Jumaat malam yang lepas, bersamaan 14 Disember 2012 berlangsungnya majlis aqiqah dan cukur jambul anak buah baru yuri, iaitu Arai atau nama penuhnya Riyadh Iskandar pasa usia 9 hari. Perggghh nama macam nama panglima pula ek. hehe. Yuri sampai kampung malam sebelumnya. Hari jumaat tu memang dah tunggang langgang juga la rumah. Banyaknya barang sana sini... bilik yuri pon dah confirm jadi setor. Kerusi meja pun sumbat sama dalam bilik sebab nak clearkan ruang tamu kan. haha.
Alhamdulillah majlis malam tu berjalan dengan lancar dan ramai tetamu sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan majlis. Memang penuh ler rumah kitorang malam tu. Rezeki baby agaknya. Insya-allah. Arai pun macam tau jer, baik je dia tidur masa cukur jambul tu. Yuri lak macam biasalah diberi tugas merakam video masa majlis tu. walaupun sakit perut yang amat, ku gagahi juga. cewah! Yang paling bestnya.. ni first time ler, yuri pon dok cukurkan jambul baby hehe. sebelum ni, anak sedara yang lain tak berani den.
Juadah malam tu pun boleh tahan banyak... dengan kambingnya, lembunya, sayur ler... parents papa Arai pun ada sediakan ikan keli. Lepas tu ada pula tambahan ulam dan macam-macam lagilah. Tu tak masuk kuih-muih yang ditempah dan disedekah...memang rambang mata ler nak makan. Alhamdulillah....
Bila dah habis majlis, tetamu pun sikit-sikit surutnya... apa lagi kalau bukan mengemas. Pejam celik pejam celik dah dekat tengah malam rupanya. Kitorang ramai2 satu family ler yang kerja mengemasnya. Cuma kakak sulung yuri aje yang tak dapat balik. So family dia aje ler yang tak ada T_T
Kemas punya kemas, lebih kurang pukul 1 pagi kot baru siap... sambil2 tengok maharaja lawak mega kekeke... episod best pulak last week kan, musical theme. Emmm... my favorite theme tu. Lawak habis ler... yuri paling suka performance shiro malam tu.. hehe first performance kan, sebelum majlis aqiqahnya mula. Go orang Kluang, keep the good work! hehe
sempat lagi tu...
esoknya pula, pagi-pagi yuri dah kena bangun. Nak naik bas lik KL kol 7.30pagi... pergghh. Mau tak letih. Dalam bas bantai tidur jer la! Ikutkan memang tak mau balik terus.. letih ma, penat semalam tak habis lagi. Jangan kata semalam nyer penat, penat berkejaran khamis lepas pon tak surut mana. Tapi sebabkan yuri ada kelas sabtu tu, sayang pula nak ponteng kelas. So, korbanlah sikit kan. Kelas actually mula jam 2. So, yuri memang plan nak pergi cari photo paper sebelum gi kelas tu. Lepak makan-makan sambil study balik last topic yang dah hampir nak lupa hehe... and paling tak bestnya, rasa cam berjanggut aje nunggu bas nak lik ke cheras. perggghh lebih kurang 2 jam tu tunggu. sampai rumah memang tengah azan maghrib ler. sedih dan kecewa betul. ni semua bukan komplen tau.. takat ngadu jerk haha.
Hai... tulah lumrah hidup. Asalkan selamat sampai.. alhamdulillah ^_^
Malam tu pula, sibuklah yuri dok print gambar Arai... edit video itu dan ini... emmm arai..arai... giliran kamu pula yang ambik masa moksu yer....
Pages
Hi pembaca semua!!!
Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.
Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.
Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm
Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.
P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.
Terima kasih (^^,)v
No comments:
Post a Comment