Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Tuesday, January 8, 2013

dia si jantung hati: bab 12

Sasha Amira menarik nafas yang kian memberat. Ini perjumpaan pertama Sasha Amira hadir bersama Kelab Budaya setelah kelab itu merancang untuk menganjurkan pementasan amal. Kutipan pementasan itu nanti akan disalurkan kepada pihak kebajikan tempatan. Memang murni hasrat di sebalik rancangan itu tapi Sasha Amira pula yang sesak nafas.
Dua jam dia duduk bersila di atas pentas bersama pengarah teater kali ini. Fauziah namanya, senior setahun dari Sasha Amira walaupun umurnya baru 22 tahun. Di atas pentas mereka duduk itulah pementasan teater akan dilakonkan. Tapi, sejak dua jam tadi mereka berbalah tentang konsep teater yang akan mereka persembahkan.
Balik-balik cerita cinta. Tahun lepas juga teater mereka berkonsep yang sama. Bosan. Teater yang dulu pun sudah buat Sasha Amira pecah kepala mahu menghidupkan nilai dan rasa cinta dalam teater. Tahun ini mukanya juga yang diberi tugas yang sama. Walhal banyak lagi tema lain yang boleh difikirkan. Alasannya, cerita cinta mudah untuk menarik lebih ramai penonton ke panggung.
Sasha Amira menghempas buku catatan ke lantai. Otaknya tidak mampu lagi memikirkan soal cinta. Bila bercakap tentang cinta, dia teringatkan Saif Azrai. Hai, kenapalah lelaki itu yang difikirkannya? Mungkin kerana dialah teman lelaki palsu Sasha Amira dan apabila terfikirkan Saif Azrai, hatinya sakit. Pagi tadi, Sasha Amira berpura-pura di depan mama. Tidak lagi berdegil untuk pergi ke kolej sendirian dan ditemani Saif Azrai. Semua itu gara-gara terpaksa kerana tidak mahu duit poketnya dipotong mahupun ditarik terus.
“Siapa yang pandai-pandai lantik aku jadi penulis skrip? Kalau kau nak buat cerita cinta, kau carilah orang lain. Aku nak tarik diri!” Bergema suara Sasha Amira satu panggung. Serentak suara bingit di antara ahli yang berbincang dengan kumpulan masing-masing tiba-tiba hilang. Masing-masing terkunci mulut dan semua mata mula tertumpu ke atas pentas.
“Janganlah macam tu Kak Sasha. Dah tak ada orang lain yang boleh buat skrip lebih baik dari akak. Tahun lepas pun, skrip teater yang akak tulis dapat sambutan memberangsangkan. Lagipun, tahun ni kita nak buat teater amal, kak. Kami harap sangat yang teater ni juga sama hebat malah boleh jadi lebih gempak daripada tahun lepas.” Fauziah cuba memancing hati Sasha Amira supaya terus menulis. Sebagai pengarah, dia bertanggungjawab ke atas semua perjalanan pementasan itu nanti. Orang yang paling layak membuatkan pementasan itu nanti benar-benar berjaya, salah satunya tentulah penulis skrip dan orangnya tiada lain melainkan gadis yang duduk bersila di depannya sekarang.
“Aku tak boleh tulis cerita cinta! Kau faham tak? Kepala aku ni dah cukup sakit, macam nak pecah sebab teater tahun lepas dan aku takkan seksa hidup aku sekali lagi sebab tema cinta yang korang nak sangat ni! Kau nak tambah cedera kat kepala aku ni ke?” Jarinya menunjuk ke dahi yang masih berbalut kapas. Bila diingat tentang luka itu, hatinya tambah sakit. “Kalau kau sedia tukar konsep, aku sedia buat. Kalau kau tak nak tukar...” Sasha Amira mengangkat kedua belah tangannya sambil mencebir. Tanda dia mahu benar-benar mahu melepaskan tugas itu kepada orang lain jika kehendaknya tidak dituruti.
Come on Sasha! Kalau tahun lepas kau boleh buat, kenapa tak sekarang. Budak sekarang sukakan cerita berkisarkan tentang cinta. Tak ada cinta, tak ada penonton, apa jadi dengan aktiviti amal kita?” Exco publisiti pula yang menyampuk. Yang lain beromong-omong setuju.
“Kalau kau rasa tak ada orang datang, maknanya kau tak percayakan aku!”
“Ini bukan masalah tak percaya pada akak. Tapi masalahnya kita kenalah ikut selera penonton. Sedangkan dunia hiburan dekat luar sana tu pun kena ikut selera peminat. Cerita hebat mana sekalipun, kurang maknanya kak kalau tak ada penontonnya.” Fauziah menambah pendapatnya.
Sasha Amira hempas lagi satu keluhan. Kedengaran teman-teman yang lain juga bingit memberi semangat. Mereka juga mengharapkan hal yang sama terhadapnya. Setelah ditimbang beberapa minit, terpaksalah Sasha Amira mengalah. Sekali lagi dia tewas. Tewas pada mama, Saif Azrai dan kali ini kepada Kelab Budaya.
Riuh satu panggung meraikan persetujuan Sasha Amira. Namun tidak lama apabila bunyi tapak kasut berdetak kuat dari luar. Seketika, Zaimah terpacul di depan pintu. Termengah-mengah Zaimah menarik nafas sambil matanya melilau mencari seseorang.
“Sasha...” Sesak nafas Zaimah menyebut nama itu.
Sasha Amira terus bangun dan bertanya tentang hal yang mahu disampaikan oleh Zaimah hingga perlu berlari hingga ke sini. Tidak pernah-pernah dia muncul di kalangan ahli kelab itu. Sasha Amira yang besar ini pun payah benar dia mahu mencari. Sedangkan bukanlah ramai benar orang di dalam panggung itu. Tidak sampai sepuluh orang.
“Tadi aku dah nak balik dari library. Masa aku jalan kat depan nak keluar kolej, aku nampak tunang kau dah tunggu dekat parking lot!” Cerita Zaimah satu per satu.
Riuh lagi teman-teman Sasha Amira setelah mendengar berita dari Zaimah. Ada pula yang bersiul, sengaja mahu menyakat Sasha Amira. Suasana tegang tadi tiba-tiba berubah kembali ceria. Tapi hati Sasha Amira yang sesak. Pandai-pandai saja Zaimah datang ke sini dan menyampaikan pesanan begitu padanya di depan pelajar lain. Ceh! Buat malu saja!
“Oh, dah ada orang datang jemput rupanya...” Raihana, penolong pengarah mengusik disusuli siulan oleh teman-teman lelaki yang lain.
Merah padam muka Sasha Amira. Bibirnya mengomel memarahi Zaimah namun tiada suara kedengaran. Zaimah pula sudah melambai dan menghilangkan diri. Dalam riuh kawannya menyakat, Sasha Amira mencapai beg dan buku notanya. Lantas dia berlari perlahan keluar dari panggung itu sedangkan usikan terus-terusan bergema.
Kairel Azam hanya memerhati. Tunang. Perkataan itu acap kali bermain di fikirannya sekarang. Sudah dua kali dia mendengar gelaran itu disebut Zaimah. Nampaknya, benarlah kenyataan itu. Tiba-tiba hatinya dipukul rasa cemburu. Lantas Kairel Azam juga bangun dan meninggalkan kumpulannya.

*****************************************************

Buat pertama kalinya, Sasha Amira tidak berkata apa-apa. Saif Azrai juga tidak perlu memujuk. Sasha Amira sendiri yang berjalan pintu kereta. Baru saja picu ditariknya, suara jeritan lelaki menarik perhatiannya. Bila ditoleh, Saif Azrai sudah menerima satu tumbukan ke muka. Terkejutnya Sasha Amira bukan kepalang. Apatah lagi orang yang tiba-tiba menerpa dan menghadiahkan penumbuknya itu adalah Kairel Azam. Tadi elok saja lelaki itu berbincang bersama kumpulannya dalam panggung. Ini apa cerita pula ni? Getusnya penuh hairan.
Segera Sasha menghalang Kairel Azam yang kelihatan sudah naik minyak. “Eh, apahal ni? Tiba-tiba datang menyerang orang!” Tubuh Kairel Azam ditolak keras. Dia nampak dada Kairel Azam yang berombak. Berkerut-kerut muka Sasha Amira melihat keadaan lelaki itu.
Saif Azrai dilihatnya meraba-raba muka. Ada cecair merah mula kelihatan di bibir lelaki itu. Pasti mulut Saif Azrai pecah akibat tumbukan tadi. Lekas Sasha Amira berpaling dan melirik ke arah Kairel Azam.
“Kenapa kau buat aku macam ni Sasha! Kenapa kau bertunang dengan dia?!” Lantang suara Kairel Azam meluahkan rasa ketidakpuasan hatiya sebaik pandangan Sasha Amira kembali padanya. Jari telunjuk Kairel Azam tegak menghala Saif Azrai.
“Apa yang aku dah buat pada kau? Dan bila pula aku bertunang? Kalau aku bertunang sekalipun apa kena mengena dengan kau?!”
Kairel Azam bingung. Entah siapa harus dia percaya, sama ada Zaimah atau Sasha Amira sendiri?
“Mana boleh kau bertunang macam tu aje. Kau tak boleh lupakan janji-janji kau pada aku. Kan kita janji nak sehidup semati!”
Saif Azrai yang mendengar pengakuan Kairel Azam itu berpaling tubuh. Langkahnya diatur ke bontot kereta. Sasha Amira pula sudah tentu tergamam. Melopong sedikit mulutnya kerana tidak percaya, sungguh tidak percaya. Benarkah apa yang didengarnya sekejap tadi atau ia hanya khayalannya saja? Sehidup semati? Entah bila dia mengucapkan kata-kata itu kepada Kairel Azam. Bercinta pun dia tidak pernah, ini kan pula mengucap kata-kata keramat seperti itu. Melainkan...
“Eh, kau ni dah hilang akal ke apa? Itu cuma dialog teater ajelah. Aku cuma ikut skrip. Takkan itu pun kau dah ambil serius kut!” Teringat dia akan pementasan teater dua tahun lepas. Dialah penulis skrip, dialah pelakon utama. Itulah teater terakhir Sasha Amira ambil bahagian dalam pementasan atas pentas. Selepas mendapat kritikan keras gadis-gadis yang cemburu dia bergandingan dengan pelakon lelaki utama ketika itu, Sasha Amira menarik diri dan hanya melibatkan diri di bahagian belakang tabir.
Dalam pementasan itu, Sasha Amira dipaksa dinikahi pelakon lelaki utama sedangkan dia dan Kairel Azam saling mencintai. Sebab itulah Sasha Amira tidak suka menulis cerita cinta. Sudah banyak yang Sasha Amira lihat. Baru mengucap kata cinta sedikit, sudah mula berpasang-pasangan. Sekarang, Kairel Azam pula diserang virus cinta dari pentas.
Ah, lantaklah!
“Memang payahlah buat kerja denga orang perasan ni!” Sasha Amira sudah malas mahu bercakap apa-apa. Dia lantas membuka pintu kereta dan terus henyak punggung ke dalam. Wajahnya dipalingkan dari melihat muka Kairel Azam.
Saif Azrai juga tidak menunggu lama apabila telinganya menangkap bunyi pintu kereta ditutup. Tenang Saif Azrai berjalan ke tempat duduk depan. Sempat dia melirik reaksi Kairel Azam yang masih terpacak di tempatnya. Riak Sasha Amira juga dijelingnya setelah masuk ke dalam perut kereta. Kemudian muka Kairel Azam dipandang sekali lagi. Perlahan Saif Azrai melepaskan nafas halus. Masih terasa pedih di bibir. Berdenyut-denyut sakitnya.

***********************************************


Sasha Amira lega setelah mengajukan rancangannya pada Encik Rahim. Luka di dahi Sasha Amira menjadi bukti. Lebam di muka Saif Azrai sekaligus menyokong butir katanya. Huh! Untung juga Kairel Azam menghadiahkan penumbuk sulungnya ke muka Saif Azrai petang tadi. Boleh juga Sasha Amira jadikan alasan.
Encik Rahim memandang muka anaknya dengan teliti walaupun tidak berganjak dari duduk. Sasha Amira memang rasa lega. Pasti papa akan setuju dengan permintaannya untuk menukar pemandu peribadi. Jika Encik Rahim membenarkan dia memandu sendiri semula lagi bagus.
“Alah, luka kecil saja. Masing-masing cedera taklah teruk sangat. Bukannya tergantung kaki, bersambung wayar seluruh badan dekat hospital kan.” Tiba-tiba Puan Damia datang dan mencelah. Piring berisi buah epal merah yang dibawa Puan Damia disuakan kepada Encik Rahim. Encik Rahim mengambil sepotong lalu disuapkan ke mulut. Namun dari tadi Encik Rahim masih tidak bersuara. Mengiakan tidak, menolak juga tidak akan cadangan Sasha Amira.
Sasha Amira pula sudah hampir kecewa bila Puan Damia mula buka mulut. Awalnya saja sudah nampak bayang-bayang yang Sasha Amira akan tewas lagi.
“Sekarang ni bukan senang nak cari pekerja yang baik. Si Azrai tu mama tengok elok saja budaknya. Kamu buat hal pun, dikejarnya ke sana sini. Kalau orang lain kamu buat macam tu, dah bersuka-ria berfoya-foya dengan kereta kamu. Silap hari bulan, tak merasa kamu nak tengok kereta kesayangan kamu tu lagi diorang kebas!”
Sah! Memang Sasha Amira tidak akan menang kalau Puan Damia sudah campur tangan. Lantas muka Encik Rahim direnungnya dengan pandangan manja, mengharapkan papanya itu bertolak ansur kali ini.
“Terukkah luka si Azrai tu?” Encik Rahim bertanyakan soalan itu kepada Puan Damia sekaligus Sasha Amira hempas keluhan hampa. Keadaan Saif Azrai pula yang papa ambil berat sedangkan anaknya di depan mata juga luka teruk di kepala. Dikira teruklah juga kalau sudah berhari-hari bertukar balutan. Hatinya merusuh.
“Ada dekat bilik dia agaknya. Tadi saya ajak makan sama pun dia tak mahu. Sebab anak awak ni agaknya.”
Pulak dah! Sasha Amira bulatkan mata. Beberapa ketika, Encik Rahim menoleh. Muka Sasha Amira dipandang dengan wajah tenang.
“Kenapa sampai nak minta tukar pemandu ni? Apa lagi yang tak kena dengan kamu berdua?”
“Papa, papa tengok dahi Sasha ni.” Sasha Amira angkat punggung lalu dihenyakkan pula di sebelah Encik Rahim. Balutan di dahinya diselak separuh, membiarkan Encik Rahim lihat apa di sebaliknya. “Dia dah buat Sasha macam ni. Sekarang luka kecil, esok lusa entah apa pula.” Bersungguh-sungguh Sasha Amira memujuk Encik Rahim. Namun yang hanya kedengaran hanyalan hembusan nafas berat papanya.
“Benda dah jadi. Bukannya dia sengaja nak buat macam tu. Takkanlah papa nak pecat dia semata-mata sebab hal remeh ni, sebab kamu yang minta. Bukannya banyak pun gaji kita bayar dekat dia.” Puan Damia sekali lagi mencelah. Pasti sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan Encik Rahim juga akhirnya.
“Macam nilah. Kita tengok dulu beberapa bulan, bagi percubaan dekat dia. Kalau betul dia tak okey, papa cari orang lain. Tapi kamu kena janji. Kamu sendiri jangan macam-macam hal.” Jari telunjuk Encik Rahim ditayang ke depan. Menegaskan syaratnya.
Lantas Sasha Amira melepaskan keluhan buat sekian kalinya. Hampa dia mendengar keputusan Encik Rahim. Bukan keputusan itu yang dia mahukan. Dia cuba bersuara lagi, cuba membela cadangannya tadi. Tapi nampaknya Encik Rahim tetap pada keputusannya.
“Kalau kamu beria-ia sangat ni, mesti kamu yang tak suka dengan dia. Bukan sebab dia tu yang bermasalah. Kamu tu anak papa. Papa tahu sangat.”
Aggghh! Tension! Kalau sudah papa juga berkata begitu, tiada harapanlah nampaknya. Sasha Amira terus bangun dari duduk dan terhentak-hentak berjalan ke bilik. Geramnya Gagal rancangannya kali ini. Terpaksalah dia menghadap muka Saif Azrai lagi. Melihat mulut lelaki itu yang bengkak buatkan dia teringat akan Kairel Azam sekaligus terkenang pula kata-kata teman teaternya itu. Aduh! Makin tertekan rasanya hati ini. Benci. Benci. Benci.

No comments:

Post a Comment