Pages

Hi pembaca semua!!!

Terima kasih kerana datang melawat, membaca karya-karya dalam blog ini dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong Yuri. Yuri rasa happy sangat dengan kehadiran korang dalam hidup mahupun alam maya Yuri ni.

Segala komen dan sokongan sentiasa dan akan terus membakar semangat Yuri untuk terus berkarya menggunakan nama pena ayu munawer.

Semua karya di dalam blog ini adalah ilusi, imaginasi serta daripada pengalaman hidup. Dan yang paling penting, semua karya di sini adalah hasil karya Yuri. Mohon supaya tiada copycat dekat sini... tqvm

Harap korang terus menyokong dan beri komen mahupun kritikan untuk Yuri memperbaiki sebarang kekurangan.

P/S: Untuk makluman, karya "Dia Si Jantung Hati" akan dihentikan penerbitannya di sini atas sebab rombakan besar-besaran plot cerita. Justeru itu, judulnya juga bakal berubah. Maaf atas sebarang kesulitan. Harap korang setia menunggu dan menyokong hasil rombakannya nanti okey ^^,
"Aku tak suka kau la" kini diterbitkan di penulisan2u dengan tajuk "JIWA KACAU"..saja nk tukar tajuk. Sebb yuri rasa cam lg sesuai je tajuk ni..lebih pendek n ringkas hehe ada ka yuri edit2 skit. Harap u all x kesah nk singgah baca :-)
Sudi-sudilah berkunjung ke official blogshop yuri di http://decodanmakan.blogspot.com yer. Walaupun rupanya masih macam blog biasa, yuri pun masih belajar lagi macam mana nak upgradekannya. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada, kenalah singgah.

Terima kasih (^^,)v

Monday, December 24, 2012

Motto muzukashii desu ga, motto omoshiroi desu yo

Hari sabtu adalah hari yang paling memenatkan... penat sebab banyak habiskan masa kat atas jalan.. tunggu dan terus menunggu. Fufuh letihnya... lepas dah start kelas B2, yuri pon try la macam-macam cara dan laluan nak balik ke rumah. Nak tau, cara yang mana paling cepat untuk sampai rumah emmm tapi emmm yuri bukan drive tau sebab yuri ada driver dengan transport yang besar kekeke apa lagi yang besar atas jalan kalo bukan bas..ya tak. ada lagi yang lain ke ek? hehe kenalah wat eksperimen sebabnya waktu habis kelas B2 ni tak sama dengan B1 yang lepas. Last week, yuri try ler menapak dari Bukit Bintang sampai ke Pasar Pudu.. pergg jauh tak jauh. Basah ketiak! :p Yang bestnya, depan Sungai Wang, Dove bagi deodorant percuma... hehe cam tau-tau jer ketiak dah hangit kekeke.. tapi kalau tak silap, yuri nampak diorang cuma bagi kat ladies aje. Sorry guys, you all tunggu nivea for men ok hehe... emm kalo tengok manufact. date kat bawah tin aerosol deodorant tu memang ler dah bertahun.. yuri dapat year 2010. tapi ok lagi la kut. kalo tak ok, takkan diorang nak wat jahat bagi kat orang ramai kan. saja nak wat amal sempena krismas and tahun baru kut... at the same time nak menghabiskan stok lama. agaknya la.. banyak betul hipotesisnya ek

Amboi.. melencong jauh ceritanya. Tak apalah, dah tak mau cerita pasal bas lagi dah.. kesimpulan yang yuri dapat sama juga... maji osoi desu yo! hahaha apalah yang 'aku' dok merepek ni kan... pendekkan cerita, pasni yuri adalah masa merayap ke, nak stay ngan classmate ke daripada terus meluru kejar bas hahaha nak cerita pasal B2 pulak, korang mesti tertanya-tanya apa benda la B2.. B1 segala ni kan. Alaahhh short form aje tu.. for basic level. Saja nak jadi budak sekolah balik walaupun umur dah tua keke... nak daftar masuk sekolah rendah confirm ler tak lepas. jadinya, yuri pon pergilah mendaftar kat language school kat bukit bintang. La ni baru nak masuk level 2.. ha, tulah maksud B2nya tu. Kat situ ada banyak bahasa diorang ajar. Ikutkan hati memang nak belajar semua tapi macamlah otak Einstein kan yang boleh catch up semua hehe.. dengan rasa berat hati dan sedikit kecewa, terpaksalah pilih satu je bahasa. So, yuri dengan tak banyak fikir pilih terus nihongo. Doishite? Daisuki desu kara! Haha... membebel japanese pulak tiba-tiba ek... cam eksen je bunyi ;p saja nak praktis hehe

Kelas B2 ni... tak tipu, motto muzukashi desu yo! hehe bahasa melayunya, lagi susah! confirmlah lagi susah..mana ada subjek yang makin lama makin senang kan. Hidup pon makin payah tiap tahun..tak payah, tak adventure la. Otak ni pun rasa cam nak meletup aje sebab nak fahamkan apa yang dibelajar dalam hanya 2 jam. Emmm... nampaknya tak cukup masa 2 jam tu untuk yuri belajar or wat revision kan. Bagus juga bas datang lewat, boleh juga stay and discuss dengan kenkawan. Tak pun dok wat revision sensorang ok gak hehe Nak dicerita pasal cikgu-cikgu sikit la... Sensei (cikgu) kitorang untuk B2 ni namanya, Niizumasensei. Comel cikgunya... and nampak macam periang gitu. Dalam kelas B2 ni juga, macam ramai aje yang dah teror speaking japanese. emm.. emmm... terangsang la juga nak study hard lepas ni hehe... Bila bercakap pasal Niizuma sensei, sizuka na hito desu.. soshite kiire na hito desu. Udahlah merepek jepun kat sini yuri... Ha, Niizuma sensei kalau cakap agak lajulah kalau nak dibandingkan dengan cikgu kitorang masa B1. Terpaksa yuri dok pasang telinga betul-betul sebab tak nak tangkap apa sensei cakap. Rindu pula pada Miyazaki sensei... emm... tapi rasanya Miyazaki sensei dah back to Subang School kut.  Next Feb dia nak terbang balik Jepun... cuti katanya. Aik... nape yuri dok cerita pasal sensei ni? hehe... ok.. fullstop.

Sambung balik hehe... selalunya yuri akan datang awal tapi tak ler terus masuk kelas. Dok lepak kat luar...sambil wat revision and nyum nyum...isi perut. Last saturday pula.. tengah duduk-duduk tu, tetiba datang chinese couple ni dok sebelah yuri. Tetiba yang lelakinya tegur yuri..cakap jepun tu! Ha? laju yang amat dia cakap. Stres kejap otak nak faham hehe... bila dah tengok yuri blur, dia pun cakap english hahaha rupanya dari Hong Kong diorang ni. Tapi that guy pernah duduk Jepun, lama juga katanya. Pas yuri bagitau dia yang yuri baru aje belajar nihongo ni, barulah dia mix japanese-english. Japanese words yang yuri tak faham, dia translatekan ke english. Bukan susah sangat nak tau yuri faham ke tak... kalau dah muka blur, terdiam nak jawab apa... tak fahamlah tu keke Dia pun terjenguk-jenguk tengok buku teks yuri... dia tanya apa yang yuri tak faham. Wahhh! Apa lagi, mintalah dia ajar. Siap ajar sebutan lagi... pergg. free lesson! Banyak juga perkataan baru yang dia ajar... ingat tak ingat, yuri try jugalah ingatkan. Ada plak dia ajar kanji...pastu yuri pon ternganga. Ha, sempat pula tu. Tapi bab kanji tu, memang yuri fail ler. 

Pastu, yuri pon tanya dia nak pergi mana melancong ke KL ni...cewah sebab nak balas budi baik dia yang baik hati ajar yuri japanese tiba-tiba kan.. yuri pon bagitaulah dia kat mana dia pergi lawat area KL ni... sebab diorang pun macam tak ada plan. Yang ada dalam senarai dia cuma alamat restoran makanan organik dan pasar malam. Emmm... jalan-jalan cari makan je kot. Apapun, terima kasih banyak-banyak kat diorang sebab ada masa pula nak ajar yuri walaupun tengah makan. Harapan yuri, semoga diorang hepi and enjoy melancong dekat Malaysia ni ^_^

No comments:

Post a Comment