhaila hempas keluhan.
Bosan. Semua yang dibuat ketika ini terasa seakan tidak menarik. Memang
langsung tidak menarik. Emey Suhaila benar-benar bosan dan letih. Kebosanan
yang mengasak dirinya sekarang ini bikin Emey Suhaila bertambah letih. Emey
Suhaila jeling jarum jam di pergelangan tangan. Lantas satu lagi keluhan yang
lebih panjang dilepaskan.
Hendak pulang terus, dia letih hendak memandu. Mahu tidak
mahu, terpaksa menunggu Azura yang baru menghantarnya mesej beberapa minit tadi
dan memberitahunya yang dia ada temu janji dengan Dr. Zainal. Adalah tu yang
dia tidak faham tentang kuliah Dr. Zainal pagi tadi. Atau pun, sengaja Azura
hendak hadap muka Dr. Zainal untuk melepaskan rindu pada tunangnya, Razif. Emey
Suhaila nakal meneka yang bukan-bukan.
“Ish, apalah aku nak buat lama-lama dekat sini? Si Zura
tu, kalau dah jumpa pensyarah mesti lama. Mesti banyak soalan yang dia nak tanya.
Kalau ada katil kan best. Boleh juga
aku golek-golek dan lelapkan mata sejam dua!” Emey Suhaila merungut perlahan.
Telefon bimbit yang dipegang dihempas ke atas buku tebal yang terbuka.
Bip! Bip!
Terkejut Emey Suhaila tatkala telefon bimbitnya berbunyi.
Cepat-cepat Emey Suhaila genggam telefon itu semula. Kali ini genggamannya
lebih ketat.
‘Cis! Aku lupa pula nak silentkan telefon ni. Nasib baik bunyi sikit aje. Kalau tak, malu
aku kalau orang pandang. Mana aku nak letak muka baik aku ni!” getusnya dalam
hati sambil pandang keliling. Rasanya tiada siapa menyedari akan bunyi yang
datang dari telefon bimbitnya sekejap tadi. Mesti orang ingat bunyi suara
burung yang riuh berkicau di luar tingkap perpustakaan. Kebetulan pula Emey
Suhaila duduk dekat dengan tingkap. Alah, bunyi bip bip dengan chip chip itu
kan lebih kurang sama saja bunyinya.
Setelah menarik nafas lega, Emey Suhaila buka genggaman
jarinya. Punat kekunci telefon ditekan sekaligus jantung Emey Suhaila sekali
lagi direntap rasa terkejut bila skrin telefon bimbitnya terus gelap.
“Aik, apa kena pula dengan telefon ni? Takkan baru hentak
sikit dah padam?” Suara Emey Suhaila kedengaran cemas. Emey Suhaila tekan papan
kekunci telefon berkali-kali. Tapi, skrinnya masih gelap.
“Ai, aku pakai telefon cikai dulu pun boleh tahan lama.
Takkan telefon canggih yang hisap duit aku beribu-ribu ni dulu baru berapa
tahun pakai dah jahanam sebab benda kecil tu? Ish...” Punat hidup-mati ditekan
beberapa kali lagi. Tapi masih tidak membuahkan hasil. Geram dengan perihal
telefon bimbitnya yang tidak tahu apa sebabnya ia padam, Emey Suhaila hempas telefon
itu atas meja sekali lagi serentak melepaskan satu rengusan.
Pandangan Emey Suhaila dilemparkan keliling perpustakaan
aras dua itu sambil hentak tubuh ke belakang kerusi semula. Keadaan sekeliling
kelihatan lengang. Hanya ada beberapa orang penuntut saja di situ, yang khusyuk
dengan kerja masing-masing. Sesekali kelihatan mereka berbisik bersama teman
mereka. Patutlah tiada yang kesah dengan tingkah Emey Suhaila yang kalut
sekejap tadi. Tidak ramai orang rupanya.
Emey Suhaila terus pandang keliling. Rasanya masa masih
lagi panjang sebelum bayang Azura muncul. Eh, entah-entah Azura yang hantar
mesej tadi menyatakan dia sudah habis perbincangan dengan Dr. Zainal. Tapi
takkanlah baru hantar mesej beberapa minit tadi kata baru nak jumpa, tak sampai
sepuluh minit sudah habis soal jawab?
Hendak ditelefon Azura, telefonnya pula buat hal.
Entahkan rosak entahkan baterinya saja yang habis. Kalau betul rosak, memang
layak benarlah Emey Suhaila campak saja telefon itu ke dalam tong sampah.
Bukannya boleh kitar semula pun.
Tiba-tiba pandangan Emey Suhaila tertancap pada sesusuk
tubuh di balik rak yang tidak jauh dari tempat Emey Suhaila duduk. Dahi Emey
Suhaila mula berkerut. Dia cuma amati susuk tubuh itu betul-betul. Emey Suhaila
seakan kenal akan tubuh itu dan yang pasti Emey Suhaila perasan benar pakaian
yang dipakai gadis itu.
Ya, itu Putri Qistina agaknya. Emey Suhaila mengangak sedangkan
dia tidak dapat melihat wajah gadis yang kelihatan khusyuk membelek sebuah buku
di tangannya. Hanya separuh badan dan rambutnya yang panjang dan lebat saja
yang sedikit dapat dilihat oleh Emey Suhaila.
“Rasanya betullah tu dia. Kalau aku asyik teragak-agak
dekat sini, macam mana nak tahu siapa budak perempuan tu!” Tanpa berfikir
panjang, Emey Suhaila lekas bangun dari kerusi dan melangkah ke arah rak di
depan Putri Qistina. Kalau betul gadis yang dilihatnya itu ialah Putri Qistina,
memang ada jodohlah dia dengan Putri Qistina.
“Eh, itu bukan senior Emey Suhaila ke?” Sempat telinga Emey
Suhaila menangkap suara bisikan dua orang pelajar yang tadinya sibuk menelaah
buku mereka. Tiba-tiba pula mereka nampak teruja sebaik Emey Suhaila melintasi
di tepi meja mereka dan mulalah berbisik-bisik.
“Eh, yalah. Kenapa kita tak perasan dia tadi ya?
Cantiknya Kak Emey Suhaila tu kan.”
“Kak Suhaila... kak...” panggil salah seorang pelajar itu
sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Emey Suhaila.
Emey Suhaila menoleh lantas lemparkan senyuman semanis
mungkin. ‘Siapa pula tu? Aku kenal diakah?’ soal Emey Suhaila dalam hati. Tapi
gadis itu terus melambai dan seakan memanggil Emey Suhaila supaya datang ke
meja mereka.
‘Alamak. Janganlah kacau aku. Nanti hilang lagi biskut
chipsmore tu!’ Emey Suhaila berkira-kira sambil menjeling ke arah Putri Qistina
yang masih tidak berganjak di tempatnya.
Namun dua pelajar itu makin galak melambai ke arahnya.
“Marilah Kak Suhaila...” panggil gadis itu lagi perlahan,
seakan berbisik.
Terpaksalah Emey Suhaila melangkah ke arah dua gadis yang
memanggil itu walau Emey Suhaila sebenarnya rasa keberatan. Sedang bibirnya
tidak lekang ukir senyuman. Kalau Emey Suhaila tidak ikutkan, takut dihebah Emey
Suhaila sombong pula.
“Wah, rajinnya ulang kaji. Siap buat latih tubi soalan
lepas lagi...” Emey Suhaila menegur sebaik tiba di meja dua pelajar perempuan
itu sambil menunjuk ke arah helaian kertas yang berselerak di atas meja.
Kebetulan mata Emey Suhaila tertancap pada soalan pada kertas-kertas itu.
“Patutlah peratus markah junior lagi tinggi. Tak macam batch kami yang selalu bermalas-malasan
ni,” sambung Emey Suhaila lagi lalu tertawa kecil. Tangannya diletakkan ke
bibir, menutup mulut yang tertawa.
“Eh, tak adalah kak. Peratus yang tinggi tu, markah orang
lain. Kami ni tak pandai mana pun. Sebab tu kena banyak buat latihan. Kalau tak
kerana senior-senior yang tolong, kami pun tak dapat nak kumpul soalan
tahun-tahun lepas ni,” balas salah seorang daripada mereka sementara seorang
lagi sekadar angguk sependapat.
“Alah, tu benda kecil saja. Dulu kami pun selalu minta
tolong senior juga. Yalah, dah memang adatlah tugas senior nak kena tolong apa
yang patut kan. Emm... akak pun nak pergi cari buku. Akak pergi dululah ya.
Kamu berdua teruskanlah usaha gigih ni. Mesti nanti kamu dapat skor dalam
peperiksaan.” Emey Suhaila tersenyum lalu melambai untuk minta diri.
Cepat-cepat Emey Suhaila pusing dan kembali meneruskan hajatnya yang
tergendala.
“Betullah. Kak Suhaila tu memang cantik. Dahlah cantik, sporting pula tu. Ingat masa orientasi
dulu, bukan main lagi dia baik dengan semua budak baru. Semua suka dekat Kak
Suhaila. Dengar cerita result exam
dia pun dengarnya boleh tahan juga tau...” sambung gadis itu semula, berbisik
kepada kawannya yang duduk bersetentangan.
“Emm... cantik, baik,.pandai... kalaulah aku ada akak
macam dia kan best. Kakak aku tu pula asyik berleter aje dua puluh empat jam.
Apa aku buat semua tak kena pada dia. Sakit telinga aku ni.”
Hati Emey Suhaila mula berbunga mendengar pujian itu.
Sengaja dia perlahankan langkah kaki semata-mata mahu memasang telinga.
Senyuman lebar yang tidak sabar untuk mekar di bibir cuba ditahan.
‘Famous juga
aku ni ya. Tapi sejak bila pula result
aku jadi gempak?’ Detik Emey Suhaila lalu ketawa dalam hati.
Seketika, Emey Suhaila tampar pipinya perlahan. Emey
Suhaila harus tetapkan pendirian. Sekarang masanya untuk menjalankan misi,
bukan untuk melayang-layang dengan pujian-pujian yang sudah biasa Emey Suhaila
dengar. Misi Emey Suhaila sekarang adalah untuk mendekati Putri Qistina, budak
baru di kolej itu. Kerana seakan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendekati
pelajar baru di kolej itu walaupun pada awalnya Emey Suhaila rasa keberatan.
Tambah-tambah setelah mendengar pengakuan Rogayah. Kononnya Putri Qistina itu
dingin orangnya hingga Rogayah yang kecoh itu pun tidak berani lagi menegur Putri
Qistina. Tapi Emey Suhaila tidak boleh buat andaian sendiri. Betullah kata
Azura, jika Emey Suhaila sekalipun disoal macam-macam seperti dibuat Rogayah, Emey
Suhaila juga akan rasa rimas.
Sampai saja di rak buku di depan Putri Qistina, Emey
Suhaila pura-pura membelek buku-buku di rak itu sambil matanya curi-curi
melirik ke arah wajah gadis itu.
‘Sah! Dia memang Putri Qistina. Hah, bagus! Aku dah jumpa
kau balik chipsmore!’ Tidak salah perkiraan Emey Suhaila tadi setelah dia pasti
gadis itu benar-benar adalah Putri Putri Qistina, pelajar baru yang
dikejar-kejarnya.
“Awak ni budak baru di kolej ni ke? Sebab saya macam tak
pernah nampak awak sebelum ni.” Emey Suhaila beranikan diri untuk menegur
sambil menyelak buku di depan Putri Qistina. Jelas Emey Suhaila dapat melihat
wajah itu kali ini.
Putri Qistina membalas renungan Emey Suhaila. Namun
soalan gadis itu tadi tidak diendahkan. Buku di tangan yang sedang dibeleknya
tadi pula dikatup serta-merta dan Putri Qistina terus berlalu.
Emey Suhaila beliakkan mata bersama mulutnya yang turut
spontan terlopong, terkejut akan reaksi Putri Qistina. Bagai terhenti jantung Emey
Suhaila melihatnya pergi.
‘Ish, dia boleh pergi macam tu aje. Geramnya aku,’ getus Emey
Suhaila geram. Jari-jemarinya sudah mula digenggam kemas, menahan marah yang mula
menganjal bila memerhati Putri Qistina yang khusyuk pula menghadap buku
tebalnya di kerusi tidak jauh dari situ.
Emey Suhaila urut dada. Emey Suhaila tetap cuba
berfikiran positif untuk meredakan amarahnya. Dia tidak mahu rasa marahnya itu
merajai diri. Mana tahu, berita yang disampaikan oleh konco-konco Azura itu
benar. Emey Suhaila juga yang gigit jari jika abang budak anak orang kaya itu
disambar perempuan lain nanti.
“Ah, dia tak dengar agaknya apa yang aku cakap tadi.
Ataupun dia ingat suara aku tadi tu suara hantu dekat sini. Sebab tulah dia blah macam tu aje kut.” Emey Suhaila
buat andaian. Lantas perlahan-lahan Emey Suhaila tarik nafas dalam-dalam.
Terasa macam nak buat yoga pula.
Emey Suhaila mencapai sebuah buku dari rak lalu langkah Emey
Suhaila dibuka semula, mendekati meja di mana Putri Qistina berada. Sebuah
kerusi di depan Putri Qistina ditarik Emey Suhaila. Lantas Emey Suhaila
melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Buku yang diambilnya tadi diselak
laju sehingga ke helaian terakhir dan buku itu dibiarkan terbuka pada muka
surat terakhir.
Perhatian Emey Suhaila beralih kepada Putri Qistina.
Gadis itu masih khusyuk dengan pembacaannya.
“Emm... awak ni memang budak baru dekat sini ya?” Emey Suhaila
menyoal namun tiada reaksi yang ditunjukkan gadis di depannya itu. Putri
Qistina masih leka dengan bukunya. Emey Suhaila terus perhatikan gelagat gadis
itu. Sekali-sekala jari Putri Qistina menulis sesuatu atas sehelai kertas
kosong sambil jari telunjuk kirinya pula menunjuk ke barisan tulisan pada dada
buku.
Emey Suhaila dekatkan mukanya ke depan, merapati wajah Putri
Qistina. Kemudian Emey Suhaila mengulang soalannya tadi kerana menyangka Putri
Qistina mungkin tidak dapat mendengar suara halusnya sekejap tadi. Tapi
hasilnya tetap sama. Lagak Putri Qistina yang tidak mengendahkan teguran Emey
Suhaila itu menyebalkan hati Emey Suhaila yang tadi cuba ditenangkan.
Emey Suhaila membelek kedua belah tangannya sambil
berfikir dalam hati. ‘Aku ni invisible
ke? Dah jadi hantu ke sampai budak ni tak nampak?’
“Helo...” Emey Suhaila menegur lagi sambil
melayang-layangkan tapak tangan ke depan muka Putri Qistina. Namun, Putri
Qistina masih beri respon yang sama, tidak langsung pedulikan kehadiran Emey
Suhaila.
Bibir Emey Suhaila herot ke tepi lalu Emey Suhaila hentak
tubuh ke kerusi. Tangannya dilipat memeluki tubuh.
‘Ish, pekak ke apa budak ni? Sombong yang amat. Boleh dia
buat tak tahu aje aku cakap dengan dia. Dah macam cakap dengan patung tak
bernyawa pula dekat sini!’
Sakit hati Emey Suhaila untuk terus melihat reaksi Putri
Qistina. Makin lama dia duduk menghadap Putri Qistina, makin bengkak hatinya.
Lama-lama boleh meletup rasanya. Sebelum gunung berapi dalam diri Emey Suhaila
betul-betul meletup, Emey Suhaila segera bangun dengan sebal hati meninggalkan Putri
Qistina yang terus khusyuk dengan kerjanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)