Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Tuesday, August 27, 2013

Buddyz vs cinta: bab 18


Emey Suhaila tekan kepala dengan jari. Sakit kepalanya mengenang hal Putri Qistina. Lagi-lagi nama Putri Qistina yang Emey Suhaila dengar. Sudah naik berasap telinga Emey Suhaila mendengar kata-kata dan soalan-soalan Azura yang seakan mendesak supaya dia cepat berkenalan dengan Putri Qistina.
Emey Suhaila gosok telinga pula. Panas sehingga terasa mahu bernanah dibuatnya. Buku yang dihadap Emey Suhaila sejak pagi tadi masih di takuk yang sama. Satu butir perkataan pun tidak sempat untuk lekat dekat kepala apabila celoteh Azura terus mengasak gegendang telinganya. Namun Azura seakan tidak kesah akan reaksi Emey Suhaila yang separuh gila tidak mahu mendengar ceritanya lagi. Bibir mongel itu terus becok bercerita.
Pot pet pot pet... bla bla bla...
“Sudahlah tu cik Azura oi...” gumam Emey Suhaila geram setelah sudah tidak tahan lagi mendengar Azura meneruskan ceritanya, diikuti satu nafas dalam yang dilepaskan terus.
Bengkak juga rasa hati Emey Suhaila bila Azura tetap gah berceloteh sejak awal tadi. Hari-hari Azura asak telinga Emey Suhaila dengan bermacam cerita tentang Putri Qistina. Banyak betul kaki Azura itu sehingga ada saja cerita terbaru tentang gadis itu. Memang layak benar Azura jadi pengarah sudut berita kolej.
Saban hari juga Emey Suhaila diaju dengan soalan yang sama buatkan Emey Suhaila mulai lemas dengan persoalan teman rapatnya itu.
“Kau tu... bila lagi kau nak tegur budak tu?” soal Azura mencekak pinggang sambil melirik terus ke mata Emey Suhaila.
Hah, itulah soalan yang acap kali dilemparkan kepada Emey Suhaila dan Emey Suhaila tidak lagi ada kudrat mahu menjawabnya. Tanpa menjawab soalan itu buat sekian kalinya Emey Suhaila hempas mukanya ke atas buku tebal yang masih terbuka. Sudahlah banyak kuliah Emey Suhaila terlepas. Cuti-cuti inilah dia hendak menelaah. Azura pula sudah kembali buka cerita.
Serentak Emey Suhaila lebarkan tapak tangan ke cuping telinga. Letih mendengar cakap Azura yang tidak sudah-sudah bercerita tentang Putri Qistina, anak orang kaya itu. Tidak letih agaknya mulut Azura berceloteh dari pagi hingga ke malam. Tapi Emey Suhaila yang mendengar pula seakan mahu pengsan tidak tahan. Rasa mual, loya, mahu muntah, semuanya ada. Balik-balik cerita pasal Putri Qistina. Sumpah Emey Suhaila betul-betul rasa muak.
Sementara Azura pula terus seronok menyampaikan berita-berita terkini tentang Putri Qistina. Sambil tangannya sibuk melipat kain baju yang berlambak atas katil bujangnya, mulut Azura juga sesibuk tangannya. Bersungguh-sungguh gaya Azura bercerita. Sesekali tangan Azura diangkat ke atas, lagak macam berpidato pun ada.


“Wow! Berita baru!”
Terdengar suara Azura ceria sebaik membaca peti masuk dalam telefon pintarnya. Emey Suhaila seakan dapat mengagak. Tidak ada lain, mesti berita baru tentang Putri Qistina.
“Qistina tu tak duduk dekat kolej. Dia duduk dengan family. Patutlah tak pernah nampak batang hidung dia dekat sini.”
Dah agak dah. Emey Suhaila hempas keluhan. Buku yang dihadapnya sejak tadi, baru hendak beralih sedikit muka suratnya. Tapi nota yang dibuat masih belum penuh satu muka surat. Sekali lagi Azura buka cerita perihal budak yang sama.
Tidak lama, Azura duduk atas katil Emey Suhaila. Duduk menghadap kawannya yang sibuk menghadap buku.
“Alah, tak payahlah nak tunjuk rajin sangat. Kau salin ajelah nota aku nanti. Tak pun, kita buat belajar sama-sama nanti. Aku ajar kau!”
Emey Suhaila mencebir. Takbur saja bunyi cakap Azura. Tahulah dia tu budak pandai. Sekali dengar saja kuliah pensyarah, dia sudah faham. Kalau tidak faham, awal-awal dia sudah menghilang entah ke mana. Pergi mencari pensyarah di bilik mereka untuk bertanya segala macam soalan yang dia kurang faham.
Azura katup buku Emey Suhaila. Kemudian duduknya dibetulkan. “Esok, kau pergilah jumpa dia, tegur dia. Lepas kawan nanti bolehlah kau tahu kat mana dia tinggal. Kenal keluarga dia. Ha, masa tu nanti barulah kau tahu pasal abang dia. Baru kau tahu sama ada cerita aku selama ni betul ke tipu.”
Sekali lagi Emey Suhaila hempas nafas yang kian memberat. Rancangan yang sama juga diatur Azura. Emey Suhaila rasa hairan juga pada diri sendiri. Entah kenapa dia tidak seteruja seperti selalu. Entah-entah hatinya sudah diambila Razali. Sebab tu dia tidak kesah lagi pasal cerita lelaki kaya.
Oh, tidak! Itu mustahil sama sekali.
“Esok lepas pukul sepuluh tak ada kelas kan. So, inilah masa yang paling sesuai untuk kau cakap dengan dia. Jangan tunggu-tunggu lagi, Ila. Nanti melepas kalau orang lain dah kebas dulu.”
“Ish, siapa pula yang nak kebas? Orang lain bukannya macam aku, sibuk nak mencari calon suami pula dekat kolej ni.”
‘Ha, mengaku pun. Ingatkan tak sedar diri!’ desis hati Azura selamba.
“Orang lain aku tak kesah beb. Yang aku risau si Melissa tu. Dia tu pantang juga dengar nama budak baru, lagi-lagi lelaki. Lelaki kaya, bak abang Putri Qistina tu, memang dia akan kejar. Bukan kau tak tahu. Dia buat macam tu cuma nak sakitkan hati kau aje. Semua lelaki yang nak pikat kau, dia kebas dulu. Tak ingat?”
Melissa. Emm... perempuan tu memang selalu cari pasal dengan Emey Suhaila. Kalau dia kebas pun, lelaki-lelaki tu tetap cari Emey Suhaila juga. Kalau hati dah suka...
“Kau dengar tak aku cakap ni? Kau kalah dekat perempuan tu untuk gelaran ratu kolej tu, aku tak kesah. Tapi kau boleh kalah pada dia untuk lelaki idaman kau ni. Penat aku pasang kaki sana sini nak korek cerita budak tu. Confirm si Melissa tak tahu apa-apa pasal abang si Qistina tu. Dia tu pun bukannya bijak sangat. Kalau dia nampak kau rapat dengan Qistina tu pun, bukannya dia boleh hidu apa-apa. Kau tu kan memang selalu layan budak baru kat kolej ni tak kira lelaki ke perempuan.”
Panjang lebar Azura memberi arahan. Sudah lagak seperti pengurus Emey Suhaila pula gayanya.
“Kalau aku nak cakap dengan dia pun, mana aku nak cari dia?” Emey Suhaila akhirnya mengalah. Penat Azura beria-ia aturkan macam-macam, cari maklumat itu ini pasal Putri Qistina untuk dirinya. Em... sekurang-kurangnya, tunjuklah minat sikit.
“Alah, kolej ni bukannya besar sangat. Bukan susah kau nak cari dia. Esok kau ada banyak masa nak cari dia!”
as? A� . u a � �j ecil lagi, tak payahlah nak risau sangat sampai ponteng kelas pula. Aku ada surat MC, ada juga alasan untuk tak datang kelas. Habis tu, kau takkan nak jawab kau jaga aku pula. Bukannya lepas beb!”
“Bukan sebab tu ajelah...” Rogayah menyampuk lagi sebelum Emey Suhaila sempat membalas. “Sebab kau tak adalah, Ila selalu kena kacau dengan budak lelaki yang nama Razali tu...”
Kali ini Azura beliakkan mata mendengar kata-kata Rogayah. Emey Suhaila juga turut membuntangkan matanya ke arah Rogayah sambil gumam bibir geram.
‘Alamak minah ni, nak bocor rahsia aku pula!’ getus Emey Suhaila dalam hati.
“Walaupun aku tak kenal si Razali tu tapi aku rasa aku boleh agak... yang Ila tak datang kelas sebab dia. Bukan sebab kau aje.” Rogayah menambah.
Emey Suhaila cepat-cepat bangun dari duduk dan menerpa ke arah Rogayah. Emey Suhaila tekup mulut Rogayah dengan tapak tangannya sebelum mulut Rogayah yang ringan sangat itu bersuara lagi. Nanti entah apa pula telahan yang cuba dia sampaikan kepada Azura.
“Kau jangan dengar cakap budak ni. Aya ni bukan kau tak tahu... mengarut aje tahunya.” Emey Suhaila cuba bela diri sambil tersengih-sengih. Tangannya terus menutup mulut Rogayah dan sedikit pun tidak membenarkan gadis itu bersuara lagi. Walaupun Rogayah meronta juga Emey Suhaila tidak peduli. Makin kuat Rogayah meronta, makin kuat Emey Suhaila katup mulut gadis itu.
“Razali? Dia kacau kau lagi ke hari ni?” Azura tidak percaya. Sungguh dia terkejut mendengar tutur yang keluar dari mulut Rogayah sekejap tadi. “Kalau dah minah ni pun tahu pasal Razali tu, mesti lelaki tu buat hal lagi kan? Aku dah agak dah!”
Emey Suhaila tersengih lagi serentak melayang tapak tangannya ke kanan dan ke kiri. “Kau jangan dengar cakap budak ni, Zura. Dia ni memang macam paparazi sikit. Macam-macam pula kesimpulan yang dia buat sendiri.”
“Yang kau ni kalut semacam, kenapa?” terjah Azura tidak percaya. Dahinya berkerut-kerut tidak mengerti reaksi Emey Suhaila itu. Tapi kalau boleh, Azura malas mahu fikir banyak. Kepalanya yang masih berat rasa bertambah sakit diasak cerita-cerita itu. “Ah, sudahlah! Aku nak tidur baliklah. Sakit kepala aku tengok kawan kau ni!” katanya terus-terang lalu rebahkan badan semula ke tilam.
Emey Suhaila urut dada seraya hembus nafas lega. Kemudian dia tenung muka Rogayah dengan riak bengang. “Kau ni, janganlah nak cakap sembarangan. Zura tu pantang dengar nama si Razali tu tahu. Dia memang tak suka pada lelaki tu dan benci Zura pada mamat tu lagi teruk daripada aku tahu tak? Naik angin minah tu nanti, kita yang kena tahan telinga dulu!” bisik Emey Suhaila bernada amaran.
Sementara Rogayah hanya beri reaksi terpinga-pinga kerana kurang mengerti pesan Emey Suhaila itu.

Sunday, August 25, 2013

Buddyz vs cinta: bab 17


Emey Suhaila hela nafas panjang. Tangannya tidak henti-henti bermain sudu sambil mengais isi cendol yang masih banyak dalam mangkuknya. Ais yang tadinya penuh juga kini semuanya sudah cair. Malah tidak lagi sejuk seperti awalnya. Namun cerita Azura tentang pelajar baru yang mendaftar ke kolej itu masih belum berakhir.
Ada lagi rupanya cerita dari mulut Azura mengenai pelajar itu. Bukan saja tentang pelajar baru itu, tapi lebih banyak diceritakan tentang lelaki yang kononnya abang pelajar baru berkenaan. Rogayah pula rajin sangat melayan. Musykil juga Emey Suhaila melihat mereka berdua rancak benar berborak. Entah sejak bila pula mereka jadi rapat. Tapi nampaknya Azura tetap seperti biasa. Asyik marah-marah Rogayah bila gadis itu banyak soal. Kasihan Emey Suhaila lihat muka Rogayah yang terkulat-kulat kena marah.
“Hah! Itu dia! Itu dia!” Azura bersuara beria-ia sambil menepuk-nepuk lengan Emey Suhaila. “Itulah dia!” ulang Azura. Namun Emey Suhaila masih buat tidak endah.
Rogayah pula yang menggelabah mencari orang yang dimaksudkan Azura. Dia pandang keliling. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Belakang juga, dia mencari. Boleh kata semua arah Rogayah menoleh.
“Ila, tengoklah! Itulah budak yang aku cakap dekat kau!” kata Azura lagi. Kali ini lebih kuat sambil menunjuk ke arah seorang gadis memakai blaus merah jambu dengan seluar jeans yang baru saja mengambil tempat di bangku di bawah sepohon pokok besar.
Rogayah mengikut arah telunjuk Azura lalu dia terpegun. Matanya cuba dikecilkan, cuba melihat muka gadis itu yang duduk agak jauh dari tempat mereka lepak.
“Wah, cantiknya dia!” Seketika, gadis itu mengeluarkan sebuah buku dari beg dan dibaca sambil menyilangkan kaki. “Bergaya pula tu!”
Azura katup mulut Rogayah yang sudahpun melopong. “Ish, baru tengok perempuan dah melopong macam ni! Apalah kau ni. Harap baju aje dah cantik... tapi perangai tak semenggah kau tu tetap sama,” tegur Azura selamba.
Rogayah hanya tersengih lalu kembali menjamah muka gadis itu walaupun dari jauh. Sambil itu, otaknya pula sudah mula berangan.
‘Kalaulah aku cantik macam tu... kan best. Anak orang kaya pula tu. Perfect! Mesti aku pun jadi pujaan ramai dan dapat jumpa dengan putera idaman aku...’
Melangit angan-angan Rogayah. Kalau Azura dapat baca fikiran Rogayah, pasti Azura pening kepala. Keadaan sekarang bagaikan sudah terbalik. Rogayah pula seakan sudah kemaruk pasang bermacam angan-angan sedangkan Emey Suhaila pula tidak peduli. Sedangkan selama ini Emey Suhaila yang terhegeh-hegeh mencari cinta putera idamannya.
“Apa lagi Ila!”
“Oh, mak!” Tiba-tiba saja Rogayah melatah hingga sudu yang terletak kemas dalam mangkuk di sebelah tangannya terpelanting tinggi sebelum jatuh di depan Azura. Tambah malang, sudu itu jatuh betul-betul atas manuskrip kertas kerja Azura yang baru disiapkan di kafe siber sebentar tadi. Rogayah tergamam berbaur gelabah melihat riak Azura yang terbeliak melihat muka depan kertas kerjanya yang sudah dibasahi sisa cendol.
“Alamak! Maaf! Aku tak sengaja...” pinta Rogayah sambil kalut mengambil sudunya semula dan kemudian cuba membersihkan kertas kerja Azura yang sudah bertompok itu dengan jari.
Bersungguh-sungguh Rogayah gosok air itu hingga kering. Malang betul nasib Rogayah. Tompokan itu jadi semakin lebar dari sebelumnya. Mata Azura juga makin membulat bikin Rogayah semakin kalut.
“Apa yang buat ni? Dahlah!” Azura tepis tangan Rogayah dari kertas kerjanya. Kemudian Azura menyambar kertas kerja itu dan ditenung lama. Seketika Azura lemparkan pandangan ke arah Rogayah.
“Benda ni nak kena hantar esok tahu tak? Susah payah aku siapkan ni. Senang-senang aje kau kotorkan!” Azura naik berang. Kertas kerja itu dihempas ke atas meja semula lalu Azura peluk tubuh. Tegang riak wajah Azura bikin Rogayah kalut memohon maaf.
“A... aku... minta maaf. Aku tak sengajalah...” Rogayah gelabah lagi.
“Maaf... maaf... itu pun nak tergagap-gagap. Macamlah maaf kau tu boleh ganti kertas kerja aku ni.” Keras suara Azura sambil menonjol kertas kerjanya berkali-kali. “Yang kau pergi melatah tak tentu pasal tadi apahal? Ada bom jatuh ke?” marah Azura lagi sambil mencegilkan mata.
Rogayah terdiam.
“Sudahlah...” Emey Suhaila bersuara kerana tidak mahu lagi mendengar pertelingkahan mereka berdua. Bosan! Mereka berdua ibarat macam kucing dengan anjing, tidak sah kalau tidak bergaduh. Kasihan Rogayah asyik menjadi mangsa amarah Azura yang sememangnya panas baran itu. Silap sikit pun dia sudah melenting.
“Muka depan saja kan yang rosak. Bukan kau tak boleh print balik. Macamlah kau tak ada printer kat bilik...” sambung Emey Suhaila malas.
Azura tidak membalas. Hanya jelingan sempat dilemparkan tepat ke muka Rogayah. Hilang terus moodnya mahu bercerita. Mahu menghadap cendol yang masih berbaki dalam mangkuknya juga sudah hilang selera. Ikutkan hati malas Azura mahu hadap komputer malam ni. Rancangnya balik nanti terus mahu bantai tidur puas-puas sebelum hadap nota-nota yang bertimbun dia perlu baca sebab tidak hadir ke kuliah beberapa hari.
Tapi, nampaknya semua rancangannya itu bakal berubah gara-gara Rogayah yang kalut semacam tu. Kalau sudah menghadap komputer, silap hari bulan tangan Azura pula yang gatal sangat taksub melayari internet. Alamatnya, berjam-jamlah Azura melekat depan komputer.
Seketika kemudian, Rogayah bangun dari duduk. Emey Suhaila tersentak dan hanya memerhati. Belum sempat Emey Suhaila bertanya apa-apa, Rogayah sudah berlalu pergi.
“Eh, kau nak ke mana pula Aya?” teriak Emey Suhaila namun tiada jawapan dari Rogayah yang melulu membuka langkahnya. Emey Suhaila hela satu keluhan halus.
“Lah, merajukkah si Aya tu?” soalnya lagi lalu alih pandangannya ke arah Azura. Sedangkan Azura pula sekadar tunjuk muka tidak endah akan apa yang berlaku sekejap tadi. Soalan Emey Suhaila tadi juga tidak dipedulikannya. Azura terus menungkat dagu sambil tayang wajah keruh, menunjukkan dia masih lagi marah.
“Kaulah ni, berkeras sangat dengan Aya tu!” tujah Emey Suhaila melulu sekaligus mengundang reaksi sepantas kilat oleh sahabatnya itu.
“Eh, apa aku pula?” betah Azura tidak setuju. “Lantak dialah kalau nak merajuk pun, tak ada kena-mengena dengan aku. Kalau dia tak ada dekat sini, lagi bagus! Aman dunia aku!” tambahnya dengan nada tegas.
Emey Suhaila menggeleng. Tapi apa boleh Emey Suhaila katakan jika Azura tidak menyukai Rogayah? Emey Suhaila tidak boleh memaksa Azura. Apapun yang keluar dari mulut Emey Suhaila nanti pasti dibetah gadis itu semula.
Trutt! Trutt!
Azura menyeluk telefon bimbitnya yang bergegar dalam poket seluar jeans. Satu mesej diterima. Dengan malas, Azura membuka kotak mesej tersebut. Serta-merta matanya dibulatkan.
“Hah!” terjah Azura girang dengan senyuman lebar di bibir sekaligus bikin Emey Suhaila bingung. Emey Suhaila nampak air muka Azura yang berubah ketara. Entah apalah berita yang begitu menggembirakan hati kawannya itu sebaik membaca mesej tadi, Emey Suhaila juga tidak sabar mahu tahu. Matanya juga digalakkan, mengikut rentak Azura.
“Aku dah tahu nama dia! Aku dah tahu nama budak baru tu!” Beria-ia Azura menuturkannya kemudian menuding ke arah gadis yang duduk di bawah pohon besar tidak jauh dari mereka. “Eh?” Azura terkejut. Air mukanya berubah lagi.
Emey Suhaila mengikut telunjuk Azura. Kali ini, apa pula yang merubah wajah kawannya itu?
“Apa budak tu buat dekat situ?” Terpacul soalan itu dari mulut Azura. Emey Suhaila juga terkejut melihat Rogayah yang berdepan dengan pelajar baru yang menjadi topik perbualan mereka sejak pagi tadi.
“Ish, nak kacau daun pula budak ni! Dia pula yang terhegeh-hegeh berborak dengan budak Qistina tu! Ceh!” Suara Azura bergetar keras.
“Apa yang kau nak beritahu aku tadi? Apa yang kau dah tahu?” Emey Suhaila menyoal bila dia dapat merasakan kehangatan amarah Azura yang sudah mula meluap-luap. Kalau dibiarkan, boleh berasap kepala gadis kecil molek itu.
“Eh, Zura!” Emey Suhaila mencucuk peha Azura dengan jari berkali-kali setelah soalannya tidak diendahkan.
“Huh?” soal Azura tanpa menoleh ke arah Emey Suhaila yang menyoal di sebelah.
“Apa yang kau tahu tadi?” Emey Suhaila mengulang bersama keluhan yang dilepaskan perlahan. “Apa yang kau nak cakap dengan aku tadi?”
“Oh, nama budak baru tu...” balas Azura acuh tidak acuh.
“Siapa?”
“Putri Qistina.”
“Putri Qistina?” ulang Emey Suhaila. Azura mengiyakan. Namun matanya masih melekat ke arah gerak-geri Rogayah yang lebih kurang lima puluh meter dari tempatnya duduk sekarang ini. Bengkak hati Azura melihat gadis itu berbual dengan Putri Qistina terlebih dulu.
“Mana kau tahu nama dia?” soal Emey Suhaila lagi.
“Huh?”
“Mana kau tahu nama budak baru tu?”
“Kawan-”
“Mana kawan kau tahu?” Emey Suhaila menyoal lagi. Sengaja mahu menarik perhatian Azura kepadanya.
“Adalah...”
Tapi nampaknya usaha Emey Suhaila itu tidak mendatangkan hasil. Lantas Emey Suhaila hempas keluhan. Kali ini lebih panjang. Letih dia menyoal Azura macam-macam. Sepatah dia bertanya, sepatah Azura menjawab. Kalau soalan Emey Suhaila panjang lebar sekalipun, jawapan Azura tetap sepatah kata.



“Kau buat apa dekat sana? Aku ingatkan kau merajuk tadi?” soal Emey Suhaila cepat-cepat sebaik Rogayah kembali duduk bersama dia dan Azura. Sebelum Azura menerjah dengan perasaan marahnya, lebih baik Emey Suhaila buka mulut dulu.
“Taklah. Aku saja nak berborak dengan pelajar baru tu...” balas Rogayah lambat setelah ambil tempat di depan Emey Suhaila semula.
“Apa yang kau borak dengan dia? Kiranya kau dah dapat berkawan dengan dialah ni ya?” soal Emey Suhaila lagi. Tapi belum sempat Rogayah menjawab soalan Emey Suhaila itu, mulut buaya sudah mula mahu menyerang. Azura langsung tidak beri peluang Rogayah buka mulut lagi. Terus saja Azura terkam dengan soalan-soalannya bertalu-talu.
“Eh, apa kau buat dengan budak Qistina tu? Kau sibuk sangat nak berkawan dengan dia sebab kau rancang nak pikat abang dia dulu ke? Kan aku dah beri amaran dekat kau sebelum ni, jangan pandai-pandai nak tunjuk muka dulu. Jangan berangan pula nak pikat abang dia. Aku kenalkan dia tu bukan untuk kau! Jangan kau pula yang nak menggatal.”
“Siapa nama budak tu tadi kau cakap? Qis... Qisti...?” Rogayah berkerut-kerut mahu menyebut nama itu. Rasa tergeliat lidah.
‘Hai, kenapalah orang KL ni nama pelik-pelik. Susah betul nak menyebutnya...’ sua Rogayah dalam hati.
“Qistinalah!”
“Wah, macam mana kau tahu Zura? Hebatlah kau ni...” Rogayah kelip mata berkali-kali. Konon comellah tu.
Namun Azura lontar jelingan sekali lagi. Sedang sebal di hati masih belum pergi. “Hai, duduk tercegat dengan budak tu lama-lama pun nama kau tak tahu?” terjah Azura lagi sambil membuntangkan matanya yang sedia galak.
Rogayah monyok lalu juir bibir. “Tak...” balasnya lambat sekaligus mengundang rasa terkejut Emey Suhaila. Azura pula tidak langsung terkejut. Biasalah tu, Rogayah. Lagak macam semua benda dia hendak ambil tahu tapi bila dia buka mulut saja, jarang ada siapa peduli.
“Budak tu sombong sangatlah. Aku tanya apa pun dia tak mahu layan. Adakah patut dia kata aku ni penyibuk dan kacau dia baca novel cintan dia tu.” Rogayah terus monyok. Muncung sudah mulai panjang di bibir dan menjuir ke depan.
“Apa yang kau tanya dia?” soal Emey Suhaila sekadar ingin tahu.
“Aku cuma tanya nama dia, kat mana dia tinggal, umur dia berapa, tarikh lahir dia bila, berapa adik-beradik dia, kenapa dia duduk seorang aje dekat situ... bla bla bla. Aku cuma nak tahu kalau dia tak ada kawan, aku nak berkawan dengan dia...”
Azura merengus lalu lempar pandangan ke tanah. “Huh, padanlah budak tu marah. Tiba-tiba tanya macam-macam, macam polis soal siasat pesalah pula,” rungutnya perlahan.
Sementara Emey Suhaila sekadar tersenyum sambil menahan tawa yang mula menjolok anak tekaknya. Berjelar juga soalan yang diajukan kepada gadis bernama Putri Qistina itu.



Emey Suhaila tenung buku rujukannya atas meja. Sudah satu jam dia menghadap muka surat yang sama, merenung carta alir yang berselirat atas helaian buku. Namun semua huruf yang tertulis di atasnya bagaikan kabur dalam pandangan Emey Suhaila.
Sedangkan otak Emey Suhaila juga sebenarnya sudah terawang-awang. Kali ini bukan kerana memikirkan tentang lelaki idaman yang masih tidak kunjung tiba, topik wajib yang selalu yang bermain di fikirannya. Bukan juga tentang Razali yang sejak akhir-akhir ini semakin galak mencuri perhatian Emey Suhaila tetapi... entahlah. Emey Suhaila sendiri tidak pasti perkara apa yang terngiang-ngiang di kotak fikirannya sekarang.
Satu yang pasti, otaknya sesak diasak cerita tentang Putri Qistina, pelajar baru yang sibuk diceritakan oleh Azura. Beria-ia benar Azura mahu Emey Suhaila berkawan rapat dengan Putri Qistina hingga tidak putus-putus ceritanya tentang budak itu. Kononnya gadis itu punya abang yang kacak, yang memiliki ciri-ciri lelaki idaman Emey Suhaila. Tapi benarkah?
Emey Suhaila letak tapak tangan bawah dagu. Kemudian menolak kepalanya ke atas. Satu nafas pendek dilepaskan perlahan.
‘Ah, kalau aku tak berkawan dengan budak tu macam mana nak tahu cerita Zura tu betul ke tak kan...’ Emey Suhaila angguk perlahan, setuju dengan pendapatnya sendiri. Tapi hatinya masih lagi ragu-ragu dan bermacam pula soalan yang menerjah benaknya.
‘Tapi... Rogayah cakap budak tu sombong...’ Emey Suhaila hempas keluhan lagi.
“Ila, bila kau nak tegur budak Qistina tu?” Azura menyergah dari belakang.
‘Tengok, baru aku fikir pasal budak tu aje... dia dah mula nak sambung cerita. Pantang nampak bayang aku, mesti nak cakap pasal budak tu. Sampai sergah aku segala. Nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung. Kalau tak, tak pasal-pasal mati terkejut dekat sini. Apalah yang bagus sangat dengan budak sombong tu yang dia beria-ia sangat nak aku kawan dengan budak tu? Ish, musykil pula aku rasa. Memanglah aku suka buat baik dengan budak baru tapi... kalau dia tu sombong, tak mahulah aku. Buat sakit hati aje. Zura ni saja nak kenakan aku ke? Saja nak sakitkan hati aku?’ keluh Emey Suhaila panjang lebar dalam hati.
‘Eh, aku ni apahal pula nak syak bukan-bukan pada Zura. Zura cuma nak tolong kau ajelah, Ila! Kau yang nak sangat lelaki kaya yang kacak macam bintang filem! Kalau aku tak cuba kenal budak tu, macam mana aku nak tahu yang cerita Zura tu betul ke tak. Entah-entah memang betul budak tu ada abang yang solo lagi! Kalau aku tak nak tackle lelaki macam yang Zura cakap tu, tolak tuah namanya tu!’ fikir Emey Suhaila lagi. Spontan satu lagi keluhan dilepaskan buat sekian kalinya.
“Ila!” panggil Azura lagi sambil menepuk bahu Emey Suhaila dari belakang.
“Ya...” sahut Emey Suhaila lambat, pura-pura tidak menyedari teguran Azura sekejap tadi. Emey Suhaila paling muka ke belakang. Melihat Azura kembali sibuk di depan komputer ribanya. Emey Suhaila nampak tajuk kertas kerja yang tertera pada skrin komputer Azura. Itulah tajuk muka depan kertas kerja Azura yang telah comot petang tadi.
Seketika, pintu peti kertas pada pencetak disorong keluar lalu Azura memasukkan beberapa helai kertas di dalamnya. Suara pencetak menghiasi suasana bilik itu seketika.
“Bila kau nak tegur si Qistina tu?” Azura mengulang soalannya kemudiannya seraya menoleh ke arah Emey Suhaila yang masih setia memandangnya. “Kau dah kenal muka dia kan?”
Emey Suhaila gumam bibir. Soalan Azura itu masih belum mampu dijawabnya sedangkan soalan itu jugalah yang asyik bermain di fikirannya sejak awal tadi. Entah kenapa kali ini Emey Suhaila begitu berhati-hati mahu mengenali gadis itu sedangkan dia tidak pernah sebegini teliti. Mungkin juga bukan jodoh mereka untuk Emey Suhaila mengenal rapat dengan Putri Qistina. Sebab itu Emey Suhaila rasa berat hati sangat kali ini. Jauh di sudut hati Emey Suhaila juga tidak sabar mahu mengenali lelaki yang dimaksudkan Azura sebagai abang kepada Putri Qistina. Tapi... apalah angin Emey Suhaila kali ini. Agaknya citarasa Emey Suhaila sudah beralih kepada Rogayah barangkali.
“Kenapa kau nampak ragu-ragu pula ni? Kata nak suami orang kaya. Tak pernah kau bagi reaksi macam ni kalau aku kenalkan lelaki kaya. Dulu bukan main happy sampai tak ingat dunia!” Sempat Azura menyindir. Kertas yang menggelongsor keluar dari mesin pencetaknya dibelek dari atas. Cuba dipastikan dakwatnya tidak tersekat. Lama dia tidak menggantikan katrij pencetak itu. Takut-takut sudah kering pula dakwatnya.
“Baru kenalkan advance sikit, anak Datuk kau dah fikir panjang macam ni. Belum lagi aku kenalkan anak bangsawan ke, anak raja ke. Atau... kau tak percaya yang dia ada abang? Eh, ni Zuralah! Mana pernah berita yang aku dapat tak betul!”
“Bukan macam tu...”
“Habis tu?”
“Aku takutlah...”
Azura bulatkan mata, tidak percaya. “Hello! Telinga aku ni salah dengar ke kau yang buang tebiat?” Azura korek telinga dengan hujung jari.
“Emey Suhaila takut? Tak pernah aku dengar Emey Suhaila takut nak tegur orang. Setahu aku, Emey Suhaila yang aku kenal pantang dengar nama budak baru. Mesti dia sibuk nak menghimpit untuk mencurahkan khidmat bakti dia. Lagi-lagi bila dengar ada budak baru lelaki yang jambu-jambu. Mesti kau dah atur rancngan baik punyalah!” Azura menyindir sambil tersenyum nakal. Keningnya sengaja dijungkit dua tiga kali.
‘Ish, nak perli-perli aku pula budak Zura ni!’ gerutu hati Emey Suhaila. Emey Suhaila lekas-lekas membuang padangannya ke lantai. Sengaja dia tidak mahu melihat riak wajah Azura. Ikutkan rasa, telinganya juga mahu disumbat dengan kapas tebal.
Kedengaran tawa Azura yang terkekek-kekek gelak kecil melihat wajah Emey Suhaila yang sudah kemerahan sedikit. “Apalah yang kau nak takut? Budak Qistina tu bukannya karnibal yang makan orang. Dia orang biasa macam kita juga. Ataupun... kau risau maklumat aku salah? Hei, come on lah. Dah berapa kali aku nak puji diri sendiri. Pelik sungguh bila kau tak percaya lagi cakap aku ni.”
Kertas muka depan yang siap dicetak dibelek-belek lagi dengan tangan. Lega bila tulisannya nampak cantik tanpa garis-garis pudar.
“Kali ni memanglah budak baru yang aku nak kenalkan tu perempuan. Tapi aku yakin, berita yang aku dapat ni sahih lagi benar. Si Qistina tu memang ada abang, cukup semua ciri-ciri yang kau idam-idamkan selama ni.” Azura menyambung lagi kemudian kembali menghadap kerjanya semula. Muka depan tadi dikepilkan bersama manuskrip kertas kerjanya yang asal.
Emey Suhaila pula terus monyok. Lantas dia bangun dari kerusi dan campak tubuh ke katil. Mata Emey Suhaila terus memerhati Azura yang sibuk mengepilkan muka depan yang baru saja dicetaknya tadi bersama dengan kertas kerja petang tadi. Sedang otak Emey Suhaila kini masih sibuk berkira-kira memikirkan soal Qistina.
“Aku bukan apa. Dari cakap Aya nampaknya budak tu tak berapa nak mesralah. Aku tak mahulah air muka aku jatuh kalau aku tegur dia nanti dia pula boleh buat tak tahu aje. Rosaklah imej aku...” Emey Suhaila menuturkan setelah beberapa minit bertimbang tolak akan hal itu.
“Alah, kau tak payahlah percaya sangat cakap kawan kau yang nama Aya tu. Salah dia juga. Kalau baru jumpa, tak ada pembuka tiba-tiba dah tanya macam-macam memanglah orang marah. Tu kira nasib baik budak Qistina tu tak mahu layan. Kalau aku, memang dah kena dah budak Aya tu!” balas Azura bersahaja sambil tangannya sibuk menggerakkan pad tetikus untuk menutup semua dokumen yang dibuka lalu komputer riba itu dimatikan. Butang tutup pada badan pencetak turut sama ditekan. Setelah semua suis ditutup, Azura bangun dari kerusi. Nota kuliah di celah fail sempat disambar.
“Kau tak cuba berdepan dengan budak tu lagi, mana kau tahu budak tu sombong? Cubalah dulu. Bukan luak apa pun.” Azura bersuara lagi sebaik henyak punggung di atas katil dan bersandar ke dinding.
“Eh, kau lupakah yang kau tu kan bakal ratu kolej! Perempuan yang baik hati dan bersuara emas yang sekali dengar terus jatuh cinta. Mana ada satu manusia pun yang tak mahu layan cakap kau. Cuba beritahu aku, pernahkah sebelum ni ada orang yang buat tak layan aje cakap kau?”
‘Betul juga tu!’ Seketika Emey Suhaila setuju akan kenyataan Azura. Namun tidak lama. ‘Tapi... kalau apa yang Rogayah kata petang tadi tu betul, macam mana pula?’ Emey Suhaila geleng kepala lalu menekup mukanya dengan bantal.
“Hah! Tak adakan? Jadi, tak payah nak susah hati sangat fikir cakap Rogayah petang tadi. Kau cuma perlu tegur Qistina macam kau buat selalu.”
Emey Suhaila tarik semula bantal yang menutupi mukanya tadi. Dia menjeling muka Azura dengan hujung anak mata. Tanpa disedari satu keluhan halus pula dihela perlahan.
“Kau cakap senang aje kan. Kalau kau nak sangat, kau ajelah yang berkawan dengan dia...” rungutnya perlahan.
Azura alih pandangan ke arah Emey Suhaila. “Aku nak berkawan dengan dia tu memanglah boleh. Tapi kalau abang dia tu, aku tak kuasalah. Buat apa... aku kan dah ada abang aku sendiri. Nanti abang Razif aku tu nak sumbat dekat mana pula...” balas Azura selamba kemudian perhatiannya kembali kepada nota di tangan.
Emey Suhaila mencebik. Lirikannya serta-merta di alih ke atas siling. Merenung siling yang putih ditemani tompok sawang hitam di sana sini. Bantal yang masih dipegang ditekup semula ke muka. Ikutkan hati malas Emey Suhaila mahu fikir hal remeh itu tetapi entah kenapa hal itu gagal ditepis jauh dan terus bermain dalam kotak fikirannya.
ga� %l k � � ya itu pasti Emey Suhaila akan teruja hingga tidak ingat dunia dan dia tahu apa yang mahu dilakukannya.
‘Tapi... kenapa kali ni lain macam pula reaksi si Ila ni? Dah bertaubat ke buang tabiat?’ Mahu saja Azura lontarkan soalan-soalan cepumas yang bermain di benaknya itu tapi seakan tiada ruang untuknya luahkan.
“Yalah, kalau dia ada abang pun nak buat apa kalau abang dia tu dah kahwin ke... tunang orang ke. Tak ke niaya aku nanti.” Emey Suhaila berdalih lagi. Dia masih sengaja tidak mahu tunjuk minat kali ini.
“Eh, tak adalah!” tukas Azura seraya menampar lengan Emey Suhaila. ‘Pap!’ bunyinya hingga terjatuh fail di tangan Emey Suhaila.
Emey Suhaila menggosok tangannya yang terasa perit sebelum membongkok untuk memungut failnya yang jatuh ke lantai koridor. Sempat dia menjeling tajam ke arah Azura. Namun Azura hanya tunjuk muka bersahaja, seakan tidak rasa bersalah saja rupanya. Geram pula hati Emey Suhaila tengok muka seposen Azura.
“Abang dia tu belum berpunyalah... single and available lagi tahu,” sambung Azura lagi setelah Emey Suhaila sudah kembali tegak berdiri di depannya. “Kalau dah ada orang punya, takkan aku nak bagi dekat kau pula. Ish, takkanlah aku nak susahkan kawan sendiri pula.”
Emey Suhaila diam. Tiada respon yang ditunjukkan.
“Eh, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” sergah Azura kuat bila melihat kawannya itu masih tidak tunjuk minat. Lengan Emey Suhaila ditampar sekali lagi.
Emey Suhaila menjeling dan cepat-cepat sembunyikan tangannya ke belakang. Kalau tidak nanti, tangan Azura yang macam sotong kurita itu asyik hinggap saja ke lengannya. Perit!
“Ya... aku dengar. Cakap sajalah tapi tangan tu tak payahlah merayau,” balas Emey Suhaila sambil muncung ke arah tangan Azura.
Azura terus beria-ia cucuk tangkai hati Emey Suhaila untuk mengenali serta mendekati pelajar baru itu sekaligus memikat keluarga mereka dan seterusnya memiliki abangnya yang kononnya masih teruna itu. Mulut Azura terus berceloteh. Sudah lama juga gadis itu tidak banyak mulut begitu. Begitulah keadaan Azura setiap kali melaporkan cerita. Sekali tengok macam buat pembentangan kertas kerja Sejuta Impian pula. Sedangkan Emey Suhaila sekadar mengangguk, mengiakan cerita Azura dan Rogayah pula, juga terus pasang telinga mendengar perbualan dua kawannya itu walaupun dia sebenarnya tidak berapa faham situasi sebenar.
“Cop!” Lantang suara Emey Suhaila sekaligus mematikan suara Azura yang rancak berceloteh tadi.
“Eh, apa cop-cop ni? Aku belum habis cerita lagilah!”
Mata Emey Suhaila tertancap pada seorang lelaki yang bersandar pada depan sebuah kereta BMW sambil leka menekan dada telefon bimbit di tangan. “Handsome!”
Azura tercengang mendengar perkataan itu keluar dari mulut Emey Suhaila. Lantas Azura mengikut arah pandangan Emey Suhaila yang tidak berkelip-kelip sejak tadi. Azura dapat melihat seorang lelaki berpakaian ranggi di kawasan parkir. Kemudian, Azura beralih kepada Emey Suhaila semula. Melihat Emey Suhaila sibuk membelek dan memperkemaskan pakaian yang dipakainya, Azura mengeluh halus.
“Dah mula dah...” rungut Azura perlahan.
Cermin kecil lekas dikeluarkan dari tas tangan. Gincu merah jambu bersinar dialis pada bibir, diikuti seluruh muka dibelek satu per satu.
“Sebelum aku percaya cerita kau tu, lebih baik aku cuba lelaki yang dah confirm handsome tu! Kaya pula tu. Tengoklah kereta dia tu, gempak gitu!” ujar Emey Suhaila bersahaja lalu dia mula atur lenggang-lenggoknya mendekati lelaki yang dilihatnya tadi. Sambil itu rambutnya yang panjang, ditolak ke belakang gaya model syampu di televisyen.
Azura hanya menggeleng. Lama dia tidak melihat Emey Suhaila berperangai begitu. Kali ini, di depan Rogayah... pelajar baru yang beria-ia Emey Suhaila mahu jaga imejnya. Pasti meloponglah mulut Rogayah kali ini.
Tambah berbunga hati Emey Suhaila melihat wajah lelaki itu lebih dekat walaupun sipi. Memang kacak. Gaya pakaiannya juga up to date. Emey Suhaila beri seratus markahlah.
Emey Suhaila berdehem kecil sebelum menegur. Serentak lelaki itu memandang Emey Suhaila. ‘Fuiyoo! Handsomenya mamat ni! Apasal aku tak pernah nampak mamat handsome ni sebelum ni?’
“Hai...” Emey Suhaila menegur dengan nada sehabis manis sambil terlentok-lentok memandang lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki itu cepat-cepat berdiri.
Yes! Dia mesti syok dekat aku juga ni! Kalau tak, takkan sepantas kilat dia bangun bila aku tegur kan...’ Terkekek-kekek Emey Suhaila ketawa dalam hati. Seronok hatinya melihat reaksi lelaki itu, seperti reaksi biasa yang dilihatnya sebelum ini setiap kali dia menegur lelaki. Bukan senang Emey Suhaila mahu menegur lelaki tahu.
“Ni kereta awakkah? Maaflah ya, saya tumpang duduk tadi...”
Tercengang seketika Emey Suhaila mendengar soalan lelaki itu. Emey Suhaila telan liur. ‘Lah, sengau!’ Lemah lutut Emey Suhaila rasanya kerana hampa.
“Eh, tu bukan kereta awakkah?” Terlontar pula soalan itu daripada Emey Suhaila.
“Eh, bukan. Saya tumpang duduk aje tadi. Saya sebenarnya tengah tunggu kawan saya.”
Serta-merta air muka Emey Suhaila berubah. Melihat gelagat lelaki yang tadinya kacak tergaru-garu kepalanya, Emey Suhaila teringat akan Rogayah.
“Ei, sebiji rupa minah tu!” rungutnya perlahan. Cepat-cepat Emey Suhaila beredar meninggalkan lelaki itu dan mendapatkan kawan-kawannya semula.
“Hah? Apa cerita? Dapatkah kau tackle mamat handsome tu?” Azura terus lontar soalan sebaik Emey Suhaila mendekatinya.
“Ceh, harap muka dengan gaya aje lawa. Kereta tu bukannya kereta dia. Sengau pula tu!”
“Sengau?!” Azura sudah gelak besar.
Sakit hati Emey Suhaila melihat kawannya itu ketawa bagai mahu pecah perut di depan. Rogayah di sebelah juga selamba saja ketawa berdekah-dekah, mengikut rentak Azura. Suka sangatlah tu. Menyesal Emey Suhaila pergi menegur lelaki itu tadi. Buat malu saja. Hasil tak dapat, jadi bahan tawa Azura dan Rogayah adalah.

Friday, August 23, 2013

Buddyz vs cinta : bab 16


Setelah mendengar cerita Azura yang bersungguh-sungguh memperkenalkan pelajar baru kepada Emey Suhaila, Emey Suhaila keluar semula dari dewan kuliah untuk ke tandas. Ingatkan cerita Azura itu sudah berakhir di kaki lima tadi. Rupanya sambung-menyambung, panjangnya bagai karangan. Bermacam idea Azura lontarkan lagak pembantu peribadi Emey Suhaila pula. Terasa kebas telinga Emey Suhaila mahu terus mendengar cerita Azura. Tapi nasib baiklah Azura tidak buka cerita pasal budak sengau itu lagi.
Rogayah pula sibuk bertanya itu dan ini. Semakin lama Rogayah pasang telinga curi-curi mendengar cerita Azura yang terbisik-bisik itu, bertambah ghairah jugalah gadis itu menyoal. Dia juga sibuk bercerita. Mahu berkawan dengan kawan-kawan Azuralah, begitu juga dengan pelajar baru itulah. Katanya mahu menambah kenalan. Hah, kalau Rogayah hendak sangat ambil sajalah! Emey Suhaila sudah tidak peduli. Telinga Emey Suhaila ini juga sudah cukup letih mendengar cerita di kiri dan kanan.
Emey Suhaila hela nafas halus. Dua kali lima saja rupanya dua kawannya itu. Sebaik Emey Suhaila bangun dari tempat duduknya, Emey Suhaila nampak kelibat Razali yang baru masuk ke dalam dewan kuliah. Lelaki itu mula meniti anak tangga menuju ke barisan tempat duduk di atas. Emey Suhaila lekas-lekas lebarkan langkah keluar dewan ikut pintu belakang.
Sementara itu, Rogayah dan Azura masih rancak berkongsi cerita. Padahal Azura bukannya suka sangat bercakap dengan Rogayah tapi kerana Emey Suhaila seakan tidak berminat pula kali ini, terpaksalah juga Azura jawab semua soalan Rogayah itu. Kalau Azura buat pekak telinga dan asyik marah-marah Rogayah, nanti dia juga kena tegur dek Emey Suhaila macam Azura buat salah besar. Hai, nampaknya Emey Suhaila sekarang sibuk sangat hendak menjaga budak Rogayah ni.
“Bila budak baru tu nak masuk, Zura? Aku tak sabarlah nak jumpa dengan dia!” Rogayah tidak sudah-sudah tunjuk reaksi teruja sejak awal. Naik meluat pula Azura tengok.
“Bila budak baru tu nak masuk, Zura. Beritahulah aku!”
Azura menjeling. Ikutkan hati malas dia mahu menjawab soalan Rogayah itu. Kalau dikira, rasanya sudah lima enam kali dia beritahu. Pelupa benar Rogayah ni. Tapi itulah Rogayah, selagi soalannya tidak berjawab, dia pasti akan mengulang soalannya walau berkali sekalipun. Sesak telinga Azura ditujah suara Rogayah yang nyaring itu. Sebab itulah Azura malas mahu berborak dengan Rogayah.
“Ish! Berapa kali aku nak cakap, dia dah masuklah! Dia dah belajar dekat sini dah! Kau ni, telinga letak kat mana?” balas Azura geram sambil menggosok telinganya berkali-kali.
“Hah?! Dia dah masuk sini?” jerit Rogayah ke muka Azura. Matanya terbelalak tidak percaya. “Betulkah dia dah masuk sini?” soalnya lagi.
Azura berpaling ke arah Rogayah di sebelah. Matanya pula dicegilkan dengan riak marah. Mahunya Azura tidak naik angin kerana dia sudah lama bersabar dengan sikap Rogayah yang kecoh tidak menentu itu. Azura sememangnya langsung tidak berkenan. Sudahlah tiba-tiba saja memekik ke telinga Azura kerana begitu teruja. Tambah sebal ada pula tempias hujan yang mengena tepat ke pipi Azura. Bengkak hati Azura bagai mahu meletup ketika itu juga.
“Kau ni kenapa? Excited lebih-lebih ni kenapa?” Bergegar suara Azura menahan marah yang sudah meluap-luap di dada sambil menyapu mukanya dengan tapak tangan. Matanya dijeling ke belakang.
‘Ah, Emey Suhaila dah pasti tiada mahu membela budak Rogayah ni. Biar aku hembur aje budak kecoh ni!’ Lama sudah Azura menahan rasa. Di depan Emey Suhaila, terpaksalah Azura menahan marah. Kalau tidak, dia juga yang tambah sakit hati setiap kali Emey Suhaila membela Rogayah. Hish, memang geram betul hati Azura.
“Kau jangan nak masuk jarum pula ya. Jangan sibuk nak rapat sangat dengan budak tu sebab nak pikat abang dia. Aku dah plan baik punya untuk Ila, kau jangan sibuk nak rampas pula!” Azura memberi amaran.
“Eh?” Rogayah terkejut lalu kalut menafikan telahan Azura tadi. Tidak terlintas di fikirannya mahu memikat lelaki itu. Entah benar atau tidak cerita Azura tentang abang kepada pelajar baru itu, Rogayah sendiri tidak pasti. Kalau benar sekalipun, Rogayah tidak mahu peduli. Niatnya bukan mahu memikat hati mana-mana lelaki tetapi mahu mencari teman. Rogayah cuma mahu mengenali pelajar baru itu dan menjadikan dia sebagai kawan.
“Aku tak ada niat pun nak kacau rancangan kau. Kau janganlah salah faham. Aku cuma nak kawan dengan dia aje...” Rogayah cuba jelaskan.
Namun Azura mencebik, seakan tidak percaya akan penjelasan Rogayah. Puas Rogayah menafikannya berkali-kali tetapi gadis itu terus pekakkan telinga sehinggalah tiba-tiba saja Azura tinggikan suara.
“Eh, yang kau ni sibuk duduk depan aku ni kenapa? Tak ada tempat lain ke kau nak duduk?” teriak Azura kuat dengan nada marah.
Serentak Rogayah turut terkejut mendengar suara Azura bergegar tiba-tiba. Jari Rogayah menggaru kepala.
“Depan? Aku kan duduk kat sebelah... bukan depan.” Rogayah mengomel sendiri tidak mengerti. Sebaik Azura memekik dengan nada marah sekali lagi, Rogayah turut paling ke depan untuk melihat siapakah gerangannya yang dimarahi gadis itu. Tetapi Rogayah tidak tahu siapa yang bikin Azura panas hati sedang boleh dikatakan semua pelajar yang berada dalam dewan kuliah itu menoleh ke arahnya ketika ini. Mungkin tertarik akan suara Azura yang bergetar kuat.
‘Eh, memang aku ke?’ Rogayah menduga. ‘Zura marah aku ke?’ Rogayah terus pandang keliling. Melihat kebanyakan mata tertancap ke arahnya, muka Rogayah tiba-tiba terasa tebal.
“Wei, pekak ke aku cakap. Aku cakap dengan kaulah, bukan dengan tunggul pokok! Dahlah bau gel rambut berkepuk sampai bau tengik. Sakit hidung aku tahu!” marah Azura lagi lalu menghempuk buku notanya ke depan dan mengena tepat atas kepala Razali. Terkejut besar Rogayah melihat gerak-geri Azura tadi dan terus terdiam tanpa kata, walau tadi dia juga yang becok sangat bercakap tidak berhenti.
‘Wah! Ganas juga Zura ni!’ Rogayah terus tergamam. Macam tidak percaya. Lagi ganas perangai Azura rupanya daripada marah-marahnya pada Rogayah selama ini.
“Banyak lagi tempat duduk kat depan tu! Kenapa kat sini juga kau nak menyemak?” Azura terus naik angin tanpa mempedulikan reaksi pelajar-pelajar lain yang sudah mula beromong sesama mereka.
Razali menoleh ke belakang, memandang Azura dengan wajah tenang. “Kenapa, ada masalahkah?” Tenang suara Razali. Tidak sedikitpun dia nampak marah walaupun Azura telah berkasar dengannya tadi.
“Tak bolehkah aku duduk sini? Ada nama orang lain ke dekat tempat duduk ni?” soalnya lagi sambil menyisir rambutnya ke belakang dengan jari.
Rogayah telan liur berkali-kali melihat riak lelaki itu. Tiba-tiba pula jantungnya berdegup laju. Mendengar suara Razali saja sudah cukup buatkan hatinya seakan berdetak kencang. Teringat pula peristiwa Emey Suhaila terduduk dalam pangkuan Razali.
‘Alamak! Kenapa aku rasa macam ni? Ish, tolonglah Aya! Jangan fikir bukan-bukan!’
“Memang tak boleh! Kau duduk dekat sini, ganggu konsentrasi aku aje nanti. Sibuk sangat nak mengacau Ila, sampai aku nak dengar kuliah pun susah!” bentak Azura tegas.
“Kalau kau rasa terganggu, kau duduklah dekat depan. Boleh hadap muka pensyarah puas-puas.”
“Eh, kau ni tak reti bahasa ke? Aku cakap selindung sikit pun kau tak reti-reti eh. Aku tak sukalah kau asyik kacau kawan aku tu! Kan dia dah cakap yang dia tak suka kau, yang kau tak faham-faham bahasa ni kenapa? Blah lah woi!” Azura makin marah. Bukan mukanya saja yang nampak tegang tapi urat sekitar lehernya juga kelihatan tegang macam hampir putus. Namun amarah Azura itu sedikit pun tidak dipedulikan Razali malah dibalas pula dengan senyuman gatal yang pasti tambah membakar hati Azura yang sedia panas.
“Kenapa kau marah sangat ni? Kau cemburukah aku pikat kawan kau tu?” Razali bangun. Mukanya didekatkan ke muka Azura yang menolak kepala ke depan. Sangat rapat hingga cuma kira-kira beberapa sentimeter saja menjarakkan mereka. Rogayah melopong dengan matanya turut sama terbeliak besar. Rasanya Azura dapat merasakan debus nafas Razali yang menerpa mukanya.
“Kau suka aku ke?” Bersahaja soalan itu meluncur dari mulut Razali. Serentak tapak tangan Azura juga pantas menerpa muka Razali dan menolak muka Razali jauh-jauh dari mukanya dengan sekuat hati. Tubuh Razali tertolak ke belakang. Lekas-lekas tangannya menahan meja di belakang agar tubuhnya tidak tumbang ke lantai.
“Jangan nak mimpi! Cerminlah diri kau dulu sebelum mengarut macam tu! Bukan saja muka kau tu aku tak lalu nak tengok, perangai kau pun buat aku rasa nak muntah tahu!” tempelak Azura keras lalu mendengus.
Razali angkat muka lalu masih mampu lemparkan senyuman setelah mendengar bait kata Azura yang pedas itu. Pandangannya beralih kepada Rogayah di sebelah Azura dan ketika itu, Rogayah serta-merta terkedu.
Ada garisan halus kelihatan terbentuk di dahi Razali. “Kau ni pelajar baru ke? Kenapa aku tak pernah nampak kau sebelum ni?”
Rogayah terus terkedu dipanah pandangan mata Razali. Soalan lelaki itu seakan tidak langsung singgah ke telinganya. Entah berapa banyak air liur yang sudah ditelannya tapi tekak Rogayah masih terasa kering.
“Oh, aku dah ingat!” Razali bersuara lagi seraya memetik jarinya ke udara. “Kau ni kawan Ila yang pakai cermin mata tebal dulu tu kan? Yang sibuk nak tahu hubungan aku dengan Ila tu. Betul tak?” tanya Razali tenang.
Rogayah terdiam lagi. Lidahnya terasa kelu mahu menjawab soalan itu. Mahupun mahu meangguk kepala untuk mengiakannya juga Rogayah tidak terdaya. Pandangan mata Razali itu seakan mematikan akalnya dari terus berkata-kata dan mengunci setiap pergerakan Rogayah.
Azura? Sudah tentu gadis itu terbeliak memandang Rogayah. Pecah tembelang Rogayah yang diam-diam menyoal lelaki itu tentang hubungannya dengan Emey Suhaila. Memang Azura mahu naik angin. Tapi lagak Razali lebih menyakitkan hati buat masa ini.
“Emm...” Razali terus leka memandang muka Rogayah sambil jari-jemarinya mengurut-urut dagu. “Boleh tahan cantik juga ya bila kau dah bersolek macam ni...”
Kata-kata yang baru saja keluar dari mulut Razali itu sekaligus membunuh hati Rogayah. Adakah pujian itu ditujukan kepada Rogayah? Rogayah tergamam. Jantungnya kembali bergoncang, malah bertambah kencang.
‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa semacam? Aku... aku... aku sukakan dia ke?’ Rogayah letakkan tapak tangannya di dada. Dia dapat rasakan degupan jantungnya yang kian laju. Hatinya tertanya sendiri, mencari erti rasa yang dialaminya ketika ini. Adakah...
Razali terus tenung muka Rogayah. Lama. Bikin Rogayah semakin tidak keruan.
“Memang cun!” Sekali lagi telinga Rogayah menangkap pujian itu. Serentak debaran di hatinya tambah menggila.
“Hah! Kau nak mengurat budak ni pula ke?!” jerkah Azura tidak senang melihat lagak Razali yang tidak ubah bagai lelaki mata keranjang. Memang patutlah dia digelar Mat Romeo satu Malaya. Sibuk sangat hendak menilik kecantikan perempuan. Hish, sakit hati Azura tengokkan perangai Razali. Rogayah pula dilihatnya kaku macam patung di tempat duduknya.
‘Ish, baru puji sikit takkan dah keras dekat situ!’ Pantas Azura menjeling ke arah Razali semula.
“Kau jangan nak gatal-gatal main drama dekat sinilah! Sini bukannya pentas ke wayang ke yang kau nak tunjuk pro kau tu mengayat perempuan. Aku pun tak ingin nak tengok muka miang kau tu. Sebelum aku naik gila, lebih baik kau berambus!”
Namun jerkahan Azura langsung tidak dipedulikan Razali. Terasa bercakap dengan tunggul Azura dibuatnya. Tambah bengkak hati Azura. Sedangkan Razali masih galak membelek wajah Rogayah dari tadi.
“Cantik memang cantik. Tapi, emm... masih ada yang kurang.” Razali alih pandangannya dari atas ke bawah sedikit hingga ke pinggang. Bibirnya terherot mengikut rentak fikirannya. Kemudian Razali anggukan kepala. “Huh! Kau ni tetap nampak gemuk!”
Tersentap hati Rogayah mendengar kata-kata yang baru saja singgah ke telinganya. Sekaligus hatinya yang tadi mekar kembang kini luluh. Lemah segala urat saraf Rogayah serta merta.
“Eh, kau tak reti bahasa ke pekak? Tak dengar ke aku cakap? Aku kata... kau jangan nak mengada-ngada kacau si Aya ni pula! Pergi duduk jauh-jauhlah! Berambus!” Azura memekik lagi sebaik melihat Rogayah sudah tergamam dengan mata membulat di tempatnya. Sakit jantungnya melayan perasaan marah bila melihat muka Razali. Rasa marah itu terus menganjal dalam lubuk hati. Lebih perit rasanya daripada rasa marahnya pada Rogayah.
Razali tidak pedulikan amarah Azura. Dia terus tersenyum sinis lalu henyak punggung di depan Azura.
“Woi! Aku kata duduk tempat lainlah. Tak reti bahasakah?”
Razali terus buat pekak telinga. Dia keluarkan sebuah buku kecil dari begnya lalu membacanya dengan tenang. Pekikan Azura langsung tidak diendah, bikin Azura separuh gila marah-marah dari atas.
Azura hentak tubuh ke belakang sambil mendengus keras setelah sudah malas mahu bertekak dengan lelaki yang tidak makan saman seperti Razali. Dalam otaknya sudah mula mencatur rencana. Azura sudah hilang sabar terhadap Razali. Kalau Razali tetap mengganggu Emey Suhaila ketika kuliah nanti, secara tidak langsung meragut tumpuan Azura sekaligus, Azura tidak akan segan silu mahu memekik dalam kuliah. Biar pensyarah juga dengar amarahnya. Biar pensyarah tahu perihal Razali yang menyakitkan hati.
Rogayah kuis bahu Azura, setelah lama mereka membisu. Sementara Emey Suhaila pula entah ke mana dia pergi sehingga sekarang pun bayangnya masih tidak muncul. Entah pergi ke tandas atau buat tandas baru, Rogayah tidak pasti. Kuliah yang sepatutnya sudah bermula sepuluh minit lalu hingga kini juga masih belum bermula.
“Apa?!”
Terkejut lagi Rogayah mendengar suara Azura yang keras menyinga sebaik sahaja Rogayah menepuk bahu gadis itu perlahan. Terkedu seketika Rogayah dibuatnya. “Kenapa agaknya Ila tak suka si Razali tu?” bisiknya lambat ke telinga Azura.
Tapi, soalan Rogayah itu terus buat Azura melenting lagi. “Kau butakah? Tak nampak apa dia buat tadi?”
Rogayah melopong sambil terkebil-kebil memandang muka Azura yang merah kerana begitu marah.
“Ila tak suka dengan dia sebab dia tu jantan romeo! Dahlah miskin! Lagak aje macam orang kaya! Macam dia tu hebat sangat, pandai mengayat, konon pandai buat hati perempuan cair. Sudahlah. Kalau setakat poket kosong, perangai pun buruk macam sampah, mengayatlah macam mana pun, siapa yang nak?” balas Azura kuat. Sengaja dia meninggi suara. Biar lelaki itu dengar, biar satu dewan kuliah dengar pun tak apa. Dia puas hati.
Rogayah melopong lagi, tidak percaya dengan jawapan Azura tadi. Nafas Azura juga jelas turun naik. Nampak sangat kawannya itu sedang marah. Mungkinkah jawapan itu benar atau ia sekadar jawapan kerana marahnya yang meluap-luap? Rogayah jeling reaksi Razali yang duduk di depan.
“Ish, dia tak dengar ke apa yang kau cakap tadi?” bisik Rogayah bimbang.
“Ah, biarlah! Lagi bagus kalau dia dengar! Biar dia sedar diri sikit!” balas Azura cepat.
Rogayah terpinga-pinga lagi. Tapi bila Rogayah teringatkan kata-kata Razali yang terakhir tadi, Rogayah juga rasa marah. Tiba-tiba saja hatinya rasa meluat dan setuju pula dengan jawapan Azura tadi. Betul atau tidak jawapan Azura tadi, sudah tidak penting lagi padanya. Memang patut Razali dengar. Biar lelaki itu juga sedar diri, bak kata Azura.
“Huh, aku pun tak suka dengan dia. Mulut dia tu busuk! Kutuk orang ikut sedap mulut aje!”
“Hah, tahu tak apa! Dahlah miang macam pervert!”
Rogayah setuju. Lantas dia angguk sungguh-sungguh. Beria-ia benar dia menyokong semua bait kata yang mula keluar dari mulut Azura bagai keretapi. Sesekali, Rogayah jeling juga ke arah Razali di depan mereka. Sengaja mahu lihat reaksi lelaki itu. Mustahillah lelaki itu tidak dengar suara Azura yang bagai meriam meletup itu jika sudah angin satu badan. Tapi, lelaki itu seakan sengaja pekakkan telinga.
Rogayah juga sudah tidak kesah sama ada Razali dengar atau tidak umpatan mereka itu. Kalau dengar pun, Rogayah tidak peduli lagi kerana kata-kata yang terlalu ringan diucap oleh mulut manis itu sudah buat dia betul-betul kecil hati kali ini. Penat saja dia bersesak-sesak nafas kerana tertarik pada cara lelaki itu. Ah, semuanya buang masa. Jantung Rogayah tidak akan bergetar kuat untuk Razali lagi.
“Apa yang korang berdua bisik ni?”
Terkejut besar Rogayah apabila bahunya ditepuk. Cepat-cepat Rogayah toleh ke belakang dan dia dapat lihat muka Emey Suhaila yang keruh sambil melontar pandang ke depan. Rogayah juga dapat dengar rungutan Emey Suhaila.
“Kenapa dia menyibuk dekat sini?” rungut Emey Suhaila perlahan. “Jomlah duduk kat tempat lain!” Emey Suhaila mengajak lalu dia panjang tangan untuk menyambar beg tangan dan failnya yang ditinggalkan di sebelah Azura tadi.
Tanpa banyak cerita, Azura lekas mengikut rentak Emey Suhaila yang sudah terhentak-hentak bergerak ke barisan depan dewan kuliah. Masih ada beberapa tempat duduk kosong di situ. Rogayah pula terpinga-pinga seketika. Lambat dia bangun dan mengekori kedua-dua kawannya itu.
Henyak saja punggung di sebelah Azura, Rogayah dapat mendengar bisikan dari pelajar perempuan di belakang mereka. Walaupun perlahan, telinga Rogayah yang nipis itu masih dapat dengar.
“Kasihan aku tengok Emey Suhaila tu. Hari-hari si Razali tu menggatal dengan dia. Tapi Emey Suhaila tu lembut hati sangat. Kalau aku, dah lama aku bagi pelempang percuma...” Ada nada geram dalam suara gadis itu, menunjukkan rasa meluatnya melihat sikap Razali yang menjengkelkan.
“Tulah pasal! Aku pun macam tu juga. Kalau aku yang kena, dah tentu aku lanyak dia cukup-cukup. Tapi Emey Suhaila tu suka dia tak? Yalah, kalau dah hari-hari kena tackle... lambat-laun tersangkut juga,” bisik seorang lagi.
“Ish! Tak ada maknanya!” betah gadis tadi. “Kan dah berapa kali dia tolak lelaki tu. Orang lain pun boleh nampak. Tapi si Razali tu yang tak reti bahasa. Asyik ambil kesempatan ke atas Emey Suhaila yang baik dan lembut hati tu. Nasib baik Azura ada. Padan muka si Razali tu kena hamun dengan Azura.”
Seketika kedengaran suara tawa mereka. Rogayah terus pasang telinga. Malah, cuba diluaskan lagi. Namun tiada lagi kata yang sampai ke telinganya selepas itu.
‘Aik, dah habis bergosip ke?’ detik Rogayah dalam hati. Rogayah pandang muka Emey Suhaila dan Azura sekilas. Mereka nampak bersahaja. Mungkin mereka tidak terdengar bisikan gadis-gadis itu atau pun sudah biasa dengan bisikan seperti itu. Apapun sebabnya, Rogayah puas kerana kini semua persoalannya semakin terjawab. Rogayah sudah tahu apa hubungan Emey Suhaila dengan Razali. Malahan Rogayah tahu juga yang Emey Suhaila tidak menyukai lelaki itu dan kenapa Emey Suhaila begitu membenci Razali.
Tapi, tiba-tiba dia berfikir-fikir lagi. Benarkah alasan yang diberikan Azura sebelum ini? Atau kerana sikap Razali yang merimaskan itu yang menjadi penyebab dia ditolak? Ah, kenapa Rogayah beria-ia sangat mahu tahu? Rogayah pula sudah jadi macam pengintip yang mahu tahu semua hal pasal Emey Suhaila. Rogayah geleng kepala sungguh-sungguh.
Pensyarah sudahpun berada di depan dewan kuliah beberapa saat lalu. Rogayah perlu fokus pada kuliah kali ini. Rogayah lekas-lekas keluarkan buku dan pen. Kuliah pensyarah yang sudah bermula di depan cuba diberi perhatian tapi makin banyak pula soalan yang menerjah jendela fikirannya. Sudahnya, semua kata-kata pensyarah seakan dibawa angin dan tidak singgah langsung ke telinga Rogayah.