Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Sunday, September 9, 2012

Korea Trip: Day 3

Hari ketiga...fuh, cam kejap aje masa berlalu. Badan letih jangan cakap la...tapi jadual tetap perlu berjalan seperti dirancang hehe bukan senang wooo nak sampai sini. Pagi-pagi lagi pas breakfast, check email and berborak ngan penghuni lain kat situ.. kitorang pun angkut ler beg nak check out. Ops, yuri join orang lain tampal note kat board. Kira cam kenangan dari kitorang la..

Staf Namsan guesthouse memang baik. Dia siap tolong wat phone call tok confirm booking hotel kitorang untuk hari ke 5. Lepas check out, menapak ler lagi ke stesen subway untuk ke Anguk. Kitorang akan stay kat Bukchon guesthouse malam ni. Yeehaaa... merasa ler dok rumah tradisional Korea.

Bukchon GH ni ada 3... sebabkan yuri dah sangat penat, otak yuri pun tak berapa nak betul hahaha sampai kan kitorang sesat nak ke bukchon 3. Padahal kitorang stay kat bukchon 1 and on the way tu dah memang jumpa guesthouse tu. Boleh plak yuri kata eh bukan..kena cari bukchon 3. Dalam itinerary kitorang pun yuri dah tulis terang2 yang kitorang duduk bukchon 1. Masak! Nasib baik ada ahjumma yang baik ni, dia yang tolong call manager guesthouse and dia datang jemput kitorang. Masa pilih bilik pun, yuri salah cakap jenis bilik yang yuri sendiri book. Ops sori... tak cukup rest :p

 Inilah sebahagian bukchon guesthouse... tempat kitorang duduk hari ke3 kat Korea. Yeahhhhh nampak selipar yang berbaris tu? Ha, kitorang kena guna selipar tu kalau nak jalan-jalan dalam kawasan guesthouse ni

Tada!!! Inilah bilik tidur kitorang.. double room with private bathroom. Bilik lain kena guna share bathroom tau. Depan bilik kitorang office, ruang tamu dan dapur. Dalam bilik ni, dia bagi juga external heater... berpeluh juga sampai yuri kena bangun tutup heater tu (ops, jauh pula cerita)... cerita baru nak mula ni

Manager Bukchon, Jen namanya. Sweet orangnya. Orang-orang kat bukchon neighborhood pun baik-baik and ramah belaka. Memang sweet memory la kat perkampungan ni ^^

Letak aje beg, jam dah dekat pukul 10. So, kitorang terus aje keluar ke Geongbokgung sebab nak mengejarkan guard changing ceremony tu. Nak menapak ke subway pun dekat 15 minit. Kalau sesat dekat subway tu, ada aje orang yang tolong walaupun kitorang tak tanya. Nampak aje muka kitorang yang blur, terus orang tolong hehe Nasib baik Gyeongbokgung tak susah untuk dicari. Keluar aje stesen, dah jumpa. And ceremony pun dah nak mula...



 Nampak bangunan2 tinggi tu? Ha, Gyeongbokgung ni terletak tengah-tengah bandar woo... so, dari sini boleh nampak perbezaan culture lama dan moden

Habis aje ceremony, apa lagi. Bergambar ler dengan penjaga-penjaga istana... huuuu muka masing-masing serius yang amat. Senyum ler bagai nak rak kat depa, tak adanya dia nak balas. Gerun rasa nak bergambar sebelah diorang ni. Bukan tak ambik... ambik tapi nak share kat sini segan ler pulak. Yuri aje yang beria senyum lebar. Orang tu tengok kamera pun idak. Haha... dalam hati ni, ketar tau dok sebelah orang serius ni. Macam wat salah plak diri sebelah dia... cik Khai aje yang relaks. Siap suruh yuri dok ambikkan gambar dia dengan guard yang dia kata hensem tu... yang yuri ni dah ketar lutut, ketar tangan... bukan sebab sejuk aje (walaupun yuri dah pakai baju 3 lapis and seluar 2 lapis woo) tapi sebab mata dah betaut dengan guard hensem tu ler...cewah :p

Korang nak tengok guard hensem tu? Meh yuri tunjuk.. berlambak lak gambar dia dalam kamera yuri cik Khai ambik. Dalam kamera cik khai tak ada sebab kamera dia yuri yang pegang.

That guy I told you all tu at the middle. Handsome tak? Hehe... cik Khai suka la tu.

Cukuplah cerita pasal handsome guard tu. Jom masuk tengok dalam! Nak masuk baru beli tiket. Harga 3000 won. Jalan-jalan kat dalam tu... ramai betul tourist tour.. dari China ada, Jepun ada...





*pictures without my signature taken by Khai... also the picture of guardians

Habis menjelajah istana termasuk national folk museum dia.. kitorang jalan ke Ganghwamun Square. Sebenarnya nak menapak ke Cheonggyecheon tapi kenalah lalu sini juga...


 Ini lah kawasan Ganghwamun Square di mana statue Maharaja Sejong dan Jeneral diletakkan kat tengah-tengah antara dua jalan besar ni. Fuh, sesak jalan-jalan ni.

Here we are! Cheonggyecheon... another kdrama set location (IRIS)


Ops! Before we step further... bergambar kenangan dulu kat depan emm... apa namanya ni? Yang yuri pasti... kat sini ler lokasi MV Happiness Super Junior. Happy ler sampai sini tapi nape muka yuri cam tak leh bla... letih wooo sampai nak senyum dah tak larat. Tambah-tambah sendi-sendi kaki masa tu memang dah menunjukkan tanda-tanda sakit... tak tahan sejuk la tu kot.

Jauh juga nak menapak sepanjang stream ni. Panjang juga ek... destinasi kitorang seterusnya nak ke Gwangjang Market... untuk mengisi perut!!!


Habis satu pasar kitorang pusing. Tak tau la nak makan apa... nak makan teobokki, dia jual campur dengan benda tak halal plak... emm kena la cari kedai vegitarian. Lastly, kitorang singgah makan pajeon and we chose gamja pajeon (potato pancake). Ahjumma and ahjeossi memang nampak ramah. Tengok la ahjumma, tiap kali khai ambik gambar ahjumma mesti pandang and try to smile hehe sporting gitu ^^,
Kat sini pajeon ada 3 jenis: gamja, kimchi and seafood. Kitorang makan aje tapi tak minum sebab dia cuma jual tu..dalam botol tu.

Pas perut dah berisi, jalan-jalan lagi tengok pasar basah and pasar kering. Kitorang try beberapa jenis kimchi... ada banyak jenis kimchi kat sini. Ikutkan hati macam-macam jenis kimchi yuri nak beli tapi bila difikirkan begku kecik.. emm, beli sikit aje la.

Sebelum balik, yuri ajak khai makan lagi walaupun perut masing-masing tak adalah lapar sangat. Kan baru makan gamja pajeon tadi. Tapi saja nak try bibimbap dalam mangkuk besar tu pula... macam best lak tengok orang lain makan. Dah ler sejuk kat luar tu kan...

ahjumma tengah sediakan bibimbap untuk kitorang (bibimbap is mix rice with vegies; sometime it also mix with meat, chicken or seafood)

kacau... kacau. Macam-macam jenis sayur ada dalam ni... yang sebelum ni yuri tak makan pun, sebab dah bercampur aduk ni terpaksa la juga makan haha... dihidangkan bersama sup miso. Kira macam minum air lepas makan nasi ler. Tapi kitorang tak minum pun. sebab tak sure apa ada dalam sup miso korea...

Sambil kitorang melayan makanan kitorang, telinga pasang juga dengar ahjumma bergosip dengan kawan-kawannya. haha... ahjumma memang terkejut ler bila yuri hulur mangkuk kosong kat dia. Errr... selalunya orang tak habis makan ke???

Ok la... dipendekkan cerita. Pas balik solat, kitorang keluar balik untuk melengkapkan misi yang pernah dibuat oleh Jungmin dalam 2bak1il (yeahhhh bermulalah ekpedisi 2day1night)

*picture taken by Khai
Tapi hujan pula petang tu. Nasib baik Jen pinjamkan payung... tapi kebanyakan masa, yuri cuma pakai hood aje sebab angin kuat. Ramai juga local people yang tolong kitorang selesaikan misi ni sampai ler selesai semua 8 spots... oh tak lupa juga kat dua orang tourist Jepun ni. Kitorang pun asyik terserempak dengan those 2 japense guys kat banyak spot and diorang memudahkan kitorang cari spot yang kitorang nak cari tu. hehe cam ada jodoh :p

yuri share beberapa spot untuk misi bukchon 8 photo spot ^^,


Ni la spot yang paling susah nak cari.. spot 8. Sesat nak mencarinya. Bila kitorang terserempak dengan japanese gus tu, kitorang pun ikut ler diorang tapi lastly ehhhh dah hilang. Pastu kitorang tanya seorang ahjumma ni. Dia sanggup bawa kitorang pergi kedai and minta tolong sape2 yang boleh cakap english. Lepas dah jumpa orang yang boleh tolong baru dia balik... so sweet. Ahjumma tu ramah sangat. Dia siap bagitau (dengan sweet smile dia) yang orang tua-tua kat situ tak tau english. Even tulisan romaji pun kebanyakan diorang tak tau. Kalau nak tunjuk map pun, diorang cuma boleh baca kalau kita tunjuk map or address dengan tulisan hangeul. Ooo gitu...

Spot 8 ni bukan spot terakhir... walau hujan, kitorang tetap redah untuk melengkapkan misi ni. Habis tu dekat malam juga la... langit dah hampir gelap. Kitorang singgah beli limau and epal... pastu singgah lagi ke kedai cenderahati idols. Ahjumma tu memang peramah and banyak cakap hehe... masa dekat kedai tu memang kelakar. biar yuri and khai aje ler yang tau hehehe... mula2 tak rasa nak beli apa-apa tapi sebab ahjumma tu baik hati sangat, siap bagi teh panas and lipatkan kaki seluar yuri (T_T) malunya.... dia kata nanti sejuk, demam. Sudahnya, beli la jugak sikit. Huhu... ahjumma tu cakap tak berhenti... sampai yuri pun pening. Bukan faham semua.. dalam ayat dia panjang2 tu, sepatah dua perkataan aje yang yuri faham. Pastu main agak2 apa maksud dia haha

Masa kitorang nak balik, dia tolong ambikkan gambar kitorang kat depan sekolah dalam drama Winter Sonata... sebelah kedai dia aje. Wow! Lokasi ni tak termasuk dalam senarai pun tapi jumpa juga! Dekat aje rupanya dengan guesthouse.

So, kalau korang sampai Bukchon jangan lupa selesaikan misi 8 photospot tu... gambar map ni yuri ambik kat tourism bukchon ^^


Day 3 berakhir di sini.... malam tu ingatkan nak ke Insadong tapi hujan masih renyai-renyai and kitorang memang dah sangat letih. cik khai pun tidur awal.. yuri lak tengok tv.. kebetulan pula nampak muka Leeteuk kat tv. Apa lagi. Melekatlah terus dengan harapan ada ler muka2 member super junior lain lepas tu hahaha

No comments:

Post a Comment