Sorry guys... post hari ni agak pendek hehe... saja nak bagi suspen sikit (camlah suspen sangat kan) :p Jadinya harap korang enjoy dulu dengan bab yang 'pendek' ni okey ^__^
Qayreena...
Kirana... Qayreena... Kirana...
“Agghhh!” Pen yang
dipegangnya tadi dicampak jauh ke depan. Stres memikirkan tawaran Haji Rauf
semalam. Dari semalam sampai sekarang dia asyik berfikir. Mahu memilih sama ada
Qayreena atau pun Putri Laila Kirana.
“Sorry la bro. Nampaknya antara aku
dengan kau, harapan untuk aku menang memang tinggilah kan. Buah hati aku tu
cuma tunggu aja aku sedia nak pinang dia.”
Cis!
Terngiang-ngiang cakap Izi Helmy semalam. Tunjuk lagak pula sepupunya itu di
depannya. Mentang-mentanglah orang tu dah belajar setia pada yang satu. Dulu
bukan main terketar bila bercakap pasal meminang ke kahwin ke. Sekarang dia
pula nak tayang miang depan aku. Huh! Hatinya merusuh tidak sudah.
Dia bangun dari
tempat duduk dan berjalan ke tingkap. Jendela diselaknya dengan jari. Satu
nafas halus dihela perlahan. Qayreena atau Kirana, dia masih menimbang kedua
nama itu. Malas hendak banyak fikir, dia capai iphone dari atas meja. Lagi
fikir, lagi sakit kepala ni. Macam nak pecah rasanya.
Tidak lama
menunggu, panggilannya bersahut oleh suara lembut Putri Liana Kirana.
“Hello there...”
“Hello, good morning Putri Laila
Kirana...”
“I’m not available right now. Please leave a
message or call me again later. Thank you...”
Erk! Saif Azrai
terkedu. Pesanan peti suara rupanya. Penat saya dia keluarkan suara paling
mengancam dengan riak teruja di sini walaupun Putri Laila Kirana tak mungkin
akan nampak riak wajahnya. Kini, dia dibaluti rasa hampa.
“Aduh. Tutup
telefon pula minah ni!” Keluhnya. Telefon dilepaskan dari telinga dengan rasa
kecewa bercampur sebal. “Dahlah si Izi tu dah ada buah hati. Confirm dia ada kelebihan. Ish, tak
boleh jadi ni. Takkan aku nak biarkan company
ni pun jatuh ke tangan dia.”
Tidak senang hati,
Saif Azrai capai fail dan keluar ke bilik Haji Rauf. Dia mahukan kepastian.
Papa pun, tiba-tiba aja buat decision
macam tu. Down semangat anak dia ni.
Rungutnya dalam hati sedang tangan mengetuk pintu bilik Haji Rauf.
“Ya, masuk.”
Kedengaran suara Haji Rauf sayup dari dalam. Saif Azrai menarik nafas
dalam-dalam sebelum pintu itu dikuaknya.
“Ha, ada apa
Azrai?” Haji Rauf menghala tapak tangan ke depan. Mempelawa Saif Azrai duduk.
“Pelan untuk
restoran dekat Miharja tu papa.” Saif Azrai menghulurkan fail yang dibawanya
tadi setelah mengambil tempat di depan Haji Rauf. Niat asalkan tentulah hendak
bertanyakan tentang tawaran papa semalam. Tapi masakan dia mahu bertanya terus.
Mestilah ada lapiknya dan ya, pelan restoran itu kebetulan menjadi alasannya.
Haji Rauf
mengangguk-anggukkan kepala semasa membelek. “Pelan ni kamu dah bincang dengan
Izi tentang struktur dan pelan pendawaiannya?”
“Dah, papa. Bahan yang
digunakan juga mengikut budget.” Jawab Saif Azrai yakin. Haji Rauf mengangguk
lagi. “Err... papa.”
Haji Rauf sudah
merenungnya. Ehem... terasa ketat pula tekak ini tiba-tiba. Jarinya pula
spontan hinggap di hujung kening dan tergaru-garu.
“Pasal semalam
tu...” Bola matanya ditolak ke bawah, menghadap fail-fail yang bersusun atas
meja Haji Rauf. Dia tidak pasti bagaimana harus dimulakan soalan itu. Tapi
hatinya mahu tahu. Kalau benar bagai dikata papa semalam, memang masalah berat
padanya. Memang dia desperate.
“Emm... papa serius
ke pasal apa yang papa cakap semalam?” Dalam diam, dia curi-curi juga menjeling
reaksi Haji Rauf.
Terulit senyum
nipis di bibir tua Haji Rauf. Kemudian ditolaknya tubuh ke belakang dan
bersandar ke kerusi. Sesaat, dua saat, masih senyap. Lantaran itu, Saif Azrai
mengangkat bola matanya supaya memandang Haji Rauf bila papanya itu masih tidak
berikan jawapan. Hatinya tidak sabar menunggu.
“Err... takkan
betul papa?”
“Apa yang tak
betulnya?” Haji Rauf bertanya kembali. Terdiam anaknya itu dengan muka
terpinga-pinga. “Apa lagi orang tua macam papa dan mama nak lagi bila dah
tua-tua macam ni. Anak dah membesar depan mata, dah tamat pun belajar. Sekarang
dah boleh ambil alih tempat papa. Papa ni pun dah letih sangat kerja dari muda sampai
ke tua. Masa nilah rasanya nak merasa habiskan masa dengan isteri... main
dengan cucu-cucu.”
Cucu?
“Hmmm....” Haji
Rauf menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan. Jelas didengar di telinga
Saif Azrai. “Bila kamu dah tua macam papa ni nanti, dah jadi bapa, kamu tahulah
apa yang orang tua ni rasa.”
“Papa sebenarnya
nak pencen ke nak Azrai kahwin?”
Tersenyum lagi Haji
Rauf ditujah soalan itu. Terpinga-pinga Saif Azrai dilihatnya.
“Pandai-pandailah kamu fikir. Kamu dah cukup besar nak fikir maksud papa. Papa
pun memang nak lepaskan kerja-kerja papa pada kamu dan Izi satu hari nanti. Nak
memilih antara kamu untuk gantikan tempat papa ni nanti, bukannya perkara
senang. Kamu sama-sama berbakat, ada potensi.”
Ha? Saif Azrai
termenung lagi. Bibir Haji Rauf dilihatnya masih terkumat-kamit namun tidak
bisa telinganya mendengar. Semuanya sampai ke telinga bagaikan siaran dengan
gangguan satelit. Putus-putus. Sedangkan otaknya mentafsir sendiri.
Sah. Papa nak
bersara. Tapi nak jadikan status berkahwin itu sebagai syarat untuk memilih
pengganti? Sebab potensi kami sama? Sebab kami berada pada tahap yang sama? Oh,
tidak... kami tak berada di tahap yang sama! Izi Helmy dah ada Aina! Habis aku
macam ni, habis aku!
*******
Nombor Putri Laila
Kirana dihubungi sekali lagi. Namun masih suara tadi yang menjawab. Ahhh!
Iphonenya dihempas ke meja. Stres! Masih tidak dapat dihubungi gadis itu. Sibuk
sangatkah sampai asyik tidak dapat dihubungi? Ish!
Saif Azrai hempas
tubuh ke kerusi. Kemudian kerusi itu dipusing 360 darjah ke kiri. Ke kanan
pula. Ke kiri semula. Emm... tapi... kalau telefon Laila Kirana pun, apa yang
aku nak beritahu? Nak ajak Kirana kahwin? Huish mahu ke dia, baru aja kenal.
Eh, tak boleh. Tak boleh. Jatuhlah reputasi aku nanti. Baru kenal terus nak
ajak kahwin. Heuww! Hatinya terdetik lantas kepalanya menggeleng laju.
Tapi kalau Izi
kahwin dulu daripada aku macam mana? Dia pula jadi bos aku nanti, aku jadi kuli
dia? Eh, lagi tak boleh jadi. Ni company
papa. Apasal pula aku yang kena jadi orang bawahan dia? Tak boleh... tak boleh.
Nombor Qayreena
pula dihubungi. Saif Azrai sudah tidak ada pilihan. Biarlah dia meletakkan
egonya di kedudukan paling bawah sekarang. Walaupun terpaksa memujuk hati
perempuan itu, dia rela kerana dia benar-benar terdesak. Jiwanya lebih takut
kalau Izi Helmy naik pelamin dulu sebelumnya. Aina, gadis itu sudah lama
memberi lampu hijau. Hanya menunggu Izi Helmy bersedia untuk masuk meminang.
Sedangkan dirinya... ah! Aku sanggup pujuk perempuan tu! Putusnya dengan tekad.
Tengoklah Qayreena.
Berhari-hari tidak menghubunginya. Sebuah pesanan ringkas juga tidak
dikirimkan. Selalunya dia yang asyik merindu. Pastilah dia masih marah.
Bit... bit...
talian masih belum berjawab. Tidak lama, disambungkan pula ke pesanan suara.
Aduh. Dia menelefon lagi dan sekali lagi dia hampa.
“Aduh!” Keluhnya
kuat dengan perasaan hampa yang cukup menebal. Lebar tapak tangan ditepuk ke
dahi.
Dia membelek nama
dalam senarai buku telefon. Ke atas dan ke bawah ibu jarinya menolak skrin.
Ops! Jarinya menekan dada skrin dan ia berhenti. Sasha Amira. Nombor itu dari
hari pertama dia mengikut Hajah Kistina bertemu Puan Damia, Puan Damia sudah
memberikan nombor anaknya itu kepadanya. Sejak itu nama itu tersimpan rapi.
Tapi masih berpura-pura guna cara susah untuk mendapatkan nombor itu dari
pemiliknya.
Hmm... sayangnya
pemiliknya terlalu jual mahal. Sombong. Saif Azrai menolak Sasha Amira ke tepi.
Fikirannya kembali memikirkan Qayreena. Dia satu-satunya pilihan yang dia ada.
Come on Azrai. Kau tak selemah ini okey. Setakat tak angkat call tu, alah perkara kecil. Bukan aku
tak boleh hantar mesej.
I really miss you, honey. I miss to hear your voice, I
miss to see your beautiful face, I miss to having time with you. You are my
sunshine and I can’t live without you. Please forgive me my lady. Please...
Laju tangannya
menaip mesej dan akhir sekali menekan butang hantar. Alamak! Saif Azrai
menganga. Macam mana aku boleh tak perasan ni?! Kenapa aku hantar kat Sasha
pula?! Adoi!!! Dia mengetuk-ngetuk kepala dengan tangan. Tidak puas, dihempas
pula kepala ke meja. Jatuh bahunya longlai ke bawah, kerana kecewa bercampur
kesal. Laju benar dia menghantar mesej itu sampaikan tidak sedar nama Sasha
Amira yang dipilih, bukan Qayreena yang namanya cuma di atas nama Sasha Amira
dalam buku telefonnya. Agghhh! Kenapa tak ada siapa yang bermula dengan huruf
‘R’? Jadi tak adalah aku tersalah hantar! Getusnya menjerit dalam hati.
*******
Berkerut seribu
dahi Sasha Amira membaca mesej pada skrin Galaxy Y miliknya.
“Apa ni?” Sasha
Amira mendengus keras lalu mencampakkan telefon ke dalam beg. Berdebus-debus
nafasnya turun naik. Lama dia menghadap mesej tadi. Makin dihadap, makin
gemuruh hati ni. Marah ada, geram ada, hairan pun ada. Dia memandang keliling.
Intan Nazira masih belum selesai solat Zohor sementara Zaimah yang baru bangun
dari saf dilihatnya berjalan ke arahnya.
“Kenapa muka
mencuka aja ni?” Zaimah menegur sambil melipat kain telekongnya dan dimasukkan
ke dalam beg kertas kecil. Dia duduk bersila di sebelah Sasha Amira di penjuru
surau. Tangan menyeluk beg dan mengeluarkan bedak asas Johnson dan disapu ke
muka. Sesekali dijelingnya kaki-kaki yang lalu-lalang menanti giliran untuk
menunaikan solat.
“Mama kau tanya
pasal boyfriend kau lagi ke? Sekarang
kan dah masuk November. Tinggal lebih kurang dua bulan lagi aja birthday kau.” Zaimah meneka. Tidak puas
hati bila soalannya tadi tidak dijawab Sasha Amira. Kali ini juga Sasha Amira
cuma menggeleng. “Alah, lama-lama redalah cerita mama kau tu. Kalau mama kau
tanya lagi, kau ikut aja idea aku. Azam tu sedia aja nak jadi boyfriend palsu kau.”
“Tak payah cerita
pasal tulah!” ujar Sasha Amira dengan nada keras. Zaimah pula tersengih-sengih
di sebelah. Orang serius, dia nak gelak pula. Ingat aku buat lawak sarkas ke.
Ni siapa pula yang hantar mesej jiwang karat ni? Geli-geleman aku baca!
Rusuhnya dalam hati.
No comments:
Post a Comment