Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Saturday, September 1, 2012

Cerita raya: Episod 2


Makan time!!!

Raya tahun ni terasa lebih meriah... banyak rumah yang kitorang ziarah, termasuk ler rumah Tok Wan abang Wan dekat Ledang. Nak dicerita pasal jalan sesak... masa balik kampung dari KL, jalan clear tak sesak langsung. Tapi dekat kampung pula yang sesak. Tapi alhamdulillah jalan ke tol Ayer Hitam tak sesesak macam tahun2 lepas. Tahun2 lepas lagi berpeluh oo nak sampai kan ke tol tu fufuh!

Yang bestnya lagi, tahun ni kitorang pakat dengan semua adik beradik nak tidur kat rumah Busu kat Melaka. Pergghhh rasa macam miracle. Dah lama keluarga kitorang nak bermalam dekat sini... and semua adik-beradik cukup pula tu. Memang penuh ler rumah Busu... kecohnya jangan cakap la.

Pagi2 pula berebut bilik air dengan anak2 sedara.. hehe... macam tak matang aje bunyinya kan. Alah, dengan mak sedara mana lagi yang korang boleh gaduh, boleh berebut kalau tak dengan mak usu ni keke


Ha, gambar raya tahun ni besar sebab tambah mak-mak sedara, ayah-ayah sedara, sepupu-sepupu and anak2 sepupu. Ini pun belum lengkap lagi.. family kitorang aje yang dah lengkap hehe... Tapi sayang tak sempat nak ambik gambar family masa raya pertama. Gambar ni masa raya kedua... Guys, kita ambik masa raya haji nanti la eh ^^,

Tahun ni, dua anak sedara yuri nak ambik exam besar punya... sorang nak ambik UPSR, sorang nak ambik PMR. Yang nak ambik PMR tu lahir betul-betul masa yuri nak ambik UPSR dulu, yang nak UPSR tu pula lahir tahun yang sama yuri ambik PMR. Hehehe ajaib tak? :p

No comments:

Post a Comment