Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Tuesday, September 4, 2012

'Main' time!!!

Yeeehaaa... plan nak sambut merdeka and tengok filem jepun dekat FINAS tak jadi sebab demam. So, rancangan diubah dengan main aje dekat playground bawah rumah haha dah janji dengan anak sedara konon nak minta dia teman tengok filem. Tapi tak jadi, kenalah tukar plan. Tak habis-habis diorang tanya, bila nak pergi mak usu.. bila nak pergi mak usu? Mak usu dia lak buat derk aje sambil jawab nanti la, panas tu kekeke

Bila dah turun lak, Uda tanya nak naik bas ke? Bas? Nak naik bas ke mana pula ni? Kita tak naik bas la.. kita naik kaki aje. Sebelum terus ke playground, kitorang singgah kedai dulu... beli AISKRIM! haha demam2 pun nak makan aiskrim. Ubat demam and sakit tekak :p

Mula-mula yuri pilih aiskrim choc vanila biasa yang RM1.20 tu aje.. Pastu tengok anak2 sedara semua pilih aiskrim drumstick, wah tak boleh jadi ni. Mana aci aiskrim moksu lagi murah! hahaha Jadinya, yuri pon tukar la biar sama taraf kekeke

Mine is almond flavor... fuuu mesti air liur korang dah meleleh kan. Paling kurang pun mesti dah terliur ler... pastu mesti dah terfikir-fikir and pasang niat nak beli aiskrim lepas ni kan... kan
Saja yuri shot gambar pas nyonyot-nyonyot aiskrim tu sikit keke sebab rasanya macam ni lagi rasa.. nyummmm terasa nak makan aiskrim laaaaa. Ni kalau yuri dok makan aiskrim 1.20 tu mesti lagi terliur tengok aiskrim kon budak2 ni :p

Adik pun khusyuk and syok habis melayan aiskrim dia. Tengok, kamera pun tak mau pandang. Merajuk kut lepas moksu tak bagi dia rasa aiskrim moksu hehe... acah aje

Uda pula pantang yuri angkat kamera and hala kat dia. Mesti control depan kamera... control handsome and posing kekeke Orang yang paling lambat makan aiskrim Uda la... adik pun lagi cepat. Sebabnya dia pilih aiskrim kitkat.. pastu dia sendiri susah nak makan kitkatnya tu. Kit kat tu kan keras sedangkan aiskrimnya dah mencair... kelam kabut ler jadinya sampai comot keliling mulut hahaha sudahnya habis makan kitkat dia, Uda bagi yuri baki kon suruh habiskan sebab tengok adik abang dia dah mula main. Dia tak sabar nak join sekaki la tu. Ceh, dah tinggal kon, baru nak bagi? Mula-mula kata nak bagi kitkatnya sekali hihi... kon pun konlah.. kenyang perut yuri makan aiskrim

Alang pula yang paling awal habiskan aiskrim

 Ok... main time!!!


Budak yang suka memanjat. Mana-mana pun boleh jadi tempat dia panjat... tak kira tempat... tak kira emmm... dia tau sendiri la. Bagi aje kerja apa-apa yang memerlukan panjat-memanjat, memang sesuai sangat kalau tugas tu diserahkan aje kat uda. Selesai!

Tengok ler... siap boleh bagi peace lagi. Orang tengah marah ni, dia boleh posing depan kamera pula... sedangkan moksu dia suruh turun. Tak leh blaaaaaa :p

 Sempat lagi tu pandang kamera.. tak suruh pun hehe moksu saja nak buat bukti tunjuk kat ibu tau

Alang pun nak cuba. Ha, tengok alang guna kemudahan dengan betul. Dia tak main gayut suka hati je tau. Tapi kan... kaki kamu dah jejak lantai le alang. Jap lagi, takleh nak gayut dah lagi... Gi buat senaman tekan tubi la pulak

Tengok apa tu alang??? Tengok awex ehhh hehe

No comments:

Post a Comment