“Helo sayang...”
Suara lembut ditutur Saif Azrai penuh berhati-hati. Sekejap saja hatinya
bagaikan taman bila Qayreena menelefonnya kembali. Berjaya akhirnya setelah dia
menghantar mesej yang sama kepada Qayreena. Mesej yang sama dihantarnya kepada
Sasha Amira. Ah, itu cuma satu kesilapan dan dia tidak mahu fikir banyak lagi.
Gadis itu pun bukannya tahu nombor telefonnya.
Eh, sekejap! Kalau
mama dia ada nombor aku, mestilah dia ada nombor aku juga kan? Aduh. Kenapa tak
terfikir tadi? Sempat Saif Azrai bermonolog sendiri sementara sedang bercakap
dengan Qayreena di talian.
“Betul ke apa yang
you kata dalam mesej tu?”
Suara Qayreena serta-merta
meleraikan lamunan Saif Azrai mengenai Sasha Amira. Lekas dia beralih semula
memberikan perhatiannya kepada si bunga yang hendak dipujuk ini. Sasha Amira,
belakang kira!
“Tentulah, sayang. I really mean what I have said.”
Kedengaran suara tawa halus Qayreena buatkan hati Saif Azrai bagai melompat
gembira.
“You rindu dekat
I?” Qayreena mengulang bukan kerana mahukan kepastian tetapi dia hendak
mendengar kata-kata itu diucap lagi dari mulut Saif Azrai sendiri. Kalau boleh
dia mahu mendengar kenyataan itu seribu kali, mahupun sejuta kali.
“Ya.” Pendek
jawapan Saif Azrai membuatkan Qayreena tidak puas. Jadi dia bertanya sekali
lagi.
“Betul you rindu
dekat I?”
Rasa nak cekik saja
batang leher sendiri bila Qayreena menyoal lagi begitu. Tangannya sudah
digenggam kuat membentuk buku lima. Kemudian dilayangkan ke udara dengan rasa
geram. Namun kerana terdesak, dia cuba menarik nafas dalam-dalam dan bertenang.
“Of course I do miss you, sayang.”
Terdengar lagi suara Qayreena mengekek suka hati. “Sayang, kita jumpa malam ni.
I rindulah...” Saif Azrai terus-terang. Bila terbayang wajah Izi Helmy semalam,
dia jadi tidak sabar. Dia tidak mahu buang masa. Hubungan dengan Qayreena perlu
dipulihkan sesegera mungkin. Sedangkan Izi Helmy pada bila-bila masa saja dia
boleh meminang Aina.
Huhu... aku tak
mahu kalah. Aku tak akan kalah pada kau Izi!
*******
“Mencerut aja muka
hari ni, bro. Pagi semalam bukan main
happy lagi aku tengok.”
Saif Azrai yang
masih terkial-kial menutup pintu pejabatnya menoleh. Bengkak hati melihat muka
Izi Helmy yang tercongok di belakang. Tersengih-sengih dengan sindirannya yang
tak sudah-sudah. Pagi semalam? Emm... mestilah nak kata pasal aku syok dok bau
tangan Kirana.
Saif Azrai jengah
kepala ke ruang depan pejabat. Sunyi sepi. Semua pekerja sudah pulang
barangkali. Yang mamat ni, tak cukup lagi dengan dah ada buah hati, nak bodek
papa dengan kerja over time pula ke?
Tidak henti-henti hatinya merusuh saki hati pasal Izi Helmy. Sebelum ini, semua
perkara jadi sekepala dengan sepupunya itu. Tapi disebabkan tawaran papa, Izi
Helmy sudah tidak ubah macam pesaing paling dekat. Jadi, bila dekat saja dengan
Izi Helmy dia rasa terancam.
“Lambat balik hari
ni? Selalunya muka kau dulu yang menghilang pergi kejar buah hati.” Saif Azrai
pula menyindir sambil membetulkan beg komputer riba yang tersangkut di bahu. Memang
jarang sangat nak nampak muka Izi Helmy dekat pejabat lepas jam lima. Jangan
kata dekat pukul tujuh macam sekarang, lagilah jangan harap.
“Ada kerja sikit,
bro. Cari iklan pembukaan kontrak baru dalam internet.” Izi Helmy mengekor Saif
Azrai berjalan ke pintu utama. Suis lampu pejabat depan yang masih terang
menyala dipetik. Sekelip mata, ruang yang cerah tadi serta-merta gelap. Cahaya
matahari petang yang menyuluh dari pintu yang dibuka Saif Azrai menerangi ruang
pejabat itu sedikit.
“Cari iklan kontrak
ke, chatting dengan awek?”
“Eh, mana ada bro.
Mana boleh nak chatting dengan dia
hari-hari. Buah hati aku tu sibuk jaga pesakitlah, bro.”
Saif Azrai menjuir
bibir. Tak habis-habis buah hati, buah hati. Macamlah dia seorang aja yang ada
buah hati. Haih... sensitif benar aku dengar perkataan buah hati sekarang ni.
“Aik! Bunyi macam
jeles aja kau ni. Don’t worry la,
bro. Aku tunggu kau ada awek dulu, baru aku fikir nak melamar dia ke tak.
Barulah fair and square dengan
tawaran uncle tu.” Pekik Izi Helmy
kepada Saif Azrai yang sudah berjalan ke keretanya. Sementara Izi Helmy masih
terkial-kial menolak pintu.
“Banyaklah kau
punya fair and square. Tak payah nak fair and square sangatlah. Ingat aku tak
ada calon ke. Malam ni juga aku akan melamar dia. Kita tengoklah nanti siapa
yang naik pelamin dulu.” Saif Azrai membalas yakin dengan senyum sumbing
tersimpul di bibirnya sebelum memboloskan diri ke dalam Kia Forte miliknya.
Perlahan-lahan Izi
Helmy mendekati kereta Lancernya yang diparkir hanya bersebelahan dengan kereta
Saif Azrai. Bingung dia memerhati kereta Forte berwarna putih itu laju
mengundur dan meninggalkannya.
“Aik! Apahal sepupu
aku ni? Salah makan ubat ke apa? Ah, aku pun nak kena minta ubat daripada Dr.
Aina ni. Ubat rindu!” katanya dengan nada teruja dan menari-nari masuk ke
kereta.
*******
Tangan Qayreena
dielus lembut sejak bertemu tadi. Wajah manis itu ditenung lama hingga
tersipu-sipu Qayreena dibuatnya. Acap kali pandangan mata Qayreena dibuang ke
bawah dan ke tepi. Tidak mampu bertaut mata dengannya begitu lama.
“Sayang...”
Qayreena menolak
bola matanya menghadap Saif Azrai bila nama itu dipanggil. Suka dia mendengar
gelaran itu disebut Saif Azrai. Apatah lagi buat dirinya. Hatinya kembang
berbunga.
“Emm...” balasnya
manja dan meleret. Pandangan Saif Azrai yang lembut sekali lagi buat dia
tergoda. Senyum Saif Azrai begitu menawan menampakkan lesung pipit kecil di sebelah
kiri pipi lelaki itu. Manis dan menggoda hati kecil ini. “Ya sayang, apa dia?”
ulang Qayreena bila Saif Azrai cuma membisu, tersenyum dan meramas tangannya
tanpa sepatah kata. Matanya sudah ke bawah.
Saif Azrai
memandang semula wajah Qayreena. Tersenyum lagi, lebih manis. Ouch! Bagai
dipanah asmara Qayreena ketika itu. Bergetar seluruh jiwa raga.
“Sayang sayang
sayang?” Sudah bunyi semacam drama Saif Azrai bertanya dan ia berhasil
membuatkan senyuman Qayreena kian lebar dan tersipu lagi. Perlahan dia
mengangguk malu-malu.
“Betul you sayang
I?” Saif Azrai meminta kepastian menyebabkan Qayreena terus tertunduk malu.
Melebar hingga ke telinga senyum Saif Azrai selepas itu. Cantik! Ada canlah aku
nak teruskan plan. Tak kesahlah siapa
pun calonnya asalkan aku tak kalah pada si Izi. Getusnya dalam hati sambil
senyum melebar lagi di bibir.
“Seriously you do love me?” Saif Azrai
bertanya lagi. Sengaja mahu mencengkam hati dan sanubari Qayreena. Sengaja mahu
gadis itu melafazkan kata keramat itu di depannya. “Tell me you do love me.” Tangan Qayreena digoncang bersama
permintaannya. Perlahan-lahan Qayreena mengangkat pandangannya ke depan Saif
Azrai.
“I do love you, sayang...” Sukar untuk
Qayreena melafazkannya. Bukan kerana hati tidak sayang tapi dia malu. Namun dia
cuba memberanikan diri. Malah bertanya hal yang sama kepada Saif Azrai untuk
mendapatkan kepastian yang dia tidak hanya bertepuk sebelah tangan. Bukan
setakat cinta sebelah hati.
“Do you love me?”
Saif Azrai
tersenyum. Sudah dia bersedia untuk menghadapi soalan itu. Cinta? Dia hampir
tergelak dalam hati. Bukan cinta yang diharapkan sekarang. Dia mahukan sebuah
ikatan perkahwinan. Dia terdesak mahukan seorang gadis untuk dibuat isteri. Dia
tidak kesahkan cinta. Asalkan syarikat papa yang sepatutnya menjadi miliknya
tidak jatuh ke tangan Izi Helmy. Hai... kenapa syarat itu yang papa letakkan?
Dia masih tidak ketemu jawapan. Dia cuma tahu, dia tak mahu dan tak akan sama
sekali tewas pada Izi Helmy. Dia tewas menyaingi jumlah kekasih yang sepupunya
pernah dekati. Namun tidak dalam soal ini. Tidak, tidak sama sekali.
“Of course I do. You are my girl.” Mudah
kata-kata itu meluncur laju dari bibir Saif Azrai. Genggaman tangannya
diperkemas. Seperti tadi, Qayreena tersipu dan kaku. “If you do love me, will you marry me?” Saif Azrai berterus-terang.
Memang itu tujuan utama dia mengajak Qayreena keluar malam ini.
“Kahwin?” ulang
Qayreena. Sedikit demi sedikit senyumannya tawar dan bila lelaki itu menganggukkan
kepala, perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggaman Saif Azrai.
Berkerut sedikit dahi Saif Azrai melihat tindakannya dan akhirnya kerutan itu
kian jelas.
“Whats wrong, honey. I thought you said you
do love me.” Tangan Qayreena disambar semula. Digenggam lebih erat kali
ini.
Qayreena tidak
keruan bila soalan itu diajukan lagi kepadanya. “Yes, I do but...” Sesungguhnya hati ini mencintai lelaki itu.
Terlalu mencintainya tetapi untuk berkahwin, Qayreena tidak sanggup. “Not now, honey. I don’t think now is the
right time to get married.” Tegas jawapan Qayreena dengan wajah serba
salah. Tangannya ditarik jauh dari genggaman Saif Azrai dan membuang
pandangannya sama ke tepi.
Wow! Saif Azrai
terkesima. Untuk pertama kalinya aku ditolak! Dekat dua puluh perempuan ajak
aku kahwin sebelum ni aku tak nak... sekarang bila aku yang ajak kahwin, aku
pula yang kena tolak mentah-mentah?! Desis hatinya kurang senang.
“Why, Qay? Don’t you mean to do love me?”
Qayreena serba
salah. Dia menekur ke tepi. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Saif Azrai
sendiri dapat melihat betapa dirinya tidak selesa. Namun terus ditujahnya
soalan yang sama berulang-ulang kali.
Bukan hatinya tidak
sayang. Sudah berapa kali harus dibilang, dia sayangkan Saif Azrai lebih
daripada segalanya. Dia mencintai lelaki itu sepenuh hati dan jiwa raga. Tapi
mampukah dia beritahu dan berterus-terang pada Saif Azrai yang dia takut untuk
berkahwin kerana status dirinya sebagai anak kelahiran Johor? Dengan kod kad
pengenalan ‘01’ yang mewajibkan dia menghadiri temuduga fardu ain sebelum akad
nikah membuatkan dia menjarakkan diri daripada perancangan untuk berkahwin. Dia
takut untuk menghadapi semua itu. Dia risau, gusar dan tidak langsung bersedia kerana
memang sudah lama dia meninggalkan didikan fardu ain yang dipelajari di bangku
sekolah. Bolehkah dia berterus-terang pada Saif Azrai akan alasannya itu?
Mampukah lelaki itu menerima alasan itu sebagai alasan yang masuk dek akal?
“I’m so sorry, sayang. I really love you. I love you so much tapi
untuk berkahwin sekarang, I tak boleh.” Hanya kata-kata itu yang mampu dia
ungkapkan/
“But why, Qay? Just tell me the reason. Why
not?”
No comments:
Post a Comment