Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Thursday, December 27, 2012

aku tak suka kau la: bab 22


Fara Hana menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat Nurul Syakira terbongkang di ruang tamu.
“Dia membuta dekat sini rupanya. Puaslah orang cari dia. Telefon pun tak jawab...” Fara Hana menggeleng-geleng lagi.
“Aku bukan membutalah...” Perlahan suara Nurul Syakira kedengaran dari ruang tamu. Fara Hana terus saja henyak punggung di sofa, di depan tempat Nurul Syakira rebahkan tubuh.
“Aik, tidur bercakap ke apa budak ni?” Sindir Fara Hana lantas kusyen di belakang tubuhnya dicapai lalu dilontar ke muka Nurul Syakira. “Kalau tak tidur, sudah-sudahlah tu buat gaya mayat hidup dekat situ! Apa yang kau fikir? Masa depan dengan suami ke dengan lelaki kacak dekat pantai hari tu?”
Sesak nafas Nurul Syakira mendengar kata-kata Fara Hana. Tapi kalau ditimbang tara, memang benar tekaan Fara Hana. Sakit kepala Nurul Syakira memikirkan tentang Joe Redzuan. Tetapi tidak pula Nurul Syakira fikirkan tentang Aiman. Hai, mungkin fikir pasal Aiman lebih menenangkan hati daripada Joe Redzuan yang tidak sudah-sudah menyakitkan hatinya itu.
“Kau tahu tak berapa punya marah abang kau tu bila kau pergi macam tu aje. Kami datang balik aje tadi, cuma Joe Redzuan aje yang tinggal. Lepas tu dia pun pergi macam tu aje. Aku tanya mana kau pergi pun dia tak jawab.”
“Kau orang punya pasal la!” tujah Nurul Syakira seraya dengan segera bangkit dari baringan. Pandangannya dilempar ke arah Fara Hana. “Yang kau dengan Im pergi tinggalkan aku lama-lama dengan mamat tak guna tu kenapa? Dia tu pula apasal tiba-tiba menyibuk dekat situ? Tak ada tempat lain ke nak pergi selain dari muncul depan mata aku?” soal Nurul Syakira bertalu-talu.
Fara Hana pula tayang muka biasa. Macam pura-pura tidak mengerti isi hati Nurul Syakira. Bengang juga hati Nurul Syakira tengokkan.
“Manalah aku tahu. Dia yang tiba-tiba muncul. Kononnya nak jumpa mak dia. Mak dia, bos kau juga, mak mertua kau juga kan! Yang kau berdua ni asyik bergaduh aje kenapa? Pantang jumpa, mesti nak bertekak. Bukan kau berdua nak kahwin juga ke nanti?”
“Siapa cakap?!” Pantas Nurul Syakira membidas telahan Fara Hana. Pandai-pandai saja Fara Hana membuat telahan. Sedangkan Nurul Syakira tidak pernah setuju akan perkahwinan ini. Prof Narimah juga tahu akan kenyataan itu. “Kau ni apa cerita ni Fara? Sekejap kau sebelahkan aku sekejap kau sebelahkan mamat senget tu pula. Kau ni sebelahkan siapa sebenarnya?”
Fara Hana tayang muka seposen. Jarinya dibelek-belek sambil muncung panjang. “Aku tak beranilah nak sebelahkan sesiapa. Tapi kalau kau jadi kahwin dengan dia tu pun... dapat mak dengan ayah mertua baik kira okeylah tu. Keluarga dia pun aku dengar keluarga baik-baik. Lagipun, dia tu pun makin hari makin terkenal. Lagu terbaru kumpulan dia tu pun tengah meletup-letup sekarang ni. Bukan senang nak dapat pinangan orang terkenal untuk kita yang biasa-biasa ni tau!” Fara Hana lontar senyuman nakal sebelum bangun dan berlari masuk ke biliknya. Tawa Fara Hana bergema dari dalam.
Nurul Syakira melopong sendiri. Seorang lagi yang buat dia bingung sekarang ini. ‘Yang baik tu, mak ayah dia. Tapi dia tu kau tahu tak macam mana teruknya perangai dia, ha?!’ Hati Nurul Syakira menjerit-jerit apabila kawannya sendiri seakan sudah termakan akan lakonan Joe Redzuan. Entah jampi apa yang Joe Redzuan baca.
Apapun, Fara Hana betul. Joe Redzuan memang kian terkenal saban hari. Nurul Syakira sedar akan hakikat itu. Itu juga bermakna Nurul Syakira terpaksa berdepan dengan kata-kata yang mungkin ada pahit manisnya daripada peminat Joe Redzuan jika Nurul Syakira bersama lelaki itu. Itu belum termasuk cerita yang bakal dikeluarkan pihak media. Sanggupkah Nurul Syakira berdepan semua itu. Ah, Nurul Syakira tidak menyukai Joe Redzuan. Buat apa Nurul Syakira risaukan tentang hal itu semua.
Ya Tuhan... Kau pertemukanlah aku dengan jodohku agar aku selamat dari fitnah manusia yang sengaja mereka-reka cerita.

No comments:

Post a Comment