Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Wednesday, September 5, 2012

Mini Rabbit Park

Ni cerita tentang hari Ahad lepas. Kak Mah bawa pergi Giant Shah Alam sebab Kak Mah nak beli bahan-bahan untuk open house. Agaknya Kak Mah pilih sini sebab yuri ajak pergi Mid Valley kut..sebabnya yuri nak pergi tengok pet kat Pets World. Rindu nak gi sana... macam-macam pet yang kita boleh tengok kan.

Kat Giant Shah Alam pun ada mini taman arnab. Kena bayar tau.. sekepala RM2. Tapi tak berapa nak kenan dengan orang yang jaga tu..cam kerek aje. Ingat yuri syok kat dia ke? kekeke ni sape yang perasan ni? cam yuri aje yang tengah perah santan dek nonnnnn...

Rabbit punya pasal... nasib baik rabbit kat sini comel. Teringat kat Adam... rabbit Kak Nonie yang dah tua tu... Dulu masa mula-mula bela, bulu lebat and panjang sampai tutup mata. Rasa macam nak tolong potong aje. Macam mak selalu potong rambut depan kitorang masa kecil dulu, sebabnya tak mau bagi tutup mata. Bila dah tua pula, takde dah bulu tutup mata Adam. Bulu2 dia pun dah mula gugur agaknya haha


Comel tak... comel tak? Rabbit yang ni kecik aje... boleh ambil gambar dengan rabbit tapi yang boleh pegang cuma yang kecik-kecik ni aje. Yang besar takleh keluar kut

 Amboi... syok rabbit tu dibelai alang

 Adik takut benar nak pegang rabbit. Padahal rabbit tu lagi kecik dari dia :p

 Yang Uda pula, dengan semua jenis and warna rabbit dekat situ dia nak bergambar. Hai, Uda ni memang suka posing depan kamera kut ek

 Orang suruh peluk rabbit tu, dia pi letak atas bahu. Sudahnya kena cakar... kekekekekekeke ops, moksu memang suka gelakkan korang hahahahahahaha

Memang tak serik...

Yuri pun nak bergambar dengan rabbit juga. Dapat pula rabbit yang paling baik... diam aje bila kita pegang. Yang hitam kat atas ni ler... walaupun hitam, hatinya baik... cewah! Uda beria-ia nak ambikkan gambar yuri. Berkali-kali yuri kata... belum..belum tiap kali dia klik. Rupanya dah berlambar gambarku dengan mulut melopong dalam kamera tu. Hehe... silap dengar pula. Bunyi fokus and klik tu cam serupa pula :p

Dari taman arnab, main kat playground depan giant pula. Tak boleh jadi ni... tempat duduk penuh. Nak gelongsor sama malu pula ramai orang tengok. Ha, ada game ketuk-ketuk. Seluk-seluk kocek..alamak, takde lima kupang pulak! Hehe dengan muka tak malunya yuri minta kak mah 50 sen nak main ketuk-ketuk... alaaaa, yang main ketuk tikus dalam bebola tu. Tapi yang ni bukan tikus tapi kambing biri-biri lak. Hampeh juga game ni... sebab tukul dia dah lembik. Punyalah beria-ia ketuk, kena tiap bola tu tapi tak ada mata langsung! Apa cer? Alang main pun sama... siap pukul 2x kali untuk setiap bola. Tapi at least alang dapatlah 1 mata... daripada yuri yang langsung tak dapat point. Tak faham langsung! Apapun seronok ler sebab tu ler 1st time yuri main mende tu hehehe

Pastu, kitorang pergi breakfast merangkap lunch kat chicken rice shop. Itupun yuri yang pilih hehehehe diberi kuasa sepenuhnya oleh kak mah sendiri untuk membuat pilihan fuiiiyooo menu pun yuri yang tolong order...lagi dua kali fuiiyoooo itulah tugas yang biasanya yuri elak tapi lagi sekali fuiiiyooooo yuri berjaya buat order tanpa segan silu kekekeke

So, makan time!!!
 Flurrrppp....nyummm..nyummmm


 Tauge tu menu utama Kak Mah... sebab yang lain semua tak makan tauge hehe
dah jadi vegitarian lak Kak Mah

 Fuhhhh licinnnnn!!! Nampak sangat masing-masing lapar :p


Kat Giant pula ada promosi Chipsmore... banyak ler diorang bagi chipsmore kat bebudak sorang sekeping. Yang tua-tua ni jangan harap ler nak dapat... Tak de nyer diorang nak hulur. Nak minta segan keke gurau jer... Diorang siap buat persembahan puppet lagi. Kebetulan pula masa kitorang ada kat situ, lagi sepuluh minit aje show nak start. Kak Mah sibuk cari barang... yuri pula sibuk dok lengahkan masa sebab nak bagi budak2 tu tengok puppet show. Yuri pon nak juga try tengok. Tak pernah tengok puppet show hahaha kantoi ler yuri dok citer kat sini.

Banyak pula mende yang yuri tak pernah buat and dah lama tak buat, dibuat pula dalam beberapa hari ni. Berbaloi... memang berbaloi. Seronok...memang seronok. Happy... memang happy. Life is extremely wonderful... its just different from your own of view.

No comments:

Post a Comment