Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Sunday, September 9, 2012

Korea Trip: Day 2

Plan nak ke namsan tower semalam tak jadi. So, kena berkerja keras di hari kedua untuk menyempurnakannya hehehe Tapi... dua-dua terlajak bangun!!! hahahaha tu la, pas subuh terus bantai tidur balik. Subuh sana awal... rasa macam awal sangat nak keluar

Lebih kurang pukul 9am baru kitorang keluar. Ramai rupanya malaysian yang dok Namsan Guest House ni... Plan hari ni nak ke Nami Island, set penggambaran Winter Sonata tu! satu lagi misi korean drama hehe Orang cakap kalau pergi lewat, ramai orang and kena beratur panjang nak naik feri. Kitorang lak, boleh relaks lagi haha

Mula2 tu plan nak naik bas shuttle tapi dah berbulan website dia tak terima lagi reservation through email. Cuma call aje boleh tapi masing-masing mengelak nak call haha So, sudahnya mengambil keputusan untuk pergi sendiri via subway and train. Korang boleh rujuk map subway kat sini and kira fare korang kat website seoul metro. Senang aje nak plan perjalanan sendiri kalau korang backpacker macam kitorang ni
Korang kena naik subway sampai ke Sangbong and from Sangbong you have to change to train towards Guksu and get off at Gapyeong. The train station link with the subway station.
Dalam subway and train memang banyak kitorang jumpa orang yang gayanya macam nak daki gunung. Bukan orang muda aje. Majoritinya adalah golongan senior. Fuiiyooo! On the way nak ke Nami, memang sejuk. Lagi sejuk dari semalam. Dah terketar-ketar gigi dibuatnya.

Sampai kat Gapyeong station, kitorang terus aje naik teksi yang dah memang banyak kat luar tu. cakap aje nak ke namiseom... tau ler dia. Ingatkan nak naik zipwire ke namiseom.. tapi uhhhh berani ke? naik feri aje la... tiket 8000won. Hehehe... kitorang dapat tarikan daripada staf-staf nami wooo bangga jap pas semua staf cam hepi aje menerima kunjungan orang malaysia ni hehe

bergambar sat kat depan pintu imigresen namiseom sebelum naik feri ^^

 yeah... dah nak berlabuh ke namiseom. Ops... sexy statue



 uwahhh tak leh jadi ni. yuri pon dok conteng juga atas meja tu... betul ke tak bahasa tu, tak tau ler keke


makan time at drama cafe!!! kitorang makan kimchi pajeon and shake lunch box!!! masa makan tu pun ada yang tegur kitorang tu... fuiiyooo terasa cam femes semacam lak keke

 Drama cafe is the only halal restaurant in namiseom. Tapi yang peliknya, diorang ada jual arak beras yang dijual dalam botol juga. Emm... arak beras tu halal ke

 Dekat dengan drama cafe, ada Winter Sonata Gallery. Ambik ler gambar puas2 dekat sini... yuri sekali lagi dok menyonteng wish dekat dinding bila nampak banyak wish tourist lain hehe... nak tayang tulisan yang sikit punya comei tu :p

Ok... kalau nak sembahyang dekat sini ada prayer room. Bukan prayer room yang kitorang jumpa dekat airport semalam. Yang ni betul2 punya muslim prayer room. Korang boleh jumpa bangunan ni dekat dengan galeri winter sonata. So, jom masuk!

 Masuk-masuk aje, korang boleh nampak tangga. And ikut ajelah sign tu... so, jom ke tingkat 2

Bilik solat ada dekat Gallery N. Senang aje nak cari tempat ni... jangan risau. Tapi bangunan ni tak ramai orang. Dah macam penceroboh pula kitorang rasa. Lagi-lagi masa kitorang pergi tu bangunan ni tengah renovation.

Inilah bilik solatnya. Emm... boleh tahan la kan. Arah kiblat pun ada.. siap letak kompas besar lagi kat dalam bilik ni kalau korang rasa musykil.

Jalan-jalan dalam Nami ambik masa lebih kurang 2-3 jam. Rasanya tak sampai 3 jam pun. Lepas Zuhur, kitorang dah keluar dari nami and terus ke apgujeong. Singgah minum kejap kat Kona Beans!

 Yeah!!! Excited... dah sampai Kona Beans. Tu pun nasib baik cik Khai yang jumpa. Yuri yang bawa dia konon nak pi minum kopi dah sesat sampai jumpa sekolah la, apa la... haha
[please refer to my previous entry for direction to here]

 Ha, pasal tu ler excited bebenar. Kona Beans kat apgujeong ni ler cafe yang dibuka oleh mama-mama tiga member Super Junior ni [Leeteuk, Sungmin & Kyuhyun]. Banyak ler koleksi diorang dalam cafe ni... excited :p

Toilet dia pun comel... haha bukan comel apa, note yang tertampal kat pintu toilet tu rasa macam nak gelak pun ada. Kartun dia comel hehehe

 cam biasa cik khai mesti ler nak minum kopi. Yuri pula order hot choc... emm nasib baik cik khai suka minum kopi. Kalau tak, tak merasa yuri nak ke sini tau hehe

Ni ler bukti... cewah... bukti yang yuri dah sampai ke cafe ni.

Pastu kitorang jalan-jalan ke Rodeo Street and singgah jap ke Everysing!!! Yeah... satu lagi tempat bertemakan Super Junior! ahaks... jangan risau cik khai. Tempat 2bak1il akan muncul esok lusa. Kita layan SJ dulu naaa. Mai Eversing ni dengan harapan nak ambik gambar sticker ngan bias. Dah siap hafal lagi pe nak cakap dengan staf dia in case diorang tak tau english kan... tapi mesin tu lak rosak T_T
Kecewanya...

Please refer to my entry about everysing direction^^

Ha, dah sampai ke apgujeong, singgah ler ke SM building. Tapi kitorang tak pergi and terus balik... Malamnya pula, yes berjaya juga pergi ke Namdaemun market. Saja2 tengok... walhal patutnya malam ni dia tutup. Eh, buka pula. So, kitorang pun beli la cenderamata kan.. dan dengan barang2 tu, kitorang angkut naik cable car ke namsan tower. Ini ler cable car ke3 yuri pernah naik pas genting and singapore. Berapa tiket ek.. emm 8000won rasanya for return. Kat namsan tower dah malam dah... fuhhh sejuk yang amat! Berangin sampai menggigil kitorang. Yuri lagi ler... dengan sweater tu huuuuuu jangan cakap ler. Nasib baik stok lemak banyak hahaha

Kat namsan tower, kitorang tengok laser show. 10 minit jer. Itupun dah sakit tengkuk dok mendongak. habis aje show, yuri beria-ia pergi cari mangga untuk tulis wish. Emm... dok baca juga wish orang lain. kalau orang ramai dok tulis pasal cinta ngan couple dia, loving ever after ler kiranya tu... yuri lak, nak tulis tok sape kalau bukan family and kawan2 jer. haha... tak kena tema langsung. Tapi tak pe la... gantung wish tu pun saja2 je... memeriahkan lagi tempat tu :p

Balik tu pula kitorang jalan kaki ke namsan GH. Patutnya 5 minit aje tapi sebab kitorang dah sesat sampai keluar jalan besar, dekat stesen Myeongdong hahaha terpaksalah menapak jauh. Kitorang jumpa kedai cenderahati kat depan namsan GH (main). Owner kedai ni memang baik... siap bagi free gift lagi. Padahal barang yang kitorang beli bukannya banyak... yuri cuma beli sudu dengan sock je. Tapi dapat juga gift hehehe

Ok... Day 2 sampai di sini....

No comments:

Post a Comment