Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Monday, September 3, 2012

Cerita raya: episod 3

Habis plan beraya rumah sedara-mare, raya ke-3 kitorang pergi mandi-manda lak.. macam bese ler. Hutan Lipur Gunung Lumut ni dah macam jadi destinasi yang hampir tiap2 tahun kitorang singgah. haha pelawat tetap ni. Tapi tahun lepas rasanya kitorang tak mai sini pun..sampai tahun ni, terpinga2 bila sampai. Sunyi aje, tak macam selalu kitorang datang MESTI ramai orang punya.

Rupa-rupanya dah tak ada siapa yang dok jaga tempat ni. Sampai ke tandas pon tak ada air... pastu siap mangga lagi! Perggh... parah nak salin baju ni!

Kitorang pun tanpa fikir banyak terjun aje dalam air... dah sampai berbatu-batu jauhnya takkan nak patah balik kut hehe


 Iqwan pun ikut style along saiful baring dalam air...



Baru aje badan nak sejuk, tiba-tiba muncul dua tiga ekor kera, beruk, babun dan spesies2nya yang yuri pun tak tau apa sebab rupa macam sama tapi lain.. alah, setakat 2-3 ekor... kitorang relaks aje. Terus main air macam biasa. Family lain yang datang sama pun buat derk aje... huh, kitorang pun makin confident la. Tapi... lepas dah sekumpulan besar yang datang siap dengan baby dia lagi, pastu bunyi nyaring lak tu.. mulalah kitorang panik. Kak Mah dah mula panggil anak2 dia yang main dekat dengan hutan seberang tu and suruh diorang naik. Tak berani dah nak mandi manda.. ceh, kacau daun aje... ke kitorang yang kacau tempat dia ek hehe

Dulu masa Perhutanan jaga tempat ni, tak ada kera2 ni... sekarang ni, bebas melata pulak diorang. Pas kera2 ni ambil alih sungai tu, kitorang cuma dapat perhati dari atas aje la. Tengok mana diorang ni nak pergi. Sempat lagi cari kutu tu!


Ingatkan diorang tak seberang sungai. Kalau diorang nak seberang, memang bole aje. Batu kan banyak. Tak lama pastu tiba-tiba datang sekor beruk ke apa tak tau la dari tak jauh dari tempat kitorang duduk and terus aje bongkar tempat buang sampah. Besar ooo. Ketua diorang la kut. Datang aje ketua ni, beruk and kera2 lain pun beramai-ramai melompat atas batu tok seberang sungai.

Huaaa apa lagi. Paniknya jangan cakaplah bila dah makin banyak spesies tu dekat sekitar situ. Dekat pula tu dengan kitorang. Dari plan nak mandi manda, dah jadi macam ekspedisi menghalau kumpulan kera dan beruk lak... hero-hero keluarga Kak Mah kan ramai hehe... Abang Ipin pula dah jadi ketua untuk menghalau ketua spesies beruk diikuti oleh 3 orang hero junior dia... gedang gedung ketuk tong sampah dengan kayu. Nasib baik tak kena kejar balik dek spesies tu fufuuh.

Pas habis kera and beruk2 tu cabut lari, kitorang main air ler balik. Lebih kurang setengah jam lepas tu kot, diorang datang balik. Haishhh... tak habis lagi rupanya. Habis makanan orang dia curi... seb baik kitorang punya selamat. Nak dijadikan cerita lagi, kitorang dah jadi macam penjaga pulak kat situ. Memekik kat orang suruh jaga makanan diorang, beri amaran bagi pengunjung2 yang tak sedar akan kehadiran pencuri makanan tu... pastu tak habis2 menghalau. Letih.. tapi tu semua kerja hero-hero la... kitorang yang perempuan and budak2 ni, duduk and makan aje kekekeke bila nampak kera, cepat-cepat sorok makanan dalam beg

Bila nak jalan ke kereta tu, Iqwan pula tunjuk berani bila nampak kera-kera tengah tunggu kat atas. Hep..hepp..hep dengan mengitaikan tangan dia haha berani sangat la budak kecik ni.

Kalau yuri tau tandas bermangga, sah-sah yuri tak mau main air sama. Lagi rela pegang kamera aje and jaga makanan yang kitorang bawa. Masa mula-mula cuma tau tak ada air aje, sebab ada notis depan laluan ke tandas... tak perasan la pula pintu tandas tu memang dah bermangga. Sedar tu pun masa nak salin baju.. bila dah menapak sampai pintu toilet tu, confirm ler nampak mangga besar tu huuaaaahhh mana nak salin baju ni??? Budak2 senang ler. Yang besar-besar ni, terpaksalah jadikan surau sebagai tempat persalinan walaupun terpampang notis 'jangan salin baju di dalam surau' dekat depan pintu. Nak buat camne? Takkan nak balik basah2 kut. Surau dia pun dah macam tak terjaga dah... memang tak ada orang lagi kut.

On d way balik, kitirang singgah makan kat Marrybrown. Budak2 pula memang tak lepaskan peluang main dekat Playland. Tak penat ke apa... serius gelap tempat ni. Mak usu pun join sekaki main baling-baling bola. Nak main gelongsor dah tak layak lagi kan... entah-entah nak masuk lubang tu pun tak muat :p



Along Saiful pun jadi sasaran dek serangan budak-budak ni. semua baling bola kat dia.. yang Iqwan pula, diri paling dekat dengan Along. Tapi bola yang Iqwan baling tak satu pun kena kekeke

Oh, habis dah episod kali ni... letih lak jari ni menaip. Kalau ambil test menaip, entah-entah fail ni. Lambat tapi laju sikit dari siput la :p

No comments:

Post a Comment