Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Sunday, September 9, 2012

Korea Trip: Day 1

Annyeonghaseyo!!! Woah... ni trip bulan Mac lepas tapi baru la ni rajin nak upload sini ek hehe... wah wah wah sekarang ni ramai eh orang gi Korea.. tak tau ler pengaruh drama Korea, Hallyu star ke atau tarikan oleh KTO sendiri... yuri pun memang terkesan sama ler. Asalnya, kawan yuri (cik Khai) yang dok mengajak... pastu terus aje yuri kata 'ok!' haha gitu ajelah kisahnya. Kitorang gi lone ranger berdua je.. perghhhh memang berani :p tapi kalau korang nak tau, dekat setahun kitorang dok plan itinerary pas li tiket flight tu

Tema trip kitorang masa tu ialah... jeng jeng jeng lokasi-lokasi yang berkait dengan Super Junior dan 1bak2il hehe... alah, program 2days 1 night yang femes kat KBS tu. Tak lupa juga set penggambaran drama wahhh memang kes pengaruh drama korea juga ni. Masa sampai tu, fuuhhhh mulut memang berasap. 1oC woo.. mahunya tak sejuk. Tambah-tambah berangin, ggggrrrr gigil.

Lokasi pertama kitorang, Full House!!! Ops, sebelum tu.. kena la beli T-money dulu. T-money ni korang boleh beli kat mana2 aje convenience store cam family mart, GS25, etc. Korang leh guna T-money ni tok naik subway, bas, tren, taxi and mana2 aje yang ada logo T-money ni ler. Loker pun boleh. Masa nak beli T-money ni ler kitorang terserempak dengan sekumpulan budak lelaki ni...yang tetiba aje dok tegur, 'eh, korang tau ke apa yang korang beli ni?'. Oh, orang Malaysia juga rupanya. Terkejut yuri tapi yuri wat derk je sebab dok fikir apa yang staff kedai tu dok explain kat kitorang. Dah cashier tu cakap hanguk, pening gak ler nak faham haha

Nak ke Full House ni, kitorang naik teksi je terus dari airport. Beg BESAR kitorang nak ler bawak.. tinggal je kat tempat simpan beg. Teksi kat platform 7C (teksi bandar Incheon) kat passenger terminal. Mahal jugak arrr naik teksi nak ke Sammok Pier. Kalau tak silap ingat 35000 won...fuh, cuba convert jadi RM. Adeh, tak pernah yuri naik teksi mahal camni T_T Korang boleh jer kalau nak save naik ler bas kat Unseo, kalau tak silap bas no. 201

Dah sampai Sammok Pier, aduhhh makin sejuk. Dah menggigil dah ni. Khai yang pakai jaket tebal pun sejuk apatah lagi yuri yang setakat pakai light sweater..grrr. Ingatkan nak jalan tengok2 dulu tapi sebab dah chilling, kitorang tunggu kat dalam satu pondok kecil. Ramai orang dalam tu... semua mata dah tentu tertumpu kat kitorang sebab kitorang aje orang asing kat situ hehe kitorang pun sebenarnya tak tau apa yang kitorang wat kat situ. nak tanya, tak tau nak tanya sape. Macam tak ada staff pun kat situ. Yang ada pak cik kedai runcit dan orang-orang lain yang kitorang tak tau diorang nak ke mana. Mesti nak kena cakap hanguk gak dengan diorang kan... sudahnya kitorang teka-teka ajelah apa yang tertulis kat board. Baca hangeul memang boleh, tapi tak faham ler apa maksudnya :p

Untuk memudahkan korang yang nak ke sini, meh ler yuri bagitau. Korang cari aje borang can kat bawah ni atas meja dalam pondok tu.


Tak payah pening2 macam yuri dok confuse kat mana nak beli tiket. Dari sini korang cuma perlu bagi borang tu aje kat staf and terus naik feri. Feri tu pergi banyak port. Jangan korang salah turun port sudah la. Sampai kat Sido, kitorang naik bas. Tiket 1000 won. Sekali lagi yuri gelabah.. rasa macam dah jauh bas tu bawa tapi tak tau ler katne nak turun. Dalam risau-risau tu, tiba-tiba aje bas tu berhenti and ajeossi driver bas tu bagitau kitorang "Full House... Full House" sambil tunjuk ke tepi jalan. Oh, ajeossi dah tau la kitorang nak pergi mana hehe

Pastu kitorang jalan kaki aje ikut signboard Full House (ejaan hangeul tau). Alah, tak sampai 2 km...kejap jer. Konon. Lama juga la nak sampai... so, lain kali sewa aje basikal. Dekat dengan tempat kitorang turun bas tadi ada je tempat sewa basikal.

 Ha, pilih... pilih! Yang mana korang nak pergi. Kalau naik basikal, pergi aje dua-dua. Bukan selalu dapat sampai sini pun. Kalau jalan kaki, emm... jalan nak kanan tu lagi sunyi. Kitorang mula2 jalan juga, pastu patah balik sebab banyak hutan. Tak berani dah nak teruskan :p

 Fuiiiiyooooo! Bilik sape ni? nak masuk rumah ni aje dah 5000won ooooo


 Ops! hidden site in Ji Eun's house hehe

 See my light sweater??? Fuuuhhhh I survived with it make me fall even more in love with that sweater haha

Masa nak balik ke Sammok... ha, kat sini ler baru beli tiket. 3600won. Tengah2 tunggu feri tu lak sejuk sangat rasanya walaupun kitorang dok dalam pondok. Pastu nampak lak local people yang beli air panas dari vanding machine. Kitorang pun apa lagi, selongkar beg masing-masing.... seluk kocek tu, seluk kocek ni dok cari coins. Tiba-tiba datang sorang ajeossi ni, emm sebab dia baik, panggil dia oppa la hehe memang dia muda lagi pun lebih kurang 30-an kut. Oppa ni hulur 300 won kat yuri. Alamak! Yuri nampak desperate sangat ke nak cari duit. Blur sekejap tengok muka dia. Rasanya pipi ni dah merah dah... pastu berkali-kali oppa tu gitau 'ambik ler.. pergi beli kopi. sejuk ni.' Agaknya tu yang oppa tu cakap...

Yuri ngan blur pastu ambik aje duit dia tu. Pastu Khai yang pergi beli... malunya jangan cakap la. Ajeossi yang duduk depan yuri tu pun senyum aje...

Ini ler kopi yang oppa tu belanja. Hehehe cik khai pon dok posing sama, kenangan ngan kopi tu. Yuri pon join sekaki pastu walaupun yuri tak minum kopinya. Alaaa... yuri memang tak minum kopi. Walaupun setakat 300won yang kalau diconvertkan ke RM tak sampai seringgit pun, tapi tu ler kenangan paling best, malu and kelakar masa hari pertama kat Korea.

Cerita pasal oppa tu pun tak habis takat situ aje. Pas badan khai dah hangat, kitorang keluar ler konon nak bergambar. Pastu agaknya nampak kitorang dok gilir2 posing and ambik gambar, oppa tu sekali lagi datang dan tolong kitorang ambik gambar. Pastu siap feri yang mana kena naik. Kebetulan ada feri yang sampai, dia yang bagitau jangan naik feri tu. Oppa cakap dalam Korean, kitorang pun main teka-teka aje apa yang dia cakap.

Orang sana memang ramah ler kiranya. Ramai yang tanya tu.. tanya ni nak beramah mesra ngan kitorang tapi kitorang aje yang tak berapa nak tau pe nak jawab. Ada lak... diorang cakap aje walaupun kitorang nak faham. Ntah apa la yang diorang cakap ek...

Kat Sammok Pier, kitorang naik bas ke Unseo (subway) untuk ambik barang kitorang kat airport. Pasni nak check in kat Namsan Guest House lak. Nak keluar stesen Myeongdong sikit punya parah sebab kena daki tangga tinggi. Yuri pun kenalah tolong angkat beg cik Khai sebab yuri bawak backpack jer. keluar aje stesen Myeongdong, kitorang ternampak pula sorang ajeossi jual bungeoppang.. alah, kira macam taiyaki tu. Fuh, nampak cam sedap. Lagi2 makan masa tengah panas lagi time cuaca sejuk ni.

Petangnya pula kitorang join culture experience kat Seoul Center for Culture & Tourism (M Plaza). Kat Myeongdong. Pakej yang kitorang ikut ialah pakej wat kimchi, hanbok and hanji craft (korean paper craft).


 Bila gadis melayu memakai hanbok... senang lagi pakai baju kurung hehe

 Korean paper craft... kitorang kena wat cermin, cam gadis korea dulu2 guna. Yang ajarnya, student Malaysia rupanya. Dah ler yuri suruh dia cakap Melayu hehehe... kelam kabut yuri nak buat benda ni. Masa untuk buat ni suntuk sangat... tengah wat, itu tanggal ini tanggal. Haha makin panik ler

 With our kimchi seonsaengnim...

Ni ler jalan nak ke akademi kimchi tu... emm malamnya pula kitorang jalan2 ke Namdaemun tapi eh, tutup pula. Rasanya dia off hari ahad. Pastu kitorang gi la Myeongdong. Sedih Namdaemun tak buka. Dah sampai Myeongdong, macam pasar malam wooo...sesak! Khai try beli biskut gula yang rupa bear macam dalam manga tu... haha sebenarnya khai terpaksa beli sebab biskut tu patah masa dia belek-belek kekeke Memang rapuh. Jangan ler korang gatal-gatal nak belek yer.. nanti jadi macam cik khai.

Alang-alang dah sampai sini, yuri ajak masuk SPAO..butik yang model2nya artis SMentertainment tu. Everysing pon ada kat sini. So, salah satu misi drama Korea dan Super Junior selesai ^^,

No comments:

Post a Comment