Lega hati Sasha
Amira setelah menyerah skrip tebal kepada Fauziah. Lekas-lekas dia minta diri.
Malas mahu banyak cerita. Letih hendak menghadap muka cik pengarah yang banyak
cekadak. Sekarang hatinya senang. Begnya juga tidak seberat tadi. Huh, memang
berat betul skrip teater kali ini. Mana tidak. Selalunya dia tulis skrip untuk
pementasan satu hingga satu setengah jam. Kali ini untuk hampir tiga jam. Aduh.
Memang macam hendak tercabut jari menaip. Itu belum lagi sel-sel otak yang dah
kurus memikirkan idea.
Nasib baik
bodyguard aku rajin tolong! Eh, kenapa pula aku dah panggil dia bodyguard pula
ni. Dah macam bunyi si Intan tu pula!
“Amboi! Suka hati
nampak!” Intan Nazira menyergah dari belakang lalu beria menayang sengih di
sebelah Sasha Amira. Mak ai! Memang terkejut betul Sasha Amira dibuatnya.
Melodi yang dinyanyikan perlahan tadi juga lenyap serta-merta. Tapak tangan
menyinggah ke dada. Berdetak laju jantungnya. Intan, Intan… hari ini dah berapa
kali dia buat aku terkejut beruk!
“Kenapa? Tak
bolehkah aku nak rasa seronok sikit lepas dah hampir pecah kepala siapkan
cerita yang adik kesayangan kau tu minta!” sela Sasha Amira menyindir.
“Adik kesayangan?”
Intan Nazira kurang mengerti. Wajah cerianya tadi terus bertukar kelam. Tidak
faham langsung.
“Alah! Siapa lagi
kalau buakn cik pengarah yang cerwet yang amat tu. Bukan main lagi aku tengok
kau berkepit aje dengan dia lately. Makan minum pun kau tolong belikan. Aku
yang tertonggok kat situ tak pernah pula kau belikan air sekalipun.”
“Hai, kecil hati
nampak!” Intan Nazira langgar bahu Sasha Amira dengan bahunya. Senyuman nakal
hinggap lagi di bibir. “Alah, biasalah. Nak bodek punya fasal. Takkanlah kau
tak faham lagi…”
Sasha Amira sneyum.
Faham? Memang dia faham sangatlah kalau itu tujuannya. Bila cik pengarah sudah
habis dibodek, senanglah Intan Nazira hendak dapat watak utama. Lepas itu boleh
demand yang macam-macam sebab pengarah dah ada dalam genggaman. Tapi yang
peliknya, pengarah kali ini bukannya lelaki. Menjadikah semua usaha Intan
Nazira tu nanti? Gasak kaulah Intan. Asalkan kau tak kacau aku sudah!
Langkah Sasha Amira
terhenti tiba-tiba hingga Intan Nazira juga terikut sama. Dia terpempan. Hai,
lelaki itu lagi!
“Eh, kau dengan
budak burger tu couple betul ke? Aku
tengok sekarang ni dia asyik datang jemput kau aje.”
Jantung Sasha Amira
makin kencang mendengar soalan yang diajukan Intan Nazira. Beria benar nampk
gayanya Intan anzira hendak tahu. Dari pagi tadi dia menyoal hal yang
sama.Minah ni kalau dengar Sasha Amira dengan lelaki memang dia yang teruja
lebih-lebih tapi tak pernah pula dia tanya banyak-banyak macam hari ini. Lain
macam betul kawannya hari ini.
“Hei, dia tu cuma
budak burger aje beb. Si Azam tu lagi berkepuk poket dia kalau nak dibandingkan
dengan dia!” Beria Intan Nazira bersuara sampai muncung juga herot ke kanan ke
kiri. Nasib baik tak tersimpul satu mulutnya itu.
Ha! Yang ini memang
Intan Nazira. Kaki komplen! Berdesing rasa telinganya mendengar nama Azam juga
menjadi subjek dalam perbualan kawannya itu.
“Dia tu cuma driver aku ajelah!” Tukasnya agak keras
lalu berjalan laju-laju ke arah kereta. Saif Azrai sudah menanti dengan duduk
di depan but depan seperti hari-hari biasa.
Driver? Hati Intan Nazira sudah melonjak gembira. Kalau setakat
pemandu dan cik puan, nampaknya Intan Nazira ada peluang hendak mencuri hati
Saif Azrai. Tidak payahlah dia susah payah pasang jerat. Sasha Amira bukannya
tahu teman lelaki palsu dia tu ikan besar. Baik aku yang rembat dulu!
Terkedek-kedek
Intan Nazira mengejar dari belakang.
“Err... Azrai.
Boleh awak tolong hantar saya balik sekali?” Intan Nazira beralih kepada Sasha
Amira yang sudah sedia masuk ke dalam kereta. Ditayangnya muka kasihan depan
kawannya itu. “At least kat depaan
stesen LRT pun tak apa....” Berkelip-kelip mata Intan Nazira minta simpati.
Dalam hati cuma mahu berdampingan dengan Saif Azrai. Kalau Sasha Amira tak ada
lagi bagus!
“Jomlah!” Sasha
Amira mengajak terus. Tidak pernah-pernah dia melihat Intan Nazira buat
perangai macam ini. Memang pelik, seribu kali pelik. Selalunya Zaimah saja yang
pandai buat muka begitu. Hai... entah apa sakitnya Intan Nazira ni.
Intan Nazira sudah
melebar senyum lantas lekas-lekas ambil tempat di depan. Sasha Amira juga sudah
tercengang di belakang. Intan Nazira suka hati benar nampaknya tersenyum
gembira di depan. Ai, memang pelik!
“Aku cuma nak
tumpang kejap aje. Macam tak elok pula aku pun duduk dekat belakang dengan kau!
Macam naik teksi pula!” Jawab Intan Nazira lekas, bagai tahu soalan yang
berlegar di benak Sasha Amira. Psikik agaknya dia boleh membaca minda orang.
Saif Azrai
tersenyum nipis. Matanya melirik ke muka Sasha Amira dari cermin pandang
belakang. Bukannya Sasha Amira tidak perasan. Sebab itu dia lekas-lekas alih
pandang. Membelek-belek telefon bimbit. Sesekali matanya menjeling ke depan.
Bukan melihat Saif Azrai tetapi kawannya yang seorang itu.
Amboi. Bukan main
lagi Intan Nazira menjeling-jeling Saif Azrai di sebelah. Sedang dia pula bagai
tersipu-sipu di tempatnya. Memang sah ada yang peliknya pada kawannya itu.
Bila tayar menjejak
tanah di depan rumah Encik Rahim, Saif Azrai lekas memberhentikan kereta. Dia
menjeling ke cermin. Melihat Sasha Amira melamun jauh. Lama juga dia biarkan
tapi gadis itu masih tidak sedar agaknya yang kereta sudah lama tidak bergerak.
Sedangkan di depan pandangan gadis itu sudah tersergam rumah Encik Rahim.
Tubuhnya akhirnya ditoleh ke belakang. Menghadap Sasha Amira di celah dua
tempat duduk.
“Jauh termenung!”
Tangannya dilayangkan di depan muka Sasha Amira sekaligus membuatkan gadis itu
terkejut dari lamunan. Wajah Saif Azrai yang pertama dia lihat.
Lelaki itu menolak
anak matanya ke tepi bersama senyuman yang kekal setia di bibirnya. Seperti
menunjuk sesuatu. Terkebil-kebil mata Sasha Amira mengikut. Kelam-kabut Sasha
Amira mengemas barangnya yang dari awal tadi dia punggah keluar dari beg satu
per satu. Satu hal pula hendak pungut semua.
“Emm... awak. Saya
balik lambat petang ni. Mungkin malam nanti. Saya ada hal sikit...” beritahu
Saif Azrai sebelum Sasha Amira sempat buka pintu untuk keluar.
Buat apa beritahu
aku? Beritahulah papa! Aku lagi suka kalau kau tak balik rumah ni terus!
Getusnya dalam hati.
“Saya pinjam kereta
awak ni dulu ya...”
Ha! Tentang tu
memang kena beritahu aku!
Banyak yang Sasha Amira
hendak cakapkan. Tapi dia tidak kuasa. Saif Azrai cuma seorang pemandu yang
diupah papanya. Kenapa mesti dia rasa lain macam bila Intan Nazira senyum pada
lelaki itu lebih-lebih? Mungkin Intan Nazira juga hanya hendak berwajah manis
di depan lelaki itu, sekadar hendak tunjuk adab. Cemburu? Tak mungkin! Ah,
Sasha Amira lebih pelik hari ini. Lebih pelik daripada Intan Nazira.
Tanpa sepatah kata Sasha
Amira keluar dari kereta dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Selesai berbincang
dengan Izi Helmy di rumah sepupunya itu, Saif Azrai memandu ke rumah Encik
Rahim. Sejak Encik Rahim menyerahkan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan
projek pembesaran kilangnya, Saif Azrai asyik kena menghadap muka Izi Helmy.
Sekejap-sekejap berlari mencari alasan untuk berbincang dengan lelaki itu.
Tidak bolehlah diserahkan bulat-bulat pada Izi Helmy. Kira-kira Izi Helmy asyik
terlebih budget. Memang benar agaknya pengakuan Izi Helmy sebelum ini yang dia
hanya pandai menguruskan projek besar. Memilih benar sepupunya itu.
Seperti biasa, dia
parkir kereta milik Sasha Amira di luar rumah. Garaj rumah itu tidak cukup
untuk memuatkan dua kereta dalsam satu-satu masa. Jarum jam di pergelangan
tangan dijeling sekilas. Malam masih muda. Penghuni rumah itu pasti belum lena
di kamar. Biasanya waktu-waktu begini, keluarga Encik Rahim sedang menjamu
selera bersama.
Saif Azrai berjalan
terus ke depan pintu. Dengan yakin tombol pintu dipulasnya. Ringan. Sekelip
mata pintu itu dikuak ke luar dan muncul wajah Sasha Amira di depan mata.
Masya-Allah!
Terkejutnya Sasha
Amira bukan kepalang. Berderau rasanya jantung bila tiba-tiba saja Saif Azrai
terpacul di depan.
“Nak bunuh orang
ke?” Cepat saja mulutnya melenting marah.
Namun lelaki itu
membalas tenang dengan memberi salam. Keras pula Sasha Amira menjawab salamnya.
Mata menjeling kurang senang. Kakinya menganjak ke kanan tapi saif Azrai juga
melangkah ke arah yang sama. Dialihnya pula ke sebelah kiri, laluannya tetap
dihalang. Bulat matanya melirik semula ke muka Saif Azrai. Tajam.
“Tajamnya renungan.
Boleh mati saya kena tikam.”
Makin gerutu hati
Sasha Amira. Sudahlah bikin dia terkejut bagai hendak meletup jantung. Nasib
baik tidak kena serangan jantung betul-betul. Kalau tidak, sudah pengsan lagi
dia di depan lelaki itu. Hendak membawa haluan sendiri pula, lelaki itu asyik
menghayun kaki ke depannya. Kebetulan mengikut arah yang sama atau sengaja mahu
menyakat? Sekarang hendak perli orang pula. Memang nak kena.
“Baguslah kalau
renungan aku aje dah cukup nak tikam kau sampai mati!” Pedas jawapan
dilemparkan Sasha Amira. Entah kenapa makin marah dia bila melihat muka Saif
Azrai. Pagi tadi bukan main lagi hendak mula berlembut. Tapi tiba-tiba pula
berubah angin. Dia kembali menyampah melihat lelaki itu malah bertambah benci.
Amboi. Masih beraku
kau lagi... Kecewa sedikit Saif Azrai. Tapi dia terus memujuk diri. Berlagak
tenang di depan Sasha Amira.
“Kenapa
marah-marah?”
Eh, banyak pula
soalan dia. Tepilah! Menyemak aje depan aku!
Laluannya masih
terhalang. Saif Azrai seakan tidak membenarkan. Ke kiri ke kanan dia mengelak
tapi lelaki itu cepat menghadang. Apa hal pula ni?
“Orang upahan papa
ni dahlah dah pandai nak kelaur masuk rumah ni sesuka hati. Ada hati nak kacau
anak dara papa pula.”
Saif Azrai gelak.
Sasha Amira meruncingkan pandangan dengan garis kedutan di dahi. Perlukah
lelaki itu tertawa. Dia buat lawakkah tadi?
“Nampaknya awak dah
sihat.”
Makin ketara
kerutan di dahi Sasha Amira. Sihat? Memanglah dia sihat saja selama ini.
Entah-entah lelaki itu yang tidak pernah sihat.
“Bila awak tak
sihat aje awak berlembut dengan saya, ikut saja tanpa kata apa-apa. Tapi lebih
baik daripada awak marah-marah macam ni.”
“Kenapa? Kau
menyesal kerja dengan papa untuk ikut aku ke mana saja?” Sasha Amira menyoal
dengan lagaknya. Memang bagus kalau lelaki itu tahu menyesal. Dia memang tidak
sabar untuk melihat lelaki itu sendiri meletak jawatan. Menarik diri dari terus
menjadi pemandu peribadi yang asyik mengikut dan menunggunya sepanjang hari.
“Tak. Saya tak
pernah menyesal. Saya suka tengok awak macam ni. Sekurang-kurangnya saya tahu
awak tak sakit. Cuma... mungkin awak ni ada penyakit hati. Sebab tu asyik
melenting.”
Lelaki itu
tersenyum lagi. Sakinya hati Sasha Amira melihat senyuman itu. Apatah lagi
telinganya panas mendengar bait kata yang baru saja dihembur lelaki itu. Amboi.
Pandai-pandai saja dia kata Sasha Amira punya penyakit hati. Macamlah dia tu
baik sangat. Tersenyum-senyum sepanjang masa. Entah-entah ada penyakit senyum!
Tubuh lelaki itu
dihentam kuat. Hendak sangat menghadang laluan Sasha Amira. Biar Sasha Amira
bagi sebiji. Berbuku rasanya geram dalam hati. Tidak terbilang rasanya dengan
jari.
“Macam mana dengan
skrip awak?”
Soalan Saif Azrai
sekali lagi menghentikan langkahan kaki Sasha Amira. Namun dia tidak menoleh.
Otaknya ligat berfikir. Entah apa patut dia jawab. Berterima kasih pada lelaki
itu kerana membantunya menyiapkan skrip yang buat dia separuh gila itu? Atau
buat tidak tahu saja dan terus melangkah ke pondok kegemaran?
“Apa yang
bising-bising ni!”
Tiba-tiba terdengar
pula suara nyaring Puan Damia. Serentak Sasha Amira dan Saif Azrai memalingkan
muka.
“Ha! Azrai, dah
balik? Kami baru aje habis makan. Kalau kamu lapar, mak cik boleh hidangkan.”
Sasha Amira
merengus melihat layanan baik Puan Damia pada Saif Azrai. Baik benar mama. Siap
mahu dihidangkan makan kepada lelaki itu. Entah doa apa yang lelaki itu amalkan
hingga boleh kata semua orang baik padanya. Sampaikan Intan Nazira juga
tersengih-sengih depannya!
“Tak apalah Puan.
Tak perlu susah-susah...” Sopan Saif Azrai menjawab. Sungguh sopan di depan
Puan Damia.
“Apa pula susahnya.
Kamu tu pekerja pak cik. Duduk sama dengan kami pula tu. Jadinya kamu dah jadi
tanggungjawab mak cik juga.”
Pula dah! Patutnya
dia yang patut bertanggungjawab buat kerja dia bukan dia pula yang jadi
tanggungjawab mama! Terbalik pula dah.
“Ha, kamu ni Sasha.
Buat apa lagi malam-malam nak duduk dekat luar. Duduk ajelah dekat dalam ni
aje. Bukannya ada orang nak kacau.”
Lantang suara Puan
Damia bersuara pada Sasha Amira. Pada Saif Azrai tadi lembut saja mama
bercakap. Tapi punyalah garang dengannya. Ini yang Sasha Amira tidak puas hati.
Saif Azrai pula tersenyum-senyum di depan Puan Damia.
“Pantang jumpa
dengan Azrai ni mesti nak bertekak. Mama kahwinkan juga kamu berdua ni nanti
baru tahu!” Sempat Puan Damia mengugut sebelum berlalu masuk ke ruang tamu.
Terbelalak mata Sasha Amira. Ke situ pula mama fikir. Makin ligatlah Saif Azrai
menyimpul senyum. Huh! Menyampah.
Tak ingin aku
kahwin dengan kau! Sasha Amira mencebir bibir. Lantas langkahnya dibuka semula
menuju ke taman.
No comments:
Post a Comment