Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Sunday, September 9, 2012

Korea Trip: Day 4

Yo! Pagi-pagi dah keluar naik subway... nak simpan luggage kat Kakao Motel. Patutnya pagi ni nak ke Naksan dulu, sebab cik Khai nak ambik gambar angel picture yang task Seunggi dalam program 2bak1il tu. Tapi sebab yuri terbaca satu blog ni, masa bulan Februari yang gambar angel tu dah kena padam dek orang kampung sebab tak selesa diganggu orang luar. So, plan ke Naksan terus dibatalkan.

Kitorang pun terus ler nak ke Kakao motel. Nak dijadikan cerita...punyalah kelam-kabut cari motel Kakao tu sebab kitorang salah keluar exit. Patutnya ikut exit 3, dah dekat sangat dengan motel tu. Tapi kitorang pi keluar ikut exit 1/2... huahhh menjajau ler cari. So, nak survive punya pasal kenalah tanya orang sana sini.

Sampai lak kat motel, ahjumma tu terus bagi kunci bilik. Puas la kitorang dok explain yang kitorang cuma nak simpan luggage dulu, belum nak check in lagi. Tapi ahjumma tak faham english. Dia cuma faham Korean and mandarin aje. Alamak! Dah masing-masing blur... kitorang pun dah makin panik sebab dah suntuk nak ke Gimpo. Nasib la ahjumma call bos dia yang tau cakap english.. sementara khai cakap dengan bos, yuri lak teringat yang yuri ada bawa buku korean tour guide... fuh, nasib baik ler memang betul-betul ayat yang kitorang nak cakap tu ada pula contohnya dalam buku tu. Haha... selesai ahjumma angkat beg khai masuk dalam stor, kitorang pun bye2 ler... berlari ke subway macam kena kejar anjing. Takut terlepas flight woooo (dengan cik khai, yuri memang asyik mengah tau kalau nak naik flight... masa 1st day ritu pun dah marathon :p)

Alhamdulillah, sempat juga nak check in...

Yosh! Kitorang akan terbang ke Jeju hari ni!!! On my birthday!!! Yeeehaaaa... tiket ni, cik Khai yang tolong booking. Hotel kat Jeju pun yuri minta tolong Khai book. sebabnya, dia nak kena guna kad kredit. Kalau guesthouse lain or culture experience, memang yuri ler yang uruskan sebab just book aje... bayar on the spot.

Naik Jeju Air memang best. Layanannya best...walaupun dekat, siap bagi air. Pastu ada game pulak tu... yang menang dapat ler special gift dari jeju air.

Dah sampai pun... nak kena naik limousine bus (no. 600) tok ke Seogwipo. Kitorang turun kat International Convention Center dan menapak lebih kurang 15 minit ke Jusangjeollidae


Ini la Jusangjeollidae..admission dia 2000won. Asalnya batu-batu bentuk rod tu sebenarnya terbentuk daripada larva gunung berapi yang jatuh ke laut. Lebih kurang macam tu ler ceritanya... memang unik kan ciptaanTuhan.

 Dol hareubang... boleh jumpa kat mana-mana aje dekat Jeju. Memang banyak...

Dari Convention Center kitorang naik aje teksi terus ke Jeongbang Pogpo... yeahhh satu lagi lokasi dalam program 2bak1il!!!

Inilah Jeogbang Pogpo iaitu satu-satunya air terjun yang jatuh terus ke laut... this is a must place to visit in Jeju tau. Admission sama aje, 2000 won. Jaraknya dengan hotel kitorang duduk nanti cuma 20 minit jalan kaki... tapi kitorang naik teksi jer. Sebab dah letih... hehe sebelum tu, singgah beli choc, cenderahati and hallabong dulu!

 Nak cuba makan makanan mentah??? hehehe... yuri nak juga merasa tapi cik khai tak lalu.
So... bye2 ler

Korang nampak tangga nun di sana tu? ha, lebih kurang kat situ ler tempat masuk ke Jeogbang pogpo ni... pastu korang kena lalu batu-batu tu baru sampai ke sini... memang sejuk and best bila kena tempias air terjun tu. kalau nak mandi bawah dia, cam kita selalu buat kat malaysia kan... perghhh tak tau ler berapa dalam tu.

Malamnya kitorang menapak ke Cheonjiyeon pogpo lak.. sepatutnya 15 minit aje jalan kaki dari hotel. Tapi kitorang silap jalan..konon pi ikut bunyi air. Rupanya makin jauh haha Pas patah balik tu, kitorang singgah dulu ke yakguk (pharmacy) sebab yuri nak beli koyok. Hahaha... sebab tak tahan kaki, lutut semua..dua-dua belah dah sakit. Jalan pun dah terkial-kial macam budak baru belajar jalan. Tak pasal-pasal kena belanjakan 30,000 won untuk koyok! Ingatkan paket kecik rupanya..ha, berlambak dalam tu. Apa lagi, tampal ler koyok sana sini :p

Masa beli tiket admission, orang tu siap bagi isyarat.. emm melopong la kitorang apa dia nak tanya. Pastu dia tulis nombor 21 kat kertas... yuri dok tengok nombor tu pastu tengok board kat belakang dia. Woooh, dia tanya umur la kot. Hehe ni mesti sebab cik Khai comel sangat ni yang dia ingat tak cukup umur ek :p

Cheonjiyeon ni orang kata lebih cantik pergi waktu malam. Romantik katanya... fuh, romantik... gelap... haha.. tapi ni ler satu-satunya pogpo yang buka admission sampai malam. Jeongbang and Cheonggyecheon tutup lebih kurang kol 5 or 6pm, depends on season.

Kat sini pun ada orang yang baik hati tolong ambikkan gambar kitorang berdua ^^,

 Smile rock ke apa ntah namanya kat cheonjiyeon ni...

Pastu kitorang lepak-lepak kat sini... ambil-ambil gambar, tampal koyok (yuri aje la).. and tak de kerja dok join sekali susun batu kecil tinggi-tinggi. Saja-saja je.. bukan ikut kepercayaan diorang ^^,

On the way balik kitorang cari tempat makan. Ingat nak makan kat restoran seafood sebab kat pulau mesti ler seafood murah kan. Masa on the way pergi tu dah siap aim dah kedai mana kitorang nak singgah nanti. sekali bila balik dah tutup pula. Alahai... terpaksalah ke convenience store jugak... beli nasi dengan kimchi and teobokki. Yeahh... dapat juga makan teobokki. Convenience store sini cam best.. siap boleh masak and bancuh air terus kat sini.

 Seogwipo port...

 *some pictures taken by cik Khai ^^

Kitorang stay kat Little France Hotel... kitorang pilih modern room aje. Alah, kalau minta room them lain yang tingkat atas pun bukan nampak view pun. Bilik level 2 ni pun dah cukup best. Besar yang amat. Macam bilik executive plak rasa :p

TV besar, komputer besar, wifi laju... bilik air pun besar. Memang puas hati habis ler... cewah, macam heran benar aje bunyinya keke

No comments:

Post a Comment