assalamualaikum semua pengunjung yuri-iqmal.blogspot....ececeh sejak lama x berblogging ni cam skema je rase ayat ni hahaha lame dh x tulis mende kat sini sejak sibuk merombak novel. Ade la berkali2 gak merombakny. Tiap kalo bace ade aje nak ubahnye. Pastu x sempat nak siap rombak terpeknen plak. Terus je x larat. Hehe punye la lembik jari ni nak on laptop kan..
Hari ni sempena lebih setahun ler jugak yuri x menulis apa2 pun nk wish selamatahun baru 2016. Azam tahun br nk jg my little boy sebaik2nya. Hah! Berckp pasal anak ni...bile dh namanye ibu berkerja nk x nk terpaksa jugak pikir botol susu ape yg nk gune ms kite dok jauh ngn anak. Yela..xkan hr2 nk bawak anak pi keje ye x. Kalo keje sndr tu lain ler citer. Even susu perahan pon nak gak pakai botol susu. Xkan nk hrp pengasuh bg susu kat anak kite gune cawan, sudu atau syringe. Kalo la dia terlayan. Org ckp elok ajar anak gune botol sejak dlm pantang lg. yuri pon try la gak. Lgpon susu yuri mmg x brape nk ade. Stres gak. So hubby pakat bg baby fm...drp biar baby x kenyang kan. Cian dia. Seminggu umur baby yuri dh ajar gune botol. Masa tu xde mslh. Baby hisap punyela laju smp abis 1oz. Yuri gune botol pureen bese je..x mahal..takat belas2 je harga dia tok 2 botol 5oz tu. Naik 3minggu pon baby xde mslh nak hisap susu botol smp abis. Dia suka la kot sebab susu mama dia x byk. Dpt yg botol laju je dia hisap.
Ape2 pon susu ibu adlh mknn terbaik tok baby. sambil2 tu yuri sentiasa cari cara camnelah nk tambah susu bdn ni. Teringin sgt nk fully bf babybtp awal2 dh kena campur. Redha je la. Byk2 petua yg yuri amalkan smp skrg mkn lobak putih. Lobak putih ni mmg tmbh kuantiti susu. Tp yuri perasan susu yuri jd cair. Baby lak kalo menyusu lama sesgt. Dh mcm2 lak otak ni pikir. Sebab susu byk ke baby hisap lama. Risau lak kalo susu tu cair n sebabkn baby lmbt kenyang. Mak ckp mkn byk ns bolej tmbh susu n buat baby kenyang gak. Tp mkn berlebihan leh wat perot kite plak yg memboyot. Emmm... pikir dan pikir lg. so yuri x bik ns terlampau byk la konon nk tmbh susu. Tp yuri ganti kurma sbg snek dan mnum byk air kosong. Susu pon yuri x lupe minum. Minum la2 gelas sehari. Kalo x susu yuri ganti ngn milo or holicks. Hai la baby...semua tu mama mkn tok Baby tau. Dulu xde maknalah nk minum air manis panas hr2. sekrg ni xde la susu yuri byk sesgt2. Sekadar cukup la utk baby. Dpt la wat stok ebm.sikit.
Seminggu sblom keje yuri try bg ebm.yg beku kat baby. Tp of coz la dh cair n pnskan susu tu. Just nk make sure baby x kena selsema bile bg frozen ebm. Sbb yuri ade dgr ade baby yg alah pd ebm beku ni. Setakat ni nmpk mcm ok..tp mslhnye plak baby dh mula xmau botol. Dia ca main2 je mnum susu dlm botol. 2oz pon x abis. Huhu jgn la camtu syg. Tau x setitis susu mama tu pon mama perah dgn penuh harapan menggunung lg. google punta google nk cr jln penyelesaian sbb lg brp hr nk nek keje... org kate biar org lain yg bg. Jgn kite yg bg. Kalo.kite confirm baby demand nk df. Sruh husband bg pon same. Ape kena lak ni. Cari lg jln lain. Tukar puting dr silikon pureen..kpd latex nuk sbb lbh lembut. Pastu ade lak lubang angin supaya baby x hisap gas..so elak.baby kembung ler kirenye. Germany mato lg gitew! Yuri beli katg uardian dlm rm14+. Tp baby still x brape nak. Pastu lepas je yuri cuci puting nuk ni..terus tukar color dr kuning jernih jd keruh. Aik. Mmg yuri ade bace yg latex ni akan serap air tp dh keringkn berjam2 pon masih gitu color dia musykil lak. Rosak ke ape puting ni. yuri pon ape lg..en google jd rujukan plg mudah. ade lak terbaca blog dr indonesia ni ckp pasal puting yg dibuat drp latex ni x sesuai utk susu hangat sebab akan hasilkan satu bhn kimia perangsang kanser. Erkkk! Risau pasal anak..yuri tuar balik ke puting silikon. Beli la puting silikon yg br tp xtau lak yg lubang puting ni ade saiz tertentu. Hahaha mommies to be silalah belajar lebih byk pasal dunia keibubapaan ni ye. Jd u ol xde la silap beli saiz L cam yuri. Simpan jerla smp baby besar. Emmm... baby yuri memang xde la nak sangat. X sebanyak dia minum kat puting gantung ni kan hahahaks. Dah macam2 jenis puting tiruan dah cuba, hasilnya tetap sama. Berabih jer la...kesimpulannya yuri tengok baby yang baru takat 2 bulan ni memang senang sangat nak konfius. Bila yuri nak beri DF pun, dia confirm akan jilat2 dengan hujung lidah dia.. confuse lagi la kot hehehe comel jugak tengok muka confuse baby ni kekekeke
Ada gak tinjau kat en google lagi. Pasal puting apa lagi yang meletop kat pasaran mommies to be. Emm.. rata-rata citer pasal puting & botol pigeon. Yang bestnyer susu xkan menitis selagi x dihisap baby. Sama konsep dengan puting ibu (kekadang puting ibu pon bocor jugak kalo high pressure ye tak hihihi). Putting pigeon ni lebih kurang je dgn puting jenis Avent tapi harganya lebih murahlah. Skali dengan botol paling murah adalah 50++ kot utk botol pigeon ni. Yuri tak cuba lagi sebab dah banyak sangat botol & puting berlambak kat rumah. Bagi rosak dulu la. Baby yuri pon minumlah jugak susu guna botol & puting yang yati sediakan. Macam2 jenis yuri antaq kat rumah pengasuh. Pureen ada, autumnz & bumble bee pon ada. Gasak la nak guna yang mana. Tapi puting cuma yang silicon pureen tu je la. Yang NUK tu memang jadi pekasam je la sebab takut info pasal perangsang kanser tu kan. Uishhh baby lg kot. Imunisasi bdn dia pon x matang lagi. Of coz ler mommies nak bg yang terbaik untuk anak kan.
Ok, sampai sini dulu. Next time, yuri merapu hal lain pulak. Sekarang ni nampaknya dah seronok nak citer pasal anak jer plak dah hahahaha
Pages
Hi pembaca semua!!!
Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.
Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.
Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm
Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.
P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.
Terima kasih (^^,)v
Friday, January 15, 2016
Friday, December 26, 2014
Tempahan cupcakes di decodanmakan
Harga dan Spesifikasi
Menerima tempahan untuk perayaan, majlis keraian, hari jadi, cenderahati, hantaran pertunangan/perkahwinan, dll
You all boleh lawat blog decodanmakan untuk tengok details dan contoh-contoh lain yer (^^,)//
Pakej A. Cupcakes (kek sahaja tanpa topping)
Perisa pilihan: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Harga : RM 1.50/pcs (saiz M); RM1.00/pcs (saiz S)
Minimum order 30pcs
Saiz: M (7cm atas, 4.5cm bawah);
S (6cm atas, 3cm bawah)
** Tambahan 20sen untuk tambahan filling (inti): coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen untuk individual packaging
Pakej B. Cupcakes hiasan simple (topping butter cream sahaja)
Perisa kek : Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream (perisa butter/lemon: boleh pilih warna topping)
Harga : RM32 / 16pcs
Minimum order 16pcs
Saiz M
**Tambahan 20sen untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen untuk individual packaging
Pakej C. Cupcakes topping dengan edible aksesori (choc button/choc rice/choc chips/manik/gula2 hiasan pelbagai bentuk)
Kek: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream (Perisa butter/lemon: Boleh pilih warna)
Aksesori: choc button/choc rice/choc chips/manik/gula2 hiasan pelbagai bentuk
Harga : RM35 / 16pcs
Minimum order 16pcs
Saiz M
**Tambahan 20sen untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen untuk individual packaging
Pakej D. Cupcakes dengan topping oreo/cadbury@kitkat/buah
Kek: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream
Harga : RM35 / 12pcs
Minimum order 12pcs
Saiz M
**Tambahan 20sen untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen untuk individual packaging
Pakej E. Cupcakes dengan edible image
Kek: Butter Vanilla / Chocolate Moist
Topping: Buttercream (Perisa butter/lemon: Boleh pilih warna)
Edible image: hello kitty/Ben10, dll
Harga : RM75 / 24pcs
Minimum order 24pcs
Saiz M
**Tambahan 20sen untuk tambahan filling dalam kek: coklat, strawberi, blueberry
**Tambahan 20sen untuk individual packaging
Wednesday, December 24, 2014
Projek eBook novel yuri iqmal @ ayu munawer
Lama rasanya yuri tak update blog ni semenjak sibuk dengan projek decodanmakan.blogspot.com hehe Harap you all tak marah la yer. Novel yang boleh kata bertimbun jadi pekasam dalam komputer pun lama tak berusik. Hari ni yuri nak la mintak pendapat you all, kalau la yuri keluarkan, means pasarkan ebook untuk novel2 tu korang sokong tak? Dalam ebook tu nanti baru la korang boleh baca sampai habis tiap novel yang yuri kongsi dekat sini.
Rasa macam nak buat poll. Camne yer. Ok... harap korang bagi respon tau (>0<)//
Tuesday, June 10, 2014
Sewa dulang hantaran
Dulang hantaran. Ada 12 pcs. Harga sewa RM8/pcs.
Alas dulang hantaran pun ada... satin purple color: RM 0.50/pcs.. ada 12 pcs semuanya.
Alas dulang orange color: RM1/pcs. Ada 6 pcs aje
Yang ni pula pasu bunga pahar. Ada 2 pcs aje. Untuk sewa, RM10/pcs
Sewaan tak lebih dari 3 hari. And adatlah, hopefully barang yang disewa tak rosak. Kalau rosak, faham-faham la eh hehe
Yuri ada gak veil untuk nikah yang labuhnya sampai pinggang... tak tahu nak buat apa lagi dengan veil tu. Jadinya rasa cam nak sewa jugaklah. Nanti yuri upload gambar bila-bila eh...
Gubahan hantaran: ros merah
Ada beberapa lagi gubahan lain dekat gambar tengah di bawah;
Berminat untuk tempahan, u all boleh contact 011-23175332 or drop aje email kat hmajibana@gmail.com
Sama ada u all nak tempah terus ke (semua aksesori we all carikan) ataupun u all yang beli aksesorinya, we all tinggal gubah aje pun boleh. Yang mana selesa dengan u all la yer. If u guys nak pakai dulang hantaran tapi tak ada, or rasa cam bazir je nak beli dulang2, we all open untuk sewa jugak. Tapi old school sikit la eh :p
Otherwise, kalau duit terlebih-lebih or nak pattern cantik2, bolehla pilih bakul sebagai tapaknya... macam orang selalu guna lar ni
Koleksi gubahan hantaran: Hijau burung merpati
Yuri upload dulu sekeping gambar ni dulu yer... manalah tau u all tengah tercari2 idea untuk bikin hantaran u all.. yelah sekarang ni kan tgh rancak musim majlis kahwin/tunang. Kalau u all nak tempah pun boleh. Kalau yuri tak available, my sis pun ada :) Tengok-tengok la dulu...kalau rasa berkenan dengan design we all.
Monday, April 28, 2014
Teruskanlah perjalananmu di sana dengan tenang.
Isnin, 28 April 2014. Sudah melepasi 48 jam usia pemergian seseorang yang punya hubungan rapat denganku. Mengimbau kembali waktu itu, saat pertama kali beritanya sampai ke telingaku, aku terkesima. Terpana memandang skrin komputer yang ketika itu rancak ku hadap untuk memeindahkan saki baki dokumen tesis ke dalam hard disk peribadi. Suara abah yang halus pertama kali membuat aku seram sejuk. "Adik, abah nak cakap sesuatu. Adik sabar yer..." Terus saja otakku menerawang... tapi tetap cuba mencerna maksud tersirat abah. Ayat itu... tidak langsung selesa didengar. Bahkan entah kenapa bagai terus menusuk sanubari yang seakan dapat merasakan sesuatu yang tidak enak. Aku mula memikirkan tentang emak yang dua tiga hari sebelumnya menjalani pengimejan PET di Hospital Putrajaya. Adakah berita yang mahu abah sampaikan itu bersangkutan dengan mak? Sesaat kemudian, minda beralih pula memikirkan tentang kakak sulung yang memandu seorang lebih tiga jam untuk menghadiri kursus Jenazah. Mungkinkah tentang dia? Ya Allah... aku mohon dijauhkan segala musibah.
"Abang Man dah tak ada, dik."
Aku membisu lagi bila nama itu disebut abah. Siapa? Aku cubit pipi kiri. Melilau bola mataku ke serata sudut di bilik itu. Sungguhkah aku bukan bermimpi sekarang? Suara halus abah bergema lagi di halwa telinga. Abah mengulang berita yang sama dan memberitahu mereka akan pulang bersama kakakku sekeluarga dari Pahang. Aku cuma mengiakan tanpa tahu apa yang patut aku lakukan. Semuanya mula serba tak kena. Memang awalnya aku rancang untuk ke rumah kakak sulung kerana mak dan abah ada di sana menjaga anak-anak kakakku sepanjang ketiadaannya. Rancangku untuk memberi kejutan dan menghantar mak dan abah ke TBS. Sekarang, aku juga menerima tempias bila khabar berita itu mengejutkan kami sekeluarga. Aku bangun. Duduk. Dan berdiri semula. aku mundar mandir di depan meja. Deruan nafas dapatku rasa kian berkocak dengan pelbagai rasa yang tak mampu aku tafsirkan. Otak pula buntu antara percaya atau tidak. Sudahnya aku terduduk semula. Ketika itu Kak Linda masuk. Dengan senyuman dia berkata sesuatu padaku. Namun mindaku ketika itu tidak mampu mencerna tiap bait katanya yang seakan-akan bayu yang lalu di tepi telinga.
"Abang saya meninggal, Kak Linda!" Terus saja aku memberitahu Kak Linda akan hal itu. Itu saja yang mahu aku luahkan dalam masa cuba mengumpul kekuatan dalam diri. Aku mengharapkan sesuatu... sesuatu yang mungkin dapat memberiku lebih kekuatan. Kak Linda mula bertanya itu dan ini dan aku cuma menggeleng. Entah apa yang aku jawab ketika itu, tidak langsung melekat di benak. Semuanya seakan pita rakaman lama dan tidak mampu dimainkan lagi. Anehnya, hanya kata-kata semangat Kak Linda saja yang ditangkap gegendang telingaku. Aku semat sedikit dalam jiwa. Nafas dalam yang memberat aku tarik dan lepaskan dengan susah payah. Akhirnya tandas menjadi destinasi untuk aku melepaskan ketidakpercayaan itu.
Aku tekad untuk pulang. Aku telefon kakak yang menetap di Pahang. Kebetulan katanya dia sedang bercuti menemani mak dan abah di rumah kakak sulung kami. Mereka semua sedang bersiap untuk pulang ke kampung. Aku juga ingin pulang. Cuma sekali ini sahaja peluang terakhir dan kerana itu, aku meminta dia datang menjemputku di sini.
Saat bersalaman dengan mak, mak terus memeluk tubuhku dan berkata... "Abang dah tak ada, dik." Bagai caj elektrik kata-kata mak mencucuk jiwa raga. Tapi aku perlu tabah. Senyuman tetap cuba aku ukir walaupun perit mencengkam dada. Aku perlu kuat. Lebih kuat untuk memberi kekuatan kepada mak dan abah. Mungkin inilah masanya aku buktikan pada mereka, aku sudah matang. Aku sememangnya mengerti. Cukup berat seorang anak menerima hakikat permergian orang tuanya. Apatah lagi ibu bapa yang terpaksa melihat anaknya pergi terlebih dulu. Ya Allah. Begitu berat dugaanMu kali ini. Dalam aku menghitung hari, lebih kurang sebulan saja lagi untuk meniti alam rumah tangga, abang pergi dulu tanpa sempat melihat majlis itu. Kemeja T yang aku belikan dengan hajat untuk melihat setiap adik beradik meamakai sedondon di hari bahagia itu nanti, tidak sempat arwah pakai di depanku. Sedih. Hati aku menjerit, meronta dan menangis. Namun aku cuba selindungkan dari pandangan ahli keluarga terutama mak dan abah. Aku cuba bermain dengan Riyadh Iskandar, anak buahku yang baru menjangkau setahun setengah. Moga terubatlah walau sedikit hati mak sepanjang perjalanan.
Abah di hujung sana sibuk menghubungi sanak saudara untuk menyampaikan berita itu. Rata-rata terkejut akan perkhabaran itu. Aku pasang telinga. Pada awalnya, abah tenang. Namun setelah tiga empat panggilan, suara abah mula bergetar sebak. Sedu mak turut mengiringi selepas itu sambil memaut peha abah. Lantas aku juga memaut dan sekali sekala menepuk-nepuk peha mak, cuba memujuk hatinya yang tidak keruan.
Aku cuba jadi kuat. Itu tekadku. Aku ada menghubungi kakak yang duduk sekampung dengan arwah. Rupanya dia juga kursus di Melaka. Ketika aku menelefonnya, dia teresak-esak menangis di tengah Melaka Sentral sambil menanti bas jam 12.30 tengah hari iaitu lebih tiga jam selepas dia menerima perkhabaran buruk. Aku dapat bayangkan keadaannya. Dengan lagak cekal hati, aku memberi dorongan kepada kakak. Cekalkah aku? Tabahkah aku kerana tidak langsung menitiskan air mata bila sampai di rumah arwah, disambut abangku seorang lagi dan kakak ipar? Datang pula Mak Long dan Pak Long selepas itu. Kami bergerak ke masjid di mana arwah dimandikan. Kuatkah aku kerana mampu menahan air mata walau seorang demi seorang saudara mula membanjiri perkarangan masjid memeluk tubuhku? Sungguh aku cuba bertahan... bukan kerana aku tidak sayang atau suka akan pemergiannya. Sungguh hanya Tuhan yang tahu apa yang tersirat di hati dan benak ini. Air mata aku tahan sedaya upaya, dan hanya membenarkan ia jatuh sekali dua. Namun... saat kain kafan dibuka buat saudara mahupun kenalan rapat melihat buat kali terakhir, aku mendekati mayat yang terkujur kaku itu bersama kakak, abang dan aku bawa mak bersama. Mak menangis tak mahu pergi. Mak tak tengok kali terakhir ke? Dalam tangisan mak menjawab, nak!
Aku paut tangan mak kuat-kuat sambil setapak demi setapak aku ajak mak bergerak ke arah jenazah. Bg Edi datang memeluk bahu mak dan Kak Yan, isteri Bg Edi pegang mak di sebelah yang lain. Aku berundur ke belakang dan cuma mengekori di belakang. Langkah mak terhenti, sayu di depan jenazah. Abah pula menghampiri dan menenangkan mak. Dengan perlahan, mak duduk, memeluk dan mengucup dahi arwah. Jiwa yang cuba aku kentalkan dari awal kini kian luluh. Apa lagi bila merenung lama wajah arwah dari tepi. Kak Idah juga awalnya tak sanggup berdepan. Dia mengaku tidak kuat menghadapi kehilangan saudara terdekat. Kak Idah juga aku pujuk dalam dinding hati yang semakin menipis. Aku duduk di sebelah abah sementara Kak Idah beranjak menghadap wajah arwah yang tak lagi bergerak. Cukup lama aku di situ. Melihat saja Kak Idah yang hampir pitam dibawa pergi oleh Kak Yan. Abah masih kekal di depanku, menekur sambil bibir terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Sesekali suara sayup abah terdengar sampai ke telingaku. Aku terus menerus merenung wajah dan tubuh arwah. Jauh sekali rautnya dari rupa yang selalu aku lihat sebelum ini semasa hayatnya. Hati teringin sekali mahu bergerak ke depan untuk mengucup dahi arwah untuk sekian kalinya... yang terakhir kalinya... namun Ya Tuhan... kenapa tak ampuh diri ini untuk menganjak ke depan seraya air mata terus menderas membasahi pipi. Spontan aku merangkul insan di sebelah tanpa peduli siapa gerangannya. Sesaat dua esakanku mungkin kedengaran ditelinganya. Aku paksa diri untuk tabah lalu melepaskan tubuh Kak Intan yang aku peluk tadi. Pandanganku beralih semula ke wajah arwah. Seorang demi seorang sanak saudara mendekat, bibir mereka sampai ke kulit arwah yang sejuk. Aku lihat abah mengangkat tangan. Aku juga mengikut dan bila doa diaminkan abah, aku menyapu tapak tangan ke muka. Hinggalah kain putih kembali menutupi wajah arwah, perlahan-lahan aku gagahi diri untuk bangun ke belakang. Aku dapatkan Kak Idah dan Kak Yan yang duduk termanggu.
Kak Idah masih menangis tak henti. Berkali-kali aku cuba tenangkan Kak Idah walau hati sendiri juga semakin lemah rasanya. Kak Yan turut sama beri dorongan. Sekejap kami meluah rasa, sekejap sunyi sepi tanpa sepatah kata. Seakan hanya suara tangisan yang memenuhi ruang masjid itu. Sekujur tubuh kaku di tengah ruang masjid aku lihat dari jauh sekali-sekala. Kak Nonie yang tiba-tiba muncul akhirnya juga tidak sanggup untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Perlahan Kak Nonie mengalirkan air matanya dan akhir jatuh ke bahu suami tercinta. Esakannya ditahan-tahan memandangkan dia kini berbadan dua. Akhirnya kami berpelukan sesama adik beradik. Berjanji akan saling menyanyangi walau apa pun berlaku. Mungkin janji itu kedengaran keluar dari mulut namun ia sejujur-jujurnya hadir dari hati yang tak mahu lagi menyesali kehilangan sesiapa antara kami. Sesungguhnya aku cukup kesal tidak mereka banyak memori bersama arwah. Mungkin ada namun tak banyak yang tersimpan kemas dalam kotak memoriku. Hati adik ini sangat teringin arwah memeluk dan membelaiku sebagai seorang abang kepada adik bongsunya. Tapi mungkin jarak umur kami, sejak kecil lagi aku seakan takut-takut pada arwah. Tapi hati ini teringin nak bermanja. Apa lagi bila bercerita yang aku cukup kecewa arwah pergi dahulu tanpa menunggu hari perkahwinanku. Berkali-kali aku adu pada akak dan abang yang ada di situ. Tapi aku sedar siapalah aku untuk mempersoalkan ketentuanNya sedang dunia ini cuma pinjaman semata-mata. Sudah memang itu perjanjiannya, setiap yang hidup pasti merasa mati. Aku redha. Jenazah disembahyangi selepas solat Asar. Tidak terjangkau akal fikiran bagaimana perasaan mak dan abah mendirikan solat jenazah untuk anak sendiri. Begitu juga Bg Edi yang mengusung jenazah arwah abang ke tanah perkuburan Orang Islam di Taman HJ Manan. Talkin yang dibaca Tok Imam cukup menusuk sanubari dan menginsafkan tiap insan yang hadir semasa pengkebumian arwah. Langit gelap seakan memberi isyarat hujan bakal mencurah bumi. Hatiku terdetik seketika, memohon agar ia tidak turun mencurah semasa pengkebumian ini. Biarlah dipermudahkan semua urusan.
Aku berdiri sendiri. Angin tiba-tiba bertiup kencang, seakan roh arwah hadir di antara kami. Mungkin itu hanya rasa hati. Mahupun mainan fikiran yang kepingin merasa kehadirannya sedang realiti yang terpaksa ditanggung adalah arwah tak mungkin akan kembali buat selama-lamanya di dunia ini. Tiada lagi wajah arwah bakal mengunjungi rumah mak dan abah walaupun pada hari raya sekalipun. Selesai pengkebumian, manusia mula susut meninggalkan kubur. Bg Edi aku lihat masih berteletuku di sebelah pusara.
Selepas balik ke rumah, kami sedia merancang untuk mengadakan kenduri tahlil malam itu. Bg Edi datang ke rumah abah untuk membantu selepas membersihkan diri. Dalam sibuk mak abah menjawab soalan-soalan sedara mara, Bg Edi tiba-tiba menghilangkan diri keluar. Kak Nonie yang ketika itu juga di luar tiba-tiba minta dipeluk Bg Edi.
"Bg Edi sekarang dah jadi anak lelaki sulung. Besar tanggungjawab Bg Edi sekarang..." Hampir begitulah bunyi suara Kak Nonie membisik ke telinga Bg Edi.
Sarat Bg Edi mencurah air dari kolam mata. Berkali-kali ditanya, barulah Bg Edi bersuara dalam sedu dan sebak yang menggila. Rupanya arwah ada datang memberi amanat seminggu sebelum hembusan nafas terakhir. Amanat yang begitu berat, termasuklah tentang majlis perkahwinan adik yang terakhir ini. Ya Allah. Aku yang mendengar juga hampir menangis. Tapi ditahan juga rasa pilu itu. Tidak terlintas di fikiran Bg Edi itu adalah amanat terakhir arwah.
Mak ada berkata padaku, adik tak perlulah majlis yang meriah ya. Lagu-lagu semua tak perlulah ya. Aku faham dan mengaku, tak perlu semua tu, mak. Yang wajib lagi penting. Ayu pun tak minta semua tu. Dan pernah sekali mak juga ada berkata, tak perlulah dik. Kita batalkan ajelah majlis adik ya. Dan ketika itu aku diam tidak menjawab walau sepatah. Cuma nafas perlahan aku lepas dengan begitu payah. Mungkin masa itu hati mak terlalu kecewa memikirkan pemergian abang. Suara kakak dan abang ipar yang menjawab ketika itu langsung tidak aku dengari walau mata memandang ke wajah mereka silih berganti.
Bila berkunjung ke pusara awal pagi esoknya, aku berjani pada diri untuk tidak menangis lagi hari ini. Aku tidak mahu roh arwah melihat aku menangis. Tapi janji itu aku mungkiri bila Kak idah mengalunkan bacaan Yaasin dalam sedu sedannya. Entah bagaimana tangisan itu meracuni akal fikiran ini yang mula cuba menyelak tiap memori yang hilang bersama arwah. Gugur juga air mataku akhirnya. Dan kerana itu, lambat aku menyudahkan bacaanku. Perlahan-lahan aku bangun selepas Kak idah sudah bergerak ke kereta. Seminit aku berdiri dan termenung di depan pusara. Aku pandang keliling. Kak Idah sudah memanggil. Satu nafas yang berat aku lepaskan perlahan kerana sedaya upaya aku tidak mahu nampak lemah di depan sesiapa.
Saat menziarahi Kak Intan di rumahnya, dia bercerita tentang hal kelmarin. Aku cuba untuk tidak menangis walaupun Kak Idah dan Kak Intan masing-masing sudah merah mata. Bukan kerana keras hati... bukan kerana aku tak sayang. Sungguh aku tak mahu menangis di depan anak-anaknya. Adi, anak lelaki sulung arwah dalam diam menangis di belakang ibunya. Bila ibunya menoleh ke arahnya, dia pura-pura memandang ke lain. Nina, satu-satunya anak perempuan dalam rumah itu aku lihat begitu tabah. Dia sibuk melakukan itu dan ini mungkin untuk meredakan kesedihan. Dan anak yang paling kecil baru berusia lima tahun. Sayu hati ini bila anak kecil itu sudah boleh memahami namun cuba untuk menjadi seorang lelaki yang tabah.
"Ayah dah tak ada. Kalau Adib rindukan ayah, Adib akan bacakan al-fatihah."
Jadi mungkin dengan ketabahan anak-anaknya, semoga arwah meneruskan perjalanan di sana dengan tenang. InsyaAllah.
Thursday, February 27, 2014
Misi mencari bunga tiruan
Ok... lama tak update novel kan. Hari ni, sori eh... blom sempat lagi nak update n3 cerita. Sebab ada cerita lain nak habaq hehe... n sori ler kalau n3 yuri ni susah nak baca sebab hilang perenggannya. Tak taulah nape..ape jadik kat komputer ni ntah, dah taip molek2 pon, bila save and publish, gini ler rupanya.
Nak citer ni, hari tu yuri dok menyerang Fah Lean Floral Trading kat Balakong. Cewah, serang tu hihi... actually nak cari bunga tiruan yang cantik and murah. Boleh aje beli kat Ayer Itam on the way balik kampung tapi emm... tu lah, takut tak sempat nak menyinggah. Tu je. Tapi sebelum ni pun ade jugak yuri dok survey bunga kat ayer itam masa beli barang hantaran lain.
Kat Fah Lean Floral ni, boleh tahan cantik and murah. Ikot la.. yang mahal pun ada. So, kalau orang yang tak suka bunga ni kata bunga tu cantik, cantik la kot hahaha yang penting, still in my budget yang memang limited hehe masa yuri datang tu, kebetulan lak ada certain bunga yang dia wat promotion dekat level bawah. Tapi jap! Jom tengok level atas dulu. Jadinya, kenalah buka kasut and daki ler tangga besi naik ke tingkat 2. Fulamak! Tergamam sekejap tengok beratur bunga kat depan mata. Laju-laju yuri lalu setiap lorong nak pilih bunga yang dicari. Mau juling mata ni tengok. Yuri actually nak cari bunga yang kecil2, halus2..comel2, just sebagai pelengkap aje la tok main flower yang dah sedia ada. Bunga2 ni ade kat bahagian belakang... ada yang 4 tangkai RM10 (setangkai RM3)dan ada yang 3 tangkai RM10 (setangkai RM3.50). Bunganya sama aje rupa dia untuk 2 kumpulan bunga ni but dont be confused. Bunga 3 tangkai tu, bunga dia lagi lebat la dari yang 4 tangkai (lagi banyak daun). Pastu, nak dapatkan harga RM10 tu, kena make sure ambil bunga yang kod sama aje. Tak boleh campur dengan bunga kod yang lain yer. Walaupun bunga dia serupa, but make sure daun dia pun sama yer. Ada yang tak sama tau. Nak selamat, korang tengok ler kod dia. Nanti tak pasal-pasal jadi cam yuri, kena naik balik masa nak bayar tu cari pasangan bunga2 tu yang sama kod sebab ada yang rupa daun dia lain. Kaunter bayaran dah ler kat bawah, depan pintu masuk huhu T_T Berlari la yuri sebab kejar masa plak masa tu. Double huhu TT_TT
Kat level atas tu ada jugak jual macam2 barang2 gubahan macam gabus, reben, kain net, dawai, etc. Gubahan antaran dah siap pun ada. Kat level bawah, ada jual beg goodies. Sori la, yuri xde snap apa2 gambar sebab pening kepala nak pilih bunga. Ambik yang ni, berkenan yang tu. Jap lagi, kenan kat yang sana tu plak. Pastu cantum2, imagine bunga yang dah memang kat kampung tu, kena ke tidak ek... emmm.... hai... cam nak bik semua je. Balik nanti baru main-main cantum boleh? Hehe... tapi tak leh, I told myself "bajet limited yuri!" Sudahnya, mmg yuri beli yang 4 tangkai RM10 aje... ada la berapa tangkai 12 tangkai kot. pastu terbekenan plak dengan bunga ros kat bawah, ada 30% plak hehe...rembat gak la untuk wat bunga tangan yuhuuu (padahal tak tau lagi baju color ape. Hampeh kau yuri!)
Kat mana Fah Lean ni? Kat taman industri selesa jaya, balakong. Korang kalau ada gps, search aje nama fah lean floral, terus gps tunjuk jalan nak pergi sini. Dia buka setiap hari (kata staf dia ler).. 10 pagi sampai 7 petang. Ni kena minta komisyen kat diorang ni dah cam dok promo plak kat sini hihi OK...kalau nak compare dengan ayer itam, tak banyak beza. Ada yang sini lagi murah, ada yang ayer itam lagi murah, ada yang sama aje harganya. Tu aje... sekian (^^,)
Wednesday, February 19, 2014
Apa yang PERLU dan TAK PERLU untuk ke Korea: Tanya diri
Lagi-lagi Korea... dah berkurun rasanya yuri terbang ke Korea Selatan.. sempat la jugak merasa udara Incheon, Seoul dan tak lupa Jejudo.. Tapi tulah, sebab sekarang ni makin ramai plak kawan yuri nak ke sana lagi. Hai, rasa terpengaruh tu memang ade..tpp hmmm...bajet nak guna untuk perkara lebih penting. So, tujuan hari ni nak bercerita pasal Korea ni pasalnya..emm tau ramai orang yang akan excited semacam bila nak ke sana. tak tau la nape tapi yuri dulu pun gitu. Plan macam2 nak bawak tapi tak jugak bawak sebab rasa tak perlu. Dulu yuri pergi dalam awal Mac. Lebih kurang lepas winter. So pada sesiapa yang nak pergi bulan mac ni... kalau terasa terlambat baca entry ni (erk! yuri yang lambat citer kan hehe)..tak apa, maybe boleh jadik panduan pada sesape yang blom pegi lagi hehe. Dah tau bulan 3 ni baru aje lepas winter kan... so suhu dekat sana memang sejuk lagi. Nak tunggu spring lebih kurang april nanti. Masa yuri pergi dulu, serius sejuk sampai mulut keluar asap gitu haha. So, kalau rasa tak tahan sejuk, sila bawak winter coat yerk. Yuri tak suggestkan long john. Tau ape tu long john? Yuri pon tak brapa tau tapi biasanya orang sibuk nak beli long john kalau time sejuk. Kalau rasa tak mau pakai baju tebal2, belilah. Bagi yuri tak payah! Hehe. Sebab yuri memang suka pakai baju dua lapis... short sleeve blouse with inner...pastu pakai lagi singlet (ape org pompuan panggil? errkkk tak ingat :p)... kan dah cukup berlapis tu. So, tak payah nak tambah long john plak. kalau korang tak tahan sejuk, emmm silalah pakai. Yang penting, winter coat. Yuri survived aje ngan light sweater biasa yang yuri pakai kat Malaysia ni. Haha. Nak tau kenapa? Sebab yuri ade banyak pembekal haba cam lemak hahaha Actually yuri bergantung kat ape yang yuri pegang. Anggota pertama yang akan rasa sejuk dan terus buat kita rasa sejuk ialah tangan. Jadinya, yuri akan pakai sarung tangan. Biaq pi la kalau tengok orang Korea tak pakai sarung tangan. Yuri bukan orang Korea. I'm Malaysia, negara tropika. So, rasa diri tak tahan sejuk, pakai ajelah. Sarung tangan tak payah nak beli yang mahal2. As for me, nak pergi oversea negara sejuk ni mungkin sekali je seumur hidup. So, setakat beli dekat Daiso RM5 sepasang. habis citer. jadinya, sarung tangan memang perlu. Kalau jalan pagi and malam, memang diperlukanlah. Kalau tengah hari takpe. Boleh tahan lagi.
Stokin pun yuri beli dekat daiso jugak. Yuri beli yang tebal dari biasa... yang jenis wool sebab masa tido pun nak pakai yang jenis ni. Kalau tak pakai stokin, kaki yuri akan sejuk and mudah nak kejang. Masa tu, yuri pakai pun kaki masuk angin jugak sampai terdingkut-dingkut yuri jalan sebab kejang-kejang. Sigh... nasib baik cik Khai sangat memahami hihi. Dalam poket sweater yuri selalu sediakan hot pad. Hot pad pun yuri beli siap2 kat daiso. Nak beli kat korea pun takde hal. Senang aje nak dapat kat mana2 kedai serbaneka. Harga ikot brapa lama hot pas ni tahan nak bagi haba kat kita. Hot ni plak ada yang jenis lekat terus kat badan (tapi yuri dok lekat kat inner. Takut panas sangat sampai gatal plak kang)...and ada jugak jenis yang letak aje dalam poket. bila kita rasa sejuk, seluk aje poket and ramas2 hot pad ni. Kalau perasan, ramai je Korean sendiri yang pakai mende ni. sebab tu diorang leh selamba pakai skirt pendek hehehe ade kena mengena tak? Hehe Pastu ade lak yang terfikir nak beli vacum bag. Haha! Okey...yuri pon sama! Yuri pun ada beli vacum beg dulu sebab kononnya nak masukkan winter coat dalam tu, so jimat space dalam beg. Tapi kan... winter coat pon xde, nak isi apa lak dalam tu kan. Haha. Kalau rasa nak bawak dua tiga winter coat, or korang malas nak pegang dekat tangan dalam flight...belilah vacum bag ni. Dia akan compresskan winter coat korang untuk simpan dalam beg. Jangan nanti dah sampai baru tercari-cari winter coat korang plak gggggrrrr! Vacum bag ni plak... dah nama pun VACUM bag, so kenalah guna vacum untuk sedut angin keluar dari beg ni. Kalau vacum tu sekali ngan beg tu xpelah jugak. Kalau x? Mana plak nak cari kan Oh ye... kasut. Ha, ada tak yang berangan dan teringin nak pakai boot kat Korea? Ni nak habaq skit... kalau rasa korang akan pakai lagi boot tu, silakan beli hehe tapi kalau setakat gi Korea semata, baik lupakan aje niat nak beli boot kat Malaysia. Orang sana pun tak ramai yang dok pakai boot macam selebriti tu. kebanyakannya lebih selesa dengan snickers or sport shoes aje. Asalkan kasut bertutup. Sesetengah masa boleh lagi pakai sandal atau selipar jepun dalam bulan mac ni haha lain la kalau time winter, memang digalakkan la pakai boot sebab takut licin.
Dok fikir nak bawak tu nak bawak ni, jangan plak sampai pasport & tiket flight plak korang tertinggal. Ni kalau tertinggal nangeh kat airport je la. Sayoonara! Haha...bahsa jepang plak kluar hehe Macam yuri dulu, dah yuri memang suka gaya bagpack, takde ler bawak banyak baju. Bagi yuri nak ke sana sebab nak berjalan bukan sebab nak peraga baju, ya tak hehe jangan terasa ek. Lain orang lain pendapat. Kebanyakan guest house kat sana ada sediakan mesin basuh & dryer... boleh siap basuh & keringkan terus. So, baju boleh recycle banyak kali pun. Lagipun, pakai winter coat (as for me pakai sweater la kan) tak nampak sangat pon baju ape yang dipakai kat dlm hehe kalau rasa nak tukar winter coat tu, ha beli aje kat sana. Lagi cantik2, macam2 style ada... and orang cakap murah la jugak So, setakat tu ajelah nak berceloteh hari ni. Apa2 pun tanya diri, apa yang perlu apa yang tak, pastu tanya bajet, apa yang perlu dan apa yang tak perlu hehe
Tuesday, December 31, 2013
Buddyz vs cinta: bab 21
ok..macam yuri dah janji.. n3 terbaru cite ni..hehe x best jgn marah eh :p
Emey Suhaila tenung muka Fakhri yang terkial-kial di depannya. Rogayah dan Azura sudah lama berlalu ke kafe. Sedangkan Emey Suhaila pula ditahan oleh Fakhri yang kononnya mahu berbincang sesuatu. Sudah lima minit Emey Suhaila menanti tapi Fakhri masih terus membisu. Kalau Fakhri tidak mahu bersuara, terpaksalah Emey Suhaila yang mulakan bicara. Kalau tidak, berjam-jam dia tersangkut di tepi kaki lima itu tapi satu apa pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Sia-sia saja.
“Apa yang kau nak cakap tadi sebenarnya?” soal Emey Suhaila memulakan bicara yang sejak tadi bisu tanpa kata.
“Emm... aku... sebenarnya... sebenarnya aku...” Fakhri tergagap-gagap mahu mengucap keluar kata-kata yang terkumpul dalam benaknya. Emey Suhaila cuba bersabar dan terus menanti walau dalam hati sebenarnya sudah mula terbakar melihat lagak Fakhri. Mahu saja Emey Suhaila memekik kepada Fakhri.
‘Ish, susah sangat ke nak cakap tu? Tekulat-kulat saja dari tadi. Aku hempuk kepala tu baru tahu. Nak kena sergah baru nak cakapkah? Buang masa aku betullah. Perut aku ni dah lapar tahu tak!’ Mahu saja Emey Suhaila marah begitu ke muka Fakhri.
Kalau tiada orang ramai yang sibuk lalu-lalang di situ, mungkin Emey Suhaila juga tidak akan teragak-agak mahu bersuara sedemikian. Kalau Emey Suhaila herdik Fakhri sekalipun, budak mulut batu macam Fakhri tidak akan dedahkan hal itu kepada orang lain. Kalau dia bercerita sekalipun, tiada siapa yang mahu percaya cakapnya itu. Jadi, Emey Suhaila tidak perlu risau akan reputasinya sebagai bakal ratu kolej untuk sesi depan bakal tercalar. Imej Emey Suhaila sekarang sudah cukup baik untuk menundukkan Melissa untuk undian ratu kolej itu nanti.
“Apa yang kau nak cakap? Aku tengah tunggu ni...” Emey Suhaila masih lembutkan suara. Namun penantian Emey Suhaila terus sia-sia. Fakhri tetap senyap. Matanya pula menekur ke lantai sambil tangannya pula tergaru-garu. Sekejap meraba belakang tengkuknya, sekejap menggaru tangan dan sekejap pula hinggap di kepala. Jika lihat riak mereka dari jauh, mungkin orang yang memandang akan salah faham. Nampak macam Fakhri sedang dimarahi oleh Emey Suhaila pula.
Emey Suhaila hempas keluhan perlahan. Cukup perlahan supaya tidak didengari Fakhri. “Kalau kau tak mahu cakap, aku pergi dulu. Kawan-kawan aku pun mungkin dah lama tunggu.”
“Eh, kejap!” Fakhri menahan di depan Emey Suhaila yang mula mahu membuka langkah.
Lantas Emey Suhaila menarik semula kakinya. Fail yang tadi dipegang kemas dipeluk ke tubuh dengan kedua-dua belah tangan.
“Okey. Sekarang aku beri kau peluang cakap. Kalau kau tak cakap juga, aku akan pergi.” Emey Suhaila terpaksa beri kata dua. Perutnya yang kian berkeroncong juga sudah tidak mampu lagi ditahan.
Sudahlah pagi tadi Emey Suhaila tidak sempat menjamah sarapan pagi gara-gara sudah terlewat ke kuliah. Emey Suhaila tidak mahulah ponteng kelas lagi sebab sudah banyak kelas yang dia tinggalkan sebelum ini. Hari ini pula jadual kuliah Emey Suhaila padat dari pagi hingga ke petang. Mamat dekat depan Emey Suhaila ini sekarang pula melengah-lengahkan masa Emey Suhaila. Geram juga hati Emey Suhaila dibuatnya. Kalau ikutkan hati yang panas, memang sudah lama Emey Suhaila hempuk Fakhri dengan fail tebal Emey Suhaila di tangannya sekarang.
“Aku sebenarnya suka dekat kau!” Fakhri terus-terang. Air muka Fakhri terus berubah merah padam setelah meluahkan perasaannya. Malu benar rasanya meluahkan perasaannya begitu.
Sedangkan Emey Suhaila langsung tidak tunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar pengakuan Fakhri. Pengakuan Fakhri bukan yang pertama Emey Suhaila dengar dan Fakhri bukan lelaki pertama yang meluahkan perasaan kepada Emey Suhaila. Sebelum ini pun, sudah bermacam jenis lelaki yang meluahkan rasa hati dan mahu berpacaran dengan Emey Suhaila. Sebab itulah Emey Suhaila tidak mampu untuk tunjukkan rasa terkejut. Sudah lali.
“Aku pun suka dekat kau...”
Terus terbeliak mata Fakhri mendengar jawapan Emey Suhaila. Dia betul-betul tidak percaya. Telinganya digosok berkali-kali. Mungkinkah Fakhri tersilap dengar.
“Aku suka cara kau jalankan tugas kau masa orientasi dulu. Aku rasa kau ni bertanggungjawab orangnya. Rasanya masa itu sajalah yang kita berkerja sama-sama kan...” Emey Suhaila menyambung katanya dan terus bikin jantung Fakhri berdegup kencang. “Aku memang suka berkawan dengan kau. Aku... suka kau jadi kawan aku.”
Fakhri tercengang. “Kawan?”
Emey Suhaila angguk perlahan serentak mengukir senyuman. “Maaflah, Fakhri. Aku harap kau dapat faham apa yang aku rasa. Aku memang suka kau tapi rasa aku pada kau tak lebih daripada seorang kawan. Aku harap kita masih boleh berkawan lepas ni...”
Fakhri terdiam dan terus tergamam. Bukan Fakhri tersilap dengar tetapi Fakhri sebenarnya sudah tersalah faham akan maksud kata-kata suka yang Emey Suhaila ucapkan sebelum ini.
“Eh, maaflah ya. Aku kena pergi sekarang...” kata Emey Suhaila sebaik terpandang kelibat Putri Qistina yang baru keluar dari tandas tidak jauh dari situ. Lantas Emey Suhaila cepat-cepat buka langkah setelah melambai kecil ke arah Fakhri.
Emey Suhaila berlari-lari anak untuk mengejar Putri Qistina di depan. Sempat Emey Suhaila menoleh ke belakang untuk melihat reaksi Fakhri. Lelaki itu masih tercegat di situ. Terkejut barangkali.
“Huh, ada hati nak pikat aku. Kalau baik pun tapi poket kering nak buat apa? Pergi kuliah pun asyik naik bas kolej aje. Tunggu kau kayalah baru datang cari aku,” omel Emey Suhaila sendiri dan membesarkan lagi langkahnya.
Emey Suhaila jeling jam di tangan. ‘Aduh, rehat tinggal sejam saja lagi. Teruk betullah... mesti dah lama budak-budak tu tunggu aku. Entah macam-manalah mereka tu kalau duduk berdua. Entah-entah asyik bergaduh aje macam kucing dengan anjing. Ish, ni semua mamat kemut tu punya pasal!’ Emey Suhaila merungut dalam hati dan terus memerhatikan Putri Qistina dari jauh. Dilihatnya Putri Qistina juga seakan mahu menuju ke kafe. Hah, baguslah. Samalah arah tujuan kita.
Sampai di kafe, Putri Qistina terus saja menjenguk deretan makanan yang terhidang. Sementara Emey Suhaila pandang keliling untuk mencari dua kawannya. Seketika, Emey Suhaila nampak Rogayah melambai-lambai. Segera Emey Suhaila melangkah ke arah kawannya sementara Putri Qistina sudah pasti sedang beratur menunggu giliran.
“Kenapa lambat?” Azura menyoal sebaik Emey Suhaila ambil tempat di sebelahnya.
“Yalah. Sampai kitorang dah habis makan pun kau tak muncul-muncul. Siapa budak lelaki tadi tu? Kawan kau ya? Dia cakap apa dengan kau tadi?” Rogayah pula menyampuk. Sudah mula hendak bergosiplah tu.
“Yang kau sibuk nak tahu macam-macam ni kenapa?” Azura membalas bagi pihak Emey Suhaila. Azura memang tidak senang dengan sikap Rogayah yang banyak soal. Semua hal dia hendak tahu. Kalau sudah mula tanya sampai ke lubang cacing semua dia korek. Setengah jam bersama Rogayah tadi juga bikin hati Azura benar-benar sebal.
Emey Suhaila hanya tersenyum. “Aku nak beli makanan dululah. Perut aku dah lapar sangat ni,” ujar Emey Suhaila lalu bangun semula meninggalkan Azura dengan Rogayah.
Azura jeling Rogayah. Mulutnya herot mengomel sendiri. Geram sangat tengok muka Rogayah.
“Eh, kau kenal tak kawan Ila tadi tu? Kalau kawan Ila mesti dia pun kawan kau juga kan?” soal Rogayah sungguh-sungguh walaupun Rogayah sedar riak Azura yang tidak senang akan soalannya. Lagipun, bukan Rogayah tidak tahu yang Azura memang tidak menyukainya. Rogayah tidak peduli pun semua itu kerana dia cuma mahukan jawapan bagi soalan yang bermain-main dalam benaknya. Terlalu banyak hal yang dia mahu tahu. Kalau Rogayah dicop sebagai kaki penyibuk sekalipun Rogayah tidak kesah. Bagi Rogayah gelaran itu boleh tahan sedap juga bunyinya.
“Budak lelaki tu pun suka kat Ila juga ke?” terjah Rogayah lagi.
Serta-merta mata Azura yang tadi liar memandang keliling beralih ke muka Rogayah. Kemudian Azura lekas mendengus.
‘Dah mulalah tu!’ getusnya dalam hati. Azura sengaja tidak mahu jawab soalan Rogayah. Sangkanya kalau Azura saja buat tak reti Rogayah tu pandailah katup mulutnya rapat-rapat. Tapi makin dibiar, makin bertimbun pula soalan yang muntah dari mulut mak nenek itu.
“Hei, kau ni tak reti nak senyap ke? Dari tadi pot pet pot pet. Aku yang dengar soalan kau tu pun dah letih tahu tak? Boleh tak bagi telinga aku ni rasa lapang sikit. Jangan sibuk nak tanya aku macam-macam, boleh tak?” bentak Azura keras setelah sudah tidak tahan lagi mendengar suara Rogayah yang berpusu-pusu menerjah gegendang telinganya.
Rogayah gumam bibir. Senyap seketika. Namun tidak lama Azura dapat hela nafas lega, Rogayah kembali mengganggu. Tangan Azura ditepuk berkali-kali.
“Apa?!” Azura naik angin serentak menarik tangannya dengan kasar.
“Tu... tu...” Rogayah muncung ke depan.
Dengan bengkak hati Azura mengikut arah muncung Rogayah. Apa lagilah yang disibukkan minah seorang ni. Puas Azura melirik ke arah yang dipandang Rogayah hinggalah dia ternampak bayang Putri Qistina yang meliar pandang keliling. Tangannya pula membawa dulang berisi makanan dan segelas air. Mencari meja kosong barangkali sedangkan kafe itu memang selalunya sesak waktu-waktu makan tengah hari begini. Mana tidak sesak kalau pelajar kolej itu menjangkau hampir seribu orang sedangkan hanya kurang lima puluh meja yang disediakan di kafe itu. Bagi yang terlambat terpaksalah menunggu.
“Itu Putri Qistina kan...”
Soalan Rogayah itu tidak dijawab Azura. Mereka berdua terus memerhati gadis itu. Seketika Emey Suhaila muncul menghampiri Putri Qistina. Azura tumpukan perhatian pada Emey Suhaila dan Putri Qistina sementara Rogayah pula sibuk buat andaian macam-macam.
“Cari tempat duduk ke?” Emey Suhaila menegur setelah melihat Putri Qistina ke sana sini mencari sesuatu. Emey Suhaila turut pandang keliling. Semua meja sudah penuh. “Kalau awak tak kesah, jomlah join saya dengan kawan-kawan saya dekat sana. Ada satu lagi tempat kosong.” Emey Suhaila mempelawa sambil menunjuk ke arah Rogayah dan Azura.
Cepat-cepat Azura sorok muka dengan tangan sementara Rogayah pula sudah melambai-lambai. Namun Putri Qistina tidak mengendahkan pelawaan Emey Suhaila. Melihat ke arah telunjuk Emey Suhaila juga dia tidak sudi.
“Jomlah,” ajak Emey Suhaila lagi.
Putri Qistina tenung muka Emey Suhaila agak lama. Sebaik Emey Suhaila mempelawanya buat kali ketiga, Putri Qistina lemparkan jelingan dan terus berlalu bersama makanannya ke arah bertentangan. Sekaligus Emey Suhaila tergamam.
Rogayah yang melihat dari jauh juga melopong. Matanya digosok dengan jari.
Melihat kelakuan Rogayah, Azura lekas-lekas menoleh ke belakang semula. Kelihatan Emey Suhaila yang tercegat sambil kepalanya berpaling ke belakang. Tapi Putri Qistina sudah tiada di situ.
“Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi?” Hati Azura menjolok ingin tahu apa yang telah berlaku tadi. Menyesal pula dia tidak terus perhatikan gerak-geri mereka. Tangan Rogayah ditampar lagi setelah soalannya tadi tidak berjawab.
Seketika Emey Suhaila muncul dengan muka masam. Pinggan dan gelasnya dihentak ke meja. Kemudian Emey Suhaila henyak punggung di kerusi di sebelah Azura. Azura sekadar memerhati. Muka Emey Suhaila nampak betul-betul keruh. Tidak lama Emey Suhaila bersuara.
“Kerek betullah minah tu! Ingat dia tu bagus sangatkah nak berlagak macam tu! Tak guna betul. Buat malu aku aje!” bentak Emey Suhaila marah. Hilang terus seleranya mahu terus menikmati nasi ayam yang dibelinya tadi.
“Betul! Dia tu memang berlagak! Aku pun sakit hati tengok lagak dia tadi! Kalau aku jadi kau, aku picit-picit pipi dia sampai merah.” Rogayah menambah sambil menekan hujung jari telunjuk dengan ibu jarinya kuat-kuat.
Azura yang mendengar sampukan Rogayah turut sakit hati. Bukan sakit hati pada tindakan Putri Qistina sebab dia tidak nampak apa yang berlaku. Tapi geram dengan butir kata Rogayah tadi yang seakan-akan mengapi-apikan lagi Emey Suhaila yang sememangnya tengah marah. Ringan saja kaki Azura menendang kaki Rogayah yang kebetulan duduk di depannya.
“Aduh!” Serta-merta wajah Rogayah yang tadinya tegang sebab geram berubah riak menahan sakit. Tangannya spontan menggosok beting kaki yang terasa perit diasak kasut Azura yang keras macam besi. Rogayah angkat kaki kanan naik ke peha kiri. Kaki seluar diselak tinggi untuk membelek kakinya yang sakit. Mahu pastikan sama ada tulang betisnya itu tidak patah gara-gara penangan Azura yang digelarnya sotong kurita itu. Sudahlah penangannya perit, orangnya pun boleh tahan ganas. Memang kena sangatlah kalau Rogayah panggil Azura sotong kurita.
Rogayah cepat-cepat turunkan kaki seluar dan letak kaki ke bawah semula bila menyedari ramai orang di sekelilingnya. Terlupa pula sekarang dia berada di kafe. Ingatkan dekat bilik kolej tadi. Enak saja Rogayah selak seluar hingga paras lutut. Agak-agak ada tak orang nampak. Kalau ada yang nampak mesti mereka mengata Rogayah. Yalah, harap kepala saja bertutup dengan tudung tapi selamba saja nak dedah-dedah kaki pula. Tapi Rogayah yang memang selamba, malunya sekejap saja. Gasaklah apa orang nak kata. Rogayah bukannya sengaja. Bak kata adiknya Aiman, Aiman tak kesah. Jadi Rogayah pun tak kesah.
Rogayah betulkan duduk. Muncung panjang mula terbentuk di bibirnya dan dihalakan kepada Azura. “Kenapa kau sepak aku? Sakit tau!” Rogayah merungut dengan muncungnya yang makin panjang ke depan.
Azura tenung muka Rogayah lama-lama kemudian geleng kepala beberapa kali. Mata Azura sesekali melirik ke arah Emey Suhaila dengan hujung mata. Azura sebenarnya mahu beri isyarat kepada Rogayah supaya diam.
Rogayah tercengang tidak mengerti akan reaksi Azura. Lantas mulutnya cepat saja menyoal. “Kenapa?” soal Rogayah serentak menolak kepalanya ke depan muka Azura.
Azura ketap gigi. Susah betul bercakap dengan minah yang tak reti bahasa ni. Beri isyarat senang macam ni pun dia tak faham. Azura tidak mahulah mengeruhkan lagi keadaan dengan pertengkaran dia dan Rogayah. Sebab dari riak Emey Suhaila, Azura tahu yang Emey Suhaila pasti tengah marah. Tengok sajalah pada nasi ayam hainan kegemaran Emey Suhaila yang langsung tidak dijamahnya. Selalunya laju saja Emey Suhaila habiskan. Azura mahu minta sikit pun Emey Suhaila tidak beri peluang. Tapi cik Rogayah ni pula tak faham bahasa isyarat. Terpaksalah Azura beri isyarat yang lebih mudah.
Jadi, Azura letak jari telunjuk atas bibir. Kalau Rogayah tidak faham juga memang nak kena lepuk dengan Azura.
“Apa?” Rogayah menyoal lagi. Jelas kelihatan garis kerutan di dahi Rogayah. Sekaligus bikin Azura hampir gila dibuatnya. Gila sebab marah. Kalau boleh diukur tahap kemarahan Azura macam penanda paras sungai, rasanya tahap marah Azura mesti sudah sampai ke garisan merah yang menandakan amaran berjaga-jaga. Tapi Azura tetap berusaha menahan amarahnya dari terus meletup seperti selalu. Azura pejam mata seketika seraya menarik nafas dalam-dalam. Kiranya bermeditasi sekejaplah ni sementara Rogayah kekal tidak mengerti.
Sebaik Rogayah mengulang soalan yang sama, Azura curi-curi angkat penumbuk dengan tangan kiri. Sengaja mahu menggertak Rogayah tapi dia tidak mahu Emey Suhaila nampak tindakannya itu. Kalau Azura ada getah gelang, sudah lama Azura ikat mulut Rogayah. Biar mulut becok itu senyap tidak bersuara. Sibuk saja nak bercakap, tapi tak fikir dulu sebelum bersuara.
Kat mana nak beli barang gubahan dengan harga murah?
Hoho... dasat tajuk yuri kali ni hehehe cam dasat sangat je kan. Sorry la readers, lambat sangat nak update e-novel kan...ok..ok..jap lg yuri update n3 buddyz vs cinta tu ek. Sekarang ni nak versuskan soal lain plak
Bese time2 tunang and nak kahwin ni ler orang sibuk nak cari barang gubahan. Sama la kita. Kebetulan pulak yuri ni dok dekat ngan Ayer Itam... orang cakap syurga bunga ecewah! tapi bagi yuri tetap x murah gak la.. macam la ada murah yang murah kan. Kalau nak cantik memang selalunya mahal.. ye tak.
kat ayer itam, yuri ada singgah kat A Son.. lupa lak camne eja nama kedai tu. kalo dari tol ayer itam tu, kenalah ke kiri..tak jauh, nampak terpampang besar tulisan kedai dia dari jauh. betol2 kat sebelah jalan belah kiri. Kedai ni punyalah besar..n kira yang paling murahlah kat area situ. macam2 ade..dari sekecil2 pasu, cawan, barang2 untuk goodies, beg kertas, beg plastik, beg kain..reben..bunga...ehehe cam nak promot lak kan. Oho... bukan untung pon dok promot kat sini. tak dapat komisyen pon hehe staff dia pon bukan semua friendly. ada yang nak jual barang macam nak makan orang. kat sini, boleh kata semua barang yang korang nak guna untuk gubahan atau nak wat bunga telur de jual. Tapi jangan harap nak mintak diskaun la. yuri dah dua tiga kali try, kat pekerja yang berbeza... sebab dah dua tiga kali gak la datang. sebelum ni kakak yuri yang selalu datang beli. Aiyaa... pelanggan tetap pon susah dapat diskaun ke? kali terakhir, yuri try lagi n lagi... sampai staff tu bosan, dapatlah tolak 30 sen kehkehkeh... harga barang makin naik, makin susah mau mintak potong harga la :p
kat kl plak... sblom g serang kedai2, yuri survey dalam internet dulu. Ok.. rata2 blogger cite pasal Semua House. Ada 3 kedai yang selalu meniti di bibir orang..ewah, bermadah pulak kan. Level B1, kedai Siyin (dulu Yuri ingat namanya Simin..yolah, tulisan cantik sangat sampai tak reti nak baca hehe)... satu lagi kedai Yen Riben, kat sebelah dia je. Kedai Siyin ni besarlah jugak... and kat sini ada barang yang lagi murah dari A Son kat ayer itam tu tau. Contohnya alas dulang satin biasa. Harga tak ingat. Tapi siyin lagi murah. Yen Riben pon lebih kurang aje harga dia dengan kedai siyin. Yen Riben ni kecik and sesak habis.
Yang tak besntnya, susahnya nak cari crepe paper. Asyik abis stok aje. So, terpaksalah yuri beli crepe yang jenis keras dan berkedut2 untuk buat bunga. Emm..not bad la hasilnya. Cuma tak delah nampak cam ombak2 cam soft crepe paper kan. Harga untuk crepe paper jenis keras ni kat siyin RM2.50/roll. Kat Yen Riben plak RM5, beli satu percuma satu. Hahaha. Pandai lak ko nak main perkataan 'free' tu kan.. padahal sama je harganya. Harga soft crepe paper, x banyak beza.. dia jual sebungkus..bundle habis stok. Dua kali pergi, dua kali xde stok. Dekat tingkat U5 pon ade satu...Sayang You. Keluar aje lif, terus nampak pintu gerbang comel Sayang You. Wow! Tapi jangan korang tekan level 5 plak..macam yuri hari tu. Haha menganga bila keluar lif... kat mana ni? kat mana ni? tempat apa ni? Yang korang akan jumpa hanya lif untuk ke tingkat atas tapi tak tau ke mana hehe
Yuri suka cari reben dekat sayang you. Banyak pilihan. kedai ni lagi besar dari siyin. Kalo nak main lari2, atau hide & seek pon boleh. Tapi creepe paper tetap xde...hmmm sedih. keluarlah dengan hati yang kecewa. Kat luar Semua House ada satu lagi kedai gubahan. Kat sebelah bangunan Semua House, Bunga Reben namanya. Alaa... mesti ramai orang dah kenal kedai ni. Dah ramai sangat citer pasal depa ni semua. Kat kedai ni pulak harga dia letak mahal sikit. Tapi sebenarnya kan..bila korang nak bayar, dia bagi diskaun tau. Yuri penah masuk..sebab crepe paper kat sini pon xde stok masa tu, so akhirnya g kaunter bayaran cuma bawak segulung reben. Harga riben tu RM6.80 tapi dia bagi RM6. Barang kat sini pon ada macam2... tapi Bunga Riben agak sesak jugaklah. Better korang tanya aje staff dia..tak payah susah2 cari.
Merata yuri jalan, banyak kedai yuri masuk tapi sampai ke sudah..tak dapat jugak soft crepe paper yang dicari huahuahua misiku masih belom selesai
Tuesday, December 24, 2013
Risau...aku risau...JLPT oh JLPT
Lepas hampir sebulan ambil JLPT, tetiba hari ni rasa teramat risau. Takut benar ler nak tau resultnya...khabarnya awal Februari depan akan dapat result. Uwaahhhhhh! Kowai yo! Mahunya tak.. hari duduk tok exam tu, yuri demam la plak hehe saja juga demam tu sebagai alasan eh. ner la tau K.O resultnya nanti leh gak sedapkan ati sendiri hehe Udahlah kena hafal kanji yang memang tak pernah belajar sehuruf pon kat sekolah... nasib ler kena cari alternatif sendiri.. belajar dan hafal sendiri. mujur ler ada nota dari minna no nihongo yang yuri penah download online dulu... dan nota kani paling berkesan, emm.. apa ek.. kalau tak silap kanji list from JLPT website & tanos yang banyak yuri rujuk. Menganga nak menghafal benda alah yang bergaris-garis tu!Kalau tulis rumi aje kan senang (baik tak payah belajar nihongo kan..hehe)... cabaran-cabaran.
Fuh, kalau ditanya lagi sekali, takdenya ingat semua yang yuri dok hafal sebulan dua lepas. Daripada 80 kanji, entah2 separuh aje ler yang ingat. Ecewah, hebat tu leh ingat separuh lagi. Tak sure sebenarnya berapa banyak kanji yang patut dihafal untuk N5 (ok.. yuri baru dok ambik N5 aje..very beginner tp tu pon dah rasa cam nak gugur rambut satu kepala huhu). Ada yang kata 80 je... ada yang kata 100+... kalo tengok website or blog yang share kanji list pon cam lain2 je diorang ckp. Ikut suka la... kalo keluar kanji yang tak pernah tgk..memang padan muka. Haha..yuri memang dah terkena. Ada 2 kanji dalam exam lepas yang yuri memang tak pernah jumpa langsung dalam nota yang yuri rujuk. Harap ler main tembak hehehe
Plus, ujian listening hujung sekali... dah dekat tengahari, suhu badan eden dah makin meninggi, telinga pun cam makin lama makin tersumbat aje rasa, konsentrasi pun dah makin berkurang... ada la lima enam soalan tak langsung dapat tangkap apa tape tu cakap. Selamat menembak! huahuahua
Pengajaran yang yuri dapat masa exam ni...emm.. ok..JANGAN DEMAM masa exam! Tak ada maknanya cam drama2 korea tu, demam2 pon dia bleh plak jawab exam dgn mantopnya. Wah! Brutal hebat benor ler dia tu. Tak tau la kalo ade orang lain memang leh wat camtu. Tapi kalau rasa diri tu tak berapa nak kuat..fizikal & mental, tak payah ler menggatal main ujan (ops! yuri demam bukan sebab main ujan tau. Ujan tu yang tetiba je timpa kepala ni). Dah tu, dah tau demam ke nak demam ke cepat2 jumpa doktor. Tak pun, dah tau nak exam, makanlah vitamin sebagai protection tambahan.
Preparation masa exam plak, jangan harap buku teks korang semata2.. yang sekolah bagi tu bukan selalu lengkap. Rajin2 ler buat rujukan and kalau rajin lagi, hafal la sebanyak mana vocabulary & kanji yang korang mampu. Korang akan terperanjat macam yuri & kawan2 bila terjumpa vocab yang korang langsung tak pernah jumpa dalam buku teks sekolah mahupun belajar kat kelas tetiba keluar dalam paper. Walaupun sepatutnya soklan tu senang aje macam kacang, korang gerenti bole jawab kalo faham vocab tu..tapi disebabkan korang tak tau maksud vocabnyer, alamatnya seluruh soklan lah korang tak faham. Haih...walhal yuri pernah belajar itu vocab la dalam buku lain..aiseh, camne leh lupa jugak. Kurang makan kismis kot! Ececeh..ade aje alasannya
Jangan lupa buat latihan atau praktis cakap dengan kenkawan. Even memang xde speaking test pon masa jlpt ni, tp x salah pon nak praktis. lg senang nak ingat kot. Mana la tau kawan tu rajin sebut vocab yang baru, ha menganga korang kat situ. At least dapat ilmu free hehe Carilah buku yang sesuai selaras dgn format jlpt...kebanyakan buku latihan kat luar sana tu byk yang tak ikot format jlpt. Kadang2 depa ni lg susah & renyah... terlampau teliti untuk satu2 bahagian sampai korang akan rasa tension dan susahnya benda ni! kadang2 latihannya rasa macam dah level advance pulak. Caya tak caya... jlpt n5 xde la susah sangat. huh! kalau yuri x dapat skor memang ler. senang konon huhu
Oh.. hari ni tak dapat update cerita lagi. Fail takde dalam komputer ni... next time ok. Caucincau
Sunday, December 22, 2013
update
Lama rasanya x update blog. To all followers n sesape yg rajin singgah..sori ek lama x update cite hehe ada problem nak sign ke account sendiri.. ni baru solved. Hari ni sebab x menghadap komputer. ..x dapek la jugak nak mengupload cerita. Lar ni nak kongsi plak personal story hehe kpd sape2 yg plan nak tuang ke kawen ke kan..cuti skola mmg dah nak abis tp alaa musim kenduri ni sepnjg masa rasanya hehe ni nak bagitau..jemput2 la page baru yuri pasal hal sewa-menyewa masa pertunangan n perkahwinan. Yuri sekarang terasa nsk berbisnes plak kehkehkeh yo la..dari barang2 tu terperuk je dlm rumah kan..bg la merasa dok singgah rmh orng lain. Tu yg open untuk sewa tu.. jemput la dinggah, cuci mata n bacs n3 yuri. Kalo ada yang berkenan di hati..jemput2 la contact yuri ok (^^,)♡
Saturday, August 31, 2013
Buddyz vs cinta: bab 20
“Aduh, panas betul hari ni!” keluh Azura sebaik masuk ke
dalam bilik sambil mengipas batang lehernya dengan fail nipis yang dibawa
bersama. Azura letak beg galasnya atas meja belajar lalu terus henyak punggung
atas katil. Mengengsot ke belakang dan bersandar ke dinding. Azura terus
mengibas bajunya supaya berangin sedikit. Namun, angin kipas yang ligat
berpusing atas siling juga seakan tidak terasa dinginnya.
“Kalau dapat ais cendol waktu-waktu macam ni mesti best...” Azura bersuara lagi serentak
melontar pandang ke arah Emey Suhaila. Keningnya diangkat berkali-kali, cuba
mengajak Emey Suhaila pergi ke warung cendol Pak Leman yang mereka selalu pergi
sebelum ini.
Sudah terbayang keenakan cendol Pak Leman yang bikin
orang gila bayang. Nikmatnya bila ais yang mencair dalam mulut dengan rasa
lemak manis. Tambah-tambah lagi dalam cuaca yang bahang ini. Fuh, memang syok
tak ingat. Naik meleleh air liur Azura dibuatnya.
Tapi air muka Emey Suhaila nampak kosong. Langsung tidak
menunjukkan sebarang respon. Azura kerut dahi. Dia mula tertanya-tanya sama ada
Emey Suhaila memandang ke arahnya atau pun pandangan kawannya itu sudah lama
tembus ke dinding.
“Ni apahal pula monyok macam tempoyak aje ni? Dari tadi
aku perasan kau senyap aje. Selalunya kau mesti bela si Aya tu bila aku
bertekak dengan dia.”
Senyap. Sedang mata Emey Suhaila masih tidak berkerdip.
Serta-merta Azura buang pandangannya ke bawah seraya merengus geram. Azura yang
panas baran ini memang mudah sangat mahu naik angin. Mulalah hatinya panas bila
cakapnya tidak diendahkan. Bertambah-tambah bahang pula rasanya bilik yang boleh
dikatakan besar itu tapi sekarang sudah terasa macam duduk dalam kotak mancis.
Sempit lagi panas.
‘Ceh, melayang rupanya otak dia. Buat penat aje aku cakap
berbuih-buih tadi!’ getus Azura lantas tangannya pantas mencapai bantal di
sebelah lalu dicampak ke arah Emey Suhaila yang asyik termenung. Memang itulah
habuan yang Azura akan beri jika buat dia sakit hati. Tidak kira apa yang mampu
dicapainya pasti Azura akan baling ke arah orang itu. Kalau kena tu nasiblah.
Siapa suruh buat Azura marah.
Azura capai satu lagi bantal setelah Emey Suhaila masih
tidak tunjukkan respon walaupun bantal yang dibaling Azura sebelum ini jatuh ke
riba Emey Suhaila. Malangnya, bantal kedua yang dilontar Azura pula sekadar
jatuh ke lantai.
‘Cis! Tak kena pula!’ Azura makin panas hati. Cepat-cepat
tangannya genggam apa saja yang ada di sebelahnya. Tapi kali ini terasa ringan.
“Alamak! Tinggal selimut aje?” Azura merungut. Namun dia
tidak putus asa. Selimut pun jadilah untuk menjadi senjatanya dan kali ini
mesti mengena. Azura angkat tubuh dan berdiri atas lututnya. Selimut yang
dipegang diperkemaskan. Sasaran dikunci lalu selimut itu dilontar sepenuh
tenaga dan ia mengena tepat ke kepala Emey Suhaila.
“Yes! Yes!”
Azura gembira sakan apabila melihat Emey Suhaila tersentak sebaik selimut itu
jatuh ke kepalanya.
Kemudian, Emey Suhaila terbatuk-batuk sambil kalut menepis
selimut yang melekat di mukanya. Bau hapak mula menyerbu ke ruang hidung Emey
Suhaila.
‘Ambik kau! Mesti wangi selimut aku yang dah
berbulan-bulan tak basuh tu!’ Azura gelak dalam hati melihat gelagat Emey
Suhaila yang terus kelam kabut membuang selimut Azura dari kepalanya. Makin
ditarik, makin terburai pula lipatan selimut itu membuatkan muka Emey Suhaila
lama tertutup dek selimut hapak itu.
“Apa kau buat ni? Busuklah. Buek!” omel Emey Suhaila
geram setelah membuang selimut itu jauh dari tubuhnya. Renungan yang tajam
dilemparkan ke arah Azura di depan. Kalau pandangan Emey Suhaila itu macam anak
panah, sudah lama ia tembus ke dahi Azura. Padan muka Azura yang sesedap rasa
saja menghadiahkan selimut busuknya kepada Emey Suhaila. Kalau wangi semerbak
bau mawar pun, Emey Suhaila tak sudilah.
“Kau tu yang berangan sana... berangan sini sampai aku
cakap pun kau buat tak tahu. Aku cakap dengan kau, bukan dengan dinding!”
bentak Azura semula. Hatinya yang berguling-guling ketawa melihat gelagat kalut
Emey Suhaila kini panas kembali.
“Mana ada aku berangan!” betah Emey Suhaila tidak setuju.
Rambutnya yang kusut disisir dengan jari.
“Kalau tak berangan, ke mana otak kau dah melayang?
Telinga kau tu pula dah lama tak korek ke dah hilang kat tempat lain? Berbuih
aku cakap dekat sini, kau boleh buat tak tahu aje. Macamlah aku cakap dengan
patung. Dahlah tunjuk muka toya macam tempoyak basi tu. Tak selera aku nak
tengok tahu.”
Emey Suhaila mengherotkan bibirnya. Sakit hati Emey
Suhaila mendengar cakap Azura yang sesedap mulut saja bila bercakap. Kalau ada
cili dekat bilik ini, sudah lama Emey Suhaila cili mulut Azura itu cukup-cukup.
“Ini semua kau punya pasal la!” Emey Suhaila menyilangkan
tangan dan terus lontar pandang tepat ke muka Azura. Kali ini renungannya lebih
tajam. Azura dapat merasakan aura tidak baik muncul dari pandangan Emey Suhaila
itu.
“Kenapa aku pula yang kau salahkan? Apa kena-mengena aku
dengan muka tempoyak basi kau tu?” balas Azura selamba. Jangan harap Emey
Suhaila boleh takutkan Azura dengan pandangan matanya yang setajam mata pisau
itu. Sedikit pun Azura tidak takut.
Walau mata Emey Suhaila keluar api membara sekalipun,
Azura tidak hairan. Azura bukan budak kecil lagi dan ini bukan cerita komik
yang mata Emey Suhaila betul-betul boleh panah api atau laser ke arah Azura.
Setakat renungan Emey Suhaila yang bermata agak sepet, tiada apa yang perlu
dirisaukan Azura. Azura boleh beri pandangan lebih dahsyat lagi dengan mata
bundarnya itu.
‘Tempoyak basi... tempoyak basi. tak habis-habis dia kata
muka aku tempoyak basi. Berilah gelaran lain pula, Macam kek coklat ke, kek
cawan yang comel ke. Sedap sikit nak jamah!’ Rungutnya lalu tayang muka
bengang.
“Adik kesayangan kau tulah. Menyakitkan hati betul!.”
“Adik aku? Bila mak aku lahirkan adik?” Azura
terpinga-pinga. Jarinya diketuk ke bibir sambil memandang ke atas. Seingat Azura
dialah adik paling bongsu dalam keluarga. Tidak pernah pula Azura dapat tahu
yang dia punya adik. Adik mana pula ni?
“Jangan buat tak tahulah! Adik Putri Qistina kau yang
baik hati sangat tulah!”
Terjahan Emey Suhaila itu telah menjawab soalan yang
berlegar di benak Azura. Tapi Azura masih keliru.
“Bila pula si Putri Qistina tu jadi adik aku? Dia
bukannya keluar dari perut mak aku. Mak dia dengan mak aku lainlah.” Bersahaja
balasan diberikan Azura. Kemudian dia tersenyum nakal.
Emey Suhaila menjeling. Sebal di hati mengenang sikap Putri
Qistina tadi semakin tebal ditambah lagak Azura yang sekejap melenting tidak
memasal, sekejap berloyar buruk yang entah apa-apa.
“Apa kena dengan dia? Kau dah tegur diakah? Bila kau
jumpa dia? Tadi ke? Apa reaksi dia lepas tu?” soal Azura bertalu-talu sambil
melompat ke katil Emey Suhaila dan terkebil-kebil di depan muka Emey Suhaila.
“Kau dah berkawan dengan diakah?” tanya Azura lagi, teruja.
Emey Suhaila hela nafas panjang perlahan. ‘Ish, cepat
betul sikap budak ni berubah. Ni yang terkelip-kelip depan muka aku ni buat apa
pula?’
Emey Suhaila menolak muka Azura yang merapatinya.
Kemudian Emey Suhaila alih posisi duduk, menjauhi Azura yang tiba-tiba saja
teruja memacu soalan yang bertubi-tubi kepadanya. Panaslah duduk dekat-dekat
ni. Rimas.
“Hei, cakaplah. Kau dah tegur dengan dia kan. Mengaku
ajelah. Takkan dengan aku pun kau nak berahsia. Dia tu bukannya lelaki yang kau
nak berahsia sangat. Lagipun, kan aku yang kenalkan dia pada kau. Takkan dengan
aku pun kau nak menyorok.”
“Hah! Sebab tulah semua ni salah kau! Sibuk sangat nak
aku berkawan dengan budak pekak tu! Ish, jangan cakap pasal dialah. Sakit hati
aku ni tahu!” Sakit betul hati Emey Suhaila mengenang sikap Putri Qistina.
Kalau ikutkan marah, mahu saja dia tarik baju Putri
Qistina tadi. Lepas tu sembur budak sombong itu cukup-cukup. Tapi disebabkan
mereka di perpustakaan, tambahan lagi dua orang pelajar yang memandang baik
pada Emey Suhaila juga ada di tempat itu, Emey Suhaila pendam saja rasa marah.
Azura pula tidak sudah-sudah menyoal. Jari Azura pula
asyik mencucuk tubuh Emey Suhaila. Sudah rupa Rogayah pula Azura ini sekarang.
Itulah, pantang jumpa Rogayah mesti hendak bertekak. Padanlah perangai mereka
pun sudah jadi dua kali lima. Tidak tahan Emey Suhaila dibuatnya. Serabut
betul.
“Eh, tadi kau juga yang mula cerita dulu. Kosngsilah
sikit cerita...”
Pada mulanya Emey Suhaila memang malas mahu buka cerita.
Lagi dikenangkan sikap Putri Qistina, lagi Emey Suhaila sakit hati. Tapi
disebabkan sudah rimas dengan tindakan Azura yang asyik tonyoh tubuh Emey
Suhaila, terpaksalah Emey Suhaila mengaku. Mungkin kalau Emey Suhaila bercerita
dapat melegakan panas dihatinya.
“Adik kau tu sombong yang amat tahu tak? Geram aku tengok
perangai dia. Ada ke patut aku tegur dia, dia boleh buat pekak telinga aje.
Bukan sekali dua tapi banyak kali pula tu. Sakit hati aku ni tahu. Muka ni dah
rasa tebal semacam, dah macam muka tembok aje aku rasa.” Emey Suhaila luahkan
geram sambil jari telunjuk Emey Suhaila menunjuk ke pipi.
Mata Azura terbelalak. Tidak percaya. “Kau biar betul?
Tak percayalah aku.” Azura menepis kata-kata Emey Suhaila tadi ke udara.
“Kan aku dah kata budak tu sombong... korang tak
percaya.”
Emey Suhaila dan Azura menoleh serentak. Tiba-tiba saja
muka Rogayah terpacul di tepi katil Emey Suhaila. Siap sudah duduk bersila
lagi.
“Bila kau ada kat sini? Macam mana kau masuk?” terjah
Azura keras. Jarinya menunjuk ke arah Rogayah dengan muka bengang.
Rogayah tayang muka seposen. Macam tidak kuasa mahu
menjawab soalan Azura itu. “Pintu kau terbuka luas, aku pun masuklah...”
jawabnya mudah.
Azura gigit gigi. Tangan Azura cepat menarik bantal yang
bertimbun atas katil Emey Suhaila lalu dihempuk ke badan Rogayah. “Selambanya
kau jawab soalan aku ya...”
Rogayah lekas-lekas mengelak sebaik melihat Azura sudah
naik tangan sekali lagi. Masakan dia mahu membiarkan penangan tangan sotong
kurita itu hinggap ke tubuhnya buat kali kedua. Sekali itu pun sudah cukup
perit.
Azura sakit hati bila pukulannya tadi tidak mengena.
Tambah sebal bila melihat Rogayah yang tersengih setelah berjaya mengelak
serangannya. Azura juga tidak mahu beri peluang. Walaupun tangan Azura pendek,
tapi Azura masih boleh kejar Rogayah walau ke mana pun dia mengelak. Jangan
harap dapat lari dari penangan Azura. Azura tetap akan kejar sampai dapat.
Suhaila pula yang pening kepala melihat Azura mengejar
Rogayah satu bilik. Lari sana lari sini dari satu hujung ke satu hujung yang
lain dalam bilik itu. Sudah macam main kejar-kejar pula Emey Suhaila tengok. Bergegar
satu bangunan ini dengan tapak kaki mereka. Suara Azura yang nyaring
terpekik-terlolong kerana marah serta tawa Rogayah yang terkekek-kekek bikin
kepala Emey Suhaila makin pusing.
Emey Suhaila capai bantal kepalanya yang paling berat
lantas Emey Suhaila hayun tinggi-tinggi dan dihempuk ke bahu Azura yang
kebetulan berlari di depannya. Rogayah yang dikejar juga tidak ketinggalan,
juga menerima habuan yang sama. Terjelupuk kedua-duanya ke lantai sambil mengaduh
sakit.
‘Ambik kau! Macam budak kecil!’ getus Emey Suhaila dalam
hati.
Azura angkat muka dan memandang tepat ke muka Emey
Suhaila yang melutut atas katil. Di tangan Emey Suhaila masih menggenggam
bantal yang digunakan untuk menghempuk Azura dan Rogayah.
“Apa kena dengan kau ni? Tiba-tiba aje nak pukul aku
dengan bantal kau yang berat macam karung guni lima kilo tu, kenapa?” bentak
Azura marah. Bahu yang terasa sengal diramas dengan jari. Sebenarnya hati Azura
marah sangat sebab hajat mahu memukul Rogayah tidak kesampaian. Sudahnya, Azura
pula yang terima penangan.
Emey Suhaila cekak pinggang. “Patutnya aku yang tanya kau
apa yang tak kena dengan kau ni. Berkejaran dalam bilik ni macam budak kecil
buat apa? Pening aku tengok perangai kamu berdua ni. Pantang jumpa, mesti nak
bergaduh. Macam anjing dengan kucing.” Emey Suhaila geleng kepala, pening
memikirkan sikap dua temannya itu. “Nanti kalau Kak Aini dengan Kak Mas tu
dengar, sibuk dia orang pun masuk bilik ni juga tau. Kau nak dengar ke bebelan
dia tu?”
“Eh, kitorang kan orang... bukannya kucing atau anjing.
Kenapa kau samakan kitorang dengan haiwan-haiwan tu?”
“Itu perumpaan ajelah!” betah Azura cepat lalu tangannya
juga sepantas kilat menampar betis Rogayah. Akhirnya dapat juga Azura hadiahkan
habuannya. “Kau ni belajar ke tak masa sekolah dulu? Budak sekolah rendah pun
tahu perumpamaan tulah.”
Spontan Rogayah menarik betisnya yang terasa perit. Suara
Azura yang kuat itu tidak lagi kedengaran di telinga Rogayah kerana otaknya
hanya tertumpu kepada rasa sakit yang mencucuk-cucuk kulit betisnya. Tamparan
Azura memang perit walau tangan gadis itu kecil macam adiknya yang berusia dua
belas tahun. Tapi kekuatannya, fuh macam pemain bola tampar profesional. Sah
berpetalah jawabnya betis Rogayah dengan tanda merah.
“Sudahlah tu, Zura. Kau ni pun... janganlah asyik marah
Aya aje. Kau buat dia macam dia budak-budak pula,” tegur Emey Suhaila yang
sudah tidak larat melihat keletah kawan-kawannya yang menyakitkan kepala.
Hati Emey Suhaila hari ini sudah cukup sakit kerana Putri
Qistina. Silap hari bulan, Emey Suhaila pula yang mengamuk di situ. Kalau Emey
Suhaila sudah mula mengamuk nanti, Azura pun kalah. Macam Goku, hero super Saya
dalam anime Dragon Ball yang nampak bulan penuh pula nanti jadinya. Tidak
terkawal amarahnya nanti.
“Ah, kau tu asyik nak bela dia aje. Dia ni memang
menyakitkan hati. Mana aku tak naik angin. Tengok muka dia saja dah buat aku
meluat.”
“Alah, kau ni. Janganlah berkira sangat. Dia pun kawan
kau juga. Apa kata kau berbaik-baik dengan Aya ni kalau kau tak mahu aku
sebelahkan dia lagi.”
Azura mencebik lantas bangkit dan ambil tempat di atas
katil. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Sempat Azura melontar jelingan yang
memanah tepat ke mata Rogayah yang terangguk-angguk setuju akan kata-kata Emey
Suhaila. Sukalah tu bila Emey Suhaila asyik sebelahkan dia. Sakit hati Azura
tengok tingkah Rogayah. Sejak Rogayah ada, Azura macam sudah jatuh tempat kedua
pula.
Eh, yang Azura cemburu sangat ni kenapa? Yalah, dulu Emey
Suhaila kan cuma rapat dengan Azura saja. Ke mana Emey Suhaila pergi di situlah
Azura ada. Lagipun, Azura ni kan pelindung Emey Suhaila daripada gangguan
lelaki-lelaki yang tak reti bahasa. Tapi sekarang, Rogayah pula yang asyik
hendak berkepit dengan Emey Suhaila. Mestilah Azura cemburu. Sebab itulah,
Azura hendak sangat Emey Suhaila berkawan rapat dengan Putri Qistina. Jadi,
tidaklah sakit mata dan hati Azura melihat Emey Suhaila berdamping dengan
Rogayah saja. Lagipun, Putri Qistina itu kan anak orang berada. Memang citarasa
Emey Suhaila.
“Dia kawan kau! Bukan aku!” balas Azura lambat. “Sejak
kau berkawan dengan budak ni, perangai kau pun pelik semacam.”
“Pelik macam mana pula?” Dahi Emey Suhaila berkerut tidak
mengerti. Sementara Rogayah sudah duduk menikus di tepi katil Emey Suhaila
sambil melayan muncungnya. Kecil hati agaknya menerima kata-kata Azura yang
tidak pernah menyukainya itu.
“Aku tak percayalah yang budak Putri Qistina tu sombong. Tak
ada pun dalam senarai yang kawan-kawan aku bagi pasal perangai sombong dia tu.
Entah-entah kau pun dah jadi macam si Rogayah ni. Soal budak tu yang
bukan-bukan.” Azura jeling Rogayah lagi. Kalau ikutkan, memang Azura mahu
lontarkan semua kesalahan ke bahu Rogayah.
“Kau ni nak salahkan aku ke nak salahkan Aya tu? Dah berbulan
kau kenal dia takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia sebagai kawan
lagi? Bukannya nak suruh kau pilih menantu...” Emey Suhaila geleng kepala.
Azura tidak menjawab. Pun begitu, dalam benaknya tetap
mencari alasan. Azura sendiri pun tidak pasti kenapa dia tidak suka benar akan
Rogayah. Bukan Azura tidak cuba untuk terima Rogayah tapi memang tidak bisa.
Macam Emey Suhaila tidak boleh menerima Razali, macam itulah Azura tidak boleh
menyukai Rogayah. Mungkin sebab Rogayah rapat dengan Emey Suhaila. Memang sah
kes Azura cemburu ni.
“Aku cuma tanya satu soalan aje dekat dia. Biasalah nak
mulakan perbualan, aku buat-buatlah macam tak pernah nampak dia. Aku
pura-puralah tanya sama ada dia budak baru dekat kolej ni. Mula-mula tu aku
ingat dia tak dengar. Sebab tu dia tak jawab soalan aku tu. Jadi, aku pun tak
adalah kesah sangat. Tapi berulang-ulang kali aku tanya pun dia boleh buat tak
tahu aje. Puas hati?”
Azura terus diam mendengar pengakuan Emey Suhaila.
Rogayah yang tadi monyok juga angkat muka dan terus duduk bersila.
“Dahlah dia boleh buat pekak telinga tiap kali aku tegur.
Tebal muka aku ni jangan cakaplah. Malu macam tak ada hidung tahu. Bila aku tanya
lagi lepas tu dan cuba untuk berborak dengan dia, dia tetap buat tak endah. Aku
tanya nama dia, dia tak jawab. Aku tanya dia tahun berapa pun dia tak jawab. Aku
tanya dia fakulti apa pun dia senyap juga. Soalan-soalan aku tu mengarut ke?
Jangan kata nak jawab soalan aku, muka aku ni sikit pun dia tak pandang. Kerek
betul minah tu!” Emey Suhaila tokok tambah, sengaja dia tidak mahu panjangkan
cerita. Kalau dia cerita perkara yang sebenar, nanti banyak pula komen Azura.
Jadi, biar Emey Suhaila buat cerita yang menonjolkan kedinginan Putri Qistina.
Biar Azura percaya kata-katanya. Cepat sikit habis cerita.
“Entah-entah dia ada sound
trouble kut!” sampuk Rogayah, cuba buat hipotesis. Namun tekaan Rogayah itu
pantas dibantah oleh Azura.
“Ish! Mengarutlah. Kawan-kawan aku tak ada cakap pun yang
budak tu pekak. Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan lagi.”
“Aku agak aje...” Rogayah muncung semula.
Azura menyinga melihat muka Rogayah. Pandai-pandai saja
reka cerita. Mata-mata Azura yang bersusah payah kumpul maklumat tentang Putri
Qistina pun tiada info sebegitu. Rogayah pula yang sesedap mulut saja buat
andaian sendiri.
“Biar betul Ila?” Azura mengalih perhatian semula kepada Emey
Suhaila. Dia masih tidak percaya akan cerita Emey Suhaila tadi. Bukan tidak
percaya akan kedinginan Putri Qistina tapi tidak percaya yang Emey Suhaila akan
ditolak. Gadis paling famous dekat
kolej tak diendahkan? Sukar untuk dipercayai.
‘Eh, apa nak hairan? Putri Qistina tu pun bukannya lelaki
yang nak jatuh hati pandang pertama dekat Ila. Apa yang aku fikir ni?’ Azura
ketuk kepala. Melencong pula fikiran Azura seketika.
“Kau tanya aku, aku dah jawab betul-betul. Kalau kau tak
percaya, terpulanglah.” Mudah Emey Suhaila beri kata putus. Dia memang malas
mahu cerita tentang hal itu panjang lebar. Buat sakit hati bila teringatkan
lagak dingin Putri Qistina.
“Habis tu?”
“Habis tu apa... three!
Malaslah aku nak kejar dia lagi. Kalau dia tu lelaki, naklah juga aku goda.”
“Tak payah kawan dengan dia Ila. Aku sokong! Buat apa nak
kawan dengan orang yang jual mahal macam tu kan...”
“Eh, kau senyaplah!” Cepat betul Azura melenting sebaik
mendengar suara Rogayah sampai ke telinganya. Cadangan Rogayah pula memang
menyakitkan hati Azura, tambahlah marah Azura pada Rogayah.
“Kau memang suka kan kalau Ila tak berkawan dengan Putri
Qistina tu. Bolehlah kau pula yang dekat-dekat dengan budak tu. Lepas tu, kau
kebas pula abang dia. Memang itu yang kau rancang kan.”
“Eh, tak! Tak!” Rogayah gelabah menafikan telahan Azura
tentang dirinya. “Bukan macam tu. Aku tak ada niat pun-”
“Ah! Sudahlah!” Belum sempat Rogayah mahu membela diri,
Azura sudah terlebih dulu memintas. Tidak kuasa dia mahu mendengar alasan
daripada gadis itu. Pokoknya, Azura memang tidak suka Rogayah menyebabkan Azura
selalu berprasangka buruk terhadap gadis itu. Azura kembali memandang Emey
Suhaila. Tidak lalu mahu terus menghadap muka Rogayah. Nanti marahnya pula
makin menjadi-jadi.
“Kau ni... berapa kali kau nak marah Aya? Tak penatkah?” Emey
Suhaila menegur. Letih rasanya lidah dan bibir Emey Suhaila mahu menasihatkan
Azura tapi Azura ni memang tak makan saman. Kalau Azura sudah tidak suka,
harulah hidup Rogayah. Entah sampai bila Emey Suhaila terpaksa melihat dua
kawannya itu bertelagah dan bercakaran tidak habis-habis. Bukan dapat hadiah
pun kalau menang pertengkaran dan yang pastinya akan tewas sudah tentulah
Rogayah.
“Hei, sudah-sudalah kau nak bela dia ni. Sekarang ni
bukan masa nak cerita pasal aku dengan dia ni. Ni, nak cerita pasal kau dengan
budak baru tu. Habis, kau nak lepaskan Putri Qistinakah? Kau nak mengalah macam
tu aje?”
Emey Suhaila jungkit bahu. Malas mahu menjawab dengan
kata-kata. Faham-faham sajalah maknanya itu dan jawapan Emey Suhaila itu
mengundang keluhan Azura bertalu-talu. Bukan tidak sudi, tapi kalau orang itu
yang tidak sudi berkawan dengan kita, buat apa Emey Suhaila pula yang
terhegeh-hegeh.
dah ke� U!h n � � “Apalah yang kau nak
takut? Budak Qistina tu bukannya karnibal yang makan orang. Dia orang biasa
macam kita juga. Ataupun... kau risau maklumat aku salah? Hei, come on lah. Dah berapa kali aku nak
puji diri sendiri. Pelik sungguh bila kau tak percaya lagi cakap aku ni.”
Kertas muka depan yang siap dicetak dibelek-belek lagi
dengan tangan. Lega bila tulisannya nampak cantik tanpa garis-garis pudar.
“Kali ni memanglah budak baru yang aku nak kenalkan tu
perempuan. Tapi aku yakin, berita yang aku dapat ni sahih lagi benar. Si
Qistina tu memang ada abang, cukup semua ciri-ciri yang kau idam-idamkan selama
ni.” Azura menyambung lagi kemudian kembali menghadap kerjanya semula. Muka
depan tadi dikepilkan bersama manuskrip kertas kerjanya yang asal.
Emey Suhaila pula terus monyok. Lantas dia bangun dari
kerusi dan campak tubuh ke katil. Mata Emey Suhaila terus memerhati Azura yang
sibuk mengepilkan muka depan yang baru saja dicetaknya tadi bersama dengan
kertas kerja petang tadi. Sedang otak Emey Suhaila kini masih sibuk
berkira-kira memikirkan soal Qistina.
“Aku bukan apa. Dari cakap Aya nampaknya budak tu tak
berapa nak mesralah. Aku tak mahulah air muka aku jatuh kalau aku tegur dia
nanti dia pula boleh buat tak tahu aje. Rosaklah imej aku...” Emey Suhaila
menuturkan setelah beberapa minit bertimbang tolak akan hal itu.
“Alah, kau tak payahlah percaya sangat cakap kawan kau
yang nama Aya tu. Salah dia juga. Kalau baru jumpa, tak ada pembuka tiba-tiba
dah tanya macam-macam memanglah orang marah. Tu kira nasib baik budak Qistina
tu tak mahu layan. Kalau aku, memang dah kena dah budak Aya tu!” balas Azura
bersahaja sambil tangannya sibuk menggerakkan pad tetikus untuk menutup semua
dokumen yang dibuka lalu komputer riba itu dimatikan. Butang tutup pada badan
pencetak turut sama ditekan. Setelah semua suis ditutup, Azura bangun dari
kerusi. Nota kuliah di celah fail sempat disambar.
“Kau tak cuba berdepan dengan budak tu lagi, mana kau
tahu budak tu sombong? Cubalah dulu. Bukan luak apa pun.” Azura bersuara lagi
sebaik henyak punggung di atas katil dan bersandar ke dinding.
“Eh, kau lupakah yang kau tu kan bakal ratu kolej!
Perempuan yang baik hati dan bersuara emas yang sekali dengar terus jatuh
cinta. Mana ada satu manusia pun yang tak mahu layan cakap kau. Cuba beritahu
aku, pernahkah sebelum ni ada orang yang buat tak layan aje cakap kau?”
‘Betul juga tu!’ Seketika Emey Suhaila setuju akan
kenyataan Azura. Namun tidak lama. ‘Tapi... kalau apa yang Rogayah kata petang
tadi tu betul, macam mana pula?’ Emey Suhaila geleng kepala lalu menekup
mukanya dengan bantal.
“Hah! Tak adakan? Jadi, tak payah nak susah hati sangat
fikir cakap Rogayah petang tadi. Kau cuma perlu tegur Qistina macam kau buat
selalu.”
Emey Suhaila tarik semula bantal yang menutupi mukanya
tadi. Dia menjeling muka Azura dengan hujung anak mata. Tanpa disedari satu
keluhan halus pula dihela perlahan.
“Kau cakap senang aje kan. Kalau kau nak sangat, kau ajelah
yang berkawan dengan dia...” rungutnya perlahan.
Azura alih pandangan ke arah Emey Suhaila. “Aku nak
berkawan dengan dia tu memanglah boleh. Tapi kalau abang dia tu, aku tak
kuasalah. Buat apa... aku kan dah ada abang aku sendiri. Nanti abang Razif aku
tu nak sumbat dekat mana pula...” balas Azura selamba kemudian perhatiannya
kembali kepada nota di tangan.
Emey Suhaila mencebik. Lirikannya serta-merta di alih ke
atas siling. Merenung siling yang putih ditemani tompok sawang hitam di sana
sini. Bantal yang masih dipegang ditekup semula ke muka. Ikutkan hati malas Emey
Suhaila mahu fikir hal remeh itu tetapi entah kenapa hal itu gagal ditepis jauh
dan terus bermain dalam kotak fikirannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















