Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Saturday, September 1, 2012

JAPANESE FILM FESTIVAL is back!

Plannya hari ni nak ke Panggung Mini P.Ramlee untuk tengok tayangan percuma bahasa Jepun, 'The story about me, my family and my dog'. Tapi badan rasa tak sihat. And terasa malas sangat nak travel ke Ampang tu... Nak pergi majlis kahwin kawan sekolah pun nampaknya tak berkesempatan... tahniah Melin! Selamat pengantin baru!!! ^^, tak taulah kau baca ke tak wish aku ni... sebab yang aku tau, kau tak tau pun kewujudan blogku ini :p

So, cerita the story about me, my family and my dog akan ditayangkan sekejap aje lagi. Lebih kurang jam 3pm. Huuuhuuu selamat menonton ler tok sape yang pergi. agak-agak sensei yuri ada tak kat sana ek hehe

Ni nak habaq mai ni... korang pernah dengar tak pasal Festival Filem Jepun kat Malaysia ni? Yuri pun baru la ni tau hehe... sebelum ni pernah dengar citer pasal Yattaman dan Gantz dok tayang kat KL...tapi tak tau la sempena festival ni ke apa. Yang yuri tau, yuri tau sebab join kenkawan yang minat kumpulan Arashi, jpop idol tu. Dah member arashi tu yang jadi hero cerita2 yattaman and gantz, of course ler yuri tau. Tapi tak pergi tengok pun hehe Khabarnya masa cerita Gantz tu keluar panggung tahun lepas, ramai peminat Arashi aje yang pergi tengok. Ada yang siap bawa uchiwa lagi. Gempak!

Korang tau ke uchiwa tu mende? alaaa.... masa korang sekolah dulu pernah tak nampak budak pompuan sibuk mengipas masa perhimpunan? alaa....yang macam kipas bakar sate tu.. tapi dia dibuat dari plastik or pvc bukan dari daun cam kipas bakar sate tu. Rupa dia aje yang lebih kurang. Uchiwa yang budak2 ni bawa masuk panggung bukan uchiwa biasa tau. Uchiwa yang ada gambar arashi ler, yang kebanyakannya diorang beli masa open order concert goods arashi. Alamak..banyak lak membebel pasal uchiwa ni...hehehe marah budak2 tu kat yuri nanti hehehe jangan mare ehhhh

Yang  paling bestnya, masa filem tu ditayangkan juga dah jadi maca reunion peminat2 arashi lak hehe... mesti happening la kalau dah kumpul ramai-ramai tu. Festival tahun ni kalau tak silap tak ada filem lakonan diorang ni. rasanya yuri nak tengok salah satu filem la... emm cerita Ninja Kids ok tak hehe.. macam menarik hiaaagggghhhhh!!! Lagipun panggung yang tayang filem2 ni dekat aje dengan kelas... mesti pergi ni.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal festival ni, filem apa yang diorang bawa masuk tahun ni, dekat mana nak tengok, emm boleh ler layari website jfkl. Harga tiket murah dari biasa ooo...

No comments:

Post a Comment