Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Friday, August 31, 2012

The Game

Korang tengok tak cerita  The Game semalam. Yuri pun tertengok secara tak sengaja.. keke dari awal sampai ler habis cerita tu. Menarik juga drama tanpa skrip ni.. apa ke nak dipanggilnya tu, di belakang tabir ler kot. Pelakon2 dia kata drama ni dilakonkan spontan tanpa skrip. Tapi mesti ler jalan cerita tu diorang tau. Payah gak apa nak berlakon spontan..kalau yuri, dah menangis aje ler kat situ. sebab cerita ni psiko... pergghhh dasat juga la ketensionan tengok jalan cerita dia semalam.

Drama ni bahasa cina, mandarin ke kantonis yuri tak pasti sebab yuri bukannya faham. yuri cuma baca subtitle dia aje hehe... yang buat tensionnya bukan cerita tu tak best tapi PSIKO tahap gaban ler kata orang. Kisah dia tentang 10 orang sahabat yang dah dianggap keluarga sebab diorang sama-sama dibesarkan dekay rumah anak yatim kat Bukit Larut. emmm...cantik tempat ni. Macam nak pergi aje tok ambik gambar hehe... ops, sambung cerita. Bila masing-masing dah besar, diorang ni buatlah reunion kat rumah anak yatim tempat diorang membesar tu. tapi reunion tu dah berubah jadi siri penyiasatan nak cari sape pembunuh kawan2 diorang yang tak datang sama. Camne nak datang kan, sebab dah kena bunuh. Cuma seorang ni (yuen) aje yang tau pasal kes-kes tu.

Tambah serabut, cara pembunuhan diorang ni sama macam lukisan yang diorang pernah ramai-ramai lukis masa kecik dulu. Katanya masa kecil dulu, diorang ni selalu kena buli. Jadinya diorang pun pakat ramai-ramai lukis cara nak bunuh orang jahat. Pastu pula, diorang ada angkat sumpah... akan sehidup semati. Fuiiiyo

Empat orang dah terbunuh, sama seperti lukisan yang dilukis diorang sendiri. Tinggal ler 6 orang dekat reunion tu, yang masing2 berbalah dan menuduh sesama sendiri. Masing-masing dok check beg masing-masing sebab nak cari bahan bukti kononnya. Sudahnya diorang jumpa pisau dalam beg abang. Argghhh tension. Apa lagi, bertekak lagi la. Malam tu juga, kawan diorang yang paling tua, yang diorang panggil abang ni pula yang dijumpai mati berbungkus. Makin kelam-kabut ler senario dalam rumah tu. Dah ler telefon tak leh pakai. Fufuh! Yang tinggal sekarang, akak (digelar sebagai akak), Mui, Yuen, May dan Lok. Ramai dah suspek Lok ni yang pembunuh... sebab Lok tak bagi orang check beg dia. Sebab tu aje? Yuen syak kat Mui sebab dia yang kena serang masa sebelum sampai rumah tu..seorang diri. Jadinya dia seorang yang tak tahu yang mana beg abang. Kononnya pembunuh tu sengaja nak letak senjata dalam beg orang lain tapi termasuk pula dalam beg orang yang akan mati seterusnya. Pening tak pening korang baca cerita yuri ni hehehe...

Dari awal cerita pun yuri tak rasa yang Lok tu pembunuh walaupun orang lain asyik tegaskan macamlah dia tu yang pembunuh. Cuma yang tak fahamnya... apasal ler dia bawa pepijat dalam beg dia? Dah macam ciri pembunuh pula ni. Mula2 yuri syak yuen tu pembunuh tapi tak ada siapa pula yang syak lelaki ni. Watak dia ni nampak pelik sikit.. sungguh mencurigakan. Pastu tiba-tiba rasa Mui pun ada kemungkinan jadi pembunuh sebab watak sedih dia tu. Emm... pembunuh macam ni mestilah psiko kan and Mui tu nampak macam stress aje. Emmm musykil...musykil.

Masalahnya, May tetap agak Lok tu pembunuh. Dia bagi cadangan kat semua orang yang tinggal supaya ikat orang yang diorang syak sebagai pembunuh. Sudahnya dia yang kena ikat sebab semua orang tuding jari kat dia. Lok pula nak tolong jaga May. Maybe dia syak antara Yuen dan Mui tu pembunuh kot. Adeh...lagi ler yuri rasa memang antara diorang tu ler pembunuh. Kalau Lok pembunuh, masakan dia nak teman May, lepas tu bunuh May kan. Terang-terang ler orang syak dia nanti!

Nak menambahkan serabut, memang May yang terbunuh lepas tu. Lok sedar-sedar aje tengok May dah terbunuh dengan banyak pisau yang masih terlekat dekat belakang dia. Pergghhhh! Confirm la dia juga yang jadi suspek. Pembunuhannya tak habis dekat situ... time diorang bersatu sekejap untuk mencari pembunuh sebenar, emm.. masa ni pembunuh tak muncul. hehe... fikir punya fikir, diorang masih tak dapat selesaikan masalah ni. Pastu tetiba aje Mui, Lok dan Yuen tertidur sebab makan megi yang dicampur ubat tidur. Tinggal akak sorang aje. Hah, masa nilah akak kena bunuh dekat bilik yang sama May dibunuh. Pastu, Lok pula kena ikat dekat bilik yang sama. Sedar-sedar aje dia tengok akak dah mati dalam satu peti. Tapi kenapa dia sorang aje? Mana Mui and Yuen? Hai.. makin tinggi syak wasangka yuri kat budak dua orang tu!

Yuri dah makin stres dah lepas Yuen selamatkan Lok, tiba-tiba abang muncul balik. Aik? Bukan abang dah mati ke? Macam mana... emm abang ke pembunuh? Rupanya abang dah berpakat dengan Mui untuk rancang kematian abang. Kononnya nak cari pembunuh. Sudahnya, Mui pun sama syak abang yang bunuh kawan-kawan lain sebab kenapa abang tak muncul san tolong diorang masa pembunuh tu datang? Mesti la sebab abang tu la pembunuhnya. Pastu diorang gaduh ler lagi... and sekali lagi, disuruh memilih orang yang diorang syak pembunuh. Masa diorang nak tuding aje tu, tiba-tiba pula lampu terpadam. Bila terang balik tengok abang pula yang dah kena tikam. Wahhh ni sape punya kerja ni?

Mui sekali lagi syak Lok pembunuh. Keadaan jadi makin tegang..sampaikan Lok tiba-tiba rebah ke lantai sebab terlampau tertekan agaknya. sedar-sedar aje dia dah ada kat hospital. eh? Histeria ler kawan ni bagitau pasal ada pembunuhan dekat Bukit Larut dan nak report polis. Tapi menurut polis tak ada mayat yang dijumpai. Nama mangsa yang disebut Lok pun dah mati 2 tahun lepas. Al kisahnya, rupa-rupanya Lok memang terlibat dalam pembunuhan bersiri dekat rumah anak yatim tu dua tahun lepas. Tapi dia amnesia iaitu hilang ingatan akibat gegaran otak. Bila ditunjuk artikel tentang pembunuhan tu pun, dia tak kenal mangsa-mangsa dalam gambar. Yang selamat dalam pembunuhan tu, cuma dia yang hilang ingatan dan Mui yang koma.

Hal yang berlaku semalam tu adalah rancangan saudara terdekat dan kawan mangsa untuk mencari pembunuh sebenar dan diorang memang syak Lok sebab dia selamat walaupun cedera parah masa pembunuhan tu. Tapi sebabkan dia hilang ingatan, polis pun tak dapat nak sabitkan kesalahan sebab tak cukup bukti.

Lastly, Lok kembali ke rumah anak yatim sekali lagi. Dia cuba ingat sikit demi sikit sampailah dia teringat lukisan diorang masa kecil dulu dekat dinding. Masa diorang angkat sumpah tu... sebelum tu diorang lukis gambar sendiri kat dinding. And diorang angkat sumpah depan gambar tu. Lepas dia koyakkan kertas yang tertampal atas dinding tu, huuuu terkejut. Gambar-gambar diorang tu dah dipangkah-pangkah... tanda, diorang dah selamat dibunuh. Cuma satu lukisan aje yang tak terpangkah. Teka siapa?

Yuen! Jeng jeng jeng. Rasanya Yuen ni dah memang psiko sejak kecil kot... ntah ler. 'Kan kita dah janji sehidup semati'. Tu la klu yang dia beri setiap kali dia membunuh. Agaknya dia ingat semua orang dah mati, jadi lepas tu dia pun bunuh diri kut. Itulah ceritanya... walaupun banyak persoalan yang masih tak terjawab, lakonan diorang ni memang berkesan ler. Stres yuri tengok :p

Cuma, tak ada siapa yang tahu Yuen tu yang pembunuhnya... T_T

3 comments:

  1. Salam yuri.. (minat kwon yuri snsd)? he8 nak naik bpeluh saya sebab nak cari org tulis tentang cerita The Game ni, susah bebenor......... akhirnya jumpa entri awak ni. TERBAIK! saya pun naik amuk juga sebab Yuen yang rancang pembunuhan ni, tapi camna ek dia mati? kalau ingat scene lepas, Yuen tu pekerja teater kan> kemudian dia rancang nak buat cerita tentang kisah dorang kisah 10 org, rupa2nya kisah tu dia bunuh org. Tapi abang dia tahu atau tak? hurm....... lagi satu, macam mana Admin tahu ayat Yuen untuk bunuh org "sehidup semati"? atau saya terlepas pandang. apapun cerita ni memang seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe (bkn sebab minat yuri snsd tapi chinen)
      oh, yuri xtau lak pasal yuen mmg rancang nak wat teater pasal kwn2 dia. tp yg yuri tau pasal 'sehidup semati' tu.. kan kwn baik yuen tu siasat psl kes2 tu. dia yang dok kumpul kod y pembunuh tulis setiap kali bunuh mangsa. bila diorang selesaikan kod tu sama2, diorang dpt jwpn 'sehidup semati' tu. kalo x silap, gitu ler. sebab cerita ni pun dah psiko, kiter yang tgk pun serabut sama haha tp xada sape pon yg tau yuen tu bunuh kecuali Lok. dia hbs camtu aje bila Lok dpt tau. Macam mana yuen mati pun dia x tunjuk rsnya... sebab yuri cuma perasan yg kwn2 dia yang plan lakonan semula tu kata yuen dah mati. sebab tu diorang syak Lok yang bunuh

      Delete
  2. Sy br tgk..coz t'trk dgn THE GAME 2,tp xjmpa lg dvd dia..so tgk THE GAME je la dlu..sy still t'tnya2,gmbr last 2 gmbr spe..lps bca entri yuri br sy fhm pic lukisan t'akhr 2 yuen upanya,ingtkn lok..

    ReplyDelete