Pas check out Little France, kitorang ke Yongduam Rock!!! Katanya batu tu ada rupa kepala naga... ada tak? Memang best... sejuk aje dekat sini. Orang-orang kat Jeju pun baik-baik... ramai yang tau cakap Mandarin. Ada juga yang tau cakap Indo.. sampai ada yang dok bercakap Indonesia dengan kitorang. Tapi kalau kitorang cakap kitorang dari Malaysia, diorang akan cakap Mandarin pula. Ehhh???
Ceh mengada setakat derma 100won pun nak bik gambar ek... tu pun 100won milik khai :p
Hah! Kenal tak... kenal tak? Bagi sape yang tau, mesti korang tau kat mana kitorang ada masa ni..
Yeahhh exactly! Kitorang menikmati hot coffee and hot choc kat Handel and Gretel... emm cafe mak Yesung tu.... nampak mak Yesung masa tu tengah bergegas nak keluar. Tapi Yesungnya tak ada sebab Super Junior memang semua tak ada kat Korea masa ni T_T
Cik Khai pula... nak bergambar sangat dekat depan tangga yang selalu buat opening 2bak1il tu. Merata dia cari... dia tak sedar yang sebenarnya tangga tu ditutup dek bas-bas kbs...hehe
you are welcomed to KBS ^^,
Bergambar bersama watak Hutos yang comel. Salah-satu rancangan kanak-kanak kat KBS...
Yeahhh here we are! ni ler Cool FM!!!
Jom panjat bangku sama! Memang bingit ler kat sini... sebab kat dalam tu ada artis.
seberang dari KBS, kitorang lalu Yeouido Park untuk ke Hangang Park...
Tu dia! 63 building!
Nak naik cruise?
Inilah Hangang Park... salah satu lokasi Let Go Dream Team season 2 (yang Eunhyuk pernah join). Tapi tak sure la pulak lokasi sebenar dekat Hangang Park ni...
Lebih kurang dekat pukul 4pm, kitorang check in kat Kakao motel. Hari tu, ahjumma bagi bilik tingkat atas tapi bila sampai sana tiba-tiba ahjumma bagi kitorang choice nak bilik atas ke bilik bawah dekat depan office. Fulamak. Baiknya ahjumma. Sudahnya ahjumma bagi bilik bawah. Agaknya ahjumma rasa beg cik khai berat sangat ler kut. Kitorang masuk aje, ahjumma datang check bilik tu kalau ada apa yang tak cukup... tisu ler, ubat gigi ler... pastu pasangkan heating blanket.
Pas solat, kitorang keluar balik. Punggung belum panas lagi... nak pergi minum ni. Nak ke emmm... satu lagi lokasi drama. The 1st Coffee Shop (drama Coffee Prince)!!!
Masa kitorang sampai dah gelap...
Pastu, proceed to Itaewon untuk mencari makanan berat... sebelum tu, jom ke Masjid Seoul! tapi waktu malam tempat solat wanita dah kunci...
Sebelum balik... kitorang makan dulu kat korea muslim restaurant. Dah memang hajat datang ke sini nak cari makan kan. Menjajau juga lah cari restoran muslim. Banyak pilihan tapi kebanyakannya restoran timur tengah. Kat Murree ni, kitorang jumpa sekumpulan tourist malaysia hahaha kecoh giler kakak-kakak tu. Terkejut diorang tengok kitorang berjalan berdua aje kekeke
No comments:
Post a Comment