Malam itu, Saif
Azrai memaksa Sasha Amira keluar. Sekadar untuk mengisi perut. Nanti perut
kembung katanya. Sasha Amira memang dari dulu liat benar bila diajak makan.
Apatah lagi dengan lelaki. Sekarang hendak makan berdua saja dengan Saif Azrai.
Aduh, tebalnya muka. Bila disuruh Saif Azrai pergi seorang, lepas itu
bungkuskan saja untuk Sasha Amira. Biar Sasha Amira makan seorang. Saif Azrai
pula bertegas. Kononnya kalau masing-masing makan sendiri, lebih baik dua-dua
tidak perlu makan. Macam tu pula. Lagak budak-budak. Terpaksalah Sasha Amira
mengalah.
Dengan baju tebal
dan berlapis-lapis, Sasha Amira bersiap lambat-lambat. Jari-jemarinya sudah
cukup kaku hendak digerakkan. Nasib baik Saif Azrai bawakan banyak pakaian
untuknya. Bagasi yang Saif Azrai sorong semalam pun penuh pakaian milik Sasha
Amira. Pakaian lelaki itu, boleh dibilang dengan jari.
Saif Azrai sudah
lama sedia, sejak selesai solat Isyak dia sudah menanti di kerusi kecil di tepi
katil. Ringkas sahaja dengan sehelai kemeja T yang dipakainya petang tadi dan
malam ini dipadankan pula sengan slack hitam. Ringkas tapi kemas.
Namun tidak
sedikitpun terdengar suara rungutan mahupun keluhan keluar dari mulut Saif
Azrai. Sabar dia menunggu dan membiarkan saja Sasha Amira bersolek seperti
biasa. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk dirinya, sang suami.
Dekat satu jam
barulah Sasha Amira siap sepenuhnya. Akhirnya. Wajah Sasha Amira direnung dari
jauh lalu selangkah demi selangkah dia merapati. Cantik bagaikan bidadari.
Belum sempat tangannya singgah di pipi gebu si isteri, Sasha Amira laju
mengelak. Segera dia menyarung kasut dan menunggu pula Saif Azrai di luar pintu.
Saif Azrai masih
menayang senyum. Blazer segera dicapai dan disarung ke tubuh .Mereka berjalan
seiringan menuju ke tingkat bawah. Merata Sasha Amira melontar pandang. Itu ini
semuanya hendak dilihat. Kemudian terangguk-angguk sendiri. Saif Azrai di sebelah
macam tidak wujud. Tergelak kecil pun Sasha Amira tidak sedar.
Mereka masuk ke
Rajawali Coffee House untuk menikmati makan malam. Saif Azrai memlih hidangan
buffet untuk makan malam mereka. Sengaja hendak memberi pilihan kepada Sasha
Amira hingga rambang mata. Sekurang-kurangnya dia boleh agak makanan yang
isterinya itu suka makan, dan yang mana tidak suka.
Sekejap saja, Saif
Azrai sudah siap memilih. Pinggannya sudah penuh lalu dibawa ke meja di luar.
Menghadap pemandangan bukit yang cantik di bawah. Walaupun gelap, tapi tiupan
angin dingin diharap dapat memberi pengalaman baru kepada mereka.
Lama Sasha Amira
memilih. Ketika Saif Azrai datang mendekati, pinggan Sasha Amira masih kosong.
Saif Azrai sudah mula risau.
“Kalau awak tak
suka makanan buffet ni, kita boleh order.” Saif Azrai akhirnya memberi cadangan
untuk memudahkan Sasha Amira membuat keputusan.
“Tak apalah. Saya
pusing lagi sekali,” jawabnya lalu meninjau lagi makanan yang dihidang di situ.
Saif Azrai
memandang dengan rasa terkilan. Bersalah pun ada. Masih tiada makanan yang
diambil Sasha Amira walau sudah disinggah bahagian yang sama berkali-kali.. Dia
berjalan kebaagian piring kecil. Sekeping diambilnya, lalu diisi beberapa jenis
pencuci mulut bersama buah-buahan. Mana tahu kalau-kalau Sasha Amira terasa
ingin makan nanti.
Ketika makan juga, Sasha Amira tidak bersuara. Matanya
asyik memandang lampu-lampu kecil yang menghiasi tempat itu. Sesekali dilontar
pula pandangan jauh ke bawah. Melihat pemandangan yang kelam dalam kegelapan
malam.
“Awak dah kenyang
ke?” Dilihatnya Sasha Amira sudah meletak sudu garfu di atas pinggan. Tangannya
menompang dagu, seakan sudah hilang selera.
Piring berisi
semangka kuning dan oren diletak di depan Sasha Amira. Gadis itu menggeleng.
Pandangannya dibuang lagi ke luar.
“Tak sedapkah? Tak
banyak awak makan.”
“Penat.” Pendek
jawapan Sasha Amira. Seleranya benar-benat tipis. Makanan di situ semuanya
nampak menyelerakan. Tapi entah kenapa, dia tidak berkenan. Kalau selalu, mesti
sudah berpinggan-pinggan dia melantak. Sebab Saif Azrai agaknya dia tidak lalu
makan.
Dari dulu lagi
Sasha Amira sudah beri amaran. Pergi jauh-jauh. Kan sekarang Sasha Amira juga
yang susah. Letih rasanya asyik kena menghadap muka lelaki itu.
“Tulah, tidur
banyak sangat. Mana tak badan tu letih aje…”
Sasha Amira
menjeling. Geram. Mengata Sasha Amiralah tu. Gelas yang masih berbaki air
kosong lekas dicapai. Kering gelas itu diteguknya.
“Saya nak balik
bilik. Letih!”
“Saya temankan.”
Sasha Amira bingkas
bangun. Laju langkahnya dihayun mendahului Saif Azrai. Tapi tak pula lelaki itu
mengejar. Kata tadi hendak ditemankan Sasha Amira tapi berjalan lambat macam
siput hingga tercicir di belakang. Sasha Amira biarkan saja dan terus meluru.
Sampai di depan
lif, lambat pula pintu lif terbuka. Bila ada lampu yang menyala, dia masuk
cepat-cepat ke dalam lif. Baru separuh pintu lif tertutup, sepasang tangan
menahan kuat dan pintu lif itu terbuka semula. Saif Azrai.
“Lajunya jalan.
Awak tak sabar nak ke tandaskah?” guraunya lalu tertawa kecil.
Sasha Amira jelling
lagi. Tak kelakar pun. Dia yang lambat macam kura-kura pakai tongkat. Rusuhnya.
Sementara menunggu
dalam lif hendak naik ke atas, Saif Azrai asyik pandang-pandang. Hai, nak main
pandang-pandang jelling-jeling pulakah? Sasha Amira sudah susah hati. Lambat
pula rasanya lif ini hendak bergerak hingga ke atas. Dinginnya Genting ini
tidak lagi terasa. Bahang tiba-tiba.
Buka saja pintu
lif, lekas dia berlari keluar menuju ke bilik. Aiseyman. Kad pengaktif cuma
Saif Azrai seorang yang pegang. Terpaksa juga dia menunggu lelaki itu di depan
pintu bilik. Saif Azrau datang dengan langkah tenang, sambil menayang senyum
lebar. Hai, sukalah tu Sasha Amira terpaksa menantinya. Sabar sajalah lelaki
ni.
Sempat Saif Azrai
kenyit sebelah mata kepada Sasha Amira sebelum pintu dibukanya. Amboi!
“Silakan tuan
puteri,” selorohnya nakal.
Badannya
dibongkokkan sedikit ke depan sambil tangan menunjuk arah ke ruang peraduan
yang sedia terbuka luas. Merah padam muka Sasha Amira tapi cuba diselindungkan.
Jelingan dilempar lagi sebagai balasan lalu menonong masuk.
Tanpa walau sepatah
kata, Sasha Amira terus berbungkus atas katil. Siaf Azrai yang baru masuk
memandang hairan. “Dah nak tidur?” tegurnya. Nadanya seakan hampa. “Terus tidur
lepas makan, nanti perut buncit tau.” Selorohnya pula.
Tapi Sasha Amira
buat tidak endah. ‘Biarlah. Yang buncit nanti perut aku, bukan perut kau!’
rungutnya perlahan hingga tidak kedengaran dek telinga. Selimutnya ditarik
hingga menutupi kepala. Tandanya Sasha Amira tidak mahu melayan sebarang
perbualan. Kalau Saif Azrai masih segar mata, pandai-pandailah dia tengok tv
ke, berangan dekat beranda ke. Suka hati.
NAK LG .
ReplyDeletethanks baby mio sebab setia membaca. bab seterusnya akan diupdate selang 2-3 hari ^^,
Delete